Phone Number ; Miss Me Boss...

By jimineastry

138K 12.9K 2.2K

"Tolong jangan mengorat saya" - KTH Started : December 2018 #phonenumberversion2 Update setiap kali saya rasa... More

Phone Number ; Miss Me Boss?
OFFICIAL POSTER
A E S T H E T I C S
1 ; Hujan
3 ; Bekas Tapi...
4 ; Ada Orang Yang Lebih Baik
5 ; Up Sikit Gaji
6 ; Ketua Pengawas
7 ; Awak dan Saya...Kawan
8 ; Tak Reply
9 ; Aku Simbah Kopi Panas Dekat Dia,Tapi..Tak Apa Kan?
10 ; Memang Perempuan Macam Tu Eh?
11 ; Bunga Yang Malangnya Tak Berbau
12 ; Banyak Cantik Muka
13 ; Bilik Air Tu Banyak Setanlah
14 ; Hari Ini Hari Jadi
15 ; Tekan Garpu,Bukan Tekan Pisau
16 ; Hormat Pekerja Aku
17 ; Kena Sumpah Jadi Itik Ke?
PNMMB; Raya Special Chapter
18 ; Pergi Cium Aku Buat Apa?!
19 ; Tipu Tetap Tipu
20 ; Pikat Awek Foodpanda Ke?
Raya Special Chapter ; Part 1
Raya Special Chapter ; Part 2
21 ; Hati Berdebar
PNMMB CELEBRATION!
22 ; Penguin Tak Ada Gigi
23 ; Belum Kahwin,Tapi Girlfriend
24 ; Minta 1 Percuma 1
25 ; Yoo Jung Si Anaconda
26 ; Topi,Gelang dan Jungkook
27 ; Misi Mengusik Taehyung
28 ; Mungkin Dah Suka
29 ; Tiga Tiga Tiga
30 ; Second Hand aka Telefon Taehyung
31 ; Benci Sebab Jungkook Betul
32 ; Perbincangan Antara Dua Wanita
33 ; Hari Jadi atau Makan Malam?
34 ; Mohon Hasrat Anda Disimpan
35 ; Si Penipu dan Lelaki Pandai Masak
OPEN QUESTION
36 ; Dating Jom?
37 ; Mazda,Permulaan
Raya Special Chapter 2020
38 ; Wajah Awak Secantik Bulan
39 ; Aku Yang Sakit
40 ; Jadi Saya Pun Sama

2 ; Adab Mana?

4.1K 380 41
By jimineastry

EDITED CHAPTER

"Bil lagi," Soo Min mengeluh sambil merenyukkan bil elektrik bulan ini dan seterusnya melemparkan gumpalan bil tersebut ke dalam tong sampah.

Rasanya macam baru semalam je (ehem ehem dah sebulan berlalu sebenarnya) dia bayar bil elektrik.Hari ni dah sampai lagi.

"Memang time nak kutip duit je dia laju eh?" bebel Soo Min lagi.Dia menggeleng kepala,rambutnya yang berwarna coklat tua itu diluruskan.Blazer hitam yang dibeli di jualan murah itu dipandang sayu.

Baru dia perasan blazer itu sudah koyak di bahagian kocek.Tapi disebabkan hitam,mestilah orang takkan nampak kan?

"Pakai je lah," akhirnya dia mengalah dan mengambil keputusan untuk memakai blazer tersebut.

Bukannya dia miskin atau tak berduit ke apa.Ada je duit,tapi selagi baju tak koyak rabak macam baru lepas kena gigit anjing tu rasanya tak payah ganti dulu kot.

Dia memulas tombol pintu dan serta merta senyuman lebar terukir di bibir.

Walaupun hidup duit macam air tapi nasib nak pergi kerja ada kereta.Dia memandang kereta merah yang bersinar di bawah sinaran matahari itu dengan penuh kasih sayang.Ada sedikit kesan calar di bahagian tepi dan itu membuatkan dia hampir diserang sawan setiap kali dia melihat kecacatan pada badan kereta tersebut.

Gila tak sayang?

Dahlah kereta ni susah nak dapat.

Incoming Call
[ Bos Kim ]
ACCEPT | DECLINE

Soo Min menggulingkan mata,kacau moment betul lah bos dia ni.

Nak tak nak,panggilan daripada bos dia disambut.

"Cik Soo Min,saya harap awak tak lambat lagi macam minggu lepas,"

Soo Min ketawa dengan nada yang tak ikhlas, "uhhh saya dah nak gerak ni.Bos nak saya datang ambil ke?" soal dia sambil menggigit kuku.

"Dah tu,apa gunanya saya bagi awak pakai kereta tu?Takkanlah nak bagi awak pakai suka-suka?"

"Bukan apa bos—"

"Tuan"

"Okay bukan apa Tuan.Saya cuma pelik je kenapa Tuan tak minta chauffeur Tuan yang drive kereta untuk Tuan?"

Suasana menjadi sunyi seketika.Soo Min memandang skrin telefonnya.Talian tidak terputus tetapi kenapa lelaki itu tak berkata apa-apa?

Dia ingatkan lelaki itu terlalu sibuk dan dia bercadang untuk memutuskan talian tetapi hasratnya terbatal apabila Taehyung kembali berbicara.

"Dah tu,takkan saya nak tunggu awak masuk kerja tiap-tiap pagi?Saya masuk awal,awak pula yang masuk lambat.Awak tu setiausaha saya,saya perlu tahu schedule saya barulah saya boleh buat kerja.Kalau awak lambat,macam mana saya nak mula bekerja?Saya malas nak cakap panjang lebar,ambil saya sekarang atau saya potong gaji awak," Soo Min mengetap gigi.Banyak songeh betul lelaki ni.Malas nak cakap panjang lebar konon.Tadi dia cakap tu tak panjang lah?

Caught In A Lieeee

"Ya Tuan sekejap lagi saya sampai," dengan itu panggilan tersebut tamat di situ.

Setelah memasuki kereta Mazda 6,Soo Min mengeluh dengan kuat.Sedihnya kereta ini bukan miliknya tetapi harta Taehyung yang hanya sebagai pinjaman untuknya.

Dia menampar dahi berkali-kali.Dah habis berbual dengan Taehyung,baru dia sedar apa yang berlaku semalam.

Dia,
Yoo Jung,
Taehyung,
Pondok bas,
Hujan,
Curang!

"Oh Tuhan kenapa aku berbual dengan dia macam semalam tak ada apa-apa yang jadi?Kau ni dah gila Soo Min..." dia menggeleng kepala.


"Tuan hehe," Soo Min menundukkan badannya tepat 90 darjah apabila menyapa Taehyung.Lelaki itu hanya memandangnya atau lebih tepat lagi menjelingnya sepintas lalu sebelum duduk di bahagian belakang kereta tersebut.

Wanita yang tadinya mengiringi Taehyung dari pintu rumah hinggalah ke pintu kereta tersenyum kecil.

"Awak mesti Soo Min,setiausaha Taehyung?"

Soo Min mengangguk dengan teragak-agak.Wanita itu...wow!Macam tak percaya yang secantik dewi itu berdiri di hadapannya.

Siapa perempuan ni?Takkanlah dia isteri—

"Saya Kim Saeron kakak Taehyung," kata wanita berambut perang itu sambil tangan dihulurkan,ingin bersalaman dengan Soo Min.

Soo Min ketawa kecil,bodoh sangatlah dia sampai anggap perempuan ni isteri Taehyung.Kalau dah beristeri,takkanlah dia ada hubungan dengan Yoo Jung.Alahai Soo Min~

"Saya Yang Soo Min,selamat berkenalan Cik Kim" Soo Min menyambut tangan Saeron dan ingin berbual dengan wanita itu lagi tetapi dia diberhentikan oleh Taehyung.

"Saya dah lambat.Kak,Taehyung pergi dulu,"

Saeron menganggukkan kepalanya.Tingkap yang tadi diturunkan dinaikkan semula. "Orang dah lambat ada masa lagi nak berbual," rungutnya perlahan.

Tak lama kemudian Soo Min masuk ke dalam kereta.Tangan dilambai ke arah Saeron sebelum enjin kereta di hidupkan.

"Uhh Tuan,pasal semalam tu..."

"Saya tak nak cakap,awak drive je"

Sedang memandu kereta di jalan Seoul yang sibuk,Soo Min ada kalanya mencuri pandang ke arah Taehyung melalui cermin pandang belakang.Lelaki itu kelihatan terlalu fokus dengan dokumen-dokumen yang berada di tangan,seat di sebelah dan di pahanya.

"Ambil gambar kalau nak tengok muka saya lama-lama," kata Taehyung secara tiba-tiba.Mahu nak tersedak Soo Min dibuatnya.

"Maaf Tuan saya tak berniat nak simpan gambar Tuan pun," balas Soo Min.

"Sejak bila awak pandai menjawab ya?" Taehyung akhirnya mengangkat muka dan membalas pandangan Soo Min melalui bantuan cermin pandang belakang.

"Saya jawab je," bisik Soo Min dan kemudian,dia terus mengalihkan pandangan ke hadapan.

"Tak,sejak kebelakangan ni awak macam dah berani tunjuk belang dengan saya.Dan semalam,apa awak kata?Hoi?Gila ke apa?Adab mana cik?"

Soo Min sedikit ternganga,cuba untuk mencari jawapan pada pertanyaan Taehyung.

"Tuan kata tak nak cerita pasal semalam," jawab Soo Min bagi mengelekkan dirinya dipersoalkan berkenaan adab dengan lebih lanjut.

Taehyung tidak berkata apa-apa,sebaliknya dia merenung Soo Min sebelum kembali menyelidik dokumen-dokumen penting di tangannya.

Bagus Soo Min,bagus!Kau baru je buat bos marah.Eh tapi aku pun marahlah..sejak bila pula aku tunjuk belang.Bos tengah emosional ke?

Soo Min menggigit bibir sambil memandang Taehyung buat kali terakhir dan meneruskan perjalanan mereka ke ibu pejabat Crystal Blue.

Continue Reading

You'll Also Like

663K 35.2K 20
๐’๐ก๐ข๐ฏ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐ฑ ๐‘๐ฎ๐๐ซ๐š๐ค๐ฌ๐ก ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ~By ๐Š๐š๐ฃ๐ฎ๊จ„๏ธŽ...
1M 48.6K 28
1950s. ***Story contains mature scenes and Hindi phrases in initial chapters which are not translated in english*** Abhigyan Singh, a Sarpanch of the...
3.1M 68.7K 81
Diana is an 18 year old girl about to start her senior year until she bumps into a woman at the bookstore who has quite the personality. The woman ta...
385K 28.6K 15
MY Creditor Side Story แ€•แ€ซแ‹ Parallel Universe แ€žแ€˜แ€ฑแ€ฌแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€•แ€ผแ€”แ€บแ€•แ€ผแ€ฎแ€ธ Creation แ€œแ€ฏแ€•แ€บแ€‘แ€ฌแ€ธแ€แ€ฌแ€™แ€ญแ€ฏแ€ท main story แ€”แ€ฒแ€ท แ€™แ€žแ€€แ€บแ€†แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€•แ€ฒ แ€กแ€›แ€„แ€บ character แ€€แ€ญแ€ฏ แ€›แ€žแ€กแ€žแ€…แ€บ แ€แ€…แ€บแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€”แ€ฒ...