BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENT

By ejenfatini

88.1K 7.1K 1.4K

๐Ÿ’Ž [ ๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ณ ] ๐Ÿ’Ž โ‡› แด›สœษชส€แด… ส™แดแดแด‹ โ‡š SINOPSIS: BoBoiBoy yang terkena tembakan sinaran daripada Adudu... More

โšซ PROLOG โšซ
๐Ÿ’Ž [1] Tembakan Sinaran Z
๐Ÿ’Ž [2] Hilang Ingatan
๐Ÿ’Ž [3] Gempa Kembali
๐Ÿ’Ž [4] Thorn & Solar
๐Ÿ’Ž [5] Kuasa Seterusnya
๐Ÿ’Ž [6] Taufan Yang Manja
๐Ÿ’Ž [7] Terjumpa Dengan Solar
๐Ÿ’Ž [8] Kapten Kaizo vs Mr. X
๐Ÿ’Ž [9] Senjata
๐Ÿ’Ž [10] Hero
๐Ÿ’Ž [11] Operasi
๐Ÿ’Ž [12] Dibuli
๐Ÿ’Ž [13] Tangisan Thorn
๐Ÿ’Ž [14] Motif
๐Ÿ’Ž [15] Dikawal
๐Ÿ’Ž [16] Kristel-kristel
๐Ÿ’Ž [17] Tolong
๐Ÿ’Ž [18] Maaf
๐Ÿ’Ž [19] Kehidupan Boboiboy
๐Ÿ’Ž [20] Lelaki Tua, Sweedex
๐Ÿ’Ž [21] Pergi TAPOPS
๐Ÿ’Ž [22] Kembali
๐Ÿ’Ž [23] TAPOPS Diserang
๐Ÿ’Ž [25] Serangan Kedua
๐Ÿ’Ž [26] Kuasa Penuh
๐Ÿ’Ž [27] Kisah Silam
๐Ÿ’Ž [28] Perlawanan
๐Ÿ’Ž [29] Bangkit
๐Ÿ’Ž [30] Kemenangan
โšซ EPILOG โšซ

๐Ÿ’Ž [24] Identiti Sebenar

2.2K 183 91
By ejenfatini

Memandangkan ramai nak minta update, jadi Author update chapter ni. Chapter seterusnya selepas views mencecah 5K ye😂 Apapun, enjoy!

~~~

"Tch.." Kapten Kaizo mendengus. Tangan digenggam seerat-eratnya. Gunung berapi bakal meletus jikalau tidak dikawal.😂

Boboiboy dan Fang yang melihat keadaan itu menelan air liur. Mata mereka menunjukkan yang mereka sekarang takut dengan keadaan Kapten Kaizo sekarang.

"Sudah! Bawa dia ke bilik tahanan!!" arah Kapten Kaizo tegas. Anak-anak buahnya yang mendengar tersentak lalu sahaja menuju ke arah robot alien itu.

Kapten Kaizo pula masuk ke dalam kapal angkasa TAPOPS. Dia perlu berjumpa dngan Komander Kokoci. Boboiboy dan Fang hanya mengikuti langkah Kapten Kaizo dari belakang.

~~~

"Heh, bagus.. Sekarang, kumpulkan semua askar kita.." arah Mr. X kepada Raz yang sedang menunduk hormat kepadanya.

Raz mengangguk faham. "Baik boss.." Dia kemudian beredar menuju ke kawasan kapal angkasa. Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah sebuah kapal angkasa berwarna biru, langkahnya terbantut tatkala dia bertembung dengan seorang jejaka.

Raz memandang tajam ke arah jejaka itu. "Heh, aku ingatkan kau nak terus hapuskan je TAPOPS tu.."

Jejaka berambut hitam itu menjongketkan keningnya. Wajahnya tidak berperasaan seperti biasa. "Kenapa? Boss yang suruh serang untuk gertak diorang.."

Raz menggetap bibirnya. Dari awal lagi dia tidak percaya dengan jejaka di hadapannya ini. Jari telunjuk dituding ke arah wajah jejaka itu. "Free! Kau jangan main-main! Aku akan bongkar rahsia identiti kau!"

Jejaka bernama Free itu hanya menunjuk muka yang bosan. "Ya ya.. Jumpa kau nanti.." Dia kemudian menuju ke arah sebuah kapal angkasa berwarna kuning keemasan.

Raz yang melihat Free tidak melayannya mendengus geram. "Argh! Jaga kau!" Tanpa berlengah, dia menuju ke arah kapal angkasa berwarna biru.

~~~

"Komander!" panggil Kapten Kaizo sebaik sahaja tiba di bilik rahsia. Tadi dia sudah periksa di bilik kawalan, malangnya komander tiada di situ, jadi dia periksa bilik ini.

Komander Kokoci yang termenung melihat kristel-kristel elemen tu menoleh ke arah Kapten Kaizo, Fang dan Boboiboy. "Bagus, tepat pada masanya.."

"Hah??" Boboiboy dan Fang mengerutkan dahi mereka. Kapten Kaizo sekadar menunjuk reaksi biasa.

Komander Kokoci mengangguk ke arah Laksamana Tarung. Laksamana Tarung kemudian menekan butang berwarna coklat yang berada di luar dinding kaca itu lalu terhasil cahaya.

"Ugh!" Boboiboy dan Fang terpaksa menahan silauan cahaya itu. Lama-kelamaan, cahaya mulai pudar dan muncul hologram seorang jejaka berambut hitam. Boboiboy dan Fang terkebil-kebil melihatnya. Jejaka di dalam hologram itu tersenyum dengan muka yang tenang.

"Perkenalkan, nama aku Free.. Aku merupakan penyiasat upahan Kapten Kaizo.."

Boboiboy dan Fang ternganga. Mereka berpandangan sebelum memandang semula ke arah hologram.

"Aku tahu, banyak persoalan yang belum terjawab.. Tapi, kau jangan risau Boboiboy.. Mak ayah kau selamat dalam genggaman adik kembar aku.."

Boboiboy yang mendengarnya menghela nafas lega meskipun dia masih tidak berpuas hati kerana ibu bapanya tidak balik.

"Mereka ada permintaan untuk kau.. Kau kena dapatkan kuasa penuh sebelum Mr. X hapuskan bumi ni.."

Boboiboy terkedu. Fang mendengarnya turut terkaku.

"Semuanya bergantung kepada kau, budak.. Aku hanya boleh beritahu secara terperinci mengenai identiti sebenar Mr. X.."

Boboiboy dan Fang berpandangan sebelum mengangguk faham. Mereka kembali memandang ke arah skrin hologram.

"Mr. X, tu hanya gelaran yang dibuat olehnya.. Identiti sebenarnya ialah Xiles Marsh.. Dia merupakan bekas ahli TAPOPS pada 10 tahun yang lalu.. Dia juga bekas kepada rakan ibu dan bapa kau.."

Boboiboy dan Fang hanya diam, menumpukan perhatian.

"Kuasa yang dia ada, sama seperti kau, cuma dia juga belum dapat kuasa penuh seperti kau.. Yang membezakan kau dengan dia, dia tidak dapat berpecah dan berkomunikasi dengan baik bersama kuasa elemennya.. Aku dapat maklumat ni pun, sebab aku rapat dengan dia waktu aku menyamar jadi konconya.. Jadi, itu sahaja yang aku boleh beritahu.."

Skrin terpadam dan hologram tersebut serta merta hilang. Boboiboy memandang ke arah Komander Kokoci. "Apa maksud semua ni komander?"

Komander Kokoci menghela nafas sebelum memandang ke arah Boboiboy. "Kau perlu dapatkan kuasa penuh untuk kalahkan Xiles tu.."

Boboiboy termenung seketika. "Kenapa saya? Takkan TAPOPS sendiri tak boleh urus penjenayah macam diorang?"

Laksamana Tarung berpeluk tubuh memandang ke arah Boboiboy. "Boboiboy.. Tenang.."

Boboiboy mengeluh. "Saya...bukannya hebat mana.. Saya..gunakan kuasa ni untuk selamatkan penduduk..dan bukannya untuk gandakan kuasa ni!"

Terdiam mereka semua tatkala melihat wajah Boboiboy yang kelihatan kecewa dan tidak berpuas hati. Boboiboy menggetap bibirnya. "Maaf...Saya tak dapat tolong... Berikan saya masa.."

Seraya itu, Boboiboy beredar menuju ke bilik rehat. Dia perlu tenangkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa yang merasuk dirinya untuk berkata sebegitu. Yang pasti, dia tidak suka.

Komander Kokoci, Laksamana Tarung, Kapten Kaizo dan Fang berpandangan sebelum Komander Kokoci bersuara. "Takpe.. Berikan dia masa.."

Fang memandang kelibat Boboiboy yang hilang. Dia mengeluh. Tidak pernah dia lihat kawannya seperti itu. Apa yang pasti, kawanya itu sudah hilang semangat.

~~~

"Boss! Askar semua dah sedia!" ujar Felixa yang turut bersiap sedia untuk hadapi tempur.

Mr. X tersenyum sinis. "Bagus.. Dalam seminit, kita akan bertolak.."

Felixa mengangguk faham lalu meninggalkan Mr. X sendirian di bilik itu. Mr. X menghampiri laci mejanya. Dibukanya lalu diambilnya segugus kunci berwarna emas.

Dia kemudian menghampiri sebuah bingkai gambar miliknya lalu dipusingnya sehingga dinding di belakang bingkai itu terbuka luas. Mata Mr. X tertancap ke arah sehelai baju sut berwarna emas kehitaman lalu dipakainya.

Dia turut mengambil sebuah jam tangan berwarna hitam dengan simbol petir berwarna hitam. Dipakainya pada pergelangan tangan kirinya.

Dia tersenyum sinis. "Kini... Aku dikenali sebagai....Xiles Marsh..." Dengan pantas dia menggunakan kuasa kilatnya menuju ke arah kapal angkasa yang besar berwarna emas kehitaman. Tiga saat kemudian, kapal angkasa itu mula terapung dan berlepas menuju ke destinasi yang diingini.

Dalam diam Mr. X atau dikenali sebagai Xiles Marsh tertawa sinis. 'Aku akan pastikan...aku akan dapat takhluk dunia ni.. Sebelum tu, aku kena dapatkan kristel elemen tu untuk capai kuasa penuh..' monolog hatinya.

~~~

Boboiboy termenung sambil memandang siling kapal angkasa itu.

'Alah, janganlah macam ni Boboiboy..' pujuk Thorn.

Boboiboy mengeluh. 'Kenapa? Betul lah kan, aku takde kena mengena dalam hal ni..'

'Siapa kata? Mama dan ayah bekas kawan Mr. X tu.." ujar Taufan. 'Nama dia Xiles, Taufan..' balas Halilintar. 'Oh, aku lupa, hehe..' Taufan tersengih.

'Boboiboy, kau tak boleh jadi macam ni.. Kau kan superhero.. Kau dah tak nak jadi superhero?' ujar Gempa. Nampaknya sesi ceramah dah mula.

Boboiboy mengeluh. 'Entahlah.. Aku rasa...aku tak layak.. Buat apa nak capai kuasa penuh sedangkan korang semua dah hebat?'

'Wahh... Kau puji kitorang lah ni?' Suara Blaze seperti gembira. 'Heh, ni yang bertambah semangat nak belasah orang jahat tu..' ujar Solar.

Boboiboy mengerutkan dahinya. 'Kenapa?'

'Dah kau puji, kitorang kenalah buat yang terbaik.. Lagipun, mana semangat kau? Tak pernah aku tengok kau tiada semangat macam ni..' balas Gempa.

Boboiboy terdiam. 'Huarghh.. Betul.. Mana semangat kau?' soal Ais. Tu pun sempat lagi nak menguap. 😂

Boboiboy menghela nafas. 'Yelah, korang jelah yang menang..'

'Kita kan memerlukan antara satu sama lain..' ujar Halilintar menimbulkan perasaan pelik kepada elemen lain. 'Asal?' soalnya.

'Tak pernah-pernah kau bagi kata-kata macam tu..' ujar Blaze. 'Kenapa? Salah ke?' bidas Halilintar.

Boboiboy pula tersengih. 'Tak pernah berubah.. Terima kasih kerana bangkitkan semula semangat aku.. Aku perlu beritahu komander sesuatu..'

'Baik~ Macam tulah Boboiboy yang kami kenal..' balas ketujuh-tujuh elemen. Seraya itu, Boboiboy beredar dari bilik itu dan menuju ke bilik rahsia.
















Author nak spoil kan sesuatu yang cerita ni dah nak habis😂 Ya, Author tak main-main, mungkin beberapa chapter lagi?😂

Continue Reading

You'll Also Like

1K 99 14
Setelah menumpaskan Rev! Boboiboy, hidup Boboiboy kembali normal dan pengembaraannya ke seluruh galaksi bersambung tetapi sebuah kemalangan berlaku s...
21.2K 1.9K 21
โช ๐—ฆ๐— ๐—ช: HALILINTAR DAN TAUFAN โซ teruskan berada di sisi aku dan jangan tinggalkan akuใ€‚ โ› sampai bila kita nak jadi macam ni ? โœ title kawan sehidup...
46.9K 4.7K 33
โš”๏ธ [ ๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ณ ] โš”๏ธ ๐Ÿ…Pแด‡แดแด‡ษดแด€ษดษข Aษดแดœษขแด‡ส€แด€สœ Wแด€แด›แด›สs2020 Kแด€แด›แด‡ษขแดส€ษช Fแด€ษดา“ษชแด„แด›ษชแดษด๐Ÿ… ๐ŸŽ–๏ธPแด‡แดแด‡ษดแด€ษดษข Tสœแด‡ Bแด‡sแด› Fแด€ษดา“ษชแด„แด›ษชแดษด 2020 Tสœแด‡ Eแด„ส€ษชส€แด‡ฬ Aแดกแด€ส€แด…๐ŸŽ–๏ธ ๐ŸŽ–๏ธPแด‡แดแด‡ษดแด€...
19.5K 848 13
Mengisahkan seorang remaja berumur 15 tahun yang bernama Ali Ghazali.Ali sering dibuli dan dimaki sepanjang perkhidmatannya di agensi rahsia MATA.Hak...