nine.gl

54 68 0
                                    

hari ni somi dah balik dari lawatan dia. aku harap dia tak datang serbu aku sebaik sahaja sampai di hadapan kelas.

dan aku berharap sangat hitomi tak bagitahu somi pasal berita semalam.

" chul! janganlah pindahhhh"

namun harapanku hancur berkecai apabila somi terus memeluk tubuhku sebaik sahaja masuk ke dalam kelas.

" wehh, aku lemazz wehh" bukan pula dilepaskan, makin erat pula pelukannya si somi ni.

" biar! biar kau mati! sekurang - kurang kau tak payah pindah." tubuh somi terus ditolak hitomi.

fuhh, tercungap - cungap aku ambil nafas. nyawa aku dah hujung tanduk tadi bhaii-

" bangang abadi tak boleh bla sia kau ni- baik lagi dia pindah, kita boleh lawat tengok muka cantik dia ni daripada dia mati kita nak kena hadap tanah kubur lawat dia!" panjang lebar hitomi berhujah.

somi mencebik.

" kalau aku mati sekali bolehlah aku tenung muka dia tiap hari. kalau kau nak ikut aku boleh bunuh kau dulu mehh-" muka somi ditenyeh hitomi.

" aku lempang kau satgi. pergi duduk sana!" marah hitomi. aku mengeluh lega melihat somi dengan muka cemberutnya duduk di tempat duduknya.

lepas juga aku dari ancamannya si budak somi tu. aku terus meletakkan begku di atas kerusi sebelum rambutku ditarik sekilas dari belakang.

" arrhh! janganlah!" terus aku palingkan badanku ke belakang cuba untuk melihat orang itu.

ok, dia.

" apa awak nak?" soalku berpeluk tubuh. actually, aku masih sakit hati sebab dia bagi bluetick semalam.

" dah pujuk appa kau?" aku mengangguk.

" jadi pindah tak?" aku mengangguk lemah.

" eii, tak payahlah aku kataaaaa!" tubuhku digoncang kuat oleh somi. namun terus somi berhenti sebaik sahaja kepalanya diketuk guanlin.

" kau tahu tak apa jadi kalau kau tak boleh pujuk appa kau?" aku angkat kening.

" apa?"

" aku sendiri yang akan pujuk appa kau. aku nak kau tunggu aku depan pagar rumah jam 3 petang nanti. kalau kau takde aku ikat kau dalam rumah aku-"

" awak ingat saya takut?" guanlin tersenyum sinis.

" kau ingat aku kesah? and, one more.. by hook or by crook, kau kena teman aku rehat nanti–" aku terus angkat kening.

pupus ke kengkawan dia semua sampai nak kena minta teman aku segala?

" kenapa pulak?" guanlin mengeluh kasar.

" daehwi takdelah! aku takde teman nak rehatt"

" dah tu, shuhua?" guanlin mengetap bibirnya.

" jangan banyak tanya boleh? aku gaduh dengan shuhua! kalau kau tak nak, sudah! cakap jee tak nakk–" marah guanlin.

aku mencebik.

" yelahh! ok! saya teman awakk. tapi, hitomi dengan somi macam mana?"

" kau rasa dorang sanggup ke terima kawan yang lupa kawan macam kau ni?" guanlin tersengih sinis. aku mengeluh.

" saya tahu.. saya ni bukan kawan yang baik untuk dorang. tapi, takkanlah nak rehat dengan saya pun tak sudi–" guanlin angkat bahu.

" mana aku tahu–" aku memuncung.

" pergilah duduk, cikgu dah datang tu–" halauku sambil menolak bahu guanlin menuju ke tempat duduknya.

🐣🐣🐣

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now