MY IDEAL ITALIAN GUY

By raenees

559K 33.8K 2.8K

โฆ ๐“๐ก๐ž ๐›๐จ๐ฌ๐ฌ ๐š๐ง๐ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐ญ โฆ [ COMPLETE ] NENY ROBIN, pekerja di sebuah sya... More

Prolog - Knowledge
Bab 1 - Stare
Bab 2 - Benard
Bab 3 - Tumpang
Bab 4 - Joke's
Bab 5 - New Boss
Bab 6 - His Friend
Bab 7 - Jealousy
Bab 8 - Tangga
Bab 9 - Headache
Bab 10 - Terhantuk
Bab 11 - Space
Bab 12 - Offer
Bab 13 - Kopi
Bab 14 - Umi
Bab 16 - The Discussion
Bab 17 - Dinner
Bab 18 - Airport
Bab 19 - Airplane
Bab 20 - London
Bab 21 - Going Out
Bab 22 - Beautiful
Bab 23 - Dazzling
Bab 24 - Partner
Bab 25 - Company
Bab 26 - Flirt
Bab 27 - Messed up
Bab 28 - Remedy
Bab 29 - Lovely Talk
Bab 30 - Stuart's Phone
Bab 31 - My Nurse
Bab 32 - Caught Red-Handed
Bab 33 - Comeback
Bab 34 - Sweet Truck
Bab 35 - Fun Time
Bab 36 - The Broken Promise
Bab 37 - Last Moment
Bab 38 - Thoughts
Bab 39 - Lot Surprises
Bab 40 - Little Savage One
Bab 41 - Rent Boyfriend
Bab 42 - Price Tag
Bab 43 - The Deal
Bab 44 - He's back
Bab 45 - Stuart
Bab 46 - River
Bab 47 - Stuart's Birthday
Bab 48 - Avoid Him
Bab 49 - His Intention
Bab 50 - Cold Shoulder
Epilog I - The Right Time
Epilog II - Hide And Seek
New baes ๐Ÿ’ป
Buy HERE! (Special)

Bab 15 - Reporter

9.3K 684 10
By raenees

***Just you know, tak silap saya, start Bab 1 hinggalah Bab 15 or Bab 17, I wrote these parts at very such a young age. Sorry for the grammar mistakes, and kesalahan tatabahasa yang sangat teruk because that time i just start writing bluntly because I like to create a story. So I apologize for any grammar mistakes and kesalahan tatabahasa.***

Bab 15

SEBAIK sahaja kami tiba di hadapan laluan bangunan syarikat milik encik Kim Rossin Stuart, kami ternampak ramai wartawan memenuhi ruang di kawasan ruang pintu masuk yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Wartawan-wartawan tersebut cuba untuk masuk tetapi dihalang tegas oleh pengawal keselamatan.

"Apa yang terjadi ni? Kenapa ramai sangat?" Robin cuba memikir perkara apa yang berlaku sampai wartawan datang menyerbu ke sini.

Benard juga memerhati wartawan tersebut sambil memakirkan kereta di tepi bangunan tersebut agar tidak menjadi tumpuan ketika gadis ini akan turun.

"Kau boleh masuk seorang diri?" tanya Benard dengan nada risau terhadap Robin. Dia memandang Benard.

"Boleh... Buat aje macam tak nampak." Itu cuma alasan yang Robin buat untuk menenangkan diri sendiri. Risau kalau dia benar benar terlibat dengan masalah tetapi seingat dia, tak ada satu masalah yang timbul apabila dia bekerja di sini.

"Kalau macam tu, nanti balik kerja nak dinner dengan aku tak?" Pelawa Benard. Robin mengharu kepala yang dibaluti tudung itu.

"Saya dinner dengan family saya malam ni. Sorry, Beni." Serba salah pula Robin melihat wajah sedih Benard apabila mendengar jawapan dia.

"Mungkin esok boleh sebab esok cuti." Robin memberi cadangan. Sememangnya dia mahu makan luar esok. Mahu makan makanan yang dah lama dia idam.

Wajah Benard ceria kembali.

"Okay, cool. Esok aku ambil kau depan rumah. Pukul sembilan malam, boleh?" Benard kurang pasti mengajak gadis itu keluar dinner pada pukul sembilan malam.

"Boleh." Benard senyum riang.

"Tapi.." Benard pandang Robin dengan pandangan suspen.

"Umi dengan Alisya ikut sebab dia orang dah lama tak makan luar." Kata Robin dengan jelas. Wajah Benard yang sedikit garang itu membuatkan hati dia tidak senang. Macam mana kalau Benard tak setuju?

"No hal lah. Bawa aje diaorang. Nanti boleh borak dengan budak kecil tu sekali." Robin melepaskan nafas lega.

"Okeylah... Nak masuk dulu kalau lambat nanti bos membebel pula." Robin membuka pintu lalu keluar dari badan kereta mewah itu. Badan dibongkokkan sedikit supaya wajah Benard nampak.

"Thanks Beni for driving." Robin menghadiahkan senyuman.

"My pleasure." Benard membalas senyuman si gadis.

Robin menutup pintu lalu terus meninggalkan kereta Benard dan menuju ke pintu utama yang dipenuhi wartawan dengan perasaan yang gugup. Langkahnya dilakukan agar dapat masuk ke dalam bangunan lebih cepat.

Namun, sebaik sahaja dia meloloskan diri betul-betul dihadapan pintu utama tersebut, wartawan sudah merempuhnya kuat sehingga dia tertolak ke hadapan. Disebabkan pintu utama tersebut kena tolak, agak sakit juga badannya menahan rempuhan tersebut walaupun senang untuk masuk.

Robin yang sudah masuk itu terkejut apabila tangannya ditarik semula keluar daripada bangunan itu. Dia menoleh melihat siapa yang menarik dirinya. Ternyata pengawal keselamatan yang menarik lengannya.

Jangan kata bodyguard ni tak cam muka aku. Bisik Robin di dalam hati.

"Maaf lepaskan saya, saya pekerja disini," jelasnya Robin kepada pengawal keselamatan itu. Wartawan-wartawan dibelakangnya mula menapak kebelakang melihat adegan yang berlaku di hadapan mereka.

"Maaf, cik. Saya tidak pernah nampak muka cik," ujar pengawal itu dengan tegas.

Robin menggeleng berkali-kali.

"Bukan, saya baru berkerja dekat sini." Jelas wajah pengawal itu seperti ragu-ragu untuk mempercayai kata-kata gadis di hadapannya.

"Mana kad pekerja cik?" Terasa sekelilingnya berhenti buat seketika saat dia tidak jumpa kad di dalam beg tangan. Dicari-cari juga walaupun berkali.

Alamak!

Jangan kata terlupa bawa. Macam mana nak scan nanti? Aduh, macam mana ni. Rungut Robin di dalam hati. Dia memandang pengawal itu dengan senyuman kekok.

"Saya terlupa bawa tapi saya tak tipu yang saya kerja dekat sini." Robin cuba membuat muka simpati namun pengawal itu tidak mudah terpedaya.

"Maaf, cik. Cik tidak boleh masuk." Tegas pengawal itu membuat keputusan muktamad.

Robin mendengus geram. Tak boleh jadi ni.

"Saya nak masuk juga." Muka cemberut ditayangkan. Wartawan yang lain mula membisik antara satu sama lain.

"Apa hak cik untuk saya membenarkan cik masuk?" Pengawal itu menyilangkan tangan ke dada, keningnya dijungkit seperti mencabar gadis itu bersama senyuman sinis dipamerkan.

"Because she's my personal assistant..."

Muncul satu suara garau yang mampu didengari dibelakang mereka semua. Seperti tindakan refleks terus wartawan-wartawan disitu dan Robin pusing menghadap kebelakang. Gerangan itu langkah maju ke hadapan dengan aura yang tersendiri, mendekati Robin dan pengawal dengan melintasi wartawan-wartawan yang masih pegun dengan kehadiran si dia lalu memberhentikan langkahnya dihadapan pengawal yang jauh lebih rendah daripadanya.

"Selamat datang, Mr Kim..." Pengawal itu terus tunduk hormat.

Robin masih kaku ditempatnya. Wartawan yang lain mula mengambil gambar topik utama mereka. Banyak sinaran kamera canggih disebarkan. Dia terpaksa mengecilkan matanya kerana silau.

"Mr Kasim for now on, remember this face because she's my new P.A and I don't want anyone mistaken her for someone stranger." Jari telunjuk Stuart dihala ke wajah gadis ditepinya, Robin. Pengawal itu mengangguk laju dengan cemas. Takut dimarahi boss.

Robin terus tersedar daripada segala yang bermain di mindanya. Wajah bos dipandang. "Selamat pagi, Encik Kim Rossin Stuart." Disambut dengan nama panjang.

"Good morning too."

"Maafkan saya cik kerana tersalah anggap." Pengawal itu tunduk, meminta maaf atas kesalahan dirinya yang tidak mengambil tahu perkara baru disekelilingnya.

Kelam kabut Robin apabila melihat pengawal itu menunduk sedikit ke arahnya. "Tak apa tak apa saya faham. Saya tak kisah pun." Robin menghadiahkan senyuman.

"Mr Kim, betul ke Mr Kim sudahpun bertunang? Sejak bila? Dengan siapa?" Wartawan terus menganggu perbualan mereka dengan bertanya soalan secara mengejut dan pantas. Robin mula keliru. Tidak pernah dirinya melihat situasi begini.

"Mr Kim bila memulakan hubungan tersebut?" Wartawan yang kedua mula bertanya.

"Betul ke Mr Kim terlibat dengan skandal? Habis tu bagaimana dengan tunang Mr Kim?" Wartawan yang belah tepi mula bertanya. Robin hairan sejak bila pula bosnya ada skandal?

"Mr Kim dan cik sila jemput masuk." Pengawal itu segera membuka pintu saat dirinya melihat Stuart berdiam diri tanpa menjawab soalan mereka bersama wajah yang tidak mempunyai perasaan.

Robin terus masuk ke dalam bangunan bersama Stuart namun sebelum dia masuk ke dalam bangunan, dia menghadap wartawan semula dan berkata.

"I'm not engaged to anyone." Dengan itu, Stuart terus melangkah masuk tanpa menoleh kebelakang. Robin menyusuli bosnya dari belakang.

Semasa mereka tiba di hadapan lif, fikiran Robin hanya pada soalan wartawan tadi. Encik Kim bertunang? Dengan siapa? Rose ke? Macam mana diri dia tidak tahu? Sedangkan dia personal assistant kot.

Ting!

Pintu lif terbuka, Robin dan Stuart masuk ke dalam lif dengan fikiran masing masing yang bercelaru.

"Robin."

Terus dia tersedar daripada tenggelam dengan perkara tadi. Wajah Stuart dipandang bersama senyuman kecil.

"Ya, Encik Kim?" Wajah Stuart kelihatan sangat letih tetapi lelaki ini masih boleh mengawalnya.

"Bila kita sampai di pejabat, ada banyak benda yang kita perlu bincang." Berdebar hati Robin apabila mendengar kata-kata tersebut. Kenapa? Something's wrong?

"Baik, Encik Kim." Robin memandang kehadpan semula.

Benda yang nak dibincang?

Perkara apa?

Bersambung..

28 DISEMBER 2019

Continue Reading

You'll Also Like

149K 11.3K 34
๐Œ๐‘. ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐Ÿ.๐ŸŽ "๐˜๐จ๐ฎ'๐ซ๐ž ๐œ๐จ๐ฅ๐ ๐›๐ž๐œ๐š๐ฎ๐ฌ๐ž ๐ˆ ๐Ÿ๐จ๐ฎ๐ง๐ ๐ฒ๐จ๐ฎ ๐ข๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐ซ๐š๐ข๐ง" ~๐Œ๐ซ. ๐‚๐จ๐ฅ๐ ๐‡๐š๐œ๐ค๐ž๐ซ~ ๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ญ: ๐Ÿ...
289K 10.9K 54
[๐“ค๐“ท๐“ญ๐“ฎ๐“ป ๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ ๐“ถ๐“ป๐“ผ. ๐“ผ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ฟ๐“ธ๐“ต 1 ] แด€แด€สแด€ษด แด…แด€ษดษช๊œฑสœ || แดขแด€ส€แด€ สแด€๊œฑแดษชษด Known as the soft spoken husband AAYAN DANISH - Jejaka berdarah cam...
4.2M 251K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
5.4M 151K 66
Muhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa b...