MR POYO MY SWEETHEART

By dominisa143

52.5K 1.2K 73

Syaza Qayla sanggup lepaskan orang yang dicintai kerana satu permintaan. Kahwin dengan anak saudara sendiri b... More

PROLOG
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 21
Part 20
Part 21
Part 22

PART 15

1.8K 52 1
By dominisa143


BAB 15

"HUWAA...ngantuknya..."

Aku menguap seraya menekup dengan belakang tapak tangan.

Berjalan seiring dengan Zalia keluar dari bilik guru untuk pulang ke rumah. Waktu tamat persekolahan 10 minit sudah berlalu. Sengaja kami keluar lewat malas nak bersesak-sesak dengan kereta parents yang menjemput anak mereka.

"Amboi! Tahulah tengah mood honeymoon."

Zalia di sebelah sudah tersengih miang. Nampak sangat tengah mengenakan aku.

"Ish, kau ni! Dalam banyak-banyak benda ke situ pulak yang kau fikir ya. Otak ungu betul! Penat dan lelah. Kahwin dahlah last minute lepastu, hantar mama aku dekat KLIA balik dan masuk sekolah terus, mahu tak rasa nak pitam!"

Aku menjelaskan tanggapan negatif si kawan sekerja.

"Iyalah... Wey suami Mr Poyo kau dah balik Malaysia ke? Dahsyat betul majlis kau kan? Orang lain kahwin bakal suami sendiri yang jabat tangan tok kadi, tapi kau bakal mentua merangkap abang angkat sendiri. Hahahaha!"

Cit! Mereng punya kawan. Sempat lagi tu perli aku.

"Mestilah tengok majlis kahwin siapa. Syaza Qayla ni. Kalau tak pelik tak akan adanya nama aku" balasku sedikit mendabik dada.

Zalia mencemik kecil.

"Iyalah tu! Mana gambar suami muda kau versi dewasa? Bak sini nak tilik sikit hensem ke tidak"

"Takde."

Laju dan ringkas saja aku membalas.

"Kedekut punya kawan!" bebel Zalia siap buat muka lagi.

Aku menjelir kecil. Dengan Zalia semua hal tak masuk dalam hati.

"Bukan kedekut tapi betul aku takde gambar dia dalam fon. Haritu kak long aku bagi gambar macam tu aje lepas tengok aku tak ingat aku simpan dekat mana."

"Mesti sekarang dia dah tak hensem kan sebab tu kau malu nak tunjuk!" Provok Zalia lagi.

"Nak bandingkan dengan Badri kau, lagi hensem suami muda aku kot!"

Aku tidak mahu mengaku kalah.

"Sebut pasal gambar aku baru teringatkan sesuatu pasal perkahwinan korang."

Aku jungkit kening.

"Korang mana ada gambar kahwin kan?"

Aku terkelu seketika. Gambar kahwin ada aje. Malam tu Uzma sibuk memaksa aku posing sakan, tak akan takde lagi kot. Zalia ni memang sengaja nak sakat aku. Padahal dia laki bini siap dengan anak dia, tumpang sekali posing.

"Jangan tayang muka seposen! Sah-sah kau takde! Kau kan kahwin dengan namanya bukan dengan jasadnya."

Aku masih blur.

"Tak faham."

"Cik Puan Syaza Qayla awak akad nikah, yang jabat tangan tok kadi bukan suami awak tau! Tapi bapa mentua. Ambil gambar atas pelamin malam tu bukan Mr Poyo kau tapi Uzmir, ada faham?"

Dahi berkerut sedikit. Mulut terus membentukan huruf O.

"Ooo..baru aku faham. Cakaplah gambar aku dengan Usyair takde kan senang. Ini nak berkias-kias, pening nak hadam soalan KBAT kau tu!"

Betul juga apa Zalia cakap, aku mana ada gambar dengan Usyair masa majlis tu. Hmmm... Macam ada peluang nak buat jahat saja ni. Kalau aku menipu aku tak kahwin lagi mesti orang percaya sebab aku takde gambar kahwin. Sijil kahwin pun tak daftar lagi, besar peluang untuk aku buat jahat. Aku sengih nakal.

"Hoi! Berangan apa lagi?" sergah Zalia.

"Sibuk aje kau ni." Aku membalas. Tapi sengih jahat yang panjang masih terbit di bibir.

"Akak!"

Laung satu suara sebaik kaki aku melangkah keluar dari pintu pagar sekolah.

Aku dan Zalia kalih serentak.

"Siapa tu?" soal Zalia. Bahu aku ditolak sedikit.

"Hensemnya..."

Aku gigit bibir sambil berdecit kecil. Budak ni memang nak kena betul. Tak silap akulah kan pagi tadi aku ada bagi pesanan special punya dekat dia. Nak datang jemput aku potong rambut dulu biar kemas. Apa... Dia ingat kacakkah dia dengan rambut panjangnya itu? Nasib subang dia dah bukak.

"Anak kak long aku," jawab aku.

Mata sudah berapi pandang wajah si suami muda yang sedang duduk bersantai di bonet kereta. Siap melambai dekat aku lagi tu.

"Tu ke suami kau? Aum, mudanya! Tapi suami kau memang muda dari kau pun kan?"

Zalia buat gaya mahu menerkam dengan pakej gelak nakal lagi.

"Takde maknanya suami aku. Adik ipar akulah tu," dalihku dalam nada gugup.

"Amboi naik pangkat bini orang ni terus ada drebar ya? Tapi adik ipar yang mana lagi?" soal Zalia dengan mata mengejek.

"Dia jadi drebar aku hari ni sebab katanya nak guna kereta. Kalau tak... Takde maknanya nak rajin-rajin hantar aku ke sekolah," balasku dengan mulut termuncung ke arah Usyair. Soalan Zalia sengaja aku biarkan tanpa jawapan.

"Wei ni anak mama kau yang mana pulak? Tak pernah nampak pun. Rambut dia perghhh... Cantiknya hitam bersinar, panjang dan lurus, memang macam mamat Korea lah." Ligat Zalia ketawa.

Tak boleh nak mengelak lagi terpaksalah aku menjawab bila soalan itu ditanya lagi sekali.

"Mamat Korea celup tak sedar diri, namanya tu. Dah tahu orang Islam dan melayu buat gaya macam tu ingat kacak sangat ke?" sempat aku membebel.

Kami menapak menghampiri Usyair.

"Okey apa gaya tu. Lagipun sesuai dengan muka dan mata dia tu. Nampak kacak kot. Kalau aku tak kahwin lagi aku nak kau kenankan aku dengan dia. Aku tak macam kau yang tak nak suami muda, tak suka mamat kpop, janji hensem!"

Zalia sudah tersengih miang pada suami muda aku tu.

Glup! Tersedak sesaat. Kalaulah Zalia tahu budak yang aku duk kutuk kata mamat Korea celup tu suami aku. Agak-agak dia ketawa sampai pecah perut tak? Aishmen...malu-malu...

"Dia anak kak long akulah adik beradik si Usyair. Kiranya adik ipar akulah kan."

Aku sudah menipu kawan baik sendiri.

Lagipun Zalia tak kenal wajah Usyair jadi bulat-bulat dia percaya cakap aku.

Wajah Usyair aku kerling sekilas. Maafkan akak, Mr Poyo.

"Siapa ni akak?"

Dengan selamba miangnya tangan Usyair sudah mendarat di bahuku.

Aku terkejut dengan gaya selamba dia. Aku nak simpan rahsia, dia kasi kantoi rahsia! Tak boleh buat partnership menipu betul!

"Kawan akak. Dia nak ngorat adik boleh?" jawabku terus menjauh dari dia sedikit. Sengaja nak mengenakan suami muda aku.

"Eh, kenapa tak boleh pulak? Bak sini nombor fon mana tahu kami berjodohkan. Sekarang bukan senang nak dapat isteri yang kerja cikgu ni."

Usyair jawab dengan riak tenang kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar jeans.

Tawa Zalia terus meletus.

"Kalau perempuan boleh bermadu, Kak Za bagi terus nombor telefon akak dengan kamu, dik. Okeylah Sya, aku balik dulu. Hensem boy ada masa kita jumpa lagi."

Zalia mengatur langkah pada keretanya yang terparking.

"Okey kakak cantik!" laung Usyair sambil tersenyum manis.

Allah! Gatal punya suami!

Aku tengok Zalia kalih belakang semula, sudah tersengih panjang. Uf! Sorang bini orang yang sorang lagi laki orang. Dua-dua memang gatal tak bertempat!

Masuk dalam kereta, aku kecilkan pandangan. Wajah jambunya serta rambut yang panjang mengurai ala-ala puteri Rapunzel tu aku renung tajam dengan jari telunjukku naik ke atas berulang-ulang kali pada sekitar wajah dan rambutnya.

"Ni! Rambut panjang ni bila nak potong? Semak mata nak tengok tau! Subang nasib baik dah buang kalau tak rabit akak tarik. Jom kita singgah kedai gunting."

Aku dah mula membebel. Rambutnya aku tarik sedikit.

"Janganlah usik rambut adik. Lama kut simpan sampai panjang gini. Jeleslah tu sebab rambut adik lebih cantik dan lembut dari rambut maggie akak tu."

Allah hampir jatuh rahang aku. Dia mengata rambut aku kot.

"Eee...Jangan nak mengutuk rambut akak boleh tak? Walaupun maggie tapi cantik tahu. Ala-ala Ezlyn gitu. Takde kuasa akak nak jeles dengan rambut adik ni."

Aku balas balik dengan tangan menepis-nepis rambut panjangnya itu. Hati adalah sikit terasa sebab dia kutuk rambut aku.

Usyair menepis tangan aku dengan kasar. Pandang cerlung ke dalam anak mataku. Wajahnya pula sudah seinci mendekat.

Aku terkedu dan lidah terus kelu. Bila dia semakin mendekat aku mengundur sedikit sehinggalah badanku tersekat dekat pintu.

Kenapa tiba-tiba ni... Tak akan lah dia nak buat drama romantik dalam kereta di tempat awam ni. Dah hilang akal ke apa, Mr Poyo ni.

Teringat peristiwa semalam. Pipi aku jadi mangsa. Jangan kali ini bibir aku pula yang jadi mangsa. Terus gelengkan kepala menafikan apa yng terlintas di fikiran nakal.

Bila mana dia betul-betul di pandanganku aku terus tutup mata. Dada dah berombak kencang. Dan-dan aku tutup mata, dia bersuara. Kusangkakan dia mahu mengucup bibirku akan tetapi...

"Oh, kerengga rupanya duk atas tudung akak. Nasib baik tak sempat nak kencing dalam mata. Nanti tak pasal-pasal orang cakap adik nak buli akak"

Aku terus buka mata. Tengok dia telah meniup binatang berwarna merah itu keluar tingkat.

"Arghh! Benci tau!"

Aku dah mengelupur. Bengang dengan tindakan selamba miang dia tu.

"Kenapa? Ke akak nak adik buat sesuatu dekat akak tadi?"

Dia dah jungkit kening sebelah. Hujung bibirnya terherot miang.

"Eee..Tolonglah dik!"

Aku dah peluk tubuh. Malas nak melayan.

"Kalau suka tu cakaplah suka. Jangan asyik nak mengaku yang adik ni adik akak saja. Bila member tanya cakap ini suami saya."

Dia mengajar aku pula. Nak suruh aku mengaku yang dia tu suami aku, yang dia asyik membiasakan diri tu adik jugak kenapa?

"Ingat adik tak dengar apa yang akak bagitahu kawan akak tadi?"

Dia jungkit kening. Belum puas hati lagi rupanya.

"Dah, jangan nak terasa sangat. Jomlah balik akak lapar dan nak makan ni!"

"Okeylah. Untuk akak dan isteri adik ni, adik sanggup buat apa saja."

Dia sengih manis serta menggoda.

Aku terus kalih pandang. Tak boleh nak pandang lama-lama nanti terjatuh sayang pulak. Susah tahu dari rasa sayang sebagai seorang kakak adik kepada rasa sayang sebagai isteri suami.

Aku perlukan masa dan ruang untuk mencintai dan menyayangi dia. Tambahan pula hatiku masih terluka belum pulih dengan Firdaus. Aku harap dia mengerti.

Continue Reading

You'll Also Like

40.8M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...