Deja Vu

Galing kay nurulainsyuhadaaa

35.3K 1.4K 131

Selama kau hidup, kau boleh tengok masa depan kau. Apa yang akan jadi kalau kau pilih A. apa akan jadi kalau... Higit pa

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
17
18
Special

16

1.7K 82 15
Galing kay nurulainsyuhadaaa

"Assalamualaikum." Laung Mardiyah dari luar seraya memulas tombol pintu yang sudah dia cucuk dengan kunci. Sepi.

Anak-anaknya segera masuk ke dalam rumah menuju ke ruang tamu dan pantas menyalakan televisyen.

"Ma? Abah?" panggil Mardiyah.

Kelibat Encik Mustafa kemudian kelihatan datang dari laman belakang. Dengan topi, seluar tiga suku dan sarung tangan kain tersarung di jemari.

"Dah balik?" soalan biasa yang akan ditanya.

"Dah. Abah buat apa?" Mardiyah hulur tangan untuk menyalam tangan orang tuanya. Laju Encik Mustafa menarik keluar sarung tangan itu.

"Kemas kat belakang tu dengan mama."

"Aih, selalunya mama malas nak buat. Kenapa tiba-tiba?"

"Kamulah punya pasal. Buat orang tua tu stress." Bebel Encik Mustafa.

"Kenapa pula?"

"Waktu wedding Mar dengan Malek, kamu takde."

"Oh." Mardiyah muncung mulut. Kemudian tersenyum ramah.

"Addy dah minta maaf dengan Mar and Malek awal-awal."

"Tak kisahlah. Tapi itu wedding adik-adik kamu. Kamu bukan ada adik-beradik lain. Kenapa masa tu juga kamu kena pergi bercutilah apa lah. Kita ni keluarga, patut raikan benda tu sama-sama. Dah orang pula dok tanya mama awak, mana Mardiyah, mana Mardiyah."

"Hm. Mama kat belakang ke tu?"

"Ye."

"Addy pergi cakap dengan mama kejap."

Mardiyah mendekati tubuh ibunya yang sedang mencangkung mencabut rumput-rumput yang meliar.

"Ma." Panggil Mardiyah.

"Dah balik?" dingin suara itu.

"Ma marah dengan Addy ke?"

"Kenapa nak marah pula?" wanita itu masih tidak menoleh ke belakang.

"Addy minta maaf ma. Ada sebab kenapa Addy buat macam tu."

Puan Siti berhenti mencabut. Rumput di tangan dibaling ke tanah sedikit kasar. Dia kemudian berpaling.

"Kamu tak bagi tahu mama pun kenapa kamu buat macam tu. Tahu-tahu esok nak nikah, tengah malam tu kamu dah lesap. Tak ke panas hati mama? Keluar rumah tak bagi tahu. Anak-anak semua kamu angkut. Apa sebabnya? Cuba kamu bagi mama faham."

Mardiyah hela nafas berat dan turut sama mencangkung di sisi ibunya. Ada banyak yang dia rahsiakan. Terlalu banyak. Dari kecil hingga ke besar. Dan setiap rahsianya tidak pernah tersimpan kemas bila Puan Siti mula merenung dan bertanya tentang itu. Mak sendiri kan.

Air mata Mardiyah bertakung. "Addy minta maaf ma. Tapi.. Addy memang tak boleh.."

"Cerita dengan mama, kenapa. Apahal sebenarnya ni?" melihatkan air mata yang mula menitis, Puan Siti mulai risau. Apa pula anak aku kali ni?

"Luth tu ex-boyfriend Addy. Lelaki yang dari dulu Addy sayang sampai sekarang. Addy cuba untuk baikkan kita orang semula tapi.."

"Astaghfirullahalazim." Puan Siti keluh sedikit. Dia memandang tepat muka anak sulungnya.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal sang ibu.

Mardiyah menggeleng. "Addy tak tahu. Addy marah dengan Mar tapi.. Mar tak tahu apa-apa. Addy sayang Mar. Addy juga sayang Luth. Addy.." air mata makin laju bercucuran.

Tubuh Mardiyah dipeluk lembut. Belakang tubuhnya ditepuk-tepuk dengan belakang tangan dek sarung tangan yang kotor masih belum dikeluarkan.

"Dia sekarang suami Mar. Addy kena terimalah benda tu."

"Tahu, tapi susah ma."

"Awak ada anak-anak. Awak tumpu aje perhatian awak pada anak-anak."

Mardiyah diam dan hanya menangis. Kadang-kadang lari jauh-jauh konon untuk tenangkan diri pun tak setenang dipeluk ibu sendiri. Seakan hilang semua kekusutan di kepala.

PENGGERA dari telefon bimbit berbunyi menandakan sudah jam 6 pagi. Mareeya buka mata perlahan-lahan dan mematikan penggera itu. Dia menggeliat kecil. Dia toleh ke kanan. Kosong. Luth tiada.

Dia tak faham kenapa mimpi kemalangan 24 tahun lalu makin kerap bertandang ke dalam mimpinya. Mimpi itu sentiasa berhenti pada wajah kanak-kanak lelaki terakhir yang dia lihat di bahu jalan sebelum matanya terpejam semula.

Tekak yang terasa kering membuatkan Mareeya terpaksa untuk turun ke bawah untuk minum. Pelik. Di dapur juga kelibat Luth tidak kelihatan. Ruang tamu juga tiada. Mareeya naik semula ke bilik.

Telefon bimbit Luth tiada.

'Mana pula laki aku ni pergi awal-awal pagi macam ni?' Eh laki aku?

Mareeya ikat tinggi rambutnya dan terus masuk ke bilik air untuk mandi dan solat Subuh. Dia kerja ke? Sempat Mareeya berfikir sementara air berpusu lari keluar dari corong shower.

Usai mandi, kelihatan kelibat Luth berpeluh sedang menanggalkan earphone dari telinga. Terkebil-kebil Mareeya dibuatnya. Kawasan bahu yang terdedah dek berkemban segera ditutup dengan tangan.

"Dah mandi?" tanya Luth selamba seraya mencapai tuala.

"Dah." Jawab Mareeya ringkas tapi teragak-agak. Luth pandang Mareeya. Gadis itu telan air liur dengan mata membulat. Segannya tak tahu macam mana.

"Solat sekali eh." Sengih Luth lantas masuk ke dalam bilik air. Mareeya tersedu sekejap.

Usai solat berjemaah, Mareeya mencari kemeja putih yang dia gantung semalam untuk disterika. Tapi tidak jumpa. Jenuh diselongkar almari, daripada pakaian yang bergantung hingga ke pakaian yang berlipat. Tapi tidak jumpa. Rasanya semalam dia ada gantung di hadapan pintu almari. Mana dia?

"Cari apa?" Luth sarung kemejanya dan membutangkan lengan baju.

"Ada nampak kemeja I tak? Semalam I gantung depan almari rasanya."

"Oh. Bilik sebelah. Tadi I iron kat bilik sebelah. Lupa pula nak bawa masuk sini."

"You ironkan baju I?" kening Mareeya terjungkit sebelah.

"Tak boleh ke?"

"Hm? Er. Thanks." Mareeya segera berlari ke bilik sebelah dan menukar pakaian di situ sahaja. Sejak tinggal dengan Luth ni, dia akan salin baju di dalam bilik air. Masih kekok dengan lelaki itu.

Mareeya turun ke bawah setengah jam kemudian. Rancangnya untuk buat sarapan pagi. Konon nak jadi 'isteri mithali'. Tapi dia lebih tercengang melihat Luth yang sedang bertukang di dapur. Lengan baju kemeja lelaki itu digulung hingga ke paras siku.

Tubuh Luth membelakangi Mareeya. Bau semerbak dari kuali buatkan perut Mareeya berkeroncong.

"Better you keluar awal. Sebab dari sini nak ke office you akan jammed teruk. I takpe. Hospital dekat aje and I bawa motor." Ujar Luth yang dapat mengesan kehadiran Mareeya melalui minyak wangi isterinya itu.

"Takdelah jauh mana. I rasa okay aje kalau keluar lambat sikit."

Luth letak pinggan, yang berisi telur, kacang merah, sosej dan roti bakar di hadapan Mareeya.

"Nak air apa?" tanya Luth.

"Hah? Takpe I buat air. You nak air apa?" Mareeya segera mencapai dua mug. Luth tanggal apron yang menutup dari pinggang ke lututnya. Dia tarik nafas dalam sebelum ambil tempat berhadapan dengan Mareeya.

"Tak kisah."

"Sepatutnya I yang buat breakfast." Gumam Mareeya perlahan sambil mengacau air.

"It's okay. I dah biasa buat breakfast untuk diri sendiri. So I don't mind making this forever for you." Ah manisnya kata-katamu! Pagi-pagi dah kasi orang diabetes.

Mareeya letak dua mug di atas meja. Luth mengetuai doa makan dan sarapan pagi mereka sepi. Tapi itu buatkan Mareeya tidak selesa.

"You pergi mana pagi tadi?" dia tak suka terlalu banyak soalan di kepala tanpa jawapan. Dia perlu tanya!

Luth sengih. "Exercise."

Bulat mata Mareeya. "Awal pagi?"

"Yeap. Selalunya pukul 5 pagi macam tu memang dah keluar untuk jog."

"Hari-hari?"

"Bila-bila sempat. Kalau oncall, taklah. Penat." Ketawa Luth.

Mareeya mengangguk. "Memang dah selalu exercise awal pagi lah?"

"Since study."

"Wow." Mareeya sedikit terkejut. "Konsisten?"

Luth senyum lebar. "To keep your mind fresh, you perlu oksigen yang cukup. Exercise, sukan gonna help you untuk cerdas. And I need to stay fit and healthy."

"Cool." Mareeya sudah tidak tahu apa yang ingin diborakkan.

"Makan cepat. You trap dalam jammed nanti." Amaran Luth tidak diendahkan.

MAREEYA sedikit lambat untuk masuk ke pejabat. Itulah, tak pandai nak atur masa. Banyak kali dah Luth pesan supaya keluar awal. Degil! Keras kepala tu memang nak kena rebus dulu kasi lembut agaknya.

"Hey pengantin baru! Waa you never late. Dah kahwin, a bit late aa? Husband can not let go meh?" usik Tan. Mareeya menjeling.

"Jammed lah."

"Sebelum ni you never bother about jammed. Alasan lah tu." Ketawa Tan.

Mareeya menggeleng. Malas nak layan. Sejak kebelakangan ini, dia sudah tidak seceria dulu. Dia masih tidak tahu macam mana nak atur hidupnya. Iyelah. Kalau sebelum ni jumpa klien aje, sudah tahu klien akan suka atau tidak dengan ideanya. Mudah pada dia untuk buat langkah seterusnya. Tapi kali ini? Dia betul-betul perlu bekerja keras.

"We got 3 appointments tau hari ni." Beritahu Tan.

"Yeah I know."

"We have to check latest furnitures design too."

"Yes Tan, I know."

"Aiyo so much to do. But so little of time. Stress la." Bebel Tan sambil berjalan semula ke tempatnya.

Mareeya duduk sekejap di tempatnya untuk menghilangkan lelahnya sebelum dia mula memeriksa jadual. Gaji takdelah besar mana, tapi kerja dia tu.. kena perah macam gaji 10 ribu.

MARDIYAH bersandar di kerusinya. Kepalanya sudah pening untuk vouching fail-fail syarikat untuk diaudit. Vouching ni tak susah. Tapi renyah!

Dia buka laman Instagram untuk meredakan kepalanya sedikit. Tapi hatinya sedikit terluka. Dia masih lagi 'follow' Instagram @luthilyas. Gambar baru sudah dimuat naik.

Gambar Mareeya sedang berdiri sambil membuat air pagi tadi sudah dimuat naik dengan hanya caption 😊.

Mardiyah letak jauh telefon bimbitnya. Kepalanya saat ini betul-betul tidak boleh fokus.

"Addy, siap dah audit Antara Maritime?" tanya Syed.

"Dah."

"Sekarang kau tengah buat apa?"

"Vouching Caristra."

"Kau nampak tak file audit Damai 2016?"

"Tak." Mardiyah malas. Kalau dia nampak pun, dia buat-buat tak nampak. Ah jangan kusutkan kepala aku lagi.

"Kau okay tak? Pelik aje aku tengok kau ni."

"Okay." Mardiyah paksa diri senyum.

"TAHNIAH." Yatt mendekati Luth yang baru hendak mula buat round. Kakinya dipercepat untuk menyaingi langkah Luth.

"Thanks."

"Tak jemput kenduri pun." Usik Yatt.

"I just jemput family members sebab buat kecil-kecilan." Ah dah kahwin pun masih dingin ke??

"How's married life?"

"Good."

"Tak pergi honeymoon?"

Langkah Luth terus terhenti.

"Yatt. I'm working. I takde masa nak borak kosong." Tenungan dingin itu buat Yatt malu sedikit. Dia cuma nak buat kawan. Salah ke?

"Sorry." Suara Yatt mengendur.

Luth tidak jawab apa-apa sebelum kembali melakukan tugasnya. Seorang demi seorang pesakit yang dia perlu lihat. Bukan itu aje, banyak carta yang dia perlu buat.

Jarum jam sudah menunjuk ke angka 3 petang. Luth masih belum solat dek terlalu sibuk hari ini. Bila ada masa sedikit, dia cepat berlari menuju ke surau berdekatan. Sedang dia solat, telefonnya beberapa kali berdering sedikit mengganggu khusyuk solatnya.

"Assalamualaikum warahmatullah.. assalamualaikum warahmatullah." Wajah diusap dengan tangan kanan dari dahi hingga ke dagu. Doa dibaca sedikit seringkas yang boleh dek panggilan yang tidak henti-henti.

"Hello?" sapa Luth.

"Luth, boleh tolong aku sekarang? Dua patient collapse. Just need help to bag one patient. Busy gila weh." suara Farouk.

"Aku baru lepas solat. Kejap lagi aku datang. Jonah weh hari ni. Baru sempat solat, lunch pun belum lagi."

"Tau takpe. Tolong eh." Talian terus dimatikan. Luth segera bangun meninggalkan perkarangan surau dan berlari mendapatkan Farouk.

MIMI tak tahu kenapa hari ini terlalu sibuk. Pesakit datang tidak putus-putus. Ada aje kes pelik-pelik. Yang dia pelik ini, budak sekolah ini. Dah ditelan syiling lima puluh sen lama tu kenapa? Tidak ke sangkut dekat trakea.

Cikgu lelaki bernama Ismaili itu masih setia menunggu anak muridnya mendapatkan rawatan kecemasan.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" tanya Mimi.

"Budak-budak ni berbetting dekat sekolah. Nak tengok siapa paling terror katanya." Geram juga Ismaili. Budak zaman sekarang ni suka sangat bertaruh benda-benda pelik. Ikutkan hatinya tadi, nak aje dia tepuk belakang pelajarnya itu kasi sampai terkeluar syiling itu semula.

Tapi takut juga kalau jadi apa-apa. Justeru itu, dia ambil langkah selamat untuk segera menghantar pelajarnya ke hospital berdekatan. Nasib baik sekolah dekat dengan hospital!

Mimi senyum ramah. Alhamdulillah, sudah selamat syiling itu dikeluarkan oleh doktor yang bertugas.

"Saya nak minta cikgu tolong untuk isi form adik Syakirin ni." Minta Mimi. Cikgu itu hanya menggangguk dan membuntuti Mimi.

MAREEYA merebahkan dirinya ke sofa. Letih. Tiga temu janji dia pergi. Tapi sikap profesionalnya seakan hilang. Walaupun sudah agak lama dia di dalam bidang ini, tapi tiba-tiba hari ini dia seakan pelatih baru pula.

Semua dia buat ada aje yang tidak kena. Wajahnya diraup. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Nombor Mardiyah dicari. Sudah hampir seminggu juga mereka tidak berhubung sejak hari pernikahannya.

'Ah salah ke kalau aku nak call kakak aku? Lantaklah kalau dia masih tak puas hati. Dia kakak aku kot.' Omelnya.

Telefon melekap di telinga.

"Hello." Lemah suara Mardiyah.

"Kak."

"Hm?" balas Mardiyah acuh tak acuh.

Mareeya gigit bibir bawah. Tidak tahu releven atau tidak untuk dia cerita tentang apa yang sedang berlaku kepada dirinya.

"Busy?"

"Yes."

"Hm. Takpelah. Lain kali aje sembang." Mareeya sudah berkira-kira hendak mematikan talian. Mardiyah boleh rasa ada benda yang tidak kena.

"Kenapa? Kau ada masalah ke?" suara Mardiyah. Masalah dengan Luth ke?

"Hm? Takde." Tipu Mareeya.

"Kau takkan call aku kalau takde apa-apa."

Mareeya diam sebentar. Bunyi ngauman motor besar Luth kedengaran dari luar.

"Er kak. Lain kalilah. Luth dah balik. Nanti aku call kau lagi." Beritahu Mareeya sebelum talian terputus.

Mardiyah gigit bibir dalam. 'Luth dah balik.'

Tak pernah sekali pun dia terbayangkan yang Luth akan bersama dengan perempuan lain. Dia boleh bahagia dengan orang lain. Tapi dia tak nak Luth rasa benda yang sama. 'Ah. Jenis perempuan hati apa kau ni, Addy?'

"Assalamualaikum." Laung Luth.

"Waalaikumussalam." Sambut Mareeya.

"Hai." Luth senyum nipis.

"Hai." Melihatkan kolar baju Luth kotor dengan cecair merah, Mareeya segera mendekati.

"Kenapa ni? You luka ke?" Mareeya cuba membelek baju Luth. Luth ketawa.

"Seronok juga eh ada isteri ni. Ada orang risaukan kita. Rasa macam disayangi tu lebih sikit." usik Luth. Segera Mareeya ke belakang. Menjauhkan diri. Dahinya berkerut. Tak macam dia yang luka pun.

"Darah patient tadi. Takde baju dalam lokar. Dah bawa balik semua pula hari tu." Jelas Luth. Mareeya mencebik. Buat aku risau aje.

"Risau ke?" sengih Luth. 'Ah!!! Lelaki ni kan.'


p/s : I'm currently finishing and editing the whole chapters for publishing purpose. Doakan semoga ianya berjalan lancar, and doakan juga Luth Ilyas been approved to be published as a book. 

Thanks all :D you guys are amazing. 

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

26.2K 275 19
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
356K 15.2K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
351K 11.8K 49
[COMPLETE] > ** π“π„ππ†πŠπ” π€πŠπˆπ… πƒπ™π”π‹πŠπˆπ…π‹πˆ - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sika...
470K 23.1K 93
[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah deng...