Siapa kau ?

1.9K 154 16
                                    

Di pagi hari yang kedengaran sunyi, cahaya kecil mula memasuki ruang bilik dan "dringgg..." bunyi jam loceng yang kuat telah membangunkan yurika. Yurika memati kan bunyi jam tersebut dan melihat jam menunjukkan pukul 7 pagi. Yurika menutup matanya semula, tiba-tiba ia  teringat akan hari ini merupakan hari sekolah.

Yurika bergegas menyiapkan diri untuk ke sekolah tanpa sempat ia bersarapan, yurika terus pergi ke sekolah.

Tae yang masih dialam mimpi terpinga-pinga melihat telatah yurika yang sangat kelam kabut. Setelah yurika pergi, tae terus bertukar menjadi seorang lelaki yang tinggi dan kacak. Dia merasa sangat lapar. Tae pergi ke arah dapur dan mencari makanan untuk dimakan namun tidak banyak bahan yang ada cuma tinggal roti, telur dan susu.

" err...dia ni makan apa je kat rumah?, mee smalam pon dia dah habiskan semalam" tae mengeluh sambil memegang perutnya yang lapar.

Tanpa melengahkan masa, tae terus mencapai roti dan telur. Tae membuat roti telur untuk ia makan pada pagi itu. Setelah makan, tae termenung bosan melihat kearah ruang tamu yang berselerak. Lalu tae bangun dan terus membersihkan rumah. Tae sudah biasa dengan membuat kerja rumah kerana ia sering menolong nenek. Tae mengemop lantai, mencuci tingkap dan pinggan mangkuk, membasuh  kain dan menjemurnya dan akhir sekali tae membuang sampah di tong sampah di hadapan rumah.

Setelah semuanya selesai tae berehat di atas sofa di ruang tamu dan terus terlelap. Setelah beberapa jam tae tidur, ia terjaga dan melihat jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Tae terus bangun dan pergi ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Beberapa minit kemudian, Yurika telah pulang dari sekolah dan kelihatan sangat penat. Dia mencampakkan beg sekolahnya lalu merebahkan diri ke sofa. Ketika ia cuba untuk melelapkan matanya, yurika terdengar bunyi air. Dia melihat ke arah kamar mandi

" abang aku dah balik ke, tak mungkin sebab dia cakap dia balik 2 minggu lagi, haihhh pelik ni" ujar yurika. Yurika segera mencapai kayu hoki yang berada di belakang pintu. "Siapa tu ?.. " ujar yurika lagi.

Dia membuka pintu kamar mandi itu dengan perlahan-lahan. "arrrhhhhh..... kau siapa ??" Yurika menjerit Sambil menutup muka dengan tangan kecilnya.
Tae yang dalam keadaan hanya bertuala terkejut dan terdiam.

Yurika bertanya lagi " kenapa kau ada dalam rumah aku? Kau ni siapa ? Kau nak apa?" Yurika menanyakan Soalannya yang bertubi-tubi.

Tae terus menolak dahi kepala yurika dengan jari telunjuknya dan perlahan-lahan keluar dari kamar mandi. Yurika terdiam dan terkejut kerana lelaki yang dia lihat amat kacak. Pipi yurika mula kemerahan seperti buah tomato.

" ehhh kenapa dengan aku ni? Dia tu kan orang luar.. " yurika terus keluar dari kamar mandi dan melihat tae masuk kedalam bilik abangnya. Yurika menggenggam kayu hoki yang dipegangnya dengan kuat.

"kau buat apa kat dalam tu?.. keluar!!" Jerit yurika. Tae keluar sambil memakai baju abang kepada yurika.

Tae: jap-jap, turun kan kayu tu dulu. Nanti kau cedera pulak.
Yuri: kau cakap dulu kau ni siapa ?
Tae : ni aku la...yoon tae, musang yang kau bawak balik semalam.
Yuri : kau jangan nak tipu aku laa.. aku tak percaya benda-benda mengarut macam tu.

Tanpa merasa ragu-ragu tae terus bertukar menjadi musang semula. Tae tidak mahu merahsiakan perkara ini dari yurika.

 Tae tidak mahu merahsiakan perkara ini dari yurika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" arrhhhhhhhhhh....... hantu..." yurika mnjerit sambil bersembunyi di belakang sofa.

Tae kembali ke bentuk manusia dan tertawa melihat telatah yurika yang kebingungan. " kau ni kan.. aku bukan hantu la. Aku ni musang la.., musang yang boleh bertukar menjadi manusia".  Tae dengan bersahaja terus mengatakan " kau dah janji nak jaga aku kan ?... jadi aku ni milik kau dan kau milik aku" sambil tersenyum sinis.

Muka yurika kelihatan lebih merah dari sebelumnya apabila mendengar kata-kata tae tadi sambil memikirkan dalam hatinya " boleh ke aku hidup dengan lelaki kacak macam ni ? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muka yurika kelihatan lebih merah dari sebelumnya apabila mendengar kata-kata tae tadi sambil memikirkan dalam hatinya " boleh ke aku hidup dengan lelaki kacak macam ni ? " ...

 Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.....................
Bersambung ..

Macam mana pendapat korang ?
Agak-agak apa yang akan jadi erkk ?
Tunggu edisi selanjutnya dan jangan lupa sokong cerita ni 😘 😘

She's MineWhere stories live. Discover now