[✔] Really Bad Boy ; 라이관린

By kookieyutt

1.5K 1.7K 204

also known as; hoping for a more good days • • • • • ❝ hati saya bukan mainan yang awak boleh mainkan sesuka... More

zero.gl
one.gl
three.gl
four.gl
five.gl
six.gl
seven.gl
eight.gl
nine.gl
ten.gl
eleven.gl
twelve.gl
thirteen.gl
fourteen.gl
fifteen.gl
sixteen.gl
seventeen.gl
eighteen.gl
nineteen.gl
twenty.gl
twentyone.gl
twentytwo.gl
twentythree.gl
twentyfour.gl
twentyfive.gl
twentysix.gl
twentyseven.gl
twentyeight.gl
last.gl
specialchapter.gl

two.gl

74 81 0
By kookieyutt

guanlin meramas rambutnya. direnungnya daehwi yang syok melayan pubg di hadapannya.

" dasar anak tak kena diuntung. aku pinjamkan kau phone aku suruh kau dengar luahan aku!" kepala daehwi disekeh guanlin.

daehwi mencebik dihumbannya phone milik guanlin itu di atas meja membuatkan daehwi mendapat tendangan percuma di kakinya.

" haa, apa kau nak bebelkan?" guanlin mencerlung tajam ke arah daehwi sebelum mengusutkan rambutnya.

" apa tengok - tengok?! buat hal sendirilah, aku tahulah masing - masing ada mata! berambuss!" marah guanlin melihatkan para pelajar sekelasnya sibuk memerhatikan dirinya dan daehwi.

" aku hairan dengan diri aku-" daehwi mengangguk.

" aku pun sama hairan dengan diri kau-" guanlin menyekeh kepala daehwi lagi sekali. daehwi mencebik.

" kenapa aku langsung tak boleh berlembut bila dengan chul, weh? tengoklah apa yang jadi. dia dah benci aku dah-" guanlin menghantukkan kepalanya pada meja.

" itulah kau, kasar lagi dengan dia. kan dah kena benci."

" kau ni bukan nak menyedapkan hati ke apa." jeling guanlin. daehwi tersengih.

" aku sendiri tak tahu kenapa aku tak boleh berlembut dengan dia sedangkan.. haihh, kau sendiri tahu kan perasaan aku pada dia?" daehwi mengangguk.

" maybe, kau memang dah biasa berkasar dengan orang lain selain dengan family kau-" guanlin mengangkat bahu.

" patut tak aku minta maaf dekat dia dan luah perasaan aku, weh?" guanlin memandang daehwi penuh harapan.

" memang patut! kau minta maaf, then luahkan terus-" terus murung guanlin dibuatnya mengenangkan kejadian tadi.

" tapi.. aku tak rasa dia suka aku balik." daehwi menayangkan muka kereknya.

" belum cuba, belum tahu! kemon, guanlin. takkan sebelum berusaha dah mengalah-" guanlin diam.

" patut ke? kalau dia tolak macam mana?" terkelip - kelip mata guanlin memandang daehwi.

" bukan rezeki kaulah jawabnya! jajabzhv-" guanlin yang beroken, daehwi yang meroyan.

" k, kalau dia tak suka kau, kau syak dia suka siapa?" guanlin mengangkat bahu.

" dia banyak rapat dengan lelaki lain selain aku." mendengarkan kata - kata guanlin, daehwi tergelak.

" sejak bila dia rapat dengan kau, bangang?" makin galak daehwi tergelak melihatkan muka cemberut guanlin.

" baik kau diam sebelum aku cut bird kau- aku pegang gunting ni. kau jangan macam - macam." ugut guanlin sambil menayangkan gunting di tangannya. daehwi berhenti ketawa.

" ok, ok. sambung apa yang kau nak cakap." gila engko daehwi tak takut. guanlin ni cakap serupa bikin.

cuma kalau dengan orang tu sahaja dia cakap tak serupa bikin. sayang ngat. tak sanggup, ahaks!

" dia rapat dengan daniel, dia rapat dengan renjun, chenle, jaemin dan paling parah.. engkau! apalah taste dia ni eh?" guanlin menggeleng kepalanya kesal.

daehwi menolak kuat kepala guanlin membuatkan guanlin tergelak.

" jahat kau!" guanlin tergelak lagi.

" dan aku dapat rasakan yang dia suka dekat jaemin. kalau dia suka dengan kau memang aku sanggup balik taiwanlah." daehwi menendang pula kaki guanlin. guanlin tergelak lagi.

tadi kumain beroken. tah - tah jodoh anak lai ni daehwi. haa, jeng jeng anjengg-

" jap, maksud kau.. na jaemin ke doh?" guanlin daehwi.

" omegad! crush aku tu bhaiii! sampai hati chanmiii-" frust terok daehwi jadinya.

" mesra gila dorang tadi. siap bercuit bagai lagi." cebik guanlin.

" hiks, sudah! baik kau senyap! berhenti jeleskan akuuuu- untungnya chanmi huwaaaa"

" erk, ilek. sesudahlah woi. daripada engko nak frust mengcrushkan jaemin tu, baik kau crushkan si chenle tu. takpun jejauh aku aje jadi kunyit partner kau. penatkah nak kejar chanmi-"

pipi guanlin ditampar daehwi. sejak bila dia berani pun tak tahulah.

" tak hingin aku nak dengan anak tak matang macam kau! dasar! kecik kecik tak nak mampos, dah besor jadi kunyit eee, anti gua manusia sebegini-"

guanlin menayangkan muka kereknya sambil memerhatikan tubuh belakang daehwi yang berlalu pergi meninggalkan.

" dia sendiri kunyit tak apa pulak. apa tak nak mamposnya? buat pening kepala aje mat ganja sorang ni. baik aku tidur. chanmi~ tunggu abang guanlin datang dalam mimpi naa"

guanlin terus membuka blazer sekolahnya lalu melentokkan kepalanya ke meja. blazernya pula digunakan untuk menutup kepalanya yang serupa kepala hagemaru itu.

tak termuat blazer itu nak menutup kepalanya. besar ya amat-

🐣🐣🐣

aku berjalan lemah kembali menuju ke kelas setelah menghabis baki 15 minit rehat di rooftop, dan mencuci mukaku di tandas selama 5 minit.

aku menjenguk ke dalam kelas. syukur, tak ada cikgu. aku berjalan menuju ke arah tempat dudukku di sebelah hitomi.

hitomi tersenyum nipis ke arahku. aku membalas senyumannya lalu melabuhkan punggung di sebelahnya.

" kau ok, chanmi?" aku mengangguk sambil tersenyum tawar.

dah kena marah crush patut ke aku senyum semanis senyuman liza soberano lagi?

" kau ada masalah? kalau ada, kau boleh je share dengan aku." aku menggeleng tanda tidak apa.

" sokay, aku ok." hitomi sekadar mengangguk. aku sempat mengerling ke arah guanlin yang aku perasan dari tadi perhatikan aku dan hitomi.

guanlin pantas melarikan pandangannya apabila perasan kerlinganku.

" hitomi.." panggilku. hitomi mengangkat kening.

" yep?" aku menoleh memandang hitomi.

" datang rumah aku petang karang boleh?" hitomi mengangguk cuma.

" aku tak berapa selesa nak berbual kat sini dan rumah aku. nanti aku bawa kau pergi rumah makcik aku tau? rumah aku tu kalau tak diperhati dengan betul banyak mata - mata kat sana-"

perliku sambil menjeling ke arah guanlin di kejauhan. hitomi mengangguk mengiyakan.

" lagi satu. kalau aku nak balik ikut kau boleh kan?" sengaja aku kuatkan sedikit suaraku agar dapat didengar guanlin.

" tapi bukan ke guanlin kata dia nak hantar kau balik rumah?" soal hitomi serba salah.

" em, nanti pandai - pandailah aku elak dia. kalau ada pape aku bagitau kau, ok?" hitomi mengangguk cuma.

🐣🐣🐣

kringg!

aku melangkah ke luar bersama - sama dengan hitomi namun secara tiba - tiba satu tangan merentap tanganku dari belakang.

" jangan cuba nak lari dari aku. ikut aku sekarang-" aku memandang ke arah hitomi meminta bantuan.

" erk, guanlin. biarlah dia balik dengan aku-" guanlin mencerlung tajam memandang hitomi.

" aku dah janji dengan cikgu daniel, aku yang bawak dia balik!" terdiam terus hitomi jadinya. dia hanya mampu memandang sepi ke arah aku dan guanlin.

setibanya di hadapan pagar sekolah, aku menarik kuat tanganku dari genggaman guanlin.

" apa masalah awak ni ha?!" kalau bukan kerana uniform sekolah kami pakai sekarang ni, mungkin aku rasa orang lain anggap kami ni suami isteri yang bergaduh kerana sebiji popcorn yang terjatuh ke dalam parit.

" diam je lah. jangan banyak songeh." guanlin kembali menarik tanganku menuju ke arah kereta bmw berwarna silver.

" tuan muda, siapa perempuan ni? haa, bakal puan muda ke?" seloroh encik ong. guanlin tersengih.

" kalau berjodoh, kekeke-" nak je aku sekeh kepala guanlin ni. suka sangat bagi fake hope! benci!

" tuan muda nak hantar dia dulu ke?" guanlin menggeleng. membulat terus mataku.

" pergi rumah terus." bahu guanlin aku tumbuk kuat. bukan sekali, k, berkali - kali!

" hantarlah saya balik!" guanlin pantas menahan tanganku daripada terus menumbuknya.

" dahlah kau dah sakitkan hati aku, sekarang kau nak sakitkan bahu berharga aku ni pulak dah?" aku mencebik.

aku rasa dia yang buat aku sakit hati tadi. yang dia nak acting beroken lebih dah kenapa?

" pinjam phone jap-" aku menghulurkan tanganku kepada guanlin. guanlin mengangkat kening.

" buat apa?" guanlin perlahan - lahan mengeluarkan phonenya dari poket blazer. guanlin menghulurkan phonenya kepadaku. pantas aku menyambut.

" nak call polis kata ada orang culik saya-" k, aku tipu je. k, tak aku tak tipu. aku nak call appa aku actually. maklumlah, appa aku polis.

" ehh, ehh. cik jangan buat hal cik. tuan muda, ada baiknya kita tendang je dia masuk tempat pembuangan sampah sana. ngeri saya nak masuk lokap- saya ni budak baik, bukannya macam tuan muda." guanlin pantas menjeling drivernya.

" engko baik drive je." tengah syok mereka bertengkar, panggilan aku pada appa sudah pun bersambung.

" hello, pulis-" pantas sahaja guanlin merampas phonenya dariku.

" eish, apa awak ni?! saya nak cakap dengan appa sayalah! bagilah pinjam. janganlah kedekut sangat-" terkedu guanlin dibuatnya.

kan aku dah kata. satu habuk pasal aku pun dia tak pernah amek tahu. appa aku polis pun dia tak tahu? yelah, siapalah aku ni bagi dia kan?

phone itu kembali aku rampas. sebagai bukti aku tak menipu, loudspeaker terus aku pasang.

" chul sayang, siapa teman kamu tu? kenapa omma dengan appa call banyak kali tak ngangkat? daniel jaga kamu, kan?"

" sorry, appa. phone chul mangkat. sakit hati sangat dengan some one tu. hari ni daniel tak dapat nak hantar ambik yeol, tu yang tumpang orang-"

tak hingin aku nak mengaku syaiton ni kawan aku-

" ohh. kawan ke? lelaki ke perempuan? omma dengan appa kenal tak?"

" em, omma dengan appa tak kenal dia. maklumlah, syaiton. shy sikit nak menjelma-" guanlin mengetap bibirnya. manakala ongdrive sedaya upaya menahan tawanya.

" hm, yelah. lusa omma dengan appa balik ok? nanti kita beli phone baru tuk yeol. buat masa ni, chul pinjamlah dulu phone sape - sape, ok, sayang?"

" ok, appa. em, chul letak call dulu eh? kang abis kredit orang tu kena qadalah pulak-" guanlin menjeling. terasa letew-

usai mematikan talian, phone itu kembali kepada tuannya. guanlin menjeling.

" ong, shuhua ada kat rumah?" ongdrive menggeleng. jap.. shuhua tinggal satu rumah dengan dia?

" dia pergi mana?" dari riak wajah, aku dapat agak betapa risaunya dia. aku mengeluh halus.

" shopping katanya dengan kengkawan." guanlin menggeleng.

" amboi, amboi. sakan sungguh-" ongdrive mengekek gelak.

" maklumlah, duit baru masyukk bilangnya. kikiki-" guanlin mencerlung tajam ke arah ongdrive melalui cermin pandang belakang.

" kau bagi dia duit lagi ke, ong?" ong menggaru kepalanya yang- omegad! berkutu bhaii!

" heheh, ye, tuan muda. ehh, ehh tuan muda! kita dah sampai rumahlah. amaghilah kita keluar. saya minta diri dulu yaa-"

guanlin mencebik. guanlin menoleh ke arahku yang turut memandangnya.

" chul sayang, aku tahulah aku handsome, tak payahlah nak tenung sampai gitu sekali. turunlah cepat-" aku menjulingkan mataku.

aku melangkah keluar dari perut kereta. tercengang aku melihat rumah agam yang tersergam lawo di hadapan mataku ini.

" ni ke rumah awak, guanlin?" guanlin tayang muka kerek.

" dah tu takkan reban ayam pulak jadi habitat aku selama ni?" aku tersengih. guanlin menarik tanganku masuk ke dalam rumahnya.

mataku meliar jakun memerhatikan segenap rumahnya. dekorasinya begitu mewah! dindingnya dicat ala - ala vintage, terdapat banyak gambar - gambar keluarga mereka dia situ.

tapi yang hairannya, seberapa lama guanlin kenal dengan shuhua ni sampaikan gambar shuhua turut ada sekali di sini?

" duduklah-" pelawa guanlin yang sudah melandingkan punggungnya di atas sofa.

aku melabuhkan punggungku di atas sofa berhadapan dengan televisyen di ruang tamu itu. melihatkan itu, guanlin terus berpindah duduk di sebelahku.

aku menjeling ke arahnya lalu menjarakkan sedikit ruang antara aku dan guanlin. guanlin mencebik.

" nak manja sikit pun tak boleh-" manja hotak dia! ni gedik namanya-

aku mengerling ke arah jam yang melekat di dinding.

" awak. hantar saya balik boleh? dah lambat dah ni. saya takut daniel risau kalau saya takde kat rumah masa dia datang nak cek saya-" pintaku. guanlin menggulingkan matanya.

" tak payahlah. teman je aku sini. sebagai balasan kerengga belaan kau tu dah buat aku jadi demam hari tu-" aku mengherotkan bibirku.

" siapa yang gatal sangat nak panjat pokok tu? awak kan? saya tak pernah pulak suruh kerengga peliharaan saya tu gigit awak sampai awak demam. cepatlah, guanlin!" gesaku lagi.

" no means no, chul. jangan sampai aku naik hangin-" aku mencerlung tajam memandang guanlin.

" sokay, kalau awak tak nak hantarkan saya boleh aje jalan sendiri-" aku terus berjalan menuju ke pintu namun belum sempat aku ingin memegang tombol pintu, tubuhku terlebih dahulu ditolak jatuh sehingga pehaku secara tidak sengaja terkena kaki meja.

bapak sakit syal, punggung aku! ahh, aku dapat rasakan yang peha aku akan lebam. mataku mencerlung memandang guanlin yang terkedu itu.

" k-kau okey tak, chul?" terus aku tepis tangan guanlin yang cuba menyentuh lenganku.

" jahat! awak jahat!" aku berlari keluar dari rumah meninggalkan guanlin yang terkaku. namun secara tidak sengaja aku terlanggar tubuh seseorang sehingga sekali lagi aku terdorong jatuh.

apalah nasib malang punggung aku hari ni? mana taknya aku sehari mencebok 2 kali-

" maaf, saya tak sengaja-" aku menunduk beberapa sebelum kembali meneruskan langkah. namun sekali lagi langkah ku terhenti apabila orang itu menahan tanganku dari pergi.

" eo? awak ni, chanmi, kan? classmate guanlin?" aku mengangguk. omegad, aku langgar makwe syaiton tu rupanya. shuhua tersenyum memandang ke arahku.

waduhh, creepy semacam doh senyuman dia!

" marilah masuk. kita makan tengah hari sama - sama? lepas tu kita bawang - bawang kejap" shuhua tersenyum manis.

erk, dia bagi greenlight nak bermadu dengan aku ke?

🐣🐣🐣

sejak dari shuhua ajak aku masuk makan tengah hari sama - sama lagi aku perasan guanlin asyik tenung aku bagai nak telan.

sebaik sahaja selesai makan aku terus mengangkat punggung untuk berlalu ke dapur mencuci pinggan.

" eh, nak pergi mana tu?" tegur shuhua.

" err, nak basuh pinggan-" aku tersenyum nipis.

" ehh, tak payahlah. orang gaji semua ada nak bersihkan." tegah shuhua. aku menggeleng pelan sambil tersenyum nipis.

" tak apa. saya tak suka susahkan orang." terus aku berlalu pergi meninggalkan pasangan merpati dua sejoli iti berdua bersama - sama dengan pinggan yang aku gunakan tadi.

" eo? cik chanmi. buat apa kat sini?" kembang kuncup hidung aku dipanggil cik.

" saya nak tolong neneklah. cuci pinggan semua-" aku menghadiahkan senyuman kepada mereka.

" tak payahlah susah - susah." aku menggeleng. aku berdiri di hadapan singki dan mula membasuh pingganku tadi.

" err, kalau tak keberatan. cik boleh tak tolong saya bersihkan semua pinggan ni? saya ada hal nak siapkan kat luar sana-" aku mengangguk cuma.

kini hanya tinggal aku seorang diri di dapur dengan bunyi air mengalir, pinggan berlaga dan burung berkicauan.

" hoi, budak!" pinggan di tanganku terlepas dari genggaman namun mujur ada satu tangan menyambutnya.

" cuai- lain kali hati - hatilah" jeling guanlin lalu meletakkan pinggan itu di tempat letaknya.

" peha kau.. lebam ke?" guanlin menyelak kainku ke atas namun pantas sahaja aku menyekeh kepalanya. guanlin mengaduh sambil mencebik.

" gatal sangat ni kenapa?!" marahku separa bisik. guanlin memuncung.

" aku nak tengok je peha kau tu lebam ke tidak-" terang guanlin. aku menjeling.

" tak perlulah! tolonglah guanlin. saya nak balik. saya tak nak tinggal sini-" pintaku separa rayu. guanlin mengeluh.

" aku pun minta sangat dekat kau, chanmi. tidur sini malam ni please? hari ni je, aku janji lepas ni aku takkan-"

" ganggu hidup saya lagi." terus aku potong kata - kata guanlin.

" ok, kalau nak ganggu hidup kau, itu memang kepakaran aku-" aku menampar bahunya. guanlin tergelak.

aku tersenyum. wajahnya aku tenung lama. guanlin memandang ke arahku sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.

tak semena - mena guanlin tiba - tiba mencuit hidungku. aku terkedu seketika. begitu juga dengan guanlin.

" tolong jangan perasan. hidung kau tadi ada tepung. aku tolong bersihkan aje-" aku tergelak kecil.

" saya tak kata apa - apa punlahh-" guanlin menggaru belakang tengkuknya. segan mungkin.

" lantak kau lah!" aku tergelak lagi. aigoo, bad boy aku yang sorang ni tak pernah tak mencuit hati lahh.

🐥 really bad boy 🐥

[ 8 march 2019 ]

Continue Reading

You'll Also Like

6.1K 212 5
"Apa dosaku hingga kau tiba-tiba menzalimi aku sebegini?"
3.7K 332 15
Kisah cintanya seperti kisah si Cinderella . Kisah Cinderella abad ke 21. Adakah kisahnya akan berakhir bahagia seperti kisah Cinderella yang sebenar...
4.3K 619 51
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
13.4K 1.2K 18
"awak ni bidadari ke?" "eh kenapa?" "sebab gadis secantik awak tak pernah saya nampak sebelum ni, biar betul awak wujud?" - mengisahkan seorang pelak...