MR POYO MY SWEETHEART

By dominisa143

52.5K 1.2K 73

Syaza Qayla sanggup lepaskan orang yang dicintai kerana satu permintaan. Kahwin dengan anak saudara sendiri b... More

PROLOG
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
PART 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 21
Part 20
Part 21
Part 22

Part 7

1.7K 49 0
By dominisa143

AKU sudah tercegak di hadapan kedai De Satey milik Firdaus. Balik dari sekolah tadi aku buat keputusan nak berhadapan dengan lelaki itu. Betul ke apa yang Ticer Laika bagitahu tadi. Kalau betul Firdaus tak masuk pinang aku di sebabkan hal status aku tu, memang Firdaus sengaja bermain api dengan aku.

Tatkala aku mahu melangkah keluar aku ternampak sebatang rotan. Rasa macam berguna pulak benda tu terus aku capai dan membolos keluar. Ada sesuatu aku nak hadiahkan pada kekasih hati sekejap lagi. Suprise!

"Kenapa ni Sya? Tak call pun nak datang?" soalnya dengan wajah sedikit berkerut sebaik aku muncul di depan dia yang ralit menambah bara.

"Perlu ke?" Soalku sinis.

"Sya...?" Dia semakin kehairanan dengan sikap aku yang dingin.

"Saya tak sangka awak sekejam itu Fir. Berapa lama kita berkawan? Bukan sebulan dua tapi bertahun-tahun! Awak hanya mempergunakan saya untuk kepentingan diri awak kan? Awak hanya mempermainkan! Saya benci awak, Ahmad Firdaus!" Pekikku dan terus mengangkat tangan memukul bahunya dengan rotan itu, bertubi-tubi.

Nak bagi penampar, haram! Sebab dia dengan aku bukan mahram. Nak sepak terang kang ada orang viral masuk FB. Ni kalau viral masuk FB, netizen nak mengomen pedas, aku boleh balas, biasalah cikgu nak mengajar orang tak reti nak jaga hati!

"Syaza Qayla kenapa ni?!" Firdaus sudah mengaduh kesakitan. Setiap pukulan daripada aku, dia mengelak.

"Kenapa Fir...kenapa?" Suaraku mula kendur. Rasa sebak mula menerjah. Aku tidaklah setabah wanita lain. Hatiku lembut dan mudah tersentuh.

"Kenapa apa Sya? Cuba jelaskan bukan main serang macam ni. Malulah orang tengok jom ikut saya, kita keluar dan kita selesaikan."

"Tak perlu! Kita selesaikan di sini. Awak anggap saya anak haram sebab itu awak teragak-agak nak kahwin dengan saya kan?" Tidak perlu berselindung lagi aku berterus terang pada dia.

Dari riak sedikit tenang terus berubah riak terkejut. Dia nampak betul-betul tersentap. Bibirnya bergetar-getar seakan mahu mengatakan sesuatu.

"Kenapa diam? Betulkan Ahmad Firdaus? Bodohnya aku kerana terlalu setia dengan kau. Derhakanya aku kerana mempertahankan kau, sanggup bergaduh dengan mama pasal ini. Sya rasa tidak menyesal bersetuju dengan pilihan mama walaupun dari awal Sya membantah. Sekarang baru Sya tahu kenapa mama melarang Sya kahwin dengan Fir sebab Fir sama dengan yang lain menuduh Sya anak haram!" Nada suaraku sudah tidak sekata.

Naik turun. Akibat marahkan Firdaus. Dalam masa yang sama aku turut memarahi diri sendiri kerana bodoh percayakan lelaki itu.

"Sya...dengar sini. Maafkan Fir. Percayalah Fir memang cintakan Sya tapi keluarga Fir...mereka tak bersetuju. Mereka syak Sya anak luar nikah. Tapi tolonglah bagi Fir masa untuk Fir jelaskan pada mak ayah Fir.

Mungkin mereka salah faham. Fir nak Sya bersabarlah sikit, Fir yakin lambat laun mereka pasti setuju kita kahwin. Fir tak kisah Sya anak haram ke tidak sebab Fir cintakan Sya."

"Firdaus! Tergamak Fir tuduh Sya macam tu sekali?" Aku menjerkah dia. Gigi dikacip rapat. Menahan amarah semakin kuat membara.

"Sya, Fir tak menuduh tapi kalau benda tu tak betul tak akan orang sibuk menjaja cerita Sya dekat keluarga Fir. Kalau Sya nak tahu kebenaran cuba Sya tanya pada mama Sya. Kenapa Sya berbintikan kepada Abdullah bukannya nama lain. Fir rasa dia lebih tahu pasal semua ini Sya."

"Sudahlah Firdaus! Tak perlu nak burukkan mama saya. Sya percayakan mama saya. Dia bukan macam orang yang awak maksudkan tu! Tentu dah lama Fir tahu fasal ni sebab tu Fir macam tak bersungguh dengan Sya kan? Sampai hati awak, Fir."

"Tak Sya, Fir baru tahu hal ni," dalih dia.

"Baru tahu terus Fir percaya? Sedangkan hubungkan kita hampir 6 tahun tidak cukup lagi buat hati Fir percayakan Sya?" Bertubi-tubi aku soal dia.

Hatiku mula terasa pedih. Tak sanggup nak dengar mama difitnah lagi. Kalau ya aku anak haram, aku tak akan salahkan mama. Mama penyelamat aku. Mama yang membesar dan mendidik aku sejak kecil. Aku sendiri sudah meragui status sendiri.

"Sya..." seakan rasa bersalah suara Firdaus kedengaran seakan merayu sedikit.

"Fir antara awak dengan saya sudah berakhir saat ini juga. Saya tak sangka awak seorang lelaki yang mudah percaya cakap orang dari kekasih awak sendiri. Lepas ini kita dah takde apa-apa lagi hubungan. Saya akan kahwin dengan orang lain. Segala kenangan kita terkubur setakat ini saja. Jangan pernah hubungi ataupun cari saya lagi. Assalamualaikum Ahmad Firdaus."

Aku buat kata putus. Mahu menamatkan semuanya sekarang. Dengan air mata yang mengalir turun terus aku tinggalkan Firdaus.

"Sya!"

"Syaza Qayla!! "

Firdaus menjerit memanggil aku. Aku pekakkan telinga. Semua sudah berakhir. Tak guna lagi aku pertahankan dia. Aku punyalah setia dengan dia rupanya dia meragui status aku. Tergamak dia buat aku begini. Hina sangat ke aku ni kalau ya aku anak haram? Aku tak pernah cari masalah dengan orang. Kenapa busuknya Ticer Laika sampai menabur fitnah aku? Apa dosa aku pada dia?

Aku melangkah ke arah kereta. Pintu kereta ditutup kuat. Menekan pedal minyak dan memecut pergi meninggalkan kedai ini. Selepas ini aku tak akan jejakkan kaki ke sini lagi. Itu janjiku.

TIBA di kawasan rumah aku masih di dalam kereta, menangis sepuasnya. Melepaskan semuanya apa yang aku rasa. Seperti dikhianati. Seperti keseorangan tiada tempat mengadu. Lemahnya aku. Sangkakan sudah cukup kuat bila diuji begini tapi rupanya hati masih lagi rapuh.

Allah...kenapa aku, Kau pilih? Aku tahu aku memang anak angkat mama. Aku terima dengan hati terbuka kerana masih ada seorang wanita yang sanggup ambil aku sebagai anak angkat tapi bila dituduh anak haram aku rasa duniaku bagaikan gelap dan langsung tidak bersinar terang. Bila Firdaus bangkitkan soal nama ayah aku jadi curiga balik. Kenapa mama merahsiakan hal ini daripada aku? Aku anak haram yang dibela oleh mama begitu ke? Aku mula berperang dengan perasaan sendiri.

Hampir lima belas minit aku merintih tiba-tiba ada satu lintasan hati. Mama! Kenapa aku rasa sedih begini. Mama ada. Mama bukan penipu, aku tahu itu. Allah anugerahkan mama kepada aku. Kenapa aku nak rasa sedih sangat. Allah tak pernah kejam dengan aku. Kenapalah aku sering lupa hal ini?

Cepat-cepat aku melangkah keluar dari kereta dan terus menyerbu masuk ke dalam. Kak long yang sedang santai di ruang tamu menegur, aku tidak menjawab. Aku perlu cari mama. Aku nak peluk mama. Aku nak minta ampun dengan mama. Kerana bersangka buruk dengan mama.

"Ma!" jeritku sebaik menyelak daun pintu biliknya dari luar.

Mama di tikar sejadah mungkin baru selesai berdoa berpaling pada aku.

"Kenapa sayang?" Lembut mama bertanya.

Aku memandang mama dengan memek muka sememeh. Tidak cakap banyak aku terus berlari dan menjatuhkan tubuh memeluk mama seeratnya. Sekali lagi aku menangis sepuas hati.

"Maafkan Syaza ma...ampunkan Syaza.. Syaza berdosa pada ma...Syaza janji akan ikut cakap ma...Syaza ikhlas menerima pilihan ma. Syaza akan kahwin dengan Usyair...Syaza janji ma...Syaza sayangkan ma...sayang sangat-sangat." Bertubi-tubi kenyataan keluar dari mulutku.

"Syaza menyesal pernah bertengkar dengan ma fasal Firdaus. Dia lelaki yang jahat ma. Dia mengambil kesempatan atas kesetiaan Syaza pada dia. Syaza ingat dia setia dengan Syaza tapi rupanya dia jahat ma...ampunkan Syaza." Aku masih merengek sendu.

Mama mengusap kepala aku yang masih berbalut tudung. Langsung tidak bersuara. Mungkin mama mahu aku meluahkan apa yang terbuka di hati.

"Syaza... " Mama angkat tubuh aku perlahan. Memaksa aku untuk menatap wajahnya.

"Kenapa ni? Apa yang buat Syaza sampai jadi macam ni? Bagitahu ma, Syaza sedih ma nak jodohkan Syaza dengan Usyair?"

"Tak!" Laju aku membantah.

"Syaza ikhlas terima dia ma." Aku sudah sebulat suara. Mahu terima Usyair dalam hidup aku.

"Habis kalau Syaza bersetuju yang Syaza menangis beria ni kenapa? Macam kena paksa aje ma rasa." Mama sudah tergelak. Mungkin mahu hiburkan hati aku yang sedang terduka.

"Di sekolah Ticer Laika tuduh Syaza bomohkan anak buah dia. Tak cukup dengan tu dia tuduh Syaza anak haram lepastu dia cakap Firdaus taknak kahwin dengan Syaza di sebabkan hal inilah. Dia cakap kenapa Syaza dibintikan dengan Abdullah." Aku berkata jujur pada mama. Aku dengan mama memang tak pernah berahsia.

"Allah beratnya ujian anak ma. Kenapa tak bagitahu ma , sayang?"

Soalan mama aku abaikan. Sekali lagi aku menyoal, "ma betul ke Syaza seperti yang dia cakap?"

"Syaza percaya yang Syaza anak haram?" Mama menyoal semula. Mahu tahu isi hatiku.

"Hampir percaya..." jawabku sampai tersedu.

Mama gelak halus. "Duduk elok sikit. Ma nak cerita."

Aku betulkan kedudukan. Mengadap mama. Wajah orang yang membesarkan aku. Cukup tenang dan cukup cantik di mataku.

"Dengar sini, Syaza bukan anak haram, sayang. Siapa yang tuduh Syaza macam tu maafkanlah dia. Biarlah apa yang dia nak jaja pada masyarakat yang pasti Syaza anak yang sah, bukti cinta ibu dan ayah Syaza. Ma dan arwah papa menjadi saksi."

"Ma tak pernah cerita sebab ma ingatkan Syaza taknak ambil kesah. Ma takut Syaza sedih jadi ma diamkan saja. Ibu Syaza adik angkat ma yang berasal dari Pattani. Dia ke Malaysia untuk mencari rezeki nak sara hidup dia kerana seluruh ahli keluarganya meninggal masa serangan bom di sana.

Dalam usia yang masih muda ibu kamu terpaksa merantau nak cari tempat perlindungan dan cari rezeki jadi mama bagi dia kerja di butik. Mungkin dia masih muda dan sangat cantik ramai yang berkenan termasuklah Abdullah bekas tunang Laikatul Najwa. " Berjeda mama menceritakan kisah silam aku.

"Mama kenal dengan Ticer Laika?" Aku terkejut. Hairan macam mana mama boleh kenal dengan Ticer Laika.

"Siapa tak kenal dengan keluarganya, salah satu pengusaha kerepok lekor yang terbesar di Kota Bharu, kedainya beroperasi sebelahan dengan butik mama tapi itu dululah. Masa tu Abdullah datang ke butik ma nak cari kain ternampak ibu kamu dan mereka bercinta senyap-senyap. Masa tu kami memang tak tahu yang dia dah bertunang dengan Laikatul."

"Masa dia datang mintak ibu kamu, dia cakap keluarga dia tak restu tapi dia janji akan jaga ibu kamu. Pada mulanya ma dengan papa kurang setuju tapi ibu kamu yang mahu jadi kami kahwinkan dia secara senyap atas permintaan mereka sendiri.

Entah macam mana mereka berdua ditangkap oleh orang kampung masa itu jugaklah pecah rahsia yang mereka sudah berkahwin. Keluarga ayah kamu dan keluarga Laikatul tahu hal ini terus meminta ayah kamu ceraikan ibu kamu tapi ayah kamu tak mahu sebab ibu kamu dah mengandung. Last-last keluarga ayah kamu herat ayah kamu dan bawa pergi luar negeri kerana malu dengan keluarga Laikatul. Kamu tau sayang, "

Aku pandang wajah mama dengan wajah menanti cerita selanjutnya.

"Percintaan mereka seperti hikayat cerita Laila dan Majnum. Hampir 3 bulan ayah dan ibu kamu berpisah kami dapat berita yang ayah kamu meninggal akibat kemurungan lepas saja kamu dilahirkan giliran ibu kamu pulak yang tinggalkan kamu. Kerana cinta sejati mereka pergi bersama-sama. Cerita tu dah lama luput dek zaman dah tapi tak sangka sampai sekarang dia menabur fitnah pada arwah ibumu nak," sambung mama lagi. Hujung kalamnya berbunyi sendu.

Aku setia mendengar. Rasa sebak semakin mendalam. Beratnya ujian ini untuk aku.

"Sayang, ma harap lepas ni sayang jangan fikir lagi yang diri tu anak haram. Ingat Syaza anak yang sah taraf. Syaza Qayla binti Abdullah nama itu ma yang kasi. Abdullah itu memang nama ayah kamu jadi kamu bukan anak haram. Ibu kamu Siti Mariah menghadiahkan kamu kepada ma untuk ma jagakan amanah Allah ini." Mama buka cerita lama.

Aku hanya mampu mendengar untuk bersuara langsung takde suara tika ini. Suaraku sudah sarat dengan rasa sebak.

"Syaza, anak ma bukannya anak angkat ma. Ma tak pernah anggap kamu begitu sayang. Ma kahwinkan kamu dengan Usyair bukan ma pentingkan diri tapi ma buat semua ni sebab ma tak nak kamu disakiti oleh masyarakat luar sana macam ibu kamu dulu, sayang." Mama mengakhiri kata-katanya. Dia menarik tubuh lalu mengucup lama dahiku.

Air mata mengalir turun lagi. Rasa sebak yang aku cuba tahan akhirnya bertukar menjadi sebuah tangisan. Dalam pelukan mama aku menangis sepuasnya. Sentuhan seorang ibu. Aku sayangkan mama. Aku rindukan arwah ibu. 

Continue Reading

You'll Also Like

40.8M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...