BUTAKAH CINTA ©️

By _NaniRizal_

1M 40K 1.5K

#1 in cinta (27 march 2019) #1 in romantik (12 april 2019) #1 in remaja (13 september 2019) "Hello! Saya tany... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
AUTHOR'S NOTE
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81 (final episode)
Cover Baru Butakah Cinta
Cover Baru Butakah Cinta✔
Special Chapter 1
Special Chapter 2
My Babies

BAB 23

11.9K 508 23
By _NaniRizal_





Aku masih berdiri di belakang Faiz setelah Nelly pergi. Mujur Sara cepat keluar. Kalau tak habis semua jiran-jiran keluar dengar suara cik ponti tu bertempik kat rumah aku. Apa punya perangai entah!

Faiz berpusing ke belakang menghadap aku kembali. Sara pula meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Tinggal aku dah Faiz di depan pintu.

"Sorry. Aku tak sangka Nelly boleh buat sampai tahap ni," kata Faiz kesal.

"Takpa. Sikit je ni. Nanti baiklah,"

"Dah sapu ubat ke? Bengkak tu,"

Aku menggeleng.

Faiz memanggil Sara dan meminta first aid kit.

"Nah. Tadi aku dah suruh dia sapu ubat tapi dia tak nak," ujar Sara seraya menyerahkan kotak itu kepada Faiz.

"Takpa, aku tolong Hana buat. Thanks Sara,"

Sara kembali ke dalam rumah memberi ruang buat aku dan Faiz. Faiz memegang lengan aku yang berlapik baju lengan panjang dan membawa aku ke kerusi yang terletak di luar rumah. Aku hanya menurut apabila Faiz meminta aku untuk duduk.

Lalu Faiz menarik kerusi dan duduk menghadap aku. Tangannya perlahan-lahan membuka first aid kit tersebut. Dikeluarkan kapas dan ubat. Dengan berhati-hati, Faiz menyapu ubat pada hujung bibir aku yang luka. Sesekali aku mengadu kesakitan tanpa sedar terpegang tangan lelaki itu. Namun cepat-cepat melepaskannya bila tersedar.

"Ok dah siap," ujar Faiz sambil menyimpan ubat dan lebihan kapas di dalam kotak. Dia kemudian meletakkan kotak tersebut dan menongkat dagu memandang aku. Lama. Sehingga aku rasa malu diperhatikan begitu dari jarak dekat.

"Awak balik lah. Tak ada kelas ke petang ni?" Soalku cuba menutup rasa malu.

"Kau halau aku ke?"

"Bukan macam tu. Saya cuma tak nak awak skip kelas sebab saya. Benda kecik je ni,"

"Malaslah aku nak pergi," jawab Faiz seraya bersandar pada kerusi. Matanya masih terpaku pada aku.

"Mana boleh ponteng-ponteng kelas. Nanti tak cukup jam kredit, tak lepas nak ambil final exam," sempat aku membebel.

Faiz gelak.

"Sayang jugak kau kat aku kan?" Tebak Faiz. Waktu ini pipi aku membahang. Kenapa straight to the point sangat mamat ni? Aduh.

"Usik sikit je habis merah pipi tu. Okaylah aku balik dulu. Malam nanti aku datang lagi. Jangan keluar dating dengan Adib pulak. Tunggu aku sampai okay? .Dating dengan aku je dibenarkan," Faiz berkata lalu ketawa. Ketawa yang menyenangkan pendengaran aku.

Hailah hati kalau dah sayang, semua pun nampak indah je kan?

Faiz bangun dari kerusi. Aku juga turut mengikuti langkahnya ke motor. Bagaikan tiang aku terpacak di tepi motor milik Faiz. Faiz ketawa lagi.

"Take care, princess," ucap Faiz sebelum meluncur pergi. Aku tersenyum sambil memegang kedua-dua pipi. Blushing!

...

Seperti yang dijanjikan Faiz datang malam itu. Aku baru selesai menunaikan solat isyak. Aku bersiap ala kadar dan keluar bertemu Faiz yang menunggu di luar.

Menyedari kehadiran aku, Faiz menghadiahkan senyuman manis. Senyuman yang mampu menggoyangkan sekeping hati. Cewah!

"Awak bawa kereta siapa ni?" Soalku hairan melihat Faiz datang memandu kereta.

"Kereta aku lah. Kau ingat aku tak ada kereta ke?"

"Tak adalah selalu tengok awak dengan motor je. Tak pernah tengok awak drive kereta. Sebab tu saya tanya," aku menjawab perlahan.

"Aku suka naik motor. Senang. Tak payah pening pasal jammed," jawapan yang sama aku pernah dengar dari Sara dahulu. Aku hanya tersenyum mengangguk. Faiz membukakan pintu kereta untuk aku.

"Come," ajak Faiz.

"Kita nak ke mana ni, awak?" Aku menyoal sebelum Faiz menutup pintu.

"Ke hati aku," jawab Faiz lalu dia ketawa terbahak-bahak dan menutup pintu. Membahang lagi pipi aku kali ni. Faiz kemudiannya duduk di tempat pemandu. Sebelum bergerak, lelaki itu menghadiahkan senyuman buat aku. Meltinglah camni! Eh author ni lebih-lebih pulak feelingnya. Hahaha!

Faiz tenang memandu kereta. Ke mana destinasi kami, aku sendiri tak tahu. Malas mahu bertanya nanti mesti dia kenakan aku lagi. Jangan lah dia bawa pergi tempat-tempat yang formal, aku ni dah lah pakai jeans dengan tshirt lengan panjang biasa je.

Faiz membelok ke sebuah restoran. Setelah memakir kereta, kami berdua keluar dan beriringan ke meja yang disediakan. Kalau sebelum ini kami makan berdua, Faiz duduk di hadapan aku tapi kali ini dia memilih untuk duduk di sebelah aku. Kekok juga rasanya.

Pelayan datang mengambil pesanan kami dan berlalu.

"Cuti sem tak lama lagi. Kau balik kampung?" Soal Faiz memecah keheningan antara kami.

"Balik. Lagipun dah lama saya tak balik. Awak tak balik ke?"

"Entah. Kalau rajin aku baliklah," jawabnya bersahaja. Aku diam malas bertanya lanjut isu itu.

Makanan yang dipesan tiba. Aku dan Faiz masing-masing menikmati makan malam kami. Selesai makan, Faiz cuma memandu tanpa arah. Aku mengambil peluang bertanyakan tentang Nelly.

"Awak, Nelly tak tau ke yang awak dah tau pasal dia? Dia serang saya tadi sebab dia kata saya yang nak rampas awak dari dia sedangkan kita berdua takda apa-apa hubungan. Saya penatlah macam ni, Faiz. Saya datang sini nak belajar bukan nak libatkan diri dalam hubungan cinta korang," panjang lebar aku meluahkan perasaan.

Geram juga asyik dituduh macam-macam. Aku boleh bersabar selagi aku mampu. Tapi setiap kesabaran ada hadnya, bukan?

"Aku nak tengok sejauh mana dia boleh tipu aku. Sakit hati aku, Hana. Depan mata, dia curang dengan aku. Kami dah dua tahun bersama. Macam tak ada apa-apa erti je pada dia," wajah Faiz mendung.

Aku sedih tengok Faiz macam ni. Aku sedar aku dah mula sayangkan Faiz tapi aku tak boleh bagitahu dia apa yang aku rasa. Aku tak nak Nelly berjaya buktikan kata-kata dia, aku yang rampas Faiz darinya. No way!

Biarlah aku simpan je perasaan ni sendiri. Itu lebih baik.

"Awak tak rasa ke yang awak akan lagi sakit kalau terus diam, berpura-pura macam ni?"

"Entahlah, Hana. Biarlah dulu. Aku malas nak fikir apa-apa sekarang ni," katanya.

"Kalau dia attack saya lagi, macam mana?" Sengaja aku pancing.

Tak ada niat nak api-apikan Faiz tapi aku perlu fikir juga keselamatan diri. Kalau Nelly boleh serang aku kat rumah, tak mustahil dia boleh buat kat tempat lain.

"Aku kan ada," jawab Faiz spontan.

"Sebab jawapan awak ni lah saya dapat 'hadiah' ni" kataku mengunjuk pada bibir yang lebam.

Faiz mengeluh.

"Selesaikanlah masalah awak dengan Nelly. Saya tak nak terlibat. Antara kita pun tak pernah ada apa-apa. Saya cuma kawan awak je, Faiz. Nelly dah banyak salah anggap pada saya. Kita keluar ni pun saya rasa macam tak patut," kataku sedikit mengeluh.

"Dia boleh curang dengan aku, apasal aku tak boleh keluar dengan kau?"

"Faiz, dia tak tau pun yang awak tau kecurangan dia. Kalau dia tau, mungkin dia takkan bertindak macam siang tadi. Confront her. Bincanglah baik-baik. Apa pun keputusan awak dan Nelly buat tolonglah jangan ada kaitan dengan saya," aku kedengaran separuh merayu.

"Hana, kau sendiri tahu kau bukan punca atas apa yang jadi antara aku dan Nelly. Kau tak salah apa-apa. Aku akan selesaikan semuanya nanti," kata Faiz. Aku menarik nafas lega.

"Baguslah. Itu yang terbaik. Good luck, bro," ujarku lalu ketawa. Faiz turut ketawa.

Faiz akhirnya menghantar aku pulang sebelum tengah malam. Sewaktu aku mahu membuka pintu kereta, lelaki itu memanggil.

"Hana..," seru Faiz.

"Ya?" Aku menyahut.

"Janji dengan aku apa pun yang jadi, kau akan ada dengan aku?"

"Saya tak boleh janji tapi saya cuba. Kita kan kawan.."

Faiz mengangguk lemah.

"Thank you, awak. Hati-hati drive balik," ucapku sebelum membuka pintu kereta.

"Goodnight, princess," jawapan Faiz sempat ditangkap oleh telingaku membuatkan aku tersenyum.

'Goodnight, My Knights Armor'. Ucapan yang hanya mampu aku balas dalam hati.

Satu chap dulu ok? Sis baru smp rumah sebenarnya. Huhu.

Sok sis publish lg..stay tune😉

Continue Reading

You'll Also Like

384K 15.2K 28
Aku tak pasti jika aku boleh hidup berseorangan di masa hadapan. Aku tak pasti jika aku boleh kuat dengan semua dugaan yang Allah berikan. Aku tak t...
516K 12.5K 57
"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." ...
223K 6.2K 31
Banyak sang gadis ternanti putera impian mereka datang melamar mereka seperti dalam cerita Cinderella. Namun tidak pada Ilyana. Pertemuannya dengan p...
12.4K 411 30
Started: 26 . 9 . 2017 Complete : 14 . 1. 2018 #52 IN GENERAL FICTION [27 . 9 . 2017] #40 IN GENERAL FICTION [29 . 10 . 2017] #36 IN GENERAL FICTION...