She's Mine

By queenvasya

38.6K 3.1K 204

Kisah seekor musang yang boleh bertukar menjadi seorang lelaki. Lelaki yang berumur 17 tahun bernama yoon tae... More

Bermulanya Sumpahan
Membawa Pulang
Siapa kau ?
sekolah
shopping
soalan ?
Mimpi
Hari pertama sekolah
Jelouse ??
sembunyi
Pantai
Mimpi Part 2
Pulau Puaka
Mana Yoon Tae?
Rindu
Rindu 2
Berkata Jujur
Maaf Tae
Di Rumah Hitori
Amusement Park
Kisah Silam
Hari Ahad
Hari Perlawanan
Janji Hediaki
Minta Tolong
Hasutan
Tertangkap
kemunculan?

Pemilihan Pemain

1.3K 94 8
By queenvasya

Tibanya yurika dan tae di sekolah. Yurika yang masih tidak puas hati terhadap tae yang telah menciumnya. Yurika menarik baju tae. Tae terus berjalan walaupun bajunya ditarik. Ramai yang sedang melihat telatah mereka.

Tidak sempat yurika bercakap apa-apa, tae berhenti. Yurika berkata "Haa berhenti pon..aku nak tanya.....", yurika berhenti bercakap apabila melihat Nimura yang sedang berdiri dihadapan tae. 

"Haii yoon tae.." tegur nimura kepada tae. Tae hanya senyum kehairanan sambil berkata didalam hati " siapa pulak minah ni ? Dia kenal aku ? ".

Nimura : nama saya nimura.. yurika ada cerita tak pasal saya kat awak?
Yuri : owhhh.. tae kenalkan ni kawan sekelas aku nimira..
Tae : owhh haiii
Nimura : yoon tae esok kan hari cuti.. apa kata esok kita pergi pantai nak tak..( sambil peluk lengan tae )
Tae : wahh.. pantai best nya.. yurika jom nak ?
Yuri : aku sekali ?
Nimura : owhh .. ok jee.. ajak min gyu skali
Tae : min gyu ?? ..
Nimura : kenapa ?
Tae : takde apa-apa.. ok jumpa esok. (Tersenyum lebar )

Tae memandang kearah yurika sambil tersenyum. Yurika hanya menjelingnya dan berjalan laju ke hadapan kerana tidak suka akan senyuman yang tae berikan kepada yurika. "Asal kau jeling aku ?" Tanya tae. "Mana ada aku jeling.. perasaan kau je tu " jawab yurika dengan nada yang marah.

Mereka pun masuk ke kelas masing-masing. Waktu pelajaran pertama pun tiba. Tae memberitahu min gyu aktiviti yang mereka ingin lakukan esok. Min gyu terkejut mendengar bahawa nimura yang mengajaknya kerana nimura merupakan salah seorang pelajar yang popular di sekolah. Min gyu juga menanyakan yurika kepada tae " tae yurika ikut tak ?". Tae mula berasa cemburu. Dia hanya menganggukkan kepalanya tanpa melihat kearah min gyu.

Min gyu tersenyum apabila mendapat tahu yurika akan turut pergi bersama.
Tae memandangnya dengan muka yang serius dan berkata " apa hubungan kau dengan yurika sebenarnya ?." . Min gyu menjawab dengan selamba " aku suka dia.. kau jangan beritahu yuri pulak... aku ingat aku nak luahkan perasaan kat dia esok.. ". Tae terkejut setelah mendengar kata-kata dari mingyu lalu bangun.

Cikgu rauf yang sedang mengajar dihadapan dan para pelajar semua melihatnya." Kenapa awak berdiri yoon tae ?" Tanya cikgu rauf kepadanya. Tae melihat kearah cikgu rauf dengan wajah yang serius lalu berkata " saya nak ke tandas" lalu terus keluar.. semua pelajar melihatnya dengan pelik. Tae cuba menahan marahnya.

Dia berlari menurun anak tangga lalu bammmmmm. Tae terlanggar seorang pelajar lalu mereka jatuh. Pelajar perempuan itu terterap mukanya ke lantai manakala tae terduduk diatasnya.

Tae meminta maaf berkali -kali lalu apabila pelajar perempuan itu menoleh ke arahnya, muka tae terus berubah serius semula.

Rupa-rupanya pelajar perempuan itu adalah yurika.

"Adoiii.. sakit la woii.. kau ni hati-hati sikit jalan tu.. kan dah berlanggar.." kata yurika kepada tae.
Tae hanya diam dan melihat wajah yurika dengan serius. Yurika berasa takut melihat anak mata tae yang sedang melihatnya dengan begitu tajam lalu berkata " tak pe la tae.. aku kena pergi ni.. dan lagi satu.. pukul satu, pemain bola keranjang berkumpul kat gelanggang ok... bagi tahu min gyu dan pelajar kelas kau yang lain sama. Ok byee.." yurika cepat-cepat bangun dan berlari pergi.

Tae tidak melepaskan pandangannya. "Min gyu ... min gyu.. min gyu.. tak habis-habis dengan budak tu " kata tae sambil melihat yurika yang sedang berlari pergi.

Tepat pukul satu semua ahli pemain bola keranjang dan ahli pasukan sorak berkumpul. Tae melihat kearah yurika sambil hati kecilnya berkata " comelnya yuri". Yuri pula cuba bersembunyi dibelakang umi.

Cikgu lia merupakan guru bimbingan kelab tersebut. " baik lah para pelajar semua sila bahagikan kepada dua kumpulan. Siapa pemain terbaik saya akan ambil nama untuk perlawanan nanti.. " jerit cikgu lia dengan suaranya yang lantang.

Tae berasa takut kerana tidak pernah main permainan tersebut. Permainan pun bermula. Tae cuba mendapatkan bola tetapi dia masih tidak berapa faham dengan perturan permainan. Tae tersungkur beberapa kali ke lantai ketika ingin merebut bola dari pasukan lawan, manakala min gyu pula telah menjaringkan gol beberapa kali.

" Separuh waktu pertama telah tamat. Rehat 5 minit " jerit cikgu lia sambil meniupkan bunyi wisel. Tae berasa sangat sedih apabila melihat yurika yang sorak kegembiraan terhadap min gyu dan manakala pula melihat kearahnya dengan wajah yang kasihan. Tae mula bertekad akan menjaringkan gol walaupun sekali.

Lima minit telah pun berlalu dan Permainan dimulakan. Tae bergerak dengan lebih pantas dan akhirnya tae mendapat bola.

Tae mengelak dari pasukan lawan yang cuba merampas bola dari tangannya lalu melompat dan menjaringkan gol. Tae melompat dengan mudah walaupun jaraknya agak jauh dari tiang gol. Semua terkejut dengan kebolehannya dan bersorak. Setelah 1 gol dijaringkan, tae terus menerus menjaringkan gol. Semua tidak menyangkakan kebolehan tae sehebat itu. Yurika bersorak kepada tae dengan gembira. Tae berasa puas hati dan rasa sedihnya tadi telahpun hilang apabila melihat yurika yang sedang tersenyum kearahnya.

" baiklah keputusan nama yang terpilih untuk bermain di perlawanan nanti akan cikgu lekatkan kat papan kenyataan di block C pada isnin depan.. semua boleh bersurai.." kata cikgu lia kepada semua pemain.

Semua pelajar bersurai kecuali tae dan hediaki kerana mereka ditugaskan untuk mengemas dan menyimpan peralatan sukan. Setelah selesai memasukkan peralatan kedalam raga, tae berkata kepada hediaki " kalau kau nak salin pakaian dan balik ke kelas, pergi la.. aku boleh simpan ni sorang.. lagi pun tak banyak.. ". Hediaki menjawab dengan gembira " betul ni ? Aku pergi dulu tau.. terima kasih tae " lalu berlari pergi.

Tinggallah tae keseorangan menyimpan raga-raga yang penuh berisikan bola kedalam stor sukan. Baju tae basah akibat peluh. Tae membuka bajunya dan ingin beredar keliar dari stor, tiba-tiba dia melihat yurika yang sedang berdiri di hadapannya. " apa kau buat kat sini?" Tanya tae kepada yurika. Yurika pun menjawab dengan gugup" a..aku nak... nak. hantar alatan sorak ni je".

Tae dengan sengaja memeluk tubuhnya dan berkata "kau pandang ape haa? Pervert.." Usik tae.

Yurika mula berasa malu dan berkata "ma..mana ada.. " sambil menutup mukanya. Tae berjalan perlahan dan memeluk yuika sambil berkata "esok kau jangan nak menggedik dengan min gyu aee..".

Yurika terus menjawab sambil cuba melepaskan pelukan tae yang kuat" mana ada aku menggedik..dan suka hati aku la..aku bukan awek kau pun..". Tae terus melepaskan pelukannya lalu menolak yurika keluar dari stor. Tae menguncikan pintu stor dan berjalan pergi.

Yurika berasa tidak senang setelah berkata sebegitu kepada tae. Tambahan pula melihat tae yang hanya diam dan berjalan pergi. Yurika pun terus balik ke kelas.

Dalam tak sedar, rupa-rupanya hediaki telah melihat segalanya antara yurika dan tae. " betul ke diorang ni cousin je ?" Hediaki berasa hairan dan tertanya-tanya.

Waktu pulang

Yurika dan tae pulang seperti biasa. Tae dan yurika bersembang seperti biasa kerana tidak ingin keadaan menjadi kekok. Tibanya di rumah, yurika terkejut melihat kereta abangnya berada diluar rumah. Yurika dengan cemas berkata " kau kena...." tidak sempat yurika menghabiskan kata-katanya, pintu telah dibuka dan abangnya erik menjenguk keluar dan....

Bersambung..........

.........................................
Haaa... korang rasa apa jadi ? Erik dapat tau ke ? Macam mana yurika nak selesaikan masalah ni ?..
Nak tahu kenalah tunggu episode yang akan datang.. 😘

Continue Reading

You'll Also Like

302K 19.4K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
26.4K 2.4K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
1.4M 52.9K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
135K 12.2K 56
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...