TEDDY (Sample)

By JSmulberry

224K 11.7K 801

(Editing in Progress) Claire Verena, si gadis sunyi yang mengimpikan keajaiban berlaku dalam hidupnya. Baga... More

PROLOG
00 - DUNIA BARU
01 - JERANGKUNG BERKERUDUNG
02 - TAMPAR DAN LUDAH
03 - DUA HASRAT
04 - NOMBOR
05 - LAUK AMPHIBIA
06 - SAPU TANGAN
07 - GOSIP HANGAT
08 - FITNAH DALLAS
09 - PERTELINGKAHAN KELUARGA LOUKAS
10 - NOTIFIKASI MESEJ
♦ GALERI ♦
11 - KAU MERIMASKAN
12 - JAMINAN HARI ESOK
13 - AMARAH ROBIN
14 - ANGKARA SIAPA?
15 - RANCANGAN CLAIRE
16 - DIPANAH TOMBAK
17 - KOMPLEKS SUKAN LAMA
18 - ERTI PEMBERIAN JAM TANGAN
19 - CECAIR PELUNTUR
20 - AMARAN LOLA
21 - UGUTAN SI GILA
22 - LARI, CLAIRE. LARI
23 - RINTIHAN DI TAMAN LAVENDER
♦GALERI II Part 1♦
♣GALERI II Part 2♣

24 - CLAIRE, INI UNTUK KAU

3.3K 382 45
By JSmulberry

"Bangun Claire.."

Teddy bersuara mendatar. Pandangan matanya merenung wajah Dallas dengan pandangan mata yang kosong.  Segala perasaan takut berusaha dibuang.

Dallas tersentak dan pantas menoleh.

Claire turut mengangkat wajahnya yang jelas kelihatan tidak terurus. Air mata menitis. Bibir si gadis terketar-ketar.

"Teddy?"

Wajah Claire jelas mempamerkan ekspresi penuh keliru. Bagaimana lelaki ini boleh ada di sini? Adakah kali ini Teddy hadir untuk membantunya?

Teddy meneguk air liur dan memberanikan diri untuk merenung pandangan mata Dallas Lawrence. Jantung Teddy  berdegup dengan begitu kencang.  Perasaan takut mula memenuhi ruang jiwanya. Mampu ke dirinya menyelamatkan Claire dalam keadaan begini?

Dallas menjongketkan keningnya. Kedua tangan disilangkan pada dada.

"Wah, Teddy. Si jerangkung bernyawa. Apa kau buat dekat sini? "

Dallas mengukirkan senyuman sinis. Sungguh Dallas terasa lucu. Apa Teddy nak buat? Nak jadi adiwira? Si lembik macam Teddy nak jadi wira penyelamat?

Teddy masih membisu. Rasa benci dan takut bercelaru dan mula memuncak. Pandangan mata terus beralih pada Claire.  Tidak sanggup lelaki berwajah pucat itu merenung wajah Dallas. Teddy tidak memiliki keberanian.

"B-b-bangun Claire."

Ujar Teddy sekali lagi. Namun, kali ini nadanya kedengaran begitu gugup. Sungguh lelaki itu cuba untuk memberanikan dirinya.  Lelaki berwajah cengkung sungguh berharap agar rasa takut tidak menguasainya.

Claire kekal lagi bersimpuh di atas lantai. Air mata tidak henti-henti mengalir.  Masih terkejut dan terpinga-pinga atas apa yang telah menimpa dirinya.

Dallas sempat melirikkan pandangan matanya pada Claiere Venema.

"Kau percayakan budak lembik tu ,Claire?"

Dallas bertanya seraya tertawa.

Teddy kekal  berdiri di situ memerhatikan mereka berdua. Irama degupan jantung lelaki berambut hitam semakin laju. Keringat dingin mula menitis dari dahi.

"Kau nak apa budak jerangkung? Nak bebaskan hamba seks ni daripada aku?"

Si lelaki durjana bertanya selamba dengan menggunakan bahasa kesat dan penuh penghinaan. Mula terasa jelik dengan kehadiran Teddy.

Bisa terasa jantung Teddy mendengar ungkapan lelaki itu.  Sungguh api kemarahan mula menyala namun malangnya ia menjadi samar-samar kerana rasa gementar yang memenuhi ruang jiwanya. Oh,tolonglah. Kenapa rasa takut ini begitu menganggu dirinya.

"B-bangun..Cl-Claire..."

Ujar Teddy sekali lagi. Tangannya mula menggeletar. Buku lima dikepal. Entah kenapa kakinya membatu. Terasa begitu berat untuk melangkah. Apakah benar dirinya begitu takut untuk menghampiri Dallas Lawrence?

Pandangan mata Claire berkaca-kaca. Claire perlu bertindak dan gagahkan diri untuk berdiri. Teddy adalah harapannya. Tak kiralah betapa lemahnya Teddy. Claire lebih percayakan lelaki itu.

"Apa ni, Claire? Ini ke orang yang nak selamatkan kau. Lawak betul lah. "

Dallas tertawa terkekeh-kekeh. Apakah Teddy sedang melakonkan rancangan komedi?

Gadis  berambut emas itu tidak peduli. Dia perlu dapatkan Teddy secepat mungkin. Kelam-kabut Claire Venema berdiri.  Belum sempat si gadis melangkah Terus Dallas merentap lengan gadis itu!

Teddy tersentak. Jantungnya semakin kencang berdegup. Kedua kakinya terasa goyah. Claire berada di dalam tangan Dallas Lawrence. Apa yang patut Teddy lakukan?

"Dapatkan dia dari aku, Teddy."

Dallas mengungkapkan kata provokatif seraya itu sebelah tangan Claire terus dipulas ke  belakang sekaligus  merapatkan tubuh gadis itu pada tubuhnya.

"Lepaskan aku!"

Claire menahan sakit dan cuba meronta untuk melepaskan diri namun, malangnya dirinya langsung tidak berdaya. Terasa meremang dan geli apabila tubuhnya bersentuhan dengan lelaki itu.

Sang gerimis terus menitis menimpa tubuh tiga orang remaja yang kini berdiri di  Taman Lavender. Malam begitu sunyi dan sepi.

Teddy meneguk air liur. Pandangan matanya terkaku merenung kejahatan Dallas.

"Dapatkan lah Teddy.. atau kau nak tengok je?"

Senyuman sinis terukir pada bibir pemuda miang. Rambut Claire dibelai perlahan.

"Tengok aku ratah perempuan ni."

Nafas dihembuskan pada telinga Claire. Sebelah tangannya mula mengusap perut Claire dan terus merayap masuk ke dalam baju.

"Teddy-"

Claire menggigit bibir. Air mata mengalir. Sebelah tangannya berusaha mengalihkan tangan miang Dallas yang merayap pada tubuhnya. Pandangan mata biru Claire merenung wajah Teddy.

Kenapa Teddy? Kenapa hanya berdiri sahaja? Tolong Teddy. Tolong. Claire percaya Teddy akan membantunya.
Tolong jangan musnahkan kepercayaan Claire.

Bibir Dallas terus mengucup belakang tengkuk Claire namun pandangan matanya kekal merenung wajah Teddy. Senyuman sinis terukir.

"Kau nak rasa sekali? Marilah. Sedap."

Dallas terus melekapkan bibir pada leher Claire.

"Aku tak tahan tengok badan kau, Claire. Apatah lagi bila dah basah ditimpa hujan."

Dallas berbisik bermain bicara. Tangannya terus meraba-raba permukaan kulit Claire Venema di sebalik baju. Claire mula menangis.

Teddy mengepal erat buku lima.Jantungnya semakin menjadi-jadi rancak menendang dada. Peluh dingin semakin membanjiri tubuhnya. Bola mata Teddy membuntang luas. Rasa marah semakin memenuhi ruang jiwanya.  Rasa takut berusaha ditendang jauh.

Daripada perut, tangan Dallas perlahan-lahan merayap pada bahagian peha si gadis.

Jantung Teddy terus menggila berdegup-degup. Rasa takut, cemas dan marah berlaga-laga di dalam jiwa. Seluruh tubuh Teddy mengigil seolah-olah mengalami kesejukan yang melampau.

Dan akhirnya rasa takut dan cemas kian terhapus.

Jari-jemari Dallas mula menyelinap di celah peha Claire. Terketar-ketar lutut si gadis dibuatnya.

"Kenapa Teddy?"

Dallas tersenyum melihat wajah Teddy yang penuh dengan rasa marah.

"Kau dah terangsa--"

Dallas tersentak. Biji matanya terbuntang luas. Kata lucahnya tersangkut pada tekak. Darah merah tiba-tiba kelihatan mengalir keluar dari mulutnya.

"Apa ni?"

Dallas mula gelabah lantas tubuh Claire ditolak. Si gadis membuntangkan biji mata melihat darah merah yang melambak-lambak keluar dari mulut Dallas. Tergamam.

"Ap-apa y-ang berlaku?!"

Dallas menekup mulutnya.  Habis telapak tangan semua merah dibanjiri darah. Ini tidak normal!

Tubuh Claire menggeletar melihat darah pekat merah yang mula membanjiri lantai berjubin Taman Lavender.
Terus si gadis menapak beberapa langkah ke belakang.

Perut Dallas kini didatangi dengan senak yang luar biasa bagaikan dihentak penukul besi. Tekaknya pula terasa kembang.

Ledakan darah terus melambak-lambak keluar dari mulut Dallas Lawrence.

Jeritan Claire tersangkut. Mulut Claire ternganga ketakutan. Bau hanyir darah memenuhi ruang udara.

"Tolong..t-tolong..."

Dallas semakin seriau. Kini bukan sahaja mulut namun lubang hidung, lubang telinga, dan juga pada matanya turut mengalirkan darah. Dallas

Apa yang berlaku? Apa yang berlaku?! Teddy?
Pandangan mata Claire tergamam melihat perilaku Teddy. Lelaki itu masih kekal berdiri di situ dan pandangan matanya kelihatan begitu tajam merenung Dallas. Langsung tidak terkatup kelopak matanya walau sesaat. Apa yang berlaku? Adakah semua ini angkara Teddy?

Wajah Dallas semakin memucat. Lelaki itu tidak henti-henti memuntahkan darah. Tubuh Dallas mula mengigil. Lututnya rebah di dalam lopak darah pekat.

Teddy menurunkan pandangan matanya. Merenung lopak darah di lantai berjubin Taman Lavender.

Untuk seketika Dallas berhenti muntahkan darah. Matanya sudah kemerahan. Lelaki itu mengalirkan air mata. Tubuhnya dibanjiri peluh. Nafasnya tercungap-cungap begitu deras.

"Claire..mari."

Teddy bersuara tanpa menoleh pada gadis berambut kuning. Pandangan matanya kini hanya tertumpu pada lelaki bernama Dallas Lawrence itu

Claire tersentak. Sejujurnya Claire kini berasa sungguh takut. Namun, apa pilihan yang ada? Silap-silap nanti dia pula muntah darah. Si gadis bermata biru terus berjalan mendekati Teddy.

Wajah Claire berkerut seribu melihat Dallas yang tercungap-cungap melutut di atas lantai berjubin Taman Lavender.

Teddy melirikkan pandangan matanya pada Claire.

Claire terdiam. Jantungnya berdegup kencang. Takut dengan pandangan mata Teddy yang kosong itu.

"Kau bencikan Dallas?"

Teddy berbisik perlahan.

Claire terdiam.

"Kau bencikan Dallas?"

Sekali lagi Teddy bertanya.

Tidak mampu keluarkan sepatah pun kata, perlahan-lahan Claire mengangguk.

"Aku pun..."

Teddy berbisik dan menoleh kembali pada Dallas. Pandangan matanya merenung lelaki itu. Senyuman sinis terukir pada bibir Teddy.

Tidak berapa ketika Dallas kembali melambakkan muntah.  Namun, bukan seperti tadi. Kali ini lebih dahsyat.

Mulut lelaki tu menganga begitu luas. Bagaikan ingin tercabut rahangnya. Dallas memuntahkan segala organ-organ dalamannya. Ketulan-ketulan daging merah bergolek jatuh di dalam lopak darah. Usus-usus kelihatan berjuntai-juntai keluar dari anak tekaknya. Dallas akhirnya rebah di atas lopak darah. Tidak lagi berupa manusia akan tetapi seperti bangkai reput.

Claire mengalirkan air mata. Terlalu takut melihat adegan ngeri  yang berlaku di depan mata. Ini mimpi ngeri atau alam nyata?

Teddy kelihatan begitu bersahaja dan tenang merenung Dallas Lawrence. Inilah perkara yang begitu dirinya ingin lakukan pada Dallas.  Lama dia sudah pendam.

"Claire..."

Teddy bersuara sepatah.

Dengan penuh rasa takut Claire menoleh pada Teddy.

Tangan Teddy diangkat dan diarahkan pada Dallas Lawrence.

"Ini untuk kau."

Sebaris ayat diungkap sekali gus tubuh Dallas berkecai menjadi seribu serpihan! Ketulan daging manusia disaluti darah segar bersepai di ruang udara.

Sisa-sisa ketulan daging Dallas melekat pada wajah Claire Venema. Si gadis membuntangkan biji mata. Pitam. Rebah dan terus pengsan.

(EDITED CONTENT : btw guys. Di dalam kurungan ni adalah mesej yang ditambah pada 6 Disember 2020. Well I decided to End Teddy here as a sample. And saya decide untuk cetak secara fizikal. Season dua juga secara fizikal. what do you guys think? If you want to know any update about our cetakan. Please do whatapp us at 011-64534919)

Sekian sahaja dari saya hope you enjoy this story. 💙 ! Maaf atas segala kekurangan.

Continue Reading

You'll Also Like

5.7K 187 51
Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama dia merasakan semua tindak tanduknya dipe...
248K 7.9K 65
Tengku Aryana Sofea dan Tengku Ria Emelea adalah sahabat baik dari kecil lagi begitu juga dengan kedua ibu bapa mereka..tetapi..kehidupan Tengku Arya...
WILDAN ✓ By m e l e e 🎭

Mystery / Thriller

181K 12K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...
1.7K 141 11
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...