BUTAKAH CINTA ©️

By _NaniRizal_

1M 40K 1.5K

#1 in cinta (27 march 2019) #1 in romantik (12 april 2019) #1 in remaja (13 september 2019) "Hello! Saya tany... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
AUTHOR'S NOTE
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81 (final episode)
Cover Baru Butakah Cinta
Cover Baru Butakah Cinta✔
Special Chapter 1
Special Chapter 2
My Babies

BAB 53

10.1K 393 3
By _NaniRizal_




"Aku kat luar dah ni," ujar Faiz sewaktu aku sedang bersiap untuk menghantarnya ke poli.

"Hah? Dah sampai? Sekejap awak, saya tengah siap."

5 minit kemudian aku keluar. Faiz hanya menunggu di dalam kereta.

"Sara mana? Dah gerak ke?" Soal Faiz.

"Dah. Dia baru je keluar tadi. Nak kena ambil Saif dulu kan?"

Faiz mengangguk. Lelaki itu kemudiannya memandu keluar dari kawasan kediamanku. Tiba di poli, beberapa orang rakan sepasukan Faiz sudah tiba. Masih menanti rakan yang lain. Bas juga belum kelihatan.

Faiz memakir kereta di petak yang disediakan. Lalu keluar diikuti oleh aku. Pintu belakang dibuka dan dicapai beg sandangnya.

"Come." Gamitnya. Aku menapak menghampiri Faiz.

"Nah, kunci. Jaga girlfriend aku ni baik-baik tau," pesannya seraya menghulurkan kunci kereta kepada aku. Aku sambut lalu dimasukkan ke dalam poket seluar jeans yang aku pakai.

"Tengoklah kalau saya baik hati nak jaga 'madu' saya ni."

"Kena jaga baik-baik. Hidup bermadu ni memang macam tu. Barulah rumahtangga aman bahagia," Faiz tidak mahu kalah.

"Typical malay guy. Suka sangat dengan word 'madu' tu," aku menjeling ke arah Faiz.

"Kau yang panggil girlfriend aku ni madu. Siapa suruh?"

"Dah, kalau dia ni girlfriend awak..saya ni siapa pulak?" Sengaja mahu mengujinya.

"Hurmm..kau eh? Kau princess akulah, sayang. Bidadari dari langit Allah kirimkan untuk aku. Sweet tak?" Faiz mengusik. Merah padam muka aku waktu ini.

"Pick up line, huh?"

"Sesekali.." Selamba sahaja jawapan Faiz.

"..dah, jom.." sambungnya. Tangannya dihulurkan kepadaku. Sengaja.

Aku pandang wajahnya. Menyedari lelaki itu mahu mengenakan aku lantas aku buat muka berlagak. Acah-acah flip rambut, terus menonong berjalan. Faiz ketawa kuat lalu segera menyaingi langkahku. Hujung tudungku ditarik sedikit.

"Hey!" Marahku.

Faiz buat muka tak bersalah. "What? Aku tak buat apa-apa.."

Aku tumbuk bahunya. "Rasakan!"

Faiz ketawa lagi.

Kami beriringan menuju ke arah sekelompok manusia yang sedang asyik berbual sesama sendiri. Setelah menegur hampir semua rakan sepasukannya, Faiz duduk di sebelah aku di atas bangku.

Beberapa minit kemudian, kelihatan Sara dan Saif pula tiba. Diikuti jurulatih pasukan ragbi, Encik Zaki. Sedikit taklimat diberikan oleh Encik Zaki sebelum pemain-pemain dibenarkan masuk ke dalam bas yang baru sahaja sampai.

Aku mengekori Faiz hingga ke sisi bas. Faiz berhenti dan berpaling.

"Aku naik dulu.."

"Okay, awak. Take care kat sana nanti.."

"In shaa Allah. Hati-hati drive balik. Ahad nanti kita jumpa okay? Take care, sayang.."

"I will. In shaa Allah. Bye, awak.."

"Bye, princess."

Faiz menaiki tangga bas, sempat berhenti seketika mengeyit mata kepada aku. Aku ketawa tetapi dalam hati berbunga-bunga. Alahai awak, kenapalah sweet sangat?

Sebaik sahaja bas mula bergerak meninggalkan perkarangan politeknik, aku dan Sara ke parking lot. Masuk sahaja di dalam kereta Faiz, terhidu wangian lelaki itu. Aku tersenyum sendirian sambil menyelaraskan kembali kerusi bahagian pemandu, sedikit ke depan. Cermin pandang belakang juga terpaksa aku adjust mengikut keselesaanku. Dengan lafaz bismillah, aku memulakan pemanduan.

...

Sabtu pagi, aku dan Sara bersama-sama mengemas rumah, mengemop, mencuci dapur dan membersihkan bilik serta bilik air. Rutin setiap hujung minggu. Tapi adakalanya tak sempat buat sekiranya antara kami ada urusan lain.

Hampir tengahari baru lah selesai semua kerja pembersihan rumah. Puas hati melihat rumah yang kemas dan bersih. Walaupun rumah ini cuma rumah sewa tapi aku dan Sara sudah terbiasa memastikan tempat tinggal kami bersih. Senang nak belajar, selesa untuk didiami.

"Huh! Penatnya!" Keluh Sara.

"Tahu takpa. Lain macam penat harini," aku menyokong kata-kata Sara. Kami berdua terbaring di atas sofa.

"Hana, jom siap-siap. Kita keluar makan lepas tu shopping!"

"Tadi baru je kau kata penat?"

"Alah, perut dah lapar ni. Lagipun kalau bab shopping, semua perempuan suka. Hilang penat! Terapi diri kan?"

"Haa yelah yelah. Perut aku pun dah bernasyid ni. Jom siap!"

Sejam kemudian, aku dan Sara sudah berada di dalam kereta milik Faiz. Awalnya aku tidak bersetuju dengan cadangan Sara untuk menggunakan kereta Faiz tetapi gadis itu pandai memujuk akhirnya aku mengalah juga.

Hana📩 Awak, saya pinjam kereta nak keluar pergi makan and teman Sara shopping ye?

Whatsapp dihantar kepada Faiz. Tidak lama kemudian lelaki itu membalas.

Faiz📩 Tuang minyak!

Eh! Kedekut betul mamat ni. Dengan aku pun dia nak berkira? Ceh!

Hana📩 Yelah. Takkan nak tuang air kopi pulak! Kedekut!

Faiz📩 Kau pun kedekut mee kari!

Aku tergelak membaca whatsapp Faiz. Lah! Dia ingat lagi pasal mee kari tu? Hampeh!

Hana📩 Balas dendam huh?

Faiz📩 Hahaha! Aku gurau je. Pakailah. Drive baik-baik. Aku sayang girlfriend aku tu. Tapi lagi sayang princess aku ni😉

Hana📩 Ingat tak sayang tadi. Thanks awak! 🥰

Faiz📩 Jangan goda aku camtu. Kejap lagi aku nak start game. Kang nampak bola tu macam kau, susah pulak nak lepas nanti.

Hana📩 Heh! Jangan nak poyo sangat. By the way, good luck awak!

Faiz📩 Haha! Thank you, princess❤

...


Jalan agak sesak, maklumlah cuti hujung minggu. Ramai yang mengambil peluang untuk keluar untuk bersantai atau berhibur. Aku memandu dengan berhati-hati. Risau juga kalau tercalarkan si girlfriend Faiz ni.

Tersangkut dalam jammed dah satu hal, lepas tu nak kena mencari parking pula. Alahai! Mujur kereta Faiz ni auto. Kalau manual agaknya kebas kaki aku menekan clutch dan pedal minyak. Puas berpusing dua kali di kawasan tempat letak kereta, akhirnya rezeki berpihak kepada kami apabila ada sebuah kereta mahu keluar.

Selesai memakir kereta, aku dan Sara membelek cermin sebelum melangkah keluar. Tempat pertama yang ditujui pastilah tempat makan. Memandangkan kami tidak mahu bersesak di food court, maka Sara mencadangkan untuk makan di Old Town sahaja.

Sementara menunggu pesanan tiba, kami berbual berdua. Ke mana arah tuju selepas mengisi perut nanti. Kebetulan kami berdua cuti solat jadi tidak perlu mencari surau.

"Beb, lepas ni aku nak pergi cari kasut. Kasut untuk pergi kelas," ujar Sara.

"Bukan kau baru je ke beli kasut bulan lepas?"

"Itu kasut untuk berjalan. Kasut pergi kelas aku dah nak tercabut tumitnya. Takkan nak tunggu dia patah baru nak cari lain," jawab Sara sambil tersenyum.

"Yelah, lepas ni kita pergi."

"Lepas tu aku nak cari present untuk birthday Saif nanti. Lagi dua minggu. Tak lama dah," tambah Sara lagi. Aku hanya menganggukkan kepala, bersetuju.

Berjam-jam kami habiskan masa untuk bershopping. Yang sebetulnya aku hanya menemani Sara. Satu-satunya barang yang aku beli adalah novel. Sara memang kaki shopping. Kalau kaki tak kuat, boleh longgar semua sendi mengikut rentak kaki gadis itu.

Selesai shopping Sara mengajak aku untuk menonton wayang. Aku turutkan sahaja, lagipun sudah agak lama kami tidak dapat meluangkan masa hujung minggu begini bersama.

Dari tengahari membawa hingga ke malam. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan. Akhirnya selepas makan malam, Sara mengajak pulang. Ah, akhirnya! Saat ni aku dah tak rasa kaki dah. Rasa nak seret je kaki ni balik. Apakan daya, kena drive juga.

"Kau pergi dulu, aku pergi bayar parking," ujar Sara.

"Okay," jawabku.

Dengan langkah perlahan aku mengheret kaki hingga ke kereta. Suasana agak sunyi sewaktu itu. Seram pula rasanya. Aku menyelongkar handbag untuk mencari kunci kereta apabila sepasang tangan menekup mulutku dari belakang. Aku panik! Siapa ni? Aku meronta.

Tubuhku dihimpit ke kereta. Lelaki itu menekan badannya ke badanku. Seluruh keringat membasahi dahi. Perasaan takut, marah semua bercampur baur.

"Last warning! Leave him or you will get hurt!"

Suara garau lelaki itu bagaikan bergema di telingaku.

Setelah itu aku dilepaskan. Terjelepok tubuh ke atas lantai. Aku menangis semahunya.

"Hana! Kau kenapa ni?" Soal Sara yang baru sahaja muncul.

Aku hanya memeluk lutut dan menangis. Tubuhku menggigil. Sara panik melihat keadaanku. Digoncangnya tubuh aku sambil memanggil namaku. Aku tetap berkeadaan seperti tadi. Menangis. Aku dicabul? Allah!

...

Sara membantu aku ketika keluar dari balai polis. Menurut pegawai yang bertugas, mereka akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut. Berdasarkan report terdahulu dan kata-kata ugutan yang aku terima tadi, pihak polis mengesyaki pelakunya adalah orang yang sama. Cuma bezanya kali ini dia mengupah orang lain untuk membuat ugutan sekaligus melakukan percubaan mencabul.

Lemah segala sendi saat ini. Masih terbayang-bayang lagi kejadian tadi. Kaki aku menggeletar. Hampir sahaja aku terkulai di atas lantai. Sara terpaksa memapah aku hingga ke kereta.

Terdahulu, Sara membawa aku untuk pemeriksaan lanjut di hospital sebelum membuat report polis. Mujur aku tidak diapa-apakan tetapi menurut kata doktor, aku mengalami trauma.

Sara memandu kereta pulang ke rumah. Ibu dan abah juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Esok mereka akan bertolak dari kampung untuk melihat sendiri keadaanku. Abang Is dan Abang Fiq juga tidak putus putus menghubungi Sara bertanyakan perkembangan terkini aku. Mereka juga akan ke sini esok bersama ibu dan abah.

Continue Reading

You'll Also Like

244K 10.9K 79
Dura Nadhirah. Dia seorang wanita yang hebat dalam membina Empayanya.Dia perlu Pertahankan Empayanya iaitu DCruiz. DCruiz adalah hak miliknya dan sat...
120K 3.4K 61
PUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan...
3.3K 130 19
Mengisahkan seorang pelajar (Dahlia) yang menyukai musik dan seorang yang aktif. Malah Dahlia mempunyai seorang stalker berjaya yang mengetahui semua...
938K 35.2K 94
Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan...