seven.gl

54 66 0
                                    

aku memerhati setiap ruangan rumah dengan perasaan gelisah. air liur yang terasa kelat aku telan.

" chul sayang. kenapa ni? tak suka ke?" soal omma melihat muka masamku. aku tersenyum nipis.

" mana ada. chul ok je." appa tersenyum.

" baguslah. appa sebenarnya nak bagi surprise kat engkorang dua sempena kenaikan pangkat appa hari tu-" aku mengangguk.

" boleh chul naik tengok bilik?" rambutku diusap appa.

" mestilah boleh sayang. inikan rumah kamu-"

tanpa berkata apa - apa, aku terus sahaja memanjat satu persatu anak tangga menuju ke tingkat atas.

terpaksalah aku pilih bilik tingkat atas memandang omma dan appa dah cop master room awal - awal.

bilik kedua dari kiri menjadi pilihanku. biliknya luas, ala - ala vintage. mewah - mewah gitu-

sebenarnya pinky pinky macam bilik lama aku dulu aku tak suka. aku suka yang simple tapi nampak mewah dan kemas.

kalau yang lama, seperti yang guanlin cakap tak swag. bukan taste aku. ianya nampak macam aku ni anak manja biarpun itu memang kenyataan.

itu semua angkara omma yang deco bilik tu jadi macam tu masa aku pergi lawatan satu minggu beberapa tahun lepas.

" appa! appa kuat kan? tolong angkatkan beg chul naik atas! chul tak laratt-" laungku dari tingkat atas.

aku melabuhkan punggungku di atas sofa yang terdapat di ruang tamu mini bilikku itu.

" nah. kemas terus tau. lepas tu turun tolong omma kemas dapur, kemas rumah apa semua. ok?" pesan appa.

" ok, appa. tutup pintu tu balik tau lepas keluar-"

aku terus bangun lalu menyumbat bagasiku masuk ke dalam almari begitu sahaja.

baju sekolah yang sedia dihanger pula aku sangkutkan di dalam almari. beg sekolah aku letak di bawah meja manakala buku - buku pelajaranku pula aku keluarkan lalu disusun kemas di atas meja.

sticky note - sticky note dari rumah yang aku letak di dalam tapau kembali aku lekatkan pada dinding yang berhadapan dengan kerusi meja belajarku baharuku.

setelah berpuas hati, aku duduk sebentar di atas katil. punggung aku lompat - lompatkan dia ats katil.

aku tergelak sendiri. empukk. bantal dia pun aum! mengancam-

setelah selesai membuat rondaan di sekitar bilik, aku terus melangkah turun ke bawah untuk membantu omma.

" omma-" pinggang omma aku peluk dari belakang.

" ada apa - apa yang chul boleh tolong?" soalku.

" ada. tolong omma hantar kek beras ni kat rumah - rumah jiran kita semua."

" alaaa, kenapa pulak macam tu omma?! patutnya dorang yang bagi kita kek beras kan? kan, appa, kan?" bantahku.

" tak salah kalau kita sebagai jiran baru ni nak mengeratkan sillaturrahim kan?" aku mengeluh mendengarkan jawapan menyentapkan appa.

" fine!" mataku memerhatikan bangunan kek beras yang tinggi namampos itu.

" takpe. aku temankan kau-" aku terkedu. suara ni. suara manis choco chip chip chip chip byeongari ni-

" gu-guan.. lin"

shit. dia lebih cepat daripada yang aku sangka. berapa banyak mata - mata dia ni sebenarnya?

dan..

kenapa mesti yang dia jadikan sasaran? apa yang dia nak dari aku?!

🐣🐣🐣

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now