BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENT

By ejenfatini

88.1K 7.1K 1.4K

๐Ÿ’Ž [ ๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ณ ] ๐Ÿ’Ž โ‡› แด›สœษชส€แด… ส™แดแดแด‹ โ‡š SINOPSIS: BoBoiBoy yang terkena tembakan sinaran daripada Adudu... More

โšซ PROLOG โšซ
๐Ÿ’Ž [1] Tembakan Sinaran Z
๐Ÿ’Ž [2] Hilang Ingatan
๐Ÿ’Ž [3] Gempa Kembali
๐Ÿ’Ž [4] Thorn & Solar
๐Ÿ’Ž [5] Kuasa Seterusnya
๐Ÿ’Ž [6] Taufan Yang Manja
๐Ÿ’Ž [7] Terjumpa Dengan Solar
๐Ÿ’Ž [8] Kapten Kaizo vs Mr. X
๐Ÿ’Ž [9] Senjata
๐Ÿ’Ž [10] Hero
๐Ÿ’Ž [11] Operasi
๐Ÿ’Ž [12] Dibuli
๐Ÿ’Ž [14] Motif
๐Ÿ’Ž [15] Dikawal
๐Ÿ’Ž [16] Kristel-kristel
๐Ÿ’Ž [17] Tolong
๐Ÿ’Ž [18] Maaf
๐Ÿ’Ž [19] Kehidupan Boboiboy
๐Ÿ’Ž [20] Lelaki Tua, Sweedex
๐Ÿ’Ž [21] Pergi TAPOPS
๐Ÿ’Ž [22] Kembali
๐Ÿ’Ž [23] TAPOPS Diserang
๐Ÿ’Ž [24] Identiti Sebenar
๐Ÿ’Ž [25] Serangan Kedua
๐Ÿ’Ž [26] Kuasa Penuh
๐Ÿ’Ž [27] Kisah Silam
๐Ÿ’Ž [28] Perlawanan
๐Ÿ’Ž [29] Bangkit
๐Ÿ’Ž [30] Kemenangan
โšซ EPILOG โšซ

๐Ÿ’Ž [13] Tangisan Thorn

2.6K 228 58
By ejenfatini

Permulaan chapter ni lebih kepada kehidupan Halilintar di mana dia berkeliaran di kawasan taman Pulau Rintis.

---

[FLASHBACK]

Halilintar segera melarikan diri apabila dia dikejar oleh seekor anjing. Nak guna kuasa, kesian pulak haiwan tu lagipun, haiwan tu tiada berbuat salah dengannya. Sebaliknya, dia yang terpijak ekor anjing itu.

Setelah melarikan diri selama 10 minit, dia mula merehatkan diri di sebuah tasik. Dia duduk di kerusi yang disediakan.

"Psst"

Baru sahaja hendak melelapkan mata, suara seseorang kedengaran. Halilintar yang mendengar terkejut lantas berdiri mencari punca suara itu.

"Siapa tu?!" soal Halilintar sambil mencari-cari siapakah gerangan yang mengacaunya tidur.

"Tengok dalam tasik ni"

Halilintar yang akur terus sahaja memandang ke dalam tasik itu. Dia tersentak. "Kau siapa?! Kenapa muka kau sama macam aku?!"

Imej dirinya yang berada dalam tasik itu tersenyum.

"Aku ialah kau"

Halilintar mengerutkan dahi.

"Apesal pulak?"

"Aku ialah memori kau yang hilang"

Halilintar memandang lama imej dirinya itu.

"Dah, tak payahlah tengok aku macam tu.. Betul, aku ialah kau"

"Jadi, kau nak cakap yang aku ni menyamar?"

Imej dirinya hanya mengeluh.

"Kau ni keras kepala betul"

"Kau pun apa kurangnya"

Halilintar selamba sahaja menjawab sambil berpeluk tubuh.

Imej dirinya tiba-tiba sahaja tergelak kecil.

"Kenapa kau gelak?"

"Takde ape.. Kau nampak budak baju biru tu? Dengan budak baju hijau?"

Soal imej dirinya sambil menunjuk ke arah dua orang budak lelaki.

Halilintar memandang ke arah di mana imej dirinya menunjuk ke arah sesuatu. Dia sedikit tersentak sebab dua orang budak lelaki itu serupa dengannya.

"Diorang...sama muka dengan aku?"

"Haah.. Kau pergilah berkawan dengan diorang"

Halilintar menjongketkan keningnya.

"Berkawan? Tu bukan diri aku"

Imej dirinya itu memandang menyampah ke arah Halilintar.

"Berkawan, tak semestinya bergaul dengan mereka.. Kalau kau tak nak, sekurangnya kau tahu latar belakang mereka"

Halilintar hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu hendak percaya atau tak. Hendak buat atau tak.

"Dahlah.. Kau fikirkan jelah"

Lama-kelamaan, bayang imej dirinya mula hilang dari pandangan Halilintar.

~~~

Halilintar sekarang sedang bersembunyi di sebalik semak. Ya, sekarang dia sedang mengintip dua orang budak itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia setuju dengan rancangan bodoh oleh dirinya yang satu itu.

Dua budak itu sedang bermain lumba-lari. Dari permulaan mereka mulakan larian sehinggalah ke penamat, Halilintar mengintip mereka.

"Dahlah, jom balik" ujar budak berpakaian biru itu. Budak berpakaian hijau hanya mengangguk kepala.

Kemudian, dua budak itu mula beredar dari situ. Namun, Halilintar masih mengikuti mereka. Dia sendiri bingung. Hatinya mengatakan yang dia perlu pastikan dua budak itu selamat sampai ke rumah.

Setelah meng'hantar' mereka berdua pulang, Halilintar terus pergi ke gerai berdekatan untuk mengisi perut. Dalam perjalanan, dia termenung.

Kenapa dengan aku ni? Aku...ada apa-apa hubungan dengan diorang ke? Ish, mustahil lah.. Aduh, serabutnya..

Penat berperang dengan diri sendiri, dia akhirnya masuk ke dalam sebuah gerai untuk membeli beberapa keropok dan air mineral.

~~~

Tiga hari selepas itu, Halilintar membuat kesimpulan berdasarkan kajian yang telah dia lakukan. Macam penyiasat lah pulak. 😂

Pertama, nama dua budak tu ialah Taufan dan Thorn. Mereka merupakan adik-beradik kembar di mana Taufan ialah abang kembar manakala Thorn ialah adik kembar.

Kedua, mereka berdua dijaga oleh seorang atok dan juga mungkin seorang abang. Abang sulung kot.

Ketiga, mereka berdua tu lurus bendul tapi yang paling lurus bendul ialah Thorn.

Keempat, Taufan merupakan seorang yang ceria dan sepanjang Halilintar mengintip mereka berdua, jarang dia nampak muka Taufan yang suram dan sedih.

Dan kelima, mereka berdua suka aiskrim. Setiap kali jumpa orang yang jual aiskrim, mereka berdua pasti beli aiskrim itu.

Sekian, daripada penyiasat handal, Halilintar.

Sempat lagi nak credit diri sendiri. 😒😂

Mulai saat itu, Halilintar sentiasa mengawasi Taufan dan Thorn dari jauh walaupun dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat begitu. Namun, hatinya mengatakan bahawa dia dan dua budak tu ada sesuatu hubungan dengannya.

[NOW]

Thorn yang melihat diri Taufan sekarang, berasa gerun. Kini, Taufan merupakan orang lain. Orang yang boleh dikatakan melakukan apa sahaja yang dia mahu iaitu pyscho.

"Arghhh!!!!!!!!!!!!" Jeritan Rudy, Ali, Mika dan Roza semakin kuat.

Para penduduk yang berada di sana segera menyelamatkan diri apabila diarah oleh Thorn. Walaupun takut, dia cuba beranikan diri untuk mengarah penduduk di situ untuk larikan diri.

"Taufan!!! Berhentilah!!!" Jerit Thorn sebaik sahaja dia kumpulkan kesemua kekuatan yang ada untuk menghentikan serangan gila Taufan itu.

Taufan yang sedang ketawa segera memandang ke arah Thorn. "Hmm? Ape dia Thorn? Kau nak lagi ke? Boleh! Pusaran taufan maksima!!"

"Arghhhhhh!!!!!!!!!!!!!! Tolong!!!!!!" Jeritan mereka berempat semakin kuat.

Bukan menghentikan serangan, malah menguatkan lagi. Thorn menggunakan akar untuk melilit kakinya agar dia tidak mudah diterbangkan. Thorn memandang sayu ke arah Taufan yang tidak terkawal itu.

Halilintar pula berpaut pada sebuah tiang elektrik untuk elakkan diri daripada terkena tempias serangan Taufan. Dia nak tolong tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak hentikan serangan itu kerana serangan itu sungguh kuat.

Thorn menggetap bibirnya sambil memandang ke arah Taufan. "Taufan... Tolong hentikan... Tolonglah... Thorn takut....." Tak semena-mena mata Thorn mula berkaca. Akibat tidak tahan, dia mula mengalirkan air mata. "Taufan.... Tolonglah hentikan..... Thorn..... Thorn takut..." Air matanya mengalir dengan deras.

Taufan yang mendengar seseorang sedang menangis mula mencari siapa gerangan yang menangis itu. Dia tersentak ketika terpandang Thorn yang sedang menangis. Thorn menangis disebabkan dia?

Perlahan-lahan, serangan Taufan mula beransur perlahan dan pada masa yang sama, Taufan mendekati Thorn yang sedang teresak-esak menangis. "Thorn?...."

Thorn memejamkan matanya. "Taufan jahat! Taufan takutkan Thorn!!"

Mendengar rintihan daripada Thorn, automatik serangan Taufan berhenti serta merta. Rudy, Ali, Mika dan Roza sempat diselamatkan oleh Halilintar sebelum mereka berempat terhempas pada permukaan tanah yang keras itu. Kelihatan mereka berempat pengsan tidak sedarkan diri. Halilintar kemudian memandang semula ke arah Taufan dan Thorn.

Mata Taufan mula berkaca. Semua ni salah dia? Sebab dia ke Thorn nangis? Sebab dia ke Thorn takut? Sebab dia?

Thorn masih tidak berhenti menangis. Dia akhirnya terduduk sambil memeluk lututnya. Taufan yang melihat segera mendapatkan Thorn. Tubuh Thorn dipeluknya dengan mata yang sudah mengalir.

"Thorn!! Maafkan aku!! Aku.... Aku tak dapat kawal diri aku!! Maafkan aku Thorn!" ucap Taufan dengan penuh penyesalan. Dia menyesal kerana tidak dapat mengawal dirinya sebentar tadi. Walaupun serangan yang dia hasilkan belum sampai tahap tertinggi, namun, serangannya telah membuatkan Thorn tidak suka.

Thorn hanya menghamburkan tangisannya apabila dipeluk oleh Taufan. "Kau jahat! Kau buat aku takut!"

Taufan mengusap belakang Thorn untuk menenangkannya. "Okey, aku minta maaf.. Shh, jangan nangis.. Kalau kau nangis, aku makin rasa bersalah.."

Thorn sedaya upaya cuba menenangkan dirinya. Dia kemudian membalas pelukan Taufan sambil tersenyum kecil.

"Korang!!"

Suara seseorang menyebabkan Taufan dan Thorn menoleh ke arah gerangan yang memanggil mereka.












Hah, korang jangan nak fikir lain pulak. Sedih tak? 😂

Apepun, harap korang suka ^^

Continue Reading

You'll Also Like

6.4K 794 31
Status: [Completed] ------? 'kau dah tak sayang aku ea?' 'aku sayang kau Cuma...' 'kau benci aku kan? Oky' 'gomenne..' ------! 'hiks..Hiks..Jangan ti...
1K 99 14
Setelah menumpaskan Rev! Boboiboy, hidup Boboiboy kembali normal dan pengembaraannya ke seluruh galaksi bersambung tetapi sebuah kemalangan berlaku s...
204K 12.7K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. ยฉ ssarserans december story 2022
19.5K 848 13
Mengisahkan seorang remaja berumur 15 tahun yang bernama Ali Ghazali.Ali sering dibuli dan dimaki sepanjang perkhidmatannya di agensi rahsia MATA.Hak...