Dugaan Hati♡

De limaudotdot

470K 13.1K 582

[COMPLETED] 🌈 "Hana saya minta maaf. Tolonglah maafkan saya." entah suda... Mais

♡Dugaan Hati♡
1 ; First Marriage ❤💍
2 ; Lafaz Akad 💍👰
3 ; Engaged 💍💋
4 ; Pregnant?! ❤👶
6 ; Sampai Hati😔💔
7 ; Tragedi 💥💔
8 ; Last time?🔥💔
9 ; Separuh Hati☔💔
10 ; Kerana Rahsia~😐
11 ; Jauh🍁😔
12 ; Kahwin? Lagi?😧🍁😔
13 ; Second Marriage 💔🔥
14 ; Long Time No See😎
15 ; Caring kah?😐
16 ; Direka Bahagia😿
17 ; Drama?☔
18 ; Berani Mati?💩
19 ; Dera💔🔪
20 ; Bagai Jatuh Ditimpa Tangga💔
21 ; Tawar Hati💔💌
22 ; Cerai lagi🌹
23 ; Memori Dolu Dolu😂
24 ; Afeef ♥
25 ; 🌹
26 ; 💔
27 ; ☔
28 ; Love?
29 ; Jawapan?💍
30 ; Dugaan Apa Lagi🚨
31 ; 🌹(>_<)
32 ; 🌹(>_<)
33 ; Hot News🔥
34 ; Antagonis Lagi?!
35 ; 😨
36 ; ⛄
37 ; 😂
38 ; Sweet Memo♥
39 ; Ending?
40 ; Bahagia Bukan Kita♡
41 ; Kali Terakhir♥
Haiiiiii!!!
Dear Readers🤍

5 ; Malaysia!❤🏁

9.8K 329 1
De limaudotdot

"TUAN, ada nak singgah mana-mana?" soal Pak Salim merangkap pemandu peribadi Zaqril.

"Tak ada Pak Salim. Balik rumah teruslah. Nak jumpa papa dengan mama. Rindu." balas Zaqril sambil tersengih kecil.

"Baiklah tuan muda." ujar Pak Salim akur.

"Pak Salim, kan saya dah cakap jangan panggil saya tuan. Panggil Eiz je Pak Salim." ujar Zaqril matanya kini memandang ke luar tingkap.

"Baiklah Eiz."  balas Pak Salim, pemanduannya diteruskan.

Malaysia. Ya baru hari ni dia tiba di tanah airnya sendiri. Selepas 2 tahun menetap di Perth. Sungguh, memang dia rindu negara ini. Meskipun tidak banyak yang berubah selepas dua tahun. Negara ini tetap negaranya. Tempat lahirnya dan bumi bertuahnya.

Setibanya di rumah agam milik papa dan mamanya. Langkahnya terlebih dahulu diatur mencari mamanya.

"Assalamualaikum? Papa? Mama?" laung Zaqril.

"Eiz! Welcome home baby boy!" sambut Tan Sri Naufal. Anak lelakinya itu didakap erat.

"Eiz." tegur mamanya.

"Ya? Mama dengan papa sihat?" soal Zaqril sesudah menyalam kedua orang tuanya.

"Macam biasalah Eiz, sihat biasa je mama dengan papa ni, maklumlah dah tua. Rumah kata pergi, kubur kata mari." jawab Puan Sri Mikayla.

"Mama ni ke situ pula." Zaqril menundukkan kepalanya.

"Tak boleh cepatkan sikit ke majlis kamu tu?" soal Tan Sri Naufal yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Nanti Eiz tanya Ainul ye Pa. Eiz nak naik dulu ni nak mandi dan nak rehatkan badan kejap. Lepas zohor nanti Eiz turun balik." ujar Eiz sebelum mengatur langkah ke biliknya.

❤❤❤

"SAYANG dah sampai rumah?" soal Zaqril dihujung talian.

"Dah biy. Baru lepas solat. Biy pula?" soal Ainul, tangannya ligat melipat telekung sebelum diletakkan di atas katil.

"Biy dah solat dah. Baru nak turun lunch. Tadi papa tanya, boleh tak kalau nak cepatkan majlis sebulan awal?" ujar Zaqril.

"Nanti sayang tanya mummy dengan daddy  ye. Biy pergilah lunch dulu. Dah jam satu tengahari ni ha." balas Ainul.

"Okey sayang. Love you." sempat Zaqril mengucapkan kata sayang sebelum talian dimatikan.

Sejurus itu langkahnya diatur keluar menuju ke ruang makan. Kelam-kabut dia turun, takut nanti mamanya terjerit-jerit pula memanggilnya turun. Tu yang dia malas. Suara mamanya tu sudah serupa dinosaur mengamuk. Habis bergegar rumah. Eh terlebih kutuk Puan Sri Mikayla pula. Maaf puan sri. Hehe.

"Mama!" panggil Zaqril, tangannya kini melingkar di pinggang ibunya, sungguh dia rindu wanita syurganya ini.

"Amboi anak mama ni, dah nak kahwin pun manja lagi." ujar Puan Sri Mikayla. Tangannya masih ligat memasak ayam pedas.

"Favourite Eiz ke Ma?" soal Zaqril. Puan Sri Mikayla sekadar mengangguk.

"Pergi duduk kat meja tu, apa peluk-peluk mama ni. Dah tua pun manja. Macam budak!" ujar Puan Sri Mikayla, lengan anaknya dicubit perlahan.

Seusai makan tengahari bersama mama dan papanya, Zaqril meminta diri untuk keluar.

"Pa, Eiz pergi jumpa kawan kejap ea? Lama tak jumpa dorang." ujar Zaqril, pantas kunci kereta dicapai. Tan Sri Naufal sekadar menggeleng. Tak tahu erti penat betul anak lelaki sulungnya ini.


❤❤❤


"MACAM mana Perth? Best?" soal Rafique merangkap sahabat karib Zaqril.

"Best? Mimpi! Kerja aku menghadap kertas! Komputer! Meeting! Bosan tau tak?!" ujar Zaqril, sahabatnya itu dijeling sekilas.

"Biasalah. Nama pun CEO kan." ujar Rafique lagi.

"Nizam apa cer sekarang?" soal Zaqril. Memang agak lama dia tidak berhubung dengan sepupunya itu.

"Dia? Dengar cerita isteri mengandung." balas Rafique, vanilla smoothie di hadapannya disedut sedikit.

"Oh, murah rezeki dia. Aku tak tau lagi nama isteri dia. Apa nama isteri dia?" soal Zaqril lagi.

"Hana." balas Rafique ringkas.

"Hana je?" Zaqril masih menyoal.

"Nurhana Aqyra binti Zulfadli. Puas hati?" balas Rafique. Geram pula dia dengan perangai sahabatnya ini. Isteri orang pun nak tau.

"Hana Aqyra?" soal Zaqril sekali lagi, membulat matanya memandang Rafique.

"Ye lah. Yang kau tengok aku macam nak terkam ni kenapa? Kau kenal Hana?" soal Rafique, wajah Zaqril dipandang meminta seribu satu penjelasan.

"Kenal biasa." balasnya ringkas, matanya dialihkan memandang ke arah lain.

"Macam mana kau kenal?" soal Rafique yang mulai menunjukkan minatnya.

"Busybody! Dah! Aku nak balik. Bye." ujar Zaqril sebelum meninggalkan sahabatnya itu terkulat-kulat di situ.


❤❤❤


"SAYANG?" panggil Nizam. Isterinya yang leka memasak itu dipeluk dari belakang.

"Ya suamiku?"

"Abang dah nak pergi Singapore minggu depan. Sayang duduk dengan mama ye? Jadi taklah abang risau nak tinggal sayang. At least mama boleh tolong tengok-tengokkan isteri kesayangan abang ni." ujar Nizam, kepalanya diletakkan di bahu kanan Hana. timbul pula mood nak bermanja.

"Ya, Hana tahulah. Hana jaga diri. Abang tu! Jangan balik nanti bawa isteri baru pula." balas Hana, wajah suaminya dijeling sekilas.

"Kata-kata tu satu doa tau sayang. Kalau abang betul bawa balik isteri nombor dua macam mana?" soal Nizam, sengaja mahu menyakat isterinya. Lantas cepat sahaja tangan Hana mencubit pinggangnya. Terjerit kecil dia menerima cubitan sang isteri yang drastik itu

"Gatal!" marah Hana. Pelukan dileraikan segera. Susah dia mahu memasak dalam keadaan berpeluk begini. Terbatas sungguh pergerakkan!

"Okey okey, abang tak cari isteri baharu. Cukup sayang sorang dalam hati abang. Sebab ada sayang dalam hati abang pun dah penuh hati abang." ujar Nizam. Sempat dia mencium pipi kanan isterinya sebelum mencicit lari ke ruang tamu.

"Hey! Ambik kesempatan!" jerit Hana, habis berbahang wajahnya menahan malu.

Sedikit sebanyak otaknya menerawang memikirkan kata-kata suaminya tadi. Isteri baru? Bermadu? Sungguh jika benar, hancur lebur hatinya. Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain? Lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa bukan dia sahaja yang ada dihati sang suami yang dicintai. Huuuu...

"Astagfirullah Hana, apa kau fikir ni?" Hana bermonolog sendiri, dia menampar lembut pipinya.


❤❤❤


"SAYANG, abang dah kat Singapore. Sayang abang dah makan?" soal Nizam dihujung talian. Girang hatinya dapat mendengar suara bidadari hati.

"Dah. Abang?" soal Hana pula.

"Baru nak makan. Tunggu abang balik tau. Jaga baby tu. Kesian baby kalau mummy dia tak jaga kesihatan." ujar Nizam prihatin.

"Ye, tahulah wahai suamiku. Abang pun take care." ujar Hana.

"Okey sayang, abang nak makan dulu. Nanti abang call sayang lagi. I love you." ujar Nizam sebelum talian diputuskan.

"Hana?" tegur Datin Hazratul.

"Ye bonda?"

"Nizam ke?" soal Datin Hazratul lagi, dia melabuhkan punggungnya di sebelah anak perempuan sulungnya itu.

"Ha ah, dah sampai katanya." balas Hana, wajah ditundukkan. Terasa berat hatinya tika ini. Tangannya drastik naik memegang dada yang terasa ketat saat ini.

"Kenapa sayang? Ada masalah?" soal Datin Hazratul prihatin.

"Hana tak sedap hatilah bonda." ujar Hana polos. Wajah mamanya dipandang sayu.

"Kenapa?" Datin Hazratul menggenggam erat tangan anaknya, cuba menyalurkan kekuatan.

"Macam ada something yang akan jadi. Hana takutlah bonda." ujar Hana, air matanya mengalir perlahan.

"Sayang, jangan fikir bukan-bukan please. Nizam takkan apa-apa. Percayalah. Dah jom masuk. Dah nak masuk waktu asar. Kita solat berjemaah ye?" ajak Datin Hazratul, tangan anaknya masih digenggam kemas. Sungguh terasa hangat kasih seorang ibu.




Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Continue lendo

Você também vai gostar

29.5K 1.1K 55
Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap...
195K 2.9K 62
Ayis liyana seorang yang dingin sombong berlagak dan kurang ajar baginya harta adalah segalahnya sampai sanggup membuat apa sahaja demi kemewahan yan...
250K 9.6K 66
2 0 2 1 [KARYA 4] Tanpa sebab, Mak Abah gadis itu dibunuh kejam pada waktu tengah malam. Perasaan si gadis sukar diungkap. Sedih! Marah! Takut! Tatu...
292K 10.3K 49
Hidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai...