[OG] Suami Upahan | 15+ | 지민

By taenight-

68.6K 7.9K 3.3K

❛ Kau beli aku. But that can't be a reason to act disrespectful towards me, honey❜ - Park Jimin Pada awalnya... More

1| Gigolo
2 | Seducer
3 | Her Pain
4 | Argument
5 | Drunk Baby
6 | Husband
7 | My Hero
8 | Forgive or not
9 | Sick
10 | Wish
11 | Blood
12 | Gone
13 | That guy
14 | Let Go
15 | Crazy Aera
16 | Hotter Than Before
17 | Regret
18 | Admit
19 | Mom-ster
20 | Mistakes
21 | Janice
23 | Help Me
24 | Wrong Instinct
25 | Old Man
26 | Father
27 | The Boys
28 | Illusion
29 | Murder
30 | Truth

22 | Jealous

1.3K 207 169
By taenight-


Suami Upahan | PJM
Chapter 22

110 votes 55 comments to unlock
next chapter

" Lepas... l-lepas.. "

" Tak akan, Jung Aera." Lelaki itu masih sama. Mata penuh amarah dan tangan yang masih lagi mencekik Aera. Wanita itu pula sedaya upaya menampar nampar tangan lelaki itu supaya melepaskannya.

Janice mengetap bibir dari jauh. Sesungguhnya, dia takut. Tetapi Aera....

tidak boleh kehilangan nyawa kerananya.

Perlahan lahan tubuhnya bangun berjalan mendekati mereka. Agak terketar ketar tetapi langkah kaki dikhudratkan agar menapak lebih jauh.

" S-saya kat sini! L-lepaskan Aeralah!" Jeritnya. Serta merta suaminya itu berpaling. Fokus sepenuhnya diberikan. Cengkaman pada leher dilepaskan serta merta.

Terjelepok Aera jatuh ke atas lantai. Tercungap cungap dia mencari nafas.

" Good girl, Janice. Sekarang jom balik dan terima hukuman kau," Lelaki itu melangkah mendekati Janice. Aera menggelengkan kepala sebagai tanda jangan.

Dia tak mahu Janice terseksa lagi. Cukuplah luka di tubuh rakannya itu, apatah lagi hati.

Telinganya mendengar bunyi kereta mula berhenti di hadapan mereka. Dia berpaling secara perlahan.

" J-Jimin..."

Pintu kereta ditutup sebelum Jimin meluru laju ke arah Aera. Tubuh wanita itu dibelek agar tiada cela. Malangnya, leher yang kian memerah disedari.

" Siapa buat kau macam ni? Cakap!"

" S-selamatkan Janice. Saya tak nak dia pukul Janice lagi.." Jawapan Aera dibalas gelengan. Hal Janice, lebih baik Yoongi uruskan. Bagi dia, wanita itu lebih penting.

Cedera dan lukanya, takkan Jimin hiraukan.

.・゜゜・

" Tak gentle sakitkan perempuan, bro"

Suara seseorang menghentikan langkah mereka. Terpampang wajah beku Min Yoongi yang kini memerhati mereka. Lelaki itu melepaskan decitan.

" Siapa kau ? Aku suami dia. Jangan kacau kami," Lengan Janice ditarik kasar sehingga mengundang jeritan kecil. Yoongi kekal memerhati.

Dia menolak pipi menggunakan lidah.

Selangkah Yoongi menapak.

Disambung lagi dua langkah.

Dan akhirnya ianya bertambah laju sebelum tubuhnya melompat dan kakinya tepat memukul sasaran. Iaitu kepala lelaki itu. Habis tergolek jatuh member. Tanpa buang masa, tangan Janice dicapai dan ditarik lari.

" S-siapa awak?" Sempat lagi wanita itu menyoal dalam suasana begini.

" Aish, bising betul. Nantilah!" Marah Yoongi.

Malang menimpa apabila Janice tersadung jatuh akibat tersepak batu. Yoongi mengeluh.

Sumpah, dia bukan jahat ke apa. Tapi tak boleh ke diorang berlari dengan laju sampai ke kereta tanpa sebarang gangguan?

Perempuan ni menyusahkan betul lah!

Tanpa banyak soal, dia terus berniat mahu mengangkat Janice.

Tetapi tubuhnya terlebih dahulu ditarik dari belakang dan wajahnya menerima tumbukan kuat.

" Awak!"

Tiga perkataan untuk Janice?

.・゜゜・

" Yoongi, kau banyak luka. Kita ke klinik. Aku nak ambik ubat tu Aera jugak.."

Ucap Jimin. Matanya mengerling ke arah cermin, mengintai Yoongi yang diam sedari tadi. Mungkin menahan sakit..

Lain pula ceritanya apabila telinga Jimin mula menangkap bunyi ketawa dari belakang. Dan ianya dari Min Yoongi. Apa jejaka itu sudah hilang kewarasannya?

" JIMIN, SUMPAH AWAK KENA TERUS KE HOSPITAL. TEMPURUNG KEPALA KAWAN AWAK MUNGKIN DAH RETAK!" Aera terlebih dahulu menjerit gelabah. Lengan Jimin ditampar.

" Ish, mengarutlah kau ni. Aku rasa benda ni lawak, aku kena pukul macam ni.. sebab selamatkan perempuan ni," Yoongi ketawa kecil lagi. Pandangan dilemparkan luar tingkap.

" M-maaf.."

Suara Janice yang perlahan meminta maaf mengundang perhatian Min Yoongi. Dagu wanita itu diangkat supaya mendongak memandangnya.

" Aku tak kisah. Lagipun, aku menang." Yoongi tersenyum tipis.

Ya, itu benar. Walaupun ditumbuk. Akhirnya habis juga suami Janice dikerjakan teruk oleh Yoongi. Siap ketawa sakan lagi bila lelaki itu terbaring lemah.

Belum sempat Yoongi sepak kepala dia, Jimin dah hentikan awal awal.

" Haih.. It's been a while,"

Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. Sekali lagi, dia tersenyum.

Siapa Min Yoongi sebenarnya?

.・゜゜・

" Hati hati, Janice. Nanti kau rehatlah dulu ya. Tak payah fikir apa," Aera tersenyum. Janice dipapah secara perlahan lahan memasuki sebuah bilik.

" Aera, terima kasih sebab tolong aku.." Wajah wanita itu menunduk. Terharu dengan pertolongan yang Aera berikan. Bayangkan, jika Aera tidak datang dan mengambil peduli.. Mungkin Janice sudah teruk dikerjakan.

" Kau tak payah risau. Aku sentiasa ada untuk kau. Lagipun apalah sangat setakat kena cekik. Hahaha.. "

Janice hanya diam.

" Hm , aku keluar dulu okay? Tidur nyenyak tau.." Pesannya. Dia mula melangkah keluar . Pintu turut ditutup. Dan kini tinggallah Janice yang sedang termenung.

Kenapa?

Kenapa dia begitu malang?

Fikirnya, setelah bersatu dengan lelaki yang dicintai.. semuanya akan pulih dan menjadi lebih baik. Tetapi, kenapa? Ianya semakin teruk hari demi hari.

Apa Aera memiliki nasib malang sepertinya?

Kelihatannya langsung tidak.

" Suami dia nampak penyayang.."

.・゜゜・

" Jimin!"

" Ya, sayang!"

Tawa mereka meletus. Tanpa amaran, pinggang Aera dirangkul dan dirapatkan pada tubuhnya. Mata merenung redup wajah Aera. Jimin mencarikkan sebuah senyuman.

Akhirnya, wajah ini berada di hadapannya lagi.

" The moon looks beautiful tonight. Isn't it?" Dia melirik dengan senyuman nakal.

" I love you too, sweetheart.."

Tubuh Aera ditarik masuk ke dalam dakapan. Erat sekali.

Dia tidak mahu kehilangan wanita ini lagi.

Dari jauh sepasang mata sayu memerhati. Dia tersenyum tipis.

" Kau terlalu bahagia, Aera. Aku cemburu, "

Bersambung

oh yeah! suka dengan kehadiran Janice?

cuba teka Janice ni baik ke jahat.

tags

taepple- CHRYFAIRY luvharuto piqakookie_ salkyea

Continue Reading

You'll Also Like

110K 3.3K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
21.6K 205 10
⚠️tentacles ⚠️yaoi ⚠️heat ⚠️18+ ⚠️mpreg ⚠️omegaverse kinda random :3 but enjoy!! •All characters are not mine •Semua character daripada Monsta Studio
1.2M 88.8K 51
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
9.2K 1K 21
"𝐩𝐥𝐚𝐲 𝐝𝐚𝐭𝐞? 𝐚𝐩𝐩 𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐧𝐢?" ╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭:𝟏𝟑/𝟎𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟎 𝐄𝐧𝐝: 𝟐𝟕/𝟎𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟏...