MR POYO MY SWEETHEART

By dominisa143

52.5K 1.2K 73

Syaza Qayla sanggup lepaskan orang yang dicintai kerana satu permintaan. Kahwin dengan anak saudara sendiri b... More

PROLOG
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
PART 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 21
Part 20
Part 21
Part 22

Part 10

1.7K 44 1
By dominisa143


KAD kahwin aku pegang sampai berpeluh-peluh tangan. Berkira-kira mahu keluar dari kereta atau tidak untuk berhadapan dengan lelaki yang aku cinta.

"Sya, apa lagi. Keluarlah jujur dengan dia. Kalau kau terus berdiam diri mesti dia akan cakap kau yang curang. Hakikatnya dia ikat kau tanpa perhubungan halal."

 Zalia di sebelah sudah bersuara.

Aku perlahan-lahan toleh, merenung wajah Zalia dengan pandangan redup.

"Tak payah nak tayang muka orang frust sangat. Sepatutnya kau bangga sebab nak bina masjid yang diredai oleh orang tua."

Aku terus mencemik.

"Pergilah Sya. Aku sendiri tak sabar nak tahu siapa calon suami kau tu. Cepatlah settlekan hal kau dengan ex kau tu!" 

Zalia sudah menolak bahu aku supaya keluar.

Dalam kegelisahan aku turun dari kereta. Sebaik melihat kelibat aku terus Firdaus melaung nama pekerjanya untuk mengantikan tempat dia yang sedang membakar sate.

"Man, ganti aku!" 

Dia berlari mendapatkan aku.

 "Sya! Janganlah lama-lama marahkan Fir. Terseksa tahu.

Aku membisu. Wajahnya aku pandang sepi.

"Sya, Fir ada dengar cerita. Betul ke Sya nak kahwin, dengan siapa?"

Aku kalih pandang. Tak sanggup menceritakan hal sebenar.

"Sya, jujur dengan saya! Siapa lelaki tu? Kenapa tiba-tiba Sya? Kenapa tergesa-gesa?" suara dia sudah meninggi.

Aku kembali mengadap dia. 

"Ticer Laika yang bagitahu awak kan?"

"Tak kiralah siapa yang bagitahu saya tentang hal ini tapi saya kecewa Sya. Awak khianati cinta kita. Sampai hati awak, Sya. Awak cakap awak sayang saya kenapa tiba-tiba awak nak kahwin dengan orang lain?"

"Fir...bukan salah saya tapi awak sendiri yang salah,"

"Tapi awak cakap awak cintakan saya. Hakikatnya awak yang menduakan saya!"

"Ya. Saya memang cintakan awak. Dalam hati saya hanya ada awak. Pergi jumpa ma sekarang. Awak bagitahu yang awak betul-betul ikhlas dengan saya. Masih belum terlambat untuk saya batalkan perkahwinan saya tu kalau awak betul-betul mahu saya jadi milik awak!" 

Entah syaitan apa yang merasuk fikiran aku sampaikan boleh keluar kenyataan itu. 

"Err... Soal itu.. Maaflah Sya bukan saya tak mahu jumpa dengan ma awak tapi, keluarga saya masih belum dapat terima awak lagi."

 Dia menunduk.

"Apa ni Fir? Apa yang awak cuba nak bagitahu saya?" 

Aku tergelak dalam sebak. Kad kahwin masih kemas di tangan.

Perlahan-lahan dia mendongak. Mata kami saling bertaut lama.

"Kenapa perlu tergesa-gesa Sya? Atau awak dah hamilkan anak orang sama macam arwah ibu awak? Patutlah beria awak desak saya supaya kita cepat kahwin adakah sebab awak dah hamil?"

Pang! 

Laju saja tangan kananku naik menampar wajahnya dengan kuat.

 Tergeleng sedikit wajahnya. Sungguh tika ini jantungku bagaikan berhenti mengepam. Dan terkejut dengan tindakan drastik aku sendiri.

"Awak tahu tak Fir walaupun awak tuduh saya anak haram saya masih boleh maafkan awak sebab saya tahu awak dah salah faham. Saya ke sini nak bagitahu yang saya nak kahwin awak tuduh saya tak setia, ya saya masih boleh terima. Hati saya hancur bila awak fitnah saya hamilkan anak orang.

 Paling pedih awak sama kan saya dengan arwah ibu, itu memang dah melampau Ahmad Firdaus. Itu namanya menghina dan menfitnah saya dan arwah ibu! Ibu saya bukan perempuan murahan macam awak sangkakan!" 

Air mataku akhirnya tertumpas juga.

Dia jilat hujung bibir yang terasa pijar. Kemudian dia mengucap kata maaf.

"Sya...maafkan saya. Saya tak terniat pun nak cakap macam tu. Saya..."

"Sudah Firdaus! Senang awak cakap. Kata-kata awak tadi buat saya bersyukur sangat tidak memilih awak sebagai suami saya. Menyesal saya masih mengharapkan awak!" 

Terus aku lemparkan kad kahwin tepat mengena wajahnya dan mahu berlalu pergi dari situ. 

"Sya! Sya! Jangan tinggalkan saya..." 

Dia mengejar dari belakang. 

Aku berlari anak dan membolos masuk ke dalam kereta dan cepat-cepat mengunci pintu. Dia di luar sudah mengetuk cermin kereta. 

"Sya kenapa ni?" 

Zalia bertanya dalam nada cuak. 

Tak mampu untuk menjawab terus aku memeluk dia dan menangis sepuas hati. Membiarkan Firdaus meroyan di luar kereta. 

"Cuba cerita pada aku, apa yang berlaku sebenarnya?" soal Zalia setelah aku kembali tenang. 

Aku mengeluh sambil menyandar ke belakang kerusi. Dari hujung mata aku masih dapat melihat Firdaus sedang merayu. Meminta aku membuka pintu kereta. 

"Dia tuduh aku hamil, Za..."

"Gila ke apa dia tu!"

"Entahlah Za, aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Nak gembira atau nak kecewa," jawabku sambil mengesat sisa air mata. 

"Dia memang dah melampau sangat. Kau tunggu dalam ni. Biar aku berhadapan dengan lelaki tak guna tu!"

"Zalia!"

 Tak sempat nak menghalang dia sudahpun selamat keluar. 

Aku melihat Zalia sudah membebel marahkan Firdaus. Lelaki itu hanya mampu menunduk. Tak mahu masalah ini semakin rumit aku buka pintu. Mahu leraikan mereka. 

"Sya, maafkan Fir. Fir tak sengaja," suara Firdaus sebaik aku keluar dari kereta. 

"Senangnya jadi kau kan? Kau tuduh dia macam-macam lepastu kau minta maaf? Kau ingat ini drama melayu ke?" tempelak Zalia lagi. 

Firdaus tidak menghiraukan kata-kata Zalia, dia mahu mendekati aku. 

Zalia bijak membaca terus menghalang. 

"Jangan kau berani sentuh atau rapat dengan Sya lagi. Aku tak akan izinkan! Mulai saat ni jangan pernah hubungi dia, faham!"

Habis bicaranya, Zalia terus mengheret aku masuk kereta di sebelah tempat penumpang. Dia berlari dan memasuk kereta menghidupkan enjin lalu meluncur pergi. 

Aku kalih belakang kereta. Melihat wajah Firdaus yang kelihatan sugul. 

"Kau masih nak tengok dia lagi? Sya bukak sikit hati kau tu! Dia dah hina kau. Pijak-pijak maruah masih lagi kau nak pandang? Dah lupakan dia. Sekarang kau pun dah nak kahwin dengan pilihan ma kau jadi lupakan dia!" marah Zalia. 

Matanya setia fokus pada pemanduan. Sekali sekali dia menjeling aku di sebelah.

"Za, cakap memang senang tapi nak melupakan dia setelah bertahun lama kami bercinta susah Za," balasku bersahaja. 

Hanya kedengaran suara keluhan berat sahaja dari Zalia. Mungkin hilang kata untuk menasihati aku yang keras hati ini. 


HARI yang paling ditunggu-tunggu oleh mama telahpun tiba. Hari di mana aku bakal disatukan dengan Usyair Firas dengan secara rasminya malam nanti. Hatiku masih terasa kosong, takde rasa apa-apa. Aku cuba juga untuk buka menerima dia dengan seikhlas hati. Berharap dari rasa takde apa-apa bertukar menjadi ada rasa apa-apa. 

Saudara mara belah mama dan papa sudah mula memenuhi rumah agam ini sejak semalam lagi. Termasuklah anak-anak kak long kecuali calon suami mudaku. Turut serta menyibukkan diri untuk membantu menjaya majlis kahwin kami. Mama mahukan ahli keluarga dia yang jauh saling bergotong royang. Nak eratkan silatulrahim. Yang jauh didekatkan. Yang dekat dieratkan lagi. 

Tambahan pula mama hanya ada anak perempuan sorang iaitu Syamina Qayra, kak long dan aku anak angkatnya. Nak tak nak maka majlis ini boleh dikatakan agak besar. Hampir kesemua pelanggan tetap butik mama dijemput belum tambah dengan rakan taulan dia lagi. Warga sekolah juga aku undang. Nanti tadah telinga ajelah dengar usikan dari mereka yang menyakat aku. 

Teringat pula aku pada Zalia sebaik dengar nama calon suami aku. Bak kata orang tua masin mulutnya mengusik aku dengan Mr Poyo Usyair jadi kahwin juga kami akhirnya. 

Uzma serta anak sepupu-sepapat kak long dan termasuklah kak sendiri ralit memakaikan inai pada jari jemari aku. Aku membiarkan saja mereka nak buat apa. Bila cakap aku nak pakai sendiri mereka kalut melarang. Bakal raja sehari tak boleh mencemar duli. Pantang kata mereka. Ya atau tidak hanya mereka yang tahu. Oh mama....

Asyik memakai inai pada jari aku, tiba-tiba telefon kak long berbunyi. Dia bingkas bangun lalu menyahut di daun jendela. Aku melirik pada kak long. Apa yang dibualkan kedengaran jauh-jauh. Siapa yang telefon aku sendiri tidak tahu. 

"Apa?! Usyair tak dapat nak balik Malaysia? Habis majlis akad nikah malam nanti macam mana? Yalah nanti ibu minta Uzmir pakai baju kamu tu. Okeylah wa'alaikumussalam." Kak long menjerit tiba-tiba. 

 Aku terus kalih dan segera berdiri untuk mendapatkan kak long di tingkap bilik tidak peduli inai elok melekat di jari jemari. 

"Acik su! Habislah inai tu!" jerit mereka. 

Aku buat tak endah. Terus mendekati kak long. 

"Apa hal kak long?"

 Kak Long mengeluh lembut. 

"Flight Usyair tergendela. Mungkin esok atau lusa baru dia sampai di Malaysia."

Mataku membuntang luas. 

"Apa?!" 

Kali ini  aku pula yang terkejut. Tapi tak lama, sesaat kemudian aku sengih panjang. 

Continue Reading

You'll Also Like

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...