Arranged Marriage 정렬 된 결혼

Bởi kookie_kacakgila

61.3K 4.9K 307

"Saya isteri awaklah..bukan hamba awak ataupun orang gaji awak" Dia nampak baik,comel,sweet...tetapi sebenarn... Xem Thêm

Character
Love +01
Love +02
Love +03
Love +04
Love +05
Love +06
Love +07
Love +08
Love +09
Love +10
Love +11
Love +12
Love +13
Love +14
Love +15
Love +16
Love +17
Love +18
Love +19
Love +20
Love +21
Love +22
Love +23
Love +24
Love +25
Love +26
Love +27
Love +28
Love +29
Nantikan
Love +31
Love +32
Love +33
Love +34
Love +35
Love +36
Love +37
Love +38
Love +39
Love +40
Love +41
Love +42
Love +43
Love +44
Love +45
Love +46
Love +47
Love +48
Love +49
Love +50
Love +51
Love +52
Love +53
Love +54
Love +55
Love +56
Love +57
Love +58
The End +59
Thank You So Much

Love +30

950 84 3
Bởi kookie_kacakgila

Oleh kerana esok adalah hari terakhir mereka disini,mereka tak nak sia-siakan percutian free ini dengan hanya berehat didalam bilik.Maka mereka ke muzium teddy bear yang comel seperti Jungkook.

"pimpin aku".arah Jungkook.

"kenapa?".soal Eunji sambil terangkat kening dihadapan pintu pagar muzium.

"kalau aku terjatuh nanti macam mana?lepastu makin parah keadaan aku".Jungkook tersengih nakal.

"yalah Tuan..nanti susah pula kan?mahunya lumpuh..saya terpaksa buang awak dalam sungai".ujar Eunji.

Jungkook pun dipimpin Eunji dengan penuh berhati-hati menuju ke pintu masuk.

"lap peluh aku".ujar Jungkook.ternganga Eunji dibuatnya.

"eh..awak kan boleh guna tangan kiri awak lagi".ujar Eunji sambil mencebik bibir.Manja pelik plus mengada dah Jungkook ni.

"susah".ujar Jungkook sambil mengerlipkan mata berkali-kali.

"yalah..susahlah sangat.hah..macam ni...hahhh".ujar Eunji sambil mengesat peluh didahi Jungkook sampai bergoyang-goyang kepala Jungkook.

"adoi..kau ni nak bunuh aku ke apa?".Jungkook mencerlung matanya.Serta merta Eunji jadi anak anjing yang ketakutan yang baru dijerkah anjing yang besar.

"janganlah marah...saya gurau aje".ujar Eunji lalu mengesat semula dahi Jungkook.

______________

Mereka berdua pun masuk dan lihat patung beruang yang comel kadar terlebih gula didalam air yang sudah manis ditambah pula susu pekat.Bersinar-sinar mata dua makhluk itu.

Jungkook pun lihat kearah tangan Eunji.Tangan Eunji asyik bergoyang kerana dia sedang berjalan dan menempuh tangan kiri Jungkook.

Jungkook pun tersenyum dan memegang erat tangan Eunji.

"eh..kenapa ni?".

"tangan kau bergoyang-goyang langgar tangan aku..serabut tau".ujar Jungkook.

"lah...habis tu suruhlah saya jalan jauh sikit".ujar Eunji sambil cuba melepaskan genggaman Jungkook.

"eh..takyah mengada".ujar Jungkook. Eunji hanya kaku.Dia biarkan ajalah.

"eh..Eunji". Eunji dan Jungkook pun berpaling kearah kanan dimana suara itu menegur.

"eh..Jong Suk". Eunji terbulat mata. Jungkook hanya melihat mereka berdua.Pantas Eunji melepaskan pegangan tadi.

"awak buat apa dekat sini?".soal Jong Suk.

"mamat ni memang buta ke?...satu hal tak nampak ke aku sebelah ni?".bisik Jungkook.

"saya tengah melawat muzium nilah".ujar Eunji. Jungkook melihat kearah Eunji dan lelaki bernama Jong Suk.Macam ada bunga mawar sedang bertebangan aja.

"siapa lelaki ni?".soal Jungkook.

Eunji kaku.Apa dia nak jawab.perkahwinan ini kan Jungkook suruh rahsiakan.Eunji menggaru dagu mencari idea.

"dia kawan sekelas".ujar Eunji.

Jungkook kaku merenung Eunji.

"ye ke?macam mana boleh cuti berdua ni?".soal Jong Suk.

"sebab ada event dekat seko...

Eunji melihat kearah Jungkook berlalu pergi meninggalkannya.

"apa?".soal Jong Suk membuat Eunji berpaling semula.

"eh..Jong Suk..saya pergi dulu ek...nanti kena tinggal tak pasal-pasal".Ujar Eunji lalu mengejar Jungkook yang lari entah kemana.

______________

"mana mamat ni?".Eunji menggaru kepala.Pening kepala dia cari Jungkook.

"Jungkook..oii Jungkook".Panggil Eunji.Matanya liar mencari sekeliling.Mana mamat ni?.Pantas Eunji bertanya pada pengawal dipintu pagar muzium,mana tahu pengawal tersebut ada nampak kelibat Jungkook.

"err..encik..encik nampak tak lelaki rambut coklat gelap pakai kemeja biru muda dengan seluar jeans putih?dia ada pakai topi".ujar Eunji.

"oh...dia dah keluar tadi..naik teksi...kenapa cik?cik berputus cinta dengan dia ke?".soal pengawal tersebut.Nak terbatuk Eunji dibuatnya.

"eh..kenapa encik cakap macam tu?".soal Eunji kehairanan.

"muka dia nampak sedih sikit...nampak marah pun ada..tapi saya tak tahula kalau muka dia memang macam tu".ujar pengawal tersebut.

Eunji tercengang.

"er..terima kasih ya encik".ujar Eunji.

"mamat ni...sesenang hati dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini". Eunji menggeleng kepala.

______________

Loceng sudah ditekan berkali-kali. Jungkook ni pekak ke apa?. Eunji jemu.Dia merajuk ke apa?.Nak tunggu sampai bila pintu ni terbuka?.Pintu pula diketuk-ketuk.

Akhirnya Eunji duduk dihadapan pintu.Macam bertapa.Beberapa minit kemudian pintu dibuka sedikit. Eunji pun masuk.Dia lihat Jungkook berjala menuju ke arah katil.

"Jungkook..kenapa awak tinggalkan saya sorang-sorang tadi?".soal Eunji sambil cuba melihat Jungkook.

Jungkook hanya membisukan diri dan menyelimutkan satu badan dengan selimut.

"Jungkook....".Eunji menarik selimut dari badan Jungkook dan lihat muka Jungkook sedikit merah.Matanya pun macam berair,macam baru sudah nangis pun ada.

"mari saya sapu ubat...har..

Eunji baru nak memegang tangan Jungkook, Jungkook memusingkan badannya dan menarik tangannya dari dipegang Eunji.

"awak ni kenapa ni?".soal Eunji.

Jungkook tidak bersuara dan memeluk bantal erat.Susah Eunji nak tengok muka Jungkook sebab dia duduk bertentangan dengan Eunji.

"marilah saya sapu ubat ni..".Eunji cuba menarik Jungkook berpandangan dengan dia namun gagal.

"awak ni kenapa?dahlah tinggal saya sorang-sorang dekat sana tadi".ujar Eunji.

"pergilah layan si mamat sana tu.kenapa cepat pula balik?".soal Jungkook.

"ehh mamat ni..mencabar minda betul".Eunji menggeleng kepala.

"eyy...Jungkook merajuk ek?".soal Eunji sambil pergi ke sebelah sana,cuba melihat wajah Jungkook.

Jungkook pun bangun dari katil dan merenung Eunji tajam.Rambutnya ditarik kasar.Takut Eunji dibuatnya. Jungkook ni dah kenapa?.Jungkook pun mendekati Hara sehingga rapat ke dinding.

"kau memang suka sangat dengan mamat tu kan?kenapa tak duduk lama-lama sana sampai pagi esok?".soal Jungkook.

"apa awak ngarut ni?".soal Eunji keliru.

Jungkook pun duduk diatas katil sambil melihat kearah Eunji.

"kenapa masa dia datang tadi kau lepaskan tangan aku?kau tak suka kan dia nampak?".soal Jungkook.

Eunji kaku.Lah...kes jeleslah lagi?.

"kawan sekelas konon..apa?nak beri mamat tu peluang usha kau?". Jungkook memeluk lututnya sambil merenung ke lantai.

"ehhh...merajuk ek?".Soal Eunji sambil mencuit pipi Jungkook. Hanya pandangan tajam diterima.

"kawan sekelas konon".Jungkook mencebik bibir meluat. Eunji tercengang.

"lahh..dulu awak yang suruh rahsiakan kita ni berkahwin".ujar Eunji. Jungkook melihat kearah Eunji.

"tapi dia bukan budak sekolah kita kan?kau beritahulah dia seribu kali pun dekat dia kita dah kahwin..aku tak kisah".ujar Jungkook.

Eunji terbeliak matanya.

"dah..dah jangan merajuk..mari sapu ubat".ujar Eunji sambil tersenyum.

"tak payah..pergi sapu ubat dekat Jong Suk tu".ujar Jungkook.

"Jungkook..jangan merajuk sangat macam ni ye..saya sayang husband saya. husband saya baik, comel, handsome, apa lagi".ujar Eunji sambil mengerlipkan matanya. Jungkook mencerlung matanya,kemudian tangannya dihulur pada Eunji.

"kekeke...mamat ni pandai merajuk rupanya..tak pernah aku tengok mamat  ni macam ni....dia jeles ke?". Eunji berbisik didalam hati.

"Lepas ni tak payah layan lagi mamat tu..ignore aja".ujar Jungkook sambil melihat kearah lain dan bukannya kearah wajah Eunji.

"yalah Tuan Jeon Jungkook..hanya Tuan Jeon Jungkook dihati Isteri Tuan iaitu Puan Eunji".ujar Eunji sambil mencebik bibir. Jungkook melihat kearah Eunji dan menunjal kepalanya.

"banyakla kau". Jungkook menjeling sekilas.

"eh..nak ubat ni sapu dekat mata yang pandai sangat duk menjeling tu?".soal Eunji.

Jungkook hanya ketawa. Eunji tersenyum.Ini bermakna sesi merajuk dah tamat,fuhh.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

2.2K 199 15
"KENAPA!!? KENAPA KAU BUAT MACAM NI!!?" "Kau masih tak tahu? Bodoh nyer kau ni..kau fikir aku nak ada relationship dengan kau ke betina!? Tak!!"
68.2K 340 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
99.3K 7.2K 33
+𝑆𝑒𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑘 𝑖𝑠𝑡𝑒𝑟𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑘𝑒𝑡𝑖𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝒉𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝐽𝑒𝑜𝑛 �...
8.8K 1.4K 72
[CLOSE] Create your own ending... Applier :20/20 Werewolf won!! Cover by:@kuurochi ❤❤