[✔] Really Bad Boy ; 라이관린

By kookieyutt

1.5K 1.7K 204

also known as; hoping for a more good days • • • • • ❝ hati saya bukan mainan yang awak boleh mainkan sesuka... More

one.gl
two.gl
three.gl
four.gl
five.gl
six.gl
seven.gl
eight.gl
nine.gl
ten.gl
eleven.gl
twelve.gl
thirteen.gl
fourteen.gl
fifteen.gl
sixteen.gl
seventeen.gl
eighteen.gl
nineteen.gl
twenty.gl
twentyone.gl
twentytwo.gl
twentythree.gl
twentyfour.gl
twentyfive.gl
twentysix.gl
twentyseven.gl
twentyeight.gl
last.gl
specialchapter.gl

zero.gl

133 84 91
By kookieyutt

nama aku hong chanmi, nama panggilan aku ialah chul. tapi tak banyak yang panggil aku macam tu.

aku jugak dikenali sebagai mangsa buli kepada manusia ciptaan tuhan bernama lai guanlin.

sumpah aku tak tahu kenapa, mengapa dan apa sebenarnya salah aku sampaikan dia buli aku teruk macam ni sekali.

nak dikata keturunan hong ni ada masalah dengan keturunan lai kenal pun tidak. aku sendiri tak tahu apa dendam guanlin ni pada aku.

yang hairannya, dia punya buli tu bukan buli biasa - biasa. dalam dia buli fizikal aku, dia buli sekali mental aku.

dia bagi fake hope, dia sakitkan aku dan dia buat aku nangis. dia tak pernah sekalipun minta maaf.

tapi entah kenapa, aku tetap sayangkan dia. tak kiralah teruk mana sekalipun dia buli aku, aku tetap sayang dia.

aku tak sampai hati nak tolak tawaran dia. entah - entah kalau dia suruh aku bunuh diri pun aku sanggup.

walaupun aku tahu penantian dan kesetiaan aku pada dia tu tak berbaloi, aku tetap tak boleh berhenti.

bukan sebab takut akan ugutan dia, tapi aku takut dengan kelebihan yang dia ada.

yang aku sendiri bagi dia. keyakinan aku ada pada dia. semangat aku ialah dia.

yaa..

sungguh, aku tak yakin dengan diri aku sendiri–

sebab tu aku berikan pada dia. aku perlukan dia.

dia keyakinan aku–

satu - satunya semangat aku.

the bad boy.

really bad boy.

🐣🐣🐣

pakk!

aku tersentak apabila sebuah buku latihan geografi mendarat tepat di atas buku tulisku. aku mendongak untuk melihat siapa pelakunya.

" kau free tak?" soal guanlin sambil menarik kerusi kosong dari meja hadapanku lalu dengan enaknya, punggung syaitonnya itu dilabuhkan di atas kerusi jeongin.

" mak-maksud awak?" guanlin menongkat dagu memandang ke arahku.

" jangan buat - buat tak faham boleh tak? cukup baik aku nak minta kau dengan cara baik. faham - faham ajelah apa yang aku nak."

" kalau kau tak nak buatkan aku boleh je datang rumah kau malam ni. aku tau, parents kau takde kan? bolehlah aku, menyelam sambil minum air–" guanlin tersenyum sinis.

aku meneguk air liur yang terasa kelat. kenapalah aku mesti jumpa dengan jantan jahanam macam dia ni? stress hidup aku dibuatnya!

" jangan ambil masa yang lama untuk berfikir, hong chanmi. masa berjalan–" aku mengeluh.

" ok, saya buat. muka surat?" guanlin tersenyum puas.

" thank, chul sayang. muka surat 23 dan 24. nanti abang bagi awak 'upah' eh.. buat baik - baik–" guanlin terus berlalu pergi meninggalkanku.

aku mencebik, sekarang sayanglah. nanti? kau maki - maki aku?

aku mengeluh. apalah nasib kena jadi hamba tak berbayar dia ni. aku merenung belakang tubuh guanlin yang baru sahaja berlalu ke luar kelas.

aku dapat dia nak jumpa girlfriend dia si shuhua tu– apalah nasib dimainkan macam ni?

🐣🐣🐣

" chanmi! hoi, betina jalang!" see? baru semalam dia panggil aku sayang dan sekarang bertukar jadi jalang pulak dah?

jantan tak reti bersyukur!

" homework aku dah siap belum?" soalnya dingin. selalunya bila dia badmood macam ni dia mesti gaduh dengan shuhua.

tapi siapalah aku nak masuk campur?

" rasanya, awak patut tanya 'homework saya' dah siap ke belum. saya yang buat, right? bukannya awak. so yang lebih tepat ialah homework saya–" guanlin menggigit bibirnya.

" hei, betina– kau dengar sini baik - baik ehh" guanlin mencengkam kuat rambutku.

" auchh, guanlin. sakitt–" rengekku.

" kau jangan berani - berani nak lawan cakap aku. kalau tak, aku akan pastikan hidup kau rosak hanya dengan satu sentuhan pada satu malam–" bisik guanlin tepat di telingaku.

cengkamannya pada rambutku dilepas kasar. guanlin kembali berdiri tegak lalu memberikan pandangan tajam ke arahku.

" ingat apa yang aku cakap tu, hong chanmi. aku akan tuntut satu hari nanti kalau kau berani tak nak dengar cakap aku–"

aku menunduk sambil menggigit bibir cuba menahan esak. apa salah aku sampai dia sanggup buat aku macam ni? kenapa dia seksa aku?

" bagilah homework aku!" tengking guanlin. terkujat bahu aku jadinya. perlahan - lahan aku keluarkan buku latihan geografi milik guanlin dari laci mejaku.

" lembab!" dahiku ditunjal kasar olehnya.

" perempuan tak guna!" sekali lagi dahiku ditunjal olehnya. sungguhlah weh, takkan tak ada langsung rasa kasihan dia pada aku?

" pergi matilahh!"

pakk!

aku menghentak mejaku kuat.

aku tak tahan. sumpah aku tak tahan! aku berdiri dari dudukku lalu berjalan laju keluar dari kelas menuju ke tandas.

tanpa mempedulikan manusia di dalam tandas tersebut aku terus masuk ke kubikel nombor 4 yang berada di hujung sekali.

memandangkan tempat itu sedikit tertutup, aku rasa ianya tempat paling sesuai untuk aku meratapi hati yang telah dilukai ini.

aku memutar pili air paip. aku menangis teresak - esak ditemani curahan air paip yang aku pasang tadi. aku mengusutkan rambutku.

" apa dosa aku pada dia sampai dia sanggup buat aku macam ni sekali?" aku menunduk. rambutku yang terurai aku kuak ke belakang.

setelah puas menangis selama hampir 15 minit, aku menutup pili air lalu melangkah keluar dari kubikel. aku berjalan mendekati singki lalu menapus mukaku menggunakan air.

aku menilik mukaku di cermin. aduhh, tak nak aku nak jadi kembar guanlin ada eyebag bagai. aku memuncung.

mahu tak mahu terpaksa jugalah aku biarkan. kalau nak tunggu lagi tinggal aku kena denda. aku menangis pun dah amek masa puluhan minit–

aku mengorak langkah menuju ke kelas. pintu kelas aku ketuk sebelum melangkah masuk.

" kamu dari mana, chanmi? lambatnya. mata pun bengkak semacam–" tegur cikgu daniel. ehh, renab jadian ni, aku debik kang–

sebok nak tahu hal orang apehal? aku menggulingkan mataku ke atas.

" saya sakit perut tadi cikgu–" jawabku.

" dah tu, mata tu bengkak kenapa?"

" termenangis terok pula semalam tengok cite goblin. sedeyh namati saya cikgu tengok ji eun-tak mati–" cikgu daniel mengangkat keningnya.

" ye ke, ni? ke guanlin buli kamu lagi?" terus terdiam aku dibuatnya.

" mana ada, cikgu! saya jadi budak baik dahh, tak main buli - buli semua nii–" celah guanlin. cikgu daniel mengecilkan matanya merenung guanlin.

" ye ke? setahu saya, saya baru aje nampak awak curi belanja budak junior semalam–"

" haa, itu citer semalam cikgu. hari ni saya insaf dahh. baru tadi subuh tadi haa solat taubat–" seloroh guanlin. cikgu daniel sekadar mengangguk.

" iye ke—"

" cikgu, boleh tolong teruskan mengajar? kalau boleh start dari awal, maklumlah saya ketinggalan tadi. karang susah pula saya nak buat kerja rumah saya–" ucapku berbaur sindiran.

" sape suruh bernyahtinja pun macam bermalam jumaat–" balas guanlin pula.

" eh, eh! sudah! diam boleh tak? haa, yelah. chanmi, dengar baik - baik. saya ulang sekali sahaja–" aku mengangguk.

sempat aku menjeling ke arah guanlin yang beriak wajah tidak puas hati dengan sindiranku tadi.

🐣🐣🐣

bukk!

badanku dihempas guanlin pada loker di kaki lima ini. shit! dia ikut aku pergi tandas rupanya–

" hey, apa masalah kau ha, betina?" tanya guanlin sambil mengunci pergerakanku dengan kedua belah tangannya.

" apa lagi salah saya, guanlin? apa yang saya dah buat kat awak sampai awak buli saya sampai macam ni sekali? apa salah saya, guanlin?! apa?!" dadanya aku tumbuk kuat.

saje aje nak merasa berketul ke tidak. tetiba rasa emo tak terasalah pulak–

" apa salah kau? bila tiba masanya, kau akan tahu jugak nanti. sekarang ni, kau dah ingkar arahan aku–" guanlin mengelus lembut rambutku.

ekoran jarak antara kami berdua, aku dapat rasakan deruan nafas dia yang—

k, aku malas nak bahas kang korang pun turut emm.

" aku dah pernah janji aku nak claim, kan?" guanlin mendekatkan mukanya ke mukaku.

" guanlin, janganlah macam ni–" tanganku menolak pelan dadanya. eo? jantung diaa– berdeguplahh lajulah.

" erk, kenapa jantung awak berdegup laju?" soalanku cukup membuatkan guanlin terkedu. tangan guanlin yang dari tadi mengunci pergerakanku diturunkan.

" normallah! sekurang - kurangnya jantung aku berdegup. daripada engkau entah berdegup entah tidak."

" by the way, siapa suruh kau pegang dada fab aku?! haa, meh aku pegang dada kau jugakk mehh–" aku pantas menampar lembut pipi guanlin sambil tergelak kecil.

" gatal–" guanlin tersenyum gatal.

" aku yang gatal ke kau yang gatal?" guanlin maju selangkah ke hadapan.

" hey, budak berdua! buat apa kat sana tu haa?!" tegur seseorang dari hujung lorong.

aku dan guanlin saling berpandangan sebelum guanlin terus menarik tanganku berlari kembali ke kelas.

" aik, cik kak, cik abang? dah berbaik ke pegang tangan bagai?" tegur chenle sambil memuncung tepat ke arah tangan guanlin yang memegang pergelangan tanganku erat.

apabila ditegur chenle, cepat sahaja guanlin melepaskan pegangannya. bahuku ditolak pelan.

" pergilah duduk! takkan tu pun nak aku yang dukung–"

" wuuu, dukung! dukung! dukung!" bersemangatnya si somi serupa nak berkempen pilihan raya. boleh jadi ahli politik–

aku mengulum senyum. langkah terus aku atur kembali menuju ke tempat dudukku.

🐣🐣🐣

aku merebahkan tubuhku di atas katil di dalam bilikku. penatnya hari ini tidak terkata.

sudahlah pagi kena belajar, petang ada latihan bola baling, malam kena siapkan kerja sekolah yang berlambak tu pulak.

" migrain aku jadinya–"

" hiyakk! ahahaha, sampai jugak aku akhirnya–" terkejut beruk aku dibuatnya melihatkan guanlin secara tiba - tiba melompat masuk ke dalam bilik daripada tingkap bilikku.

" apa awak buat kat sini?!" jeritku automatik berdiri tegak. jangan macam - macam. parents aku dah lah takde kat rumah.

janganlah pulak setan sorang ni baik hati sangat nak jadi peneman. aku rela sensorang daripada ditemani budak ni–

" oh, aku eh?" aku mengeluh dengan muk kerek.

" ehh, taklah! saya tanya dinding tu haa, sepatutnya dinding tu letak atas bumbung sebenarnya–" guanlin mengangguk.

" ish, yelah! saya tanya awak! awak nak apa berkunjung ke rumah saya ni?" soalku menjarakkan diri beberapa langkah jauh darinya.

guanlin mengangkat bahu sambil meninjau kawasan sekeliling di sekitar bilikku.

" pinknya bilik kau– tak swag langsung" aku menjulingkan mataku.

" suka hati sayalah! ini bilik saya, bukannya bilik awak. boleh tak awak jawab soalan saya, lai guanlin? awak buat apa kat sini?" untuk kali ketiga aku bertanya.

kalau dia tak jawab juga memang aku humban dia dari sini ke tingkat bawah sana tu ha–

" saje, melawat rumah bakal isteri. takkan tak boleh–" aku mencebik. lagi sekali. dia bagi aku fake hope! fake hope! fake hope! fake hope!

itu aje dia tahu! apa ingat aku ni takde perasaan ke dia suka - suka aje nak mainkan?

i'm so sick of this fakeu hopeu, fakeu hopeu, fakeu hopeu–

" keluarlah. karang apa pulak jiran - jiran cakap. yang malunya saya jugak. tolonglah faham, guanlin." guanlin buat pekak.

haa, baguslah gitu! teruskan sikap macam tu. bagi pekak terus pun boek jugak–

" pedulikan apa yang orang nak cakap, chanmi. dorang tu takde life–" dengan selamba, guanlin merebahkan tubuhnya di atas katilku.

" macam awaklah–"

" apa kau kata?!" aku tersengih. muka sehabis comel aku tayang pada guanlin.

" takde apa - apa, awak handsome!" guanlin tersenyum bangga.

" tahu–" aku sudah dapat rasakan yang tekak aku ingin keluarkan muntah pelangi. hulur baldi, please.

" dahh, pergilah guanlin!" tubuh guanlin aku tolak jatuh dari katil.

ops, tergedebuk pulakk–

guanlin memandang tajam ke arahku yang sedang tersengih.

" sorry–"

" apa yang kau nak risaukan? bukannya kita nak kena tangkap basah dengan mak bapak kau pun. dorang takde kan?" ujar guanlin sambil membetulkan capnya.

" yelah, tapi saya ni anak dara awak tu teruna tau? fahamlah sikit. matang please." guanlin berdiri lalu berjalan mendekati meja solekku.

" entah dara entah tidak kau ni. main mengaku aje–" k, apa masalah dia sebenarnya sekarang ni?

" apa masalah awak ni, guanlin?" guanlin tergelak sinis.

" kalau cikgu daniel boleh, kenapa aku tak?" ya tuhan, apa dosa aku sampaikan dia sanggup tuduh aku macam tu sekali?

" apa awak cakap ni?" guanlin menjulingkan matanya.

" toksah buat - buat tak tahulah, chanmi. aku nampak dengan mata kepala aku sendiri–"

" pernah ke saya cakap mata awak dekat kaki?" guanlin menayangkan muka kerek serupa cereknya.

" aku nampak dengan mata aku sendiri, daniel masuk rumah kau masa mak bapak kau takde semalam." aku mengeluh.

" awak tak tahu hujung pangkal cerita, guanlin. jangan tuduh melulu–" aku tak kesah dia nak tuduh aku pelacur sekalipun, tapi bukan daniel.

" chanmi!" aku dan guanlin saling berpandangan.

" itu daniel kan?" tanpa menjawab apa - apa terus meluru turun ke tingkat bawah.

" awak jangan berani keluar dari bilik, kalau tak saya tendang awak balik negara awak–" sempat aku berpesan pada guanlin.

" daniel–" tegurku sebaik sahaja membuka pintu dan terlihat wajah renab daniel.

" chanmi, boleh niel masuk?" aku menggeleng.

" tak, tak boleh." daniel mengangkat kening.

" kenapa?"

" sebab–"

" ehh, cikgu–" k, kau tunggu aku sumbat kau dalam flight, guanlin, kau tunggu!

" eo, guanlin." guanlin berdiri di sebelahku.

" kau buat apa kat sini?" soal daniel.

" kau tahu kan aku ni bestfriend chanmi? kita orang buat homework lah. kau tu pulak buat apa?"

bestfriend jadah kau! lempang sekali karang–

" bestfriend? erm, aku ni pulak sepupu dia belah mak dia. ada masalah?" guanlin kekal dengan riak wajah selambanya.

" oh, takde sape tanya. oklah, chanmi. jom sambung buat 'homework kita'." aku sudah mula rasa lain macam bila guanlin tekankan perkataan homework kita itu.

" okey, err, niel. niel baliklah dulu ehh. kalau ada apa - apa saya call niel–" daniel menggeleng sambil menjeling guanlin.

" takkan nak biar chanmi berdua dalam rumah dengan dia? biar niel teman–"

" tak payah. aku tahu nak jaga batas aku. sejahat - jahat aku takde pulak aku pernah berniat nak rosakkan anak dara orang. kau ingat keturunan lai ni syaiton sangat ke? dah, jom chanmi!"

guanlin pantas menutup pintu rumah lalu menarik tanganku kembali naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilikku.

" apa tujuan awak datang sini?" soalku sambil melabuhkan punggung di atas katilku.

" aku sebenarnya saja datang tengok kau dah buat homework aku belum. haa, homework bi aku dah siap belom?!" aku menggulingkan mataku.

" dahh, takpayahlah risau! awak ingat saya ni macam awak ke buat homework last minute?" jelingku.

" by the way, awak naik tadi macam mana?" soalku. nak kata dia panjat tak guna tangga tak logik. jangan cakap yang dia—

" oh, aku panjat pokok sana tu lepas tu terus lompat pergi bilik kau. aku siap kena gigit kerengga tau cuma sebab nak masuk bilik kau. tercemar kulit gebu aku–"

" sape suruh gatal sangat nak masuk bilik saya guna pokok. kalau ketuk je kan senang–"

" sebab aku tahu kau takkan bukak, tu yang aku panjat pokok tu. tak nak ubat luka aku ni ke? kejamnya kau–"

kejam ke? kau lagi kejam kot–

" duduk sini, saya amek ubat jap."

dan seperti biasa, ego aku memang tak dapat kalah dengan cinta aku pada dia.

🐥 really bad boy 🐥

- happy jisung day -
🎊🎊🎊

[ 8 march 2019 ]

Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 152 18
[ COMPLETE ] Mengisahkan kembar seiras keturunan 'hibrid' iaitu Mina dan Myoui. Mina lebih mirip seperti manusia manakala Myoui adalah 'demon'. Dua g...
31.3K 2.1K 41
karenah 4 orang sahabat karib yang entah apa-apa.
2.1K 135 19
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
3.4K 201 17
*Mngisahkan 4 perempuan yg merupakan monster yg hidup di kalangan manusia Enjoy the storyyy💕💕