MR POYO MY SWEETHEART

By dominisa143

52.6K 1.2K 73

Syaza Qayla sanggup lepaskan orang yang dicintai kerana satu permintaan. Kahwin dengan anak saudara sendiri b... More

PROLOG
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
PART 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 21
Part 20
Part 21
Part 22

Part 6

1.8K 48 0
By dominisa143


AKU khusyuk menatap gambar Usyair yang diberi oleh kak long dengan gambar yang sedia ada di meja aku. Cuba membandingkan perbezaan pada wajah lelaki itu. Walaupun dah banyak berubah tapi rasa aku pada dia tetap juga sama. Rasa sayang sebagai seorang mak cik kepada anak buahnya.

Cinta dan rindu sebagai seorang kakak kepada adik lelakinya. Tak lebih dan tak berkurang. Bila mama meminta aku kahwin dengan dia, perasaan aku tiba-tiba menjadi lain. Seakan timbul satu rasa malu tiap kali teringat dia bakal menjadi imam mudaku.

Otak aku tak boleh nak beroperasi dengan waras bila bayangkan dia yang hingusan, tak matang lagi, poyo sebagai ketua keluarga aku. Macamlah kehidupan kami bila kahwin nanti. Boleh ke dia mendidik dan membimbing aku? Atau aku yang kena didik dan bimbing dia nanti? Masaklah aku kalau macam tu. Dah jadi terbalik. Yang paling penting boleh ke perasaan aku pada dia berubah menjadi cinta dari adik kepada suami nanti? Aku mengeluh sendiri.

Wajah Usyair dalam frame yang masih bayi aku usap lembut. Sungguh aku rindu dia tika dia masih bayi. Kecomelan dia. Kenakalan dia dan telatah dia betul-betul mencuit hatiku dan membuat aku terhibur. Tanpa aku sedar bibir terkoyak satu senyuman lebar di bibir sampaikan aku disapa lembut oleh Cikgu Fadli. Kenal sangat dengan suara halusnya itu.

"Hai Sya, muka tu senyum-senyum sendiri aje ni, ke ada nak buat nasi minyak?"

Aku toleh seraya berkerut dahi. Eh, dia perasaan ke aku tengah senyum?

"Nasi minyak siapa?" Suhaina, ustazah yang hampir 10 tahun mengajar di sekolah ini mula bersuara sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam bilik guru.

"Siapa lagi kalau bukan cikgu manis kita ni." Cikgu Fadli sudah tersengih kerang pada aku.

"Syaza nak kahwin ke? Wah, tak sabar nak makan nasi minyak!" Ustazah Suhaina sudah teruja.

Aku semakin hairan. Apa yang cuba mereka bualkan ni? Tersedar yang aku dijadikan bahan gurau oleh Cikgu Fadli, terus aku mencelah.

"Eh dah kecohlah Sya awak nak makan nasi minyak," celah Cikgu Fadli lagi.

Aku semakin resah. Mesti dia. Takde orang lain yang jaja cerita aku selain Ticer Laika.

"Boleh sangat kalau nak merasa air tangan Sya. Esok Sya buat ya... Nak nasi minyak cap apa. Cap Buruh, cap Esawit atau nak yang sihat sikit minyak zaitun." Aku sudah melawak. Mahu menutup keresahan hati.

Diorang ketawa berjemaah. Nak kenakan aku sangat. Nah, ambik balik! Aku pun pakar melawak jugak walaupun garang dengan pelajar.

"Su, aku nak tanya. Apa hukum anak zina pada Islam?"

Dalam riuh rendah tengah ketawa Ticer Laika yang berada di mejanya, tiba-tiba membangkitkan soalan yang hangat.

Kami semua berhenti ketawa. Masing-masing bertatapan sesama sendiri sambil kerut dahi.

"Eh, kenapa tiba-tiba Ticer Laika nak tanya pasal anak zina ni? Dah nak jadi ustazah ke?" Selar Cikgu Fadli seraya tergelak.

Ustazah Suhaina sudah senyum. Aku? Mula rasa tak sedap hati sebab pandangan matanya hanya pada aku. Seakan soalan itu dituju pada aku. Kenapa ni? Hari tu dia fitnah aku bomohkan Aiman tak kan hari ni dia nak tuduh aku anak zina pulak?

"Anak zina kasar sangat bunyinya ticer. Lebih sopan kalau kita panggil anak tak sah taraf." Lembut Ustazah Suhaina membalas.

"Lah betullah yang saya sebut anak zina. Dalam Al-quran sendiri sebut zina. Su, kita memang kena sebut zina biar masyarakat kita buka mata sikit. Sedar yang perbuatan zina ni sangat dikecam Allah. Kalau semua faham dan sedar akan hal ni takdelah anak zina dalam dunia!"

Zap! Tajam sekali kata-kata seorang guru Bahasa Inggeris sekaligus seorang ahli usrah di masjid.

"Ticer betul dalam Al-quran memang tak sebut, anak tak sah taraf tapi kita orang Islam, agama yang suci dan menjaga keamanan umat sejagat jadi lebih sopan kita sebut macam tu."

"Iyalah ticer betul cakap Su tu, macam sebut babi bunyinya sangat kasarkan sampai orang luar cakap loghat Kelantan ni kasar sebab itu babi ditukar menjadi sebutan khinzir sopan gitu bunyi, tapi bendanya sama juga binatang berhidung kembang!"

Cikgu Fadli yang mengajar subjek Bahasa Malaysia sudah buat jenaka. Berhambur tawa aku dengan Ustazah Suhaina kecuali Ticer Laika. Dia siap jeling maut pada lelaki itu.

"Cikgu Fadli kalau bab mengenakan orang nombor satu tapi soalan saya berkaitan dengan agama bukan boleh dibawa main-main. Dalam Islam memang boleh bergurau tapi berpada-pada jangan sampai jatuh murtad!"

Pedih kata-katanya.

"Adeh susah juga kalau bila dah ticer nak jadi ustazah ni kata-katanya sangat tajam bak sembilu buluh. Halus tapi menyakitkan! Duduk lama-lama dalam ni boleh terbelah berkali-kali badan saya kena serangan buah Ticer Laika ni."

Nah, sudah keluar peribahasa dari mulut cikgu bahasa ni. Padan dengan tuannya nampak lemah lembut dan sopan tapi tak auw-auw okey!

"Iyalah bab hukum hakam dibawa main siapa yang tak marah. Walaupun saya mengajar subjek bahasa inggeris tapi saya budak maahad belajar hukum hakam cuma tak sedalam Ustazah Suhaina sebab itu saya bertanya pada yang pakar." Ticer Laika membela diri.

Aku dengan Ustazah Suhaina saling berkelip-kelip mata. Tak mahu masuk campur dalam bergaduhan kecil itu.

"Suka hatilah ustazah Ticer Laika hoi..." Cikgu Fadli mahu menyusur keluar.

"Panas hati pulak abang!" Sempat lagi dia bersuara di muka pintu bilik guru sebelum melangkah pergi.

"Su, cuba bagitahu akak lebih detil sikit fasal anak zina ni." Ticer Laika tidak mempedulikan Cikgu Fadli yang sudah terasa hati dengannya.

"Begini ticer, tidak kisahlah ticer nak sebut apa anak zina ke, anak tak sah taraf ke, anak luar nikah ke, yang penting benda itu sama kan. Sebenarnya anak tak sah taraf ni sama juga dengan anak-anak yang lain tetap mulia di sisi Allah."

Telingaku sudah tegak mencuri dengar perbahasan antara mereka berdua. Tangan mula mencapai buku latihan pelajar berpura-pura menanda jawapan pelajar. Takut pula nak tumpang sekaki.

Takut dengan mata tajam Ticer Laika menyelar. Siapa tak kenal dengan guru Bahasa Inggeris tu Laikatul Najwa yang dapat anugerah guru paling garang bertahun-tahun di sekolah ini. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang sulung sudah bersekolah.

"Allah melarang keras pada kita umatNya, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sebelum akad nikah sebab nak mengelakkan manusia terjebak dengan pelbagai masalah. Salah satunya lahir anak luar nikah. Anak luar nikah ni, anak yang lahir daripada seorang wanita yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

Dari persepektif undang-undang keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia pulak diklafikasikan sebagai seorang anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada berpunca daripada perbuatan zina, dirogol ataupun melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara'. Nak tentukan anak tak sah taraf ni bukan ikut suka-suka kena tahu juga macam mana." Berjeda Ustazah Suhaina menjelaskan.

"Macam mana tu Su. Iyalah sekarang ni anak tak sah taraf ramai sangat di Malaysia. Saya bukan nak bergosip tapi saya ada anak lelaki nak juga pasangan dia nanti berketurunan baik-baik. Orang cakap anak zina ni mungkin akan ikut jejak ibunya juga."

Aku terus menoleh separuh pada Ticer Laika seakan kata-kata itu dituju padaku. Dia macam nak cari fasal dengan aku aje sejak dia dapat tahu aku dengan Firdaus ada hubungan. Kenapa sekarang baru sibuk nak tanya soal ni? Kenapa tak dari dulu lagi?

"Anak yang dilahirkan lebih kurang daripadan 6 bulan 2 lahzah qamariah daripada waktu berlakunya bersetubuhan dari waktu tarikh perkahwinan dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat. Anak ini juga boleh dinasabkan kepada lelaki yang membuat itu dengan syarat pengakuan seorang laki-laki secara suka rela bukan secara paksa dan tidak menafikan yang anak tersebut. Kalau nak bahaskan kes ni panjang ticer, saya pun ada kelas lagi ni. Tambahanpula ia satu persoalan yang berat kerana melibatkan nasab keturunan, pesaka, wasiat, perwalian, nafkah dan pergaulan. Saya sentuh mana yang sempat ya."

Semakin hangat topik ini dibualkan. Aku sedang menanti jawapan daripada mereka. Tak kuat nak mencelah.

"Ikutla mana-mana pun Su, saya nak tahu sangat. Biasala pelajar kita zaman sekarang suka sangat bergaul bebas tak kira laki puan, senang sikit masa saya mengajar saya selit sepatah dua topik ini biar dorang sedar hal ni. Nanti bila ada perjumpaan usrah boleh saya bagi ilmu dekat ibu-ibu yang datang. Bukan setakat pelajar, orang luar sekali patut tahu. Saya ada seorang kawan ni. Tuan baik aje, tutup aurat tapi tut-tut ditangkap berdua-duan dalam rumah. Buat majlis pun perut dah membuncit!"

Aku nampak mata Ticer Laika meleret tajam pada aku. Apa kes sebenarnya Ticer Laika ni? Nak cakap yang aku ni anak luar nikah ke? Allah tolonglah. Tahulah aku anak angkat mama tapi tak semestinya semua anak yang dijadikan anak angkat anak zina!

Tak faham betul aku dengan Ticer Laika ni. Sejak aku tidak jadi dengan anak buahnya dia terus boikot aku nak senyum dan bertegur sapa ikut mood kepala dia.

Aku lihat Ustazah Suhaina senyum saja. Cukup tenang saja wajah itu.

"Macam yang kita semua tahu biasanya anak ini tidak boleh dibin atau dibintikan kepada lelaki yang menggauli ibunya ataupun ibunya sendiri tetapi berbin atau berbintikan dengan asma Allah." Ustazah Suhaina meneruskan lagi perbahasan itu.

"Aah, iyalahkan ada juga pernah pernah berlaku sekitar tahun berapa entah negeri kita buat undang-undang nak berbin atau berbinti ibunya, kecoh satu sekolah sebab memalukan anak tu." Bersungguh Ticer Laika menyampuk.

"Ya betul itu, sebab itu Islam menjaga kesejahteraan sejagat. Betul juga kalau undang-undang nak buat macam nak mengelak dari rakyatnya jauh dari zina tapi jika diteruskan mungkin akan menimbulkan masalah sosial sekaligus boleh memberi kesan psikologi kepada anak itu. Satu lagi berkaitan dengan hal ini, hak wasiat anak tak sah taraf hanya boleh mewaris harta sebelah ibunya saja.

Begitu dengan perwalian secara amnya terletak kepada ibunya tapi ia diputuskan berwalikan hakim kerana seseorang perempuan mana sah menjadi wali dalam urusan perkahwinan. Begitu juga dengan lelaki yang menggauli ibunya sebelum akad nikah yang sah sama ada berkahwin ataupun tidak dengan ibunya tetap tidak sah menjadi walinya." Ustazah Suhaina sudah berdiri, berhenti seketika. Dia mencapai buku rphnya bersiap-siap nak ke kelas.

"Ticer sebenarnya seseorang anak tak sah taraf ni bukanlah seorang anak yang terbiar dan tidak bermaruah malah dari perspektif Islam dan undang-undang. Mereka mendapat perlindungan sepenuhnya tapi bila pemikiran masyarakat kita yang mudah menunding jari tanpa usul periksa, mereka dihina sehingga anak-anak ini dihantui dengan cerita yang bukan-bukan.

Kasihan juga mereka anak yang tak berdosa terus dihina dan diejek. Kita ni pun mulia disebabkan Allah yang tutup aib kalau tak macam manalah kita nanti. Saya masuk ke kelas dulu ya, ticer. Sya pagi esok nanti jangan lupa perjumpaan usrah dengan budak-budak tingkatan 3."

Aku terus pandang Ustazah Suhaina bila terdengar dia menyebut namaku seraya mengangguk. Dia senyum seakan perasan persoalan itu Ticer Laika sengaja mahu tujukan pada aku. Kalau betul bukan aku soranglah yang perasan Ticer Laika memang nak cari pasal dengan aku.

"Kau dengar tu Sya." Suara Ticer Laika bila Ustazah Suhaina sudah melangkah pergi.

"Apa dia ticer?" aku terpinga-pinga.

"Sya, beginilah senang cakap kau tu anak zina yang dibela oleh mama kau. Sepatutnya kau berthank you dengan aku kerana bertanyakan soalan tentang diri kau pada Ustazah Su supaya kau tahu esok-esok kau nak kahwin biar suami kau tahu siapa asal usul kau tu!"

Mata aku sudah membesar. Hati tiba-tiba panas. Lantang sekali mulut Ticer Laika menfitnah aku.

"Maafkan saya, ticer. Saya ada ibu dan ayah kandung tapi, ajal mereka tak panjang sebab tu mama bela saya! " suaraku dah naik satu oktaf.

"Sya, sedih betul jadi kau. Sebenarnya kau tu anak yang dilahirkan tanpa seorang ayah. Ibu kau buat berbuatan terkutuk tu dengan bekas tunang aku tapi kau tak tahu. Yang kau tahu kau diambil oleh mama kau sebagai anak angkat. Beginila kau balik tanya sendiri mama kau sendiri. Nasib Aiman tak jadi kahwin dengan kau. Tapi sedih Firdaus anak mak angkat aku, memang bernasib malang!"

Aku ingat Ticer Laika dah insaf bila dengar penjelasan dari aku tapi rupanya dia masih lagi mahu menghentam aku. Semakin kuat pulak dia menfitnah.

"Oh ya lupa pulak. Betul ke kau nak kahwin dengan Firdaus? Takde pula aku dengar mak dia bagitahu aku hal ni. Atau kau nak kahwin dengan orang lain sebab nak elak dia tahu yang kau tu anak haram!" Habis bicara terus dia bangkit dan menghilang dari bilik guru. Nasib hanya aku dan dia saja di dalam bilik itu.

Mataku sudah basah. Tangan menggenggam kemas, menahan marah. Memang dia tak sayang mulut. Main sedap aje nak cakap orang. Tak tahu ke dia menfitnah dosa lebih dahsyat dari membunuh. Kalau tak malu pada aku, malulah pada tudung tu. Rasa macam nak bagi penampar kapit pada dia pun ada. Kenyataan dia buat hatiku bagaikan tersiat-siat. Kejamnya mulut dia. Busuknya hati dia. Menfitnah aku sesuka hati. 

Continue Reading

You'll Also Like

516K 32.7K 67
"Sshhhhh....." he hushed and pinned us against the wall leaving no space between us. I held onto his biceps with my hand in reflex. He shook his head...
4.3M 285K 61
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
815K 8.1K 67
𝐢𝐧𝐜𝐥𝐮𝐝𝐞𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐬 ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦ don't forget to vote, share and comment. 🤍
263K 18.3K 56
ABHIMANYU RATHORE :- Rude , workaholic CEO of Rathore Empire .Devilesing hot , every girls drools over him .But loves his family to dearest . . SAKS...