10

1.4K 79 4
                                    

Malam pertama terawikh buatkan Mareeya sedikit sedih. Sedih bila mengingatkan detik ini sepatutnya dia terawikh dengan Luqman. Sayang seribu kali sayang, jodoh tak panjang.

"Kak." Mareeya memegang peha Mardiyah yang masih duduk berteleku. Orang ramai sudah berpusu-pusu keluar dari perkarangan masjid. Jarum jam hampir berganjak ke angka 11 malam.

"Kenapa?" tanya Mardiyah.

"Aku tengok lately kau ni lain sikitlah. Kau ada masalah ke? Ada problem lagi dengan abang Kamal?"

"Takdelah."

"Dah tu? Kau sedar tak, kau macam a bit abaikan anak-anak kau?"

"Bila masa aku abaikan anak-anak aku pula?"

"Most of the time, dia orang duduk dengan abang Kamal. Bila dia orang tanya kau, ajak main, ajak keluar, kau selalu sibuk dengan telefon kau." Tegur Mareeya yang nampak perubahan Mardiyah sejak kebelakangan ini.

Dahi Mardiyah berkerut memandang adiknya. "Kau tak tahu aku struggle untuk survive, Mar."

"Struggle apa? Kau dah kerja. Gaji kau boleh tahan besar. Abang Kamal tak abaikan nafkah anak-anak. Apa lagi yang struggle?" itu yang Mareeya nampak dari mata kasar.

Tapi takkan Mardiyah nak cakap yang dia jadi begini semua gara-gara terkejarkan kekasih lama yang masih tidak mahu menerima dirinya?


Mareeya tersentak melihat anak mata Mardiyah. Apa yang dia nampak, kakaknya akan menangis teruk suatu hari nanti. Tidak tahu kenapa, bila dan di mana.

"Apa yang aku buat, untuk hidup aku. Kau tak payah ambil tahu." Kata-kata Mardiyah sedikit keras. Mareeya tidak jadi untuk membidas apa-apa. Dia hanya melihat Mardiyah melipat telekung. Dalam kepalanya masih terngiang-ngiang dengan apa yang dia nampak. 'Sebab apa jadi begitu? Siapa yang kak Addy sayang? Dia tujukan kepada siapa? Anak-anak dia? Ke abang Kamal?'

Mardiyah sudah berkira-kira untuk bangun dari karpet masjid.

"Kau nak qiyamulai kat sini ke?" perli Mardiyah melihatkan adiknya itu masih belum berganjak. Lipat telekung pun tidak.

Terkocoh-kocoh Mareeya menyimpan telekung ke dalam beg sebelum membuntuti kakaknya.

"Kak, kau nak teman aku pergi majlis buka puasa client aku tak?" soal Mareeya saat dia memakai tali pinggang keledar.

"Aku malaslah nak keluar waktu-waktu berbuka ni."

"Hm. Siapa nak teman aku kalau bukan kau?"

"Kau pergilah sendiri. Client kau, bukan aku kenal pun." Mardiyah hidupkan enjin kereta.

"Tapi kau kenal adik dia." Mareeya toleh ke sebelah.

"Siapa?"

"Luth. Kakak dia client aku." Beritahu Mareeya. Mardiyah telan air liur. Sudah hampir seminggu dia tidak dapat menghubungi lelaki itu. Pelbagai cara dia buat untuk berjumpa dengan lelaki itu. Tapi hampeh!

Instagram dah tiada gambar baru. Facebook masih belum di 'approve'. Setiap kali dia ke hospital, ada aje alasan jururawat yang bertugas membuatkan dia langsung tiada peluang untuk bertemu dengan Luth.

Rumah lelaki itu pula, dia tak tahu di mana. Sejak terputus hubungan, mana ada mereka berhubung lagi. Ini peluang emas buatnya!

"Tengoklah nanti macam mana." Akhirnya Mardiyah beri jawapan selamat. Karang jawab setuju terus, mesti Mareeya pelik. Jantung Mardiyah berdegup laju. Ini peluang untuk dia bertemu Luth.

Deja VuWhere stories live. Discover now