She's Mine

By queenvasya

38.6K 3.1K 204

Kisah seekor musang yang boleh bertukar menjadi seorang lelaki. Lelaki yang berumur 17 tahun bernama yoon tae... More

Bermulanya Sumpahan
Membawa Pulang
Siapa kau ?
sekolah
shopping
soalan ?
Mimpi
Hari pertama sekolah
Jelouse ??
Pemilihan Pemain
sembunyi
Pantai
Mimpi Part 2
Pulau Puaka
Mana Yoon Tae?
Rindu
Rindu 2
Berkata Jujur
Maaf Tae
Di Rumah Hitori
Amusement Park
Kisah Silam
Hari Perlawanan
Janji Hediaki
Minta Tolong
Hasutan
Tertangkap
kemunculan?

Hari Ahad

1K 98 12
By queenvasya

Di pagi ahad yang sunyi, yurika membuka matanya dengan perlahan. Yurika menyedari bahawa dirinya berada dalam pelukan tae. Yurika melihat wajah tae yang masih tidur. "Tae..aku sayang kau..aku sayang kau sangat..aku janji tak akan lukakan hati kau lagi dan sentiasa ada disamping kau." Kata yurika didalam hatinya dan terus memeluk tae.

Tiba-tiba, "yuri..kau tergoda tengok aku ke..hehee." bisik tae ditelinga yurika. Yurika terus melepaskan pelukannya dan bangun dari katil sambil berkata "mana ada..". Tae hanya tersenyum nakal melihat yurika yang sedang tersipu malu. Yurika menutup mukanya dan bergegas keluar dari bilik tae.

Keluar sahaja yurika dari bilik tae, senyuman tae perlahan pudar. "Yuri..patut ke aku luahkan perasaan aku kat kau..sedangkan aku sendiri tak boleh janji untuk pulang ke dunia manusia semula..kalau aku hanya putera biasa macam hitori..mungkin aku boleh..tapi..aku tak boleh pentingkan diri aku dan korbankan banyak nyawa semata-mata untuk fikirkan perasaan aku.." tae berkata perlahan sambil memekupkan mukanya ke lutut. Tae ingin meluahkan perasaannya kepada yurika. Akan tetapi perasaan tae terasa seakan berbelah bahagi kerana dia risau jikalau dia hanya akan membuat yurika berasa sedih jikalau pada akhirnya dia terpaksa meninggalkan yurika.

Setelah siap mandi dan mengemas tempat tidurnya, tae keluar dari bilik dan melihat yurika sedang duduk di sofa ruangtamu. "Kau buat apa tu yuri?..kau dah sarapan? " tegur tae. "Aku dah sarapan dah..aku tengah mesej dengan min gyu.". Jawab yurika. Dengar sahaja nama min gyu, tae berasa sedikit cemburu dan terus berjalan kedapur untuk bersarapan. Tak lama kemudian yurika datang dan duduk di sebelah tae. Makin lama, makin rapat yurika menarik kerusinya dengan tae. Tae memandangnya pelik dan terus mendapat idea untuk mengusik yurika.

Tae bangun, dengan sengaja  mendekatkan lagi dirinya. Yurika berasa panik dan mengundur sedikit demi sedikit dan akhirnya tersandar ke dinding. Tae menunjukkan senyuman nakalnya sambil memegang pinggang yurika lalu menarik rapat  yurika ke badannya sambil berkata

Tae : kenapa kau undur..tadi kau yang rapat dengan aku..
Yuri : tapi..aku cuma nak bagitahu kau yang..
Tae : yang apa?..yang kau nak aku kiss kau lagi?..(rapatkan mukanya ke wajah yurika)
Yuri : (pejam mata) tak-tak..aku cuma nak bagitahu yang min gyu ajak kita dua keluar tengok wayang dengan yang lain... (Sebut je pasal kiss, yurika teringat pasal kiss malam semalam)
Tae : ( gosok kepala yurika). Ok jom..

Tae ketawa kecil dan terus beredar pergi untuk bersiap. Manakala yurika pula tersandar dan perlahan duduk dilantai dapur sambil memegang mukanya yang kepanasan "yuri..tenang yuri..apa yang jadi tadi..kenapa jantung aku laju sangat ni..tapi..bila ingat pasal malam semalam..kenapa dia kiss aku? Dia betul-betul suka aku ke?...tapi kenapa dia tak cakap apa-apa pun walaupun lepas dapat tau aku dan min gyu dah takde apa-apa..atau hanya aku yang suka kat tae.." kata yurika didalam hatinya.

Sedang yurika mengelamun, tae menegurnya "uitt..kau nak pergi ke tak..aku dah siap dah.." yurika dengan  segera bangun dan pergi menyiapkan dirinya. Selepas siap yurika melihat tae sudah pun berada diluar rumah. "Yuri..cepat la..aku tak sabar nak tengok wayang ni..aku tak pernah pergi..kat kampung dulu..wayang kulit ada la..hee" bebel tae kepada yurika yang sedang mengenakan kasutnya.

Mereka pun pergi dengan menaiki bas. Sampai sahaja di tengah kota, mereka melihat min gyu sudahpun ada di tempat yang dijanjikan. Min gyu tersenyum melihat mereka dan berkata "korang bertiga ni lambat lah..". Kata-kata min gyu membuat yurika dan tae saling berpandangan dan berkata "bertiga ?". Min gyu pun menunjukkan kearah belakang tae dan yurika. Berpaling sahaja, *kukk..* kepala tae di luku oleh hitori Tae meminta maaf kepada hitori yang sedang berpeluk tubuh dihadapan mereka. "Maaf sebab tak bagi tahu..kau kan selalu tidur..jadi aku malas nak ganggu kau tadi.." kata tae. Hitori memandang tae dengan pandangan yang tajam lalu tae berkata "yela-yela..sorry tak bagi tahu kau.". Tidak sempat hitori membebel, hitori teringat semula bahawa min gyu sedang berdiri ditepi mereka. "Nasib kawan kau ada tae.." kata hitori sambil memandang kearah tae

Tak lama kemudian, datang hediaki dan umi. Yurika terus mengusik

Yuri : korang datang sekali ke?..entah-entah korang ni main cintan kat belakang kita
Hediaki : aku? Main cintan dengan minah pervert ni? Tak mungkin
Umi : aku pun tak hingin la.. sebenarnya ciri-ciri idaman pasangan hediaki macam tae..
Hitori : aku rasa hediaki suka perempuan la..
Umi : jangan terpedaya dengan dia ni..hari tu aku nampak dia cuba ngorat tae..
Hediaki : ahahaha..tae pun boleh la dari kau..
Tae : ahahaha..hediaki i love u..hahaha (gurau)
Hediaki : i love u too..
Umi : haa..sesuai sangat
Min gyu : ahaha tae mana boleh la hediaki..tae kan milik yuri..
Yuri : haah tae milik aku..
Tae : dah jom-jom kita nak tengok wayang kan..jom.

Tae tiba-tiba sahaja mengubah topik apabila yurika berkata bahawa tae merupakan miliknya. "Kenapa kau tiba-tiba ubah topik? Selalunya kau yang selalu cakap kat semua yang aku ni milik kau..tapi..takkan la aku nak luahkan perasaan aku kat kau dulu tae..aku kan perempuan..takpe ke?.." kata yurika didalam hatinya. Min gyu, umi dan yurika pergi membeli tiket sementara hediaki, tae dan hitori pergi membeli minuman dan makanan. Ketika membeli makanan tae berkata sesuatu kepada hediaki...

Tae : kenapa kau asyik pandang aku je sejak dari kau sampai tadi ?..ada apa-apa yang tak kena ke?
Hediaki : tak de apa..aku cuma...
Hitori : cuma ap?
Hediaki: tak ada apa..hee

Selepas membeli..

Tae : kita tengok cerita apa ni?
Hediaki : cerita seram.. wuuu
Hitori : hantu? ...
Mun gyu : haah.. cerita lain macam tak best..jom la masuk..cerita nak start dah..

TEMPAT DUDUK

|Hitori|tae|yuri|umi|hedi|mingyu|

Mula sahaja cerita, suasana panggung menjadi senyap. Tae melihat kearah hitori yang dari awalnya sudah tidur. Tiba-tiba yurika memeluk lengan tae sambil memekupkan mukanya di bahu tae akibat terkejut melihat hantu yang tiba-tiba sahaja muncul didalam cerita. Beberapa saat jemudian Yurika memandang wajah tae yang sedang menatapnya. cepat-cepat dia melepaskan lengan tae.Tae tersenyum dan membisik ketelinga yurika "buu.." usik tae. Yurika terus  menyuap popcorn kedalam mulutnya dan berbuat seperti tiada apa yang berlaku.

Dengan perlahan tangan tae menarik tangan yurika dan memegangnya dengan erat. Yurika memandang ke arah umi dan melihat hediaki dan umi sedang saling berpelukan seperti keanakan kerana sangat takut akan cerita tersebut."sejak bila diorang ni rapat?" Kata yurika didalam hatinya sambil tersenyum kecil.

Tiba-tiba tangan tae menarik muka yurika yang dari tadi sedang memerhatikan umi dan hediaki dan berkata perlahan "yuri..kalau nak pandang..pandang la aku..". Kata-kata tae membuat yurika tersenyum lebar. Sebenarnya tae berasa sedikit cemburu apabila yurika memandang kearah kanannya kerana tae merasakan yurika sedang memandang min gyu. Akan sebenarnya yurika sedang geli hati melihat telatah umi dan hediaki.

Keluar sahaja dari panggung, mereka pergi makan bersama dan terus pulang. Dalam perjalanan ke rumah, tae tiba-tiba sahaja menyuruh hitori memberhentikan kereta. Tae berkata kepada hitori...

Tae : hitori..aku nak main taman ni kejap
Min gyu : tapi kan dah malam..esok jela..aku nak tido la..
Tae : kau balik la dulu..nanti aku balik jalan kaki je..rumah kau kat depan tu je kan..
Yuri : saya boleh tengokkan tae..kalau apa-apa saya panggil awak
Hitori : jangan balik lewat sangat..aku balik dulu..

Tae tersenyum lalu berlari pergi ke arah buaiyan di taman tersebut. Yurika berjalan perlahan dan turut  duduk diatas buaiyan.

Yuri : jangan cakap kau tak pernah main taman pulak..
Tae : ahaha..mesti la pernah..kat kampung pun ada buaian. Cuma dah lama aku tak main kat taman..
Yuri : aku pelik dengan kau..kadang kau macam budak kecil..dan kadang kau macam dah dewasa..
Tae : mungkin sebab ada banyak benda yang aku tak pernah buat selama ni dan...terima kasih untuk kau..sebab kau banyak tolong capaikan apa impian aku..kau buat aku rasa yang aku ni macam manusia biasa..terima kasih yuri..

Yurika berasa sangat gembira mendengar kata-kata dari tae. Yurika bangun dan berdiri dihadapan tae sambil membelai rambut tae dengan perlahan "selagi aku ada..aku akan sentiasa buat kau gembira..aku tak akan pernah tinggalkan kau lagi tae.." kata yurika dengan bersungguh-sungguh.

Tae yang masih duduk diatas buaian terus memeluk yurika yang berdiri tegak dihadapannya. Hatinya berdegup laju dan risau jikalau tae dapat mendengar jantungnya yang begitu laju. Yurika mengundur kebelakang dan terjatuh ke rumput. Tae tertawa kecil melihat yurika yang terbaring dirumput lalu berkata "kau ni cuai la yuri..jalan tu hati-hati..". Tae bangun dari buaian lalu baring disebelah yurika sambil berkata "yuri..kau tengok tu cantik kan.." sambil menunjukkan jarinya kearah bintang-bintang dilangit. Yurika tersenyum lebar melihat bintang dilangit yang sangat cantik.

Dengan tiba-tiba tae yang berbaring bangun lalu memcium yurika. Mata yurika membulat terkejut. Tae menciumnya dengan lama. Yurika perlahan menutupkan matanya dan membuatkan hati yurika berdegup lebih laju dari sebelumnya.

Tiba-tiba ketika mereka sedang berciuman, yurika dapat merasakan seperti ada air yang menitis diwajahnya. Perlahan-lahan yurika membuka matanya dan lebih mengejutkan lagi, dia melihat tae yang sedang menagis.

Tae melepaskan ciumannya dan memeluk lututnya dengan rapat sambil memekup mukanya dilutut. "Aku minta maaf..aku minta maaf..aku harap kau lupakan apa yang jadi tadi.".

Yurika tercengang mendengar kata-kata dari tae dan membuatkannya berasa marah. Hatinya mula berkata-kata "biar betul mamat ni..dia dah kiss aku macam tu..tiba-tiba suruh aku lupakan?." Yurika yang sedang marah terus bangun dan berjalan balik kerumah meninggalkan tae dibelakang. "Dia nak main kan perasaan aku ke? Kenapa dia tiba-tiba buat aku macam ni?.." bebel yurika lagi. Tiba-tiba kakinya berhenti berjalan kerana tersedar akan sesuatu. Yurika berkata perlahan "tapi..kenapa tae menangis macam tu..atau dia ada sembunyikan sesuatu dari aku..".

Manakala tae yang masih ditaman.

Ketika tae sedang menangis perlahan, tiba-tiba tegur satu suara "kau ni..sama macam hitori dulu..". Tae menoleh kekiri dan kekanan tetapi tiada siapa yang berada disitu. Tae mula teringat akan cerita seram yang baru dilihatnya di panggung wayang lalu bangun dan menggenggamkan buku limanya seperti seorang yang sudah bersedia untuk berlawan sambil berkata "siapa kau..tunjukkan diri kau..kau jangan main-main.."

Kata-kata tae membuat suara itu berkata lagi "betul la sama..tapi hitori lagi penakut..hahaha". Tae mendengar suara itu datangnya dari atas pokok besar yang berada bersebelahan dengan taman. Tae mendongak keatas dan perlahan ada seseorang yang sepertinya bersayap turun dari pokok "haii..putera..maafkan aku kalau aku dah takut kan kau..nama aku kai..hitori mintak tolong suruh tengokkan kau tadi..dan supaya kau tahu..aku yang akan bawa kau pulang"

Nama : Kai (kawan lama hitori..) (puak helang) (pahlawan ke empat terkuat) (tak sukakan manusia)

.................................................................
Bersambung ....
🤓
Saya tahu sekarang dah masuk hari isnin..haha.. saya mengarang tadi lagi..tapi sedar-sedar dah dekat pukul 2..hehe.. pape pun hope korang enjoy baca.. 💛💛💛

Continue Reading

You'll Also Like

83.4K 7.3K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
25.4K 2.3K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
1.4M 64.9K 62
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...
1.8M 14.6K 10
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai ma...