Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT)...

By Carat_17teen

57.9K 6.4K 2.4K

[ TIDAK AKAN DISAMBUNG ] Kwon Soonyoung. Seorang buda-- ok sorry seorang lelaki dewasa berumur 23 tahun yang... More

+1+
+2+
+3+
+4+
+5+
+6+
+7+
+8+
+9+
+10+
+11+
+12+
+13+
+14+
+15+
+17+
+18+
+19+
+Teaser+
+20+
+Promot+
+21+
+Promot+
+22+
+23+
+24+
+25+
+Promot+
+26+
+27+
+28+
+29+
+30+
+31+
Publish
+32+
+33+
+34+
+35+
VOTE
TIDAK AKAN DISAMBUNG

+16+

1.4K 186 65
By Carat_17teen

Keesokkan paginya, Sunghyun masih lagi lena dibuai mimpi walaupun jarum jam sudah menunjukkan ke angka 9.

Soonyoung membuka matanya perlahan kerana silau dengan cahaya matahari yang memancarkan di mukanya itu lalu mengeliat perlahan tapi asal dia rasa berat ek? Macam ada benda hempap dia.

Dia memandang Sunghyun yang masih tidur di atas badannya itu seperti tidak terganggu dengan aktiviti mengeliat Soonyoung sebentar tadi.

"Patutlah rasa berat gajah berupa noona Sunghyun tidur atas aku" kata Soonyoung perlahan.

Soonyoung meneliti wajah polos Sunghyun itu, dari mata ke bibir Soonyoung meneliti dengan tajam. Tiba-tiba terpancul sengihan nakal di bibir Soonyoung.

Apa rasanya dia nak buat? Yang pasti bukan benda baik.

Dalam kiraan tiga, dua, satu dannnnnn

Buk!

Akhirnya Sunghyun selamat mendarat di atas lantai akibat ditolak oleh Soonyoung anak Kwon.

"Arghhh!!! Aduh belakang aku!!" Sunghyun mengaduh sakit sambil mengusap belakangnya, rambutnya yang serabai diselak kebelakang.

"Padan muka" ujar Soonyoung tanpa rasa bersalah lalu bangun untuk ke bilik air.

Sunghyun memandang Soonyoung yang semakin jauh dengan tajam. Dah la dia tengah syok mimpi indah tiba-tiba ada orang kacau. Geram ni geram.

"Noona!! Tolong siapkan sarapan Soonyoung!!" Jerit Soonyoung dari dalam bilik air.

Sunghyun hanya mengangguk walaupun dia tahu nampak bodoh buat macam tu kerana Soonyoung bukannya nampak pun dia angguk kepala.

Dengan langkah yang perlahan lagikan malas Sunghyun masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan muka dan gosok gigi bagi fresh sikit.

Usai sahaja gosok gigi dan cuci muka, Sunghyun mula memasak. Makanan hanya simple sahaja roti bakar dengan jem dan telur separuh masak tak lupa juga jus oren dan susu.

Sunghyun menilik mesej di telefon pintarnya sambil menunggu Soonyoung di meja makan sesekali dia menghirup susu panasnya.

"Hah jumpa doktor?!" Sunghyun membaca sekali lagi mesej yang diberikan oleh Kwon Yuri, noona kepada Soonyoung.

"Pukul 9:30?! Agak-agak la woi aku belum mandi lagi" ngomel Sunghyun tak puas hati.

Soonyoung yang baru sahaja tiba memandang Sunghyun pelik. Pagi-pagi lagi Sunghyun dah maki dengan mata tak lepas pandang telefon tu bagai nak telan.

"Noona kenapa ni?" Tegur Soonyoung lalu duduk berhadapan Sunghyun.

"Doktor! 9:30!! Mandi!!!" Sunghyun terus masuk ke dalam biliknya tanpa menjawab soalan Soonyoung.

Soonyoung memandang pintu bilik Sunghyun lalu mengangkat bahu. Dia mengambil roti bakar yang disapu dengan jem lalu digigit.

"Doktor?? 9:30??" Soonyoung memegang dagunya lagak sedang berfikir sesuatu yang penting.

Kunyahannya tiba-tiba terhenti, matanya terbeliak besar.

"Seolma.... takkan hari ni?!" Soonyoung terus berlari menuju ke bilik Sunghyun.

"Andwae!! Noona!!! Soonyoung tak nak pergi hospital!!! Tak mau jumpa doktor!!! Huwahhh!!" Soonyoung mengetuk pintu bilik Sunghyun dengan kuat tambah lagi dengan teriakkannya.

Sunghyun yang berada di dalam bilik hanya buat-buat pekak. Usai sahaja dia mengikat rambutnya. Dia terus membuka pintu terpampang muka Soonyoung dengan riak muka seperti merayu.

"Jom" Sunghyun terus menarik lengan Soonyoung tetapi Soonyoung tidak berganjak sedikit pun.

'Payah betul la bila dapat perangai macam budak-budak tapi kudrat macam jantan ni -_-' bisik hati Sunghyun.

"Tak nak!!" Soonyoung merentap lengannya lalu memeluk tubuh.

"Kita kena pergi juga! Noona kau otw pergi hospital engko jangan nak mengada!!" Sunghyun menarik lengan Soonyoung sekali lagi.

"Tak nak juga!! Kita nak dengan Jihoon hyung!!" Soonyoung merentap lengannya sempat lagi dia jeling Sunghyun.

"Masalahnya Jihoon takde kat rumah" Sunghyun mengeluh perlahan.

"Dia pergi mana?" Soal Soonyoung hairan.

"Dia pergi matiiiii"

"Andwae Jihoon hyung!!!"

Meanwhile Jihoon yang tengah berjogging tiba-tiba jatuh menonggeng.

"Kuanghajor! Setan mana yang asyik sebut nama aku tu?! Memang kena la dia nanti bila aku dapat tahu" maki Jihoon geram.

Kembali situasi tadi, Soonyoung sedang meratapi manakala Sunghyun hanya menahan tawa.

"Sampai hati Jihoon hyung tinggalkan Soonyoung dengan NOONA HODOH NI!!"

"WOI!" Sunghyun membesarkan biji matanya. Terasa seperti ingin melibas si Soonyoung tu.

"Dah jom la mesti noona kau dah tunggu tu" kata Sunghyun lembut atau lebih tepat lagi seperti dah give up dengan mamat gedik ni.

"Hmmm yelah demi Jihoon hyung!! Kita akan ikut!!" Ujar Soonyoung dengan berkobar-kobar lalu keluar dari rumah.

Sunghyun menatap Soonyoung dengan datar.

"Kenapa la aku tak guna je nama Jihoon tu dari awal" Sunghyun mengeleng kesal lalu keluar dari rumah.

Selesai sahaja mengunci pintu, Sunghyun memandang Soonyoung yang pelik tiba-tiba manat gedik tu sengih-sengih pandang dia.

"Apa?" Soal Sunghyun kasar.

"Ngehee semalam kita dengar ada orang menangis" usik Soonyoung siap angkat kening lagi.

Kelu lidah Sunghyun, tidak tahu ingin menjawab apa.

"Eishhh sana la!! Kita dah lambat sempat lagi kau buat lawak!!" Sunghyun menolak Soonyoung ketepi untuk cover wajahnya yang sudah merah.

"Eleh malu pula dia" Soonyoung mengekori Sunghyun dan mengungkit benda itu lagi sehingga la mereka tiba di hospital.

Continue Reading

You'll Also Like

47.2K 6K 58
xu minghao, seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat aku pada mulanya. perasaan itu datang, tetapi mungkin sekadar saja saja? atau tidak- COVER B...
3.3K 469 13
𝙵𝙵 : 𝚃𝚁𝙴𝙰𝚂𝚄𝚁𝙴 - 𝙷𝙰𝚁𝚄𝚃𝙾 ! ' 🎐 . Aku tahu ramai di luar sana yang mungkin lebih menarik dari kau, tapi aku tak mahu orang lain . Aku h...
17.3K 2.3K 22
Kang Mina adalah seorang anak kepada manager YG ENTERTAINMENT. Dia juga tak lama lagi akan menggantikan tempat kerja appa nya. Atas alasan? Encik kan...
1K 289 24
Engkau merasakan bahawa menggunakan cara itu merupakan cara paling berkesan untuk mendapatkan hatinya namun engkau lupa akan akibat yang menanti saat...