MR POYO MY SWEETHEART

By dominisa143

52.5K 1.2K 73

Syaza Qayla sanggup lepaskan orang yang dicintai kerana satu permintaan. Kahwin dengan anak saudara sendiri b... More

PROLOG
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
PART 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 21
Part 20
Part 21
Part 22

Part 9

1.7K 44 0
By dominisa143




BAB 9

Aku melangkah lemah masuk ke kelas. Tumpuan aku pada pembelajaran agak tergangu sedikit. Meminta para pelajar ulang kaji sendiri memandangkan topik untuk hari sudah aku dedahkan sedikit minggu lepas.

Ujian tanda Allah masih sayangkan aku. Mengajar diri supaya menjadi orang lebih bersabar sedikit. Tadi masa terserempak dengan Ticer Laika, matanya tajam menjeling. Terasa macam mahu menyerang dia. Nak cakap apa yang dia dapat menabur fitnah pada aku? 

Nasihat dari Zalia buat aku kembali berfikiran waras. Kalau dilayan orang macam ni buat kita semakin sakit. Lebih baik abaikan. Kata mama pula maafkan dia sebab dosa pahala hanya layak diberi oleh Allah.

Beep!

Satu whatapps masuk, aku buka terus terpapar nama BFF Zalia,

'Sya, aku ke sekolah hari ni tapi lambat sikit sebab baru sampai rumah. Tak sabar nak jumpa peluk cium kau semua!'

Senyuman lebar terus terukir. Rindu sungguh aku pada Zalia. 3 hari tak jumpa bagaikan bertahun lamanya. Dia ambil cuti rehat khas selama 3 hari kerana suaminya demam panas di Pahang.

 Sepanjang ketiadaan dia aku rasa sunyi. Warga sekolah memang ramai dan boleh dijadikan kawan tapi tidak boleh dijadikan sahabat yang boleh berkongsi rasa seperti Zalia.

Saat mahu menutup aplikasi itu, tidak sengaja aku terpandang satu whatsapp dari nombor yang aku tidak kenali.

'Andai tertulis jodoh antara kita, lama tidak bersua dan bercakap pasti akan terjadi.'

Berkali-kali aku baca mesej yang dikirim oleh seseorang malam tadi.

Tapi betul ke dia? Bila aku call tak dapat sebab nombor yang dia guna nombor rahsia. Kalau bukan dia habis siapa pulak yang hantar ayat macam tu? 

"Cikgu Sya! Macam mana dengan soalan ni?" 

Sergah dari para pelajar buat aku tersedar sekarang aku berada di dalam kelas. Sedang bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal terus jadi haram kerana bermain telefon ketika mengajar. Aku terus letak telefon dan kembali fokus kepada mereka. 

"Sya!"

Sebaik saja kaki melangkah masuk ke bilik guru, Zalia yang mungkin baru sampai terus menjerit panggil aku. Sambil melambai-lambai. 

Dia menyua sebekas yang berisi ikan patin gulai tempoyak sambil tersengih penuh bermakna. 

"Ini untuk kau sebab tolong relief masa aku sepanjang aku di Pahang. Untuk yang lain dah aku letak di meja kantin."

Aku mengambil lalu melabuh duduk di kerusi. Begitu budaya yang menjadi amalan di sekolah ini. Jika ada guru yang tidak hadir ke sekolah pasti akan makanan atau cenderahati untuk dikongsi dengan yang lain sempena menghargai jasa mereka yang mengantikan masa dia. 

"Macam mana suami kau, dah sihat ke belum?"

"Dah elok sikit. Dia tu bukan macam aku. Doktor suruh dia berehat tapi degil, esok dah nak masuk sekolah. Sayang betul dia dekat anak didiknya," omel Zalia. 

"Biasalah Za, bila kita jadi cikgu ni anak didik kita ibarat macam anak kita sendiri." 

"Sya, kau takde benda nak kongsi dengan aku ke?"

 Tiba-tiba dia mengubah topik.

"Apa dia?" 

Aku terus jungkit kening, tidak faham apa yang dikatakan wanita itu. 

Dia renung aku dengan mata tajam. 

"Apa?" 

Aku semakin pelik. Tiba-tiba... 

"Kau dah dengar ke?"

Dia mengangguk laju. Seraya mendekati aku.

"Betul ke? Dengan Firdaus?"

 Kedua kening dia terangkat.

Kedua bahuku jatuh bersama hembusan nafas berat. 

"Mesti kau dengar cerita dari Ticer Laika kan? Tak Za, dengan orang lain." 

"Siapa? Kau biar betul Sya?" 

Mata Zalia membulat luas. Serius memandang aku. 

Aku gigit bibir bawah. Keliru sama nak jelaskan perkara sebenar ataupun tidak. Memang Zalia dengan aku tak pernah ada rahsia tapi kali ini aku rasa perlu rahsiakan dari dia. Aku takut dia bahan aku. 

"Dengan pilihan ma, aku."

"Ini betul-betul menarik. Seorang Syaza Qayla rela melepaskan Ahmad Firdaus cinta matinya demi ibu tercinta. Aku sangat salute dengan kau."

 Bahu kiri aku ditepuk kuat. Sengaja nak mengusik aku.

Aku senyum tipis. 

"Mungkin jodoh aku dengan Firdaus hanya sekadar kawan rapat bukannya sebagai suami isteri."

"Tak aku tak setuju!"

 Tiba-tiba Zalia membantah. 

"Mana boleh lelaki dengan perempuan jadi kawan rapat. Aku tak suka statement tu. Macam aku dengan suami. Kami takde kawan rapat berlainan jantina, kau tahu sebab apa?"  

Dia jungkit kening pada aku. Meminta aku bagi pendapat. 

"Nanti hancur rumah tangga..." jawabku tanpa nada.

"Tahu pun! Sweet girl. Sya, walaupun kita bukan ustazah, ilmu tak banyak tapi benda-benda macam ni kita patut ambil cakna. Aku sejak kahwin ni macam-macam aku baca nak tambah ilmu supaya rumah tangga aku kekal bahagia. Salah satunya tentang pergaulan kita dengan lelaki. Kalau sekadar kerja takpe tapi biar settle di tempat kerja jadi melencong ke tempat lain. Padah nanti." Panjang lebar Zalia bagi nasihat.

Aku terima nasihat dari Zalia. Dia memang sahabat sejati aku. Menasihati aku ketika aku lalai. Mengheret aku tika aku hanyut. 

"Ini kau dah buat kad?" 

Aku menggeleng.

 "Aku ada bincang dengan ma tentang ni. Aku tak tahan difitnah lagi Za. Cukuplah Ticer Laika tuduh aku bomohkan Aiman lepastu fitnah aku anak zina. Aku tak kuat dah. Jadi aku buat keputusan taknak cetak kad. Majlis kahwin aku pun buat biasa-biasa jemput mana yang rapat." 

Aku tahu walaupun aku tak nak bersungguh dengan majlis kahwin ini mama tetap uruskan semua. Kerana aku anak perempuan yang dia sayang.

"Kau ni memang terbalik. Orang kahwinlah kena heboh-heboh nak cakap dekat masyarat kau dah kahwin." 

"Tapi Za..."

"Sya, kau takut difitnah sebab takutkan manusia atau kau nak pahala dari Allah sebab orang fitnah kau?"

Aku mengeluh untuk sekian kalinya. Tak sia-sia Zalia lahir dari rahim seorang wanita mengajar mengaji. Setiap bait kata yang melantung keluar pasti ada nasihatnya walaupun perangai jenis gila-gila. 

"Dengar sini, kahwin sekali seorang lainlah kalau kau berniat nak kahwin banyak kali. Kau cetak kad kahwinkan bagi dekat pihak sekolah satu. Lepastu bagi dekat ex pakwe kau yang reti nak ikat kau saja bukan nak jadikan bini!"

 Zalia melepaskan geram pada Firdaus.

"Okey aku ikut kau. Perangai kau dengan ma aku lebih kurang sama aje." 

Akhirnya aku mengaku kalah. 

"Kami tegas dengan bab ini sebab kau tak matang walapun umur dah nak dekat 30 tahun. Dengan siapa kau nak kahwin sebenarnya ni?" 

"Taknak bagitahu!"

"Ooo kau nak berahsia-rahsia ya?"

"Mestilah! Kalau bagaitahu sekarang tak surprise lah nanti."

"Baik. Aku tunggu. Aku harap suami kau tu nanti Mr Poyo!"

Terus aku tercekik air liur. Mak cik seakan ada firasat yang kuat. 


AKU yang ditemani mama dan juga kak long ke Pasar Siti Khadijah untuk mencari barang-barang untuk diletakan di atas dulang hantar. Gift untuk para tetamu yang dijemput. Berkali aku cakap aku tak nak majlis besar. Buat simple aje. Mama tetap berkeras. Aku anak perempuan dia yang terakhir dah takde yang lain. Majlis perkahwinan ini mesti mewah. 

Banyak benda yang mama beli untuk persiapan majlis aku nanti. Yang sangat beria mama dengan kak long, aku hanya menurut. Lepas di pasar, kami singgah di kedai percetakan kad. Sebaik melangkah masuk kami terus disapa mesra oleh tuan kedai.

"Macam mana Yazid kad anak aku dah siap ke?" tanya mama sebaik kami melabuh duduk di hadapan meja kaunter.

Yazid ini merupakan anak pemandu mama. Sebab itu dia rapat dengan kami. Senang cakap kami dah kenal rapat sejak kecil lagi.

"Untuk puan sehari saja boleh siap."

"Saya taknak cincai-cincai Yazid. Ini untuk Syaza jadi saya nak semuanya sempurna termaksudlah kad kahwin dia,"

"Itu mesti. Cuma saya terkejut dengan calon suami dia?"

Aku terus jeling pada Yazid. Kenapa nak terkejut pulak? 

Haa mesti dia syak aku gatal sebab kahwin dengan orang muda dari aku. Mama..malunya aku!

"Kenapa nak terkejut Yazid. Dah namanya jodoh kita tak boleh nak elak," balas mama.

Aku terus termuncung seraya membebel. 

 "Ini namanya jodoh yang dipaksa bukan jodoh datang sendiri."

Tak sangka aku, kak long mendengar apa yang aku bebelkan. Terus ditepuk lengan aku dengan mata dijegil tajam. 

"Ma dengar nanti mesti dia sedih."

Aku terus gigit bibir. Main lepas cakap sampai tak sedar mungkin ada hati yang terasa. 

"Kalau tahu puan takde calon sangat tak nantikan Usyair, saya sendiri nak jadi menanti puan."

Aku terus rasa jengkel. Menyampah pun ada dekat Yazid. Apa dia ingat aku ni kemaruk sangat nak kahwin dengan orang muda? 

Hello aku dah ada buah hati kot tapi tak direstui. 

"Yazid..."

 Tak sempat aku nak bersuara mama terlebih dulu mencantas. 

"Yazid kamu ingat anak saya tak cantik ke? Bukan setakat kamu ramai yang beratur minta nombor giliran nak masuk pinang dia. Tapi semua tak lepas piawaian dari saya. Setakat awak yang cakap ikut sedap mulut macam ni saya pun tak berkenan!" Tempelak mama geram. 

Terus tercekik air liur Yazid.

Tiba-tiba aku tergelak. Padan muka! Itulah cakap aku tak laku siapa suruh. Mama pantang cakap bukan-bukan pasal aku, mesti diback up kaw-kaw punya. 

"Maaflah Puan Shamsiah, saya gurau aje tadi. Lagipun Syair dengan saya kan rapat tak kan saya nak rampas cinta hati dia," balas Yazid sambil mengenyit mata dekat aku. 

Terbuntang mataku luas. Allah kalau begini perangai Yazid yang bff Usyair mesti dia lebih lagi kot? Bak kata perangai poyo dengan adik Usyair berpisah tiada. 

"Syaza berkenan tak dengan design tu?" soal mama sebaik kami masuk ke dalam perut kereta. 

Kad kahwin yang dari tadi dipegang masih cantik dalam plastik. Malas aku nak tengok. Takde apa pun yang berubah. Nama pasangan aku tetap sama jugak. 

"Aahlah Syaza bukalah tengok, Usyair yang pilih. Dia taknak bincang dengan kamu, dia cakap apa yang dia pilih mesti kamu suka. Kami takut kamu tak berkenan," tokok kak long yang tenang memandu. 

Aku dibelakang dengan terpaksa membuka plastik dan mengambil satu kad itu. Sebaik terlihat dari pancarindera mataku. Mata sudah membulat. 

Kad kahwin pelik dari yang dalam. Design berbentuk belon hati. Berwarna ungu dan pink. 

Puas hati dengan design di kulit depan dan belakang aku belek untuk melihat dibahagian dalam. Latar belakang kad itu ada gambar aku yang diedit memegang belon. Boleh cakap kad ini penuh dengan belon. Macam budak-budak.

Aku naik angin terus pejam mata.

 Aduii.. Ini memang kerja si adik poyo. Kalau tak buat benda yang menyakitkan hati aku tak sah! 



Continue Reading

You'll Also Like

40.8M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...