Cerita Bersama Dewi

melayuenam द्वारा

703K 1.2K 117

Cerita cabaran cinta kasih Kamal bersama Dewi Juita Oleh: Kulatjingga अधिक

Hari Satu: Ahad
Hari Dua: Isnin
Hari Tiga: Selasa
Hari Empat: Rabu
Hari Lima: Khamis
Hari Enam: Jumaat
Hari Lapan: Ahad
Hari Sembilan: Isnin
Dewi Hatiku 10
Dewi Hatiku 11

Hari Tujuh: Sabtu

65.9K 129 12
melayuenam द्वारा

Pagi ini aku pulak mengejutkan dia dengan kucupanku, membatalkan air sembahyangku.

"Pasal apa abang tak kejut awal2"

"Abang tau you letih."

Dia menarik tengkok aku dan mengucup ringan bibirku, "Terima kasih abang."

"Sama2. Abang dah jerang air, pi la mandi."

Memang aku dah cinta habis dekat Juita Dewi. Hujung bulan ni aku akan balik kampong dan bagitau mak aku. Bagi dia senang hati, dah lama sangat dia berleter, teringin nak menantu.

Tapi... Mau ka dia terima anak India ni. Aku tau, bawak dia balik terus, tunjukkan paras rupa dia, budi bahasa dia, tingkah laku dia, tentu mak takkan menolak.

Aku tak tahu mak mana yang mahu dan sanggup menghalang kebahagiaan anaknya. Dah tentu bukan mak aku, yang bela aku dengan kasih sayang, yang turut bersedih bila aku bagitau yang kekasih aku dah kahwin dengan orang lain, yang berusaha dan berusaha mencari pengganti, semata2 untuk nak bagi kebahagiaan pada aku.

Ya, aku akan bawa Juita Dewi balik berjumpa dengan mak aku.

"Abang, dok temenong apa tu. Tak siap lagi ka?"

"Teringat girlfriend abang." Aku bangun dari katil dan mencium dahinya, "yang spesel ni."

Dia senyum sambil mengelap rambutnya dengan tuala. Aku akan beli hair dryer untuknya. Aku mengeluarkan pakaianku dari almari. "Petang nanti you masuk pakaian you kat bawah sini. Abang punya letak kat atas."

"Takpa la bang, nanti nak kena pindah pulak."

"Kalau nak pindah, masukkan balik dalam beg. Bukannya susah. Abang taknak pakaian you berkeromot, tak cantik orang tengok." Dia angguk saja dan keluar ke bilik sebelah masa aku menyarungkan seluar.

Buat kali pertamanya kami bersarapan pagi dirumah, dah ada roti, mentega, telor, cukup la. Tengah hari kami makan nasi ayam dikedai saja, dah tak sempat nak memasak. Masing2 dah lapar. Kami terus balik rumah saja, cuaca terlalu panas.

"Mr. Chin, ini Kamal, yang cakap sama you dengan Mr. Wong tadi." Aku terus membuat panggilan bila masuk sahaja ke dalam rumah.

"Ya, ya. You sudah balik ka?"

"Sudah."

"Ok, saya hantar sekarang."

"Baik, terima kasih Mr. Chin."

"Siapa tu bang?"

"Kawan."

Dia terus ke bilik, bersalin pakaian. Aku juga ke bilik aku, memakai tuala dan mengambil wuduk. Sebaik sahaja aku habis berdoa, Juita menjengok

"Abang, ada orang hantar barang."

"Suruh bawak masuk la." Aku berkata sambil menyidai sejadah.

"Oh you ka. Sorry la saya tak ingat. Mau letak mana Encik Kamal?"

"Hujung tu boleh Juita?" Dia angguk saja.

"Nah." Dia mengunjukkan satu kotak kecil kepada aku. Hair dryer, dan aku serahkan kepada Juita.

"Nah ini dia punya bill. Nanti senang2 Encik Kamal pi kedai ya?"

"Ok. Besok bukak ka?"

"Saya pun mau cuti jugak."

"Mana tau, setengah kedai tutup hari lain. Ok, Monday saya pi."

"Ok, no problem."

Tak disuruh pun, Juita dah buat air oren untuk kami semua. Lepas minum, Mr. Chin dengan pekerjanya meminta diri. Juita memeluk tanganku di depan pintu semasa mereka keluar.

"Kalau Encik mau apa, call saja pun cukup. Saya boleh hantar. Itu Mr. Wong, saya punya abang ipar."

"Ya ka? Dia tak bagitau pun." Dan mereka pun turun.

"Apa yang abang beli banyak2 ni. Jenuh nak bayar hutang."

"Takpa Juita, ni semua barang perlu. Memang nak kena beli pun. Dah you ada sini, mustahak jugak kan?"

"Tak la. Semalam baru beli peti ais, hari ni mesin basuh, tah esok apa pulak. Macam abang beli pasal saya pulak."

"Memang pun pasal you." Aku tarik dia duduk di kerusi.

"Abang taknak you teruk membasuh kain baju lagi. Abang nak you selesa, seronok duduk sini. Duit tu lama dah abang simpan, nak tunggu masa saja. Yang sebenarnya abang cadang nak beli hujung bulan ni, tapi masa dok cerita pasal peti ais tu dekat bos abang, dia kata boleh rekomen bayar bulan2, tak kena faedah pulak, kena pulak kedai kita ambik peti ais semalam. Terus jadi selalu."

"Jadi saya tak payah pindah la?"

Aku senyum. "Tengok la macam mana." Aku pelok bahu dia. "Aircon nak?" Aku acah dia.

"Tak nak........ lagi." Dia ketawa. "Nanti la...." Jari2 dia meramas2

tanganku.

"Nak pindah kain baju you tak?" Dia angguk. "Jom."

Kami sama2 bangun menuju kebiliknya, aku mengangkut beg dan dia mengutip semua pakaian kami yang dah tersusun dilipatnya kelmarin. Terasa macam main masak2 pulak, macam suami isteri, aku rasa seronok sekali. Aku memberi kebebasan penuh kepadanya menyusun pakaian kami di dalam almari.

"Abang tolong ambik pakaian yang dah kering tu, saya nak lipat." Dia berkata bila habis saja menyusun. Aku dah bertenggek di hujung katil, perhati dia saja.

"Dah la tu sikit2. Besok kan cuti lagi." Aku dah melentang kat katil, menepuk tilam memanggil dia naik bersamaku.

Dia faham dan terus berbaring disebelah.

"Abang selalu tidor petang ka?"

"Tak. Hari Sabtu saja, tu pun kalau tak balik kampong."

Aku mengalih muka memandang dia. "Juita!" Dia melihatku. "You seronok ka dudok sini?"

"Seronok."

"You sedar ka apa yang kita buat tiga empat hari ni?" Dia angguk saja. "You rela ka, ataupun ada rasa terpaksa ka, menyesal ka?"

"Pasal apa abang tanya macam tu?"

"Abang nak tau kedudukan sebenar. Abang tak mau rasa macam ambik peluang bila Juita masuk rumah ni."

"Juita dah rasa sayang sangat dekat abang..."

"Dah..." Aku letakkan jariku kebibir dia.

"Takat ni cukup Juita kata sayang saja, Abang terima sayang Juita tu, abang pun sayang kat Juita. Tapi sebelum Juita nak kata cinta, dekat abang, atau sapa2 pun, Juita kena fikir panjang2 tau. Kata la dekat abang, Juita kena tengok diri Juita sendiri, dah bersedia ka, dah sanggup ka, sesuaikan diri Juita tu, lepas tu tengok abang pulak, dah sedia ka, layak ka abang ni, boleh diharap ka. Lepas tu tengok pulak perbezaan antara kita, yang sama, yang berlainan."

Aku menelan air aiur dan sambung lagi, "boleh ka kita bersama, dengan kelebihan dan kekurangan yang ada antara kita. Tengok pulak keluarga kita, keluarga Juita dan keluarga abang, mau ka depa terima kita. Pasal lepas kawin, keluarga Juita akan jadi keluarga abang sendiri, serupa jugak keluarga abang akan jadi keluarga Juita sendiri. Bukan yang abang, abang punya, yang Juita, Juita punya. Bukan takat kita berdua saja berkongsi satu sama lain, tapi jugak keluarga kita."

Aku diam lagi. "Tu contoh saja la, antara kita berdua. Kalau dengan sapa2 pun kena fikir macam tu jugak. Ni pandangan abang, nak bagitau dekat adik yang abang sayang ni."

Dia angguk. Aku tau dia mendengar dengan teliti. Selalu pun dia macam tu, bagi penuh tumpuan bila aku bercakap.

"Bila masa yang sesuai?"

"Nak fikir ka nak cakap?"

"Apa2 pun la."

"Kalau nak fikir tu, masa mula2 dah rasa sayang la. Kalau nak cakap tu, bergantung la. Janji dah fikir panjang2. Jangan jadi macam abang sudah la. Asyik dok fikir saja, tak kawin2."

Kami tersenyum.

"Tapi apa pun ambik la masa yang sesuai. Macam abang ni mungkin dah jatuh cinta sangat2 dah dekay Juita, pasal abang dah masuk masa tambahan, tapi Juita masih muda lagi."

"Abang dah cinta dekat Juita?"

"Kan abang kata mungkin tadi. Setengah orang kata cinta pandang pertama, sekali tengok saja dah cinta gila2." Aku tarik nafas lagi.

"Entah la Juita, abang sendiri pun tak berani nak fikir dalam2. Nak bagi teori senang saja, tapi bila nak buat sendiri, terasa berat jugak. Yang abang berani cakap sekarang, memang abang sayang sangat dekat Juita."

"Pasal abang takut peristiwa dulu berulang lagi ka?"

"Entah la, mungkin jugak." Aku tarik tuboh dia rapat lagi. Dia letakkan kakinya di peha aku. Dan aku pejamkan mata.

Aku tersedar bila Juita memanggong kepalanya.

"Dah pukul berapa?"

"Lima empat puloh."

"Lama jugak tertidor nuu." Aku tarik tuboh dia balik berbaring di sisi aku.

"Besok kita pi market nak? Boleh beli ikan fresh." Dia angguk. "Kita beli banyak2, stok dalam fridge. Tak payah dah dok ulang hari2 kekedai."

"Baju saya?"

Aku tarik hidungnya yang mancung tu,

"Abang tak lupa.... Kalau sempat pagi, kedai dah bukak, kita pi pagi. Kalau tidak, petang. Kalau tidak jugak, kita pi malam. Gerenti besok you boleh pakai pi kerja. Jomlah, abang pun tak sembahyang lagi."

Waktu makan malam aku lihat ada daging goreng terhidang, aku tau dia yang masak sebab masih panas."You beli ka daging ni?"

"Ah ha. Pasal apa?"

"You makan daging lembu?"

"Makan jugak. Di rumah tu dak la. Abang tak suka ka?"

"Tak, tanya saja."

"Besok kita cari tulang nak? Buat sup."

"Sup ekor nak?" Kali ni dia menggeleng kepala.

Kami sering bertanya tentang kesukaan dan yang tidak disukai, menyelami hati masing2, mencari perbezaan dan persamaan. Yang pastinya kami suka bersama, berbual bersama, membuat kerja rumah bersama, tidor bersama. Mungkin mencari nafkah saja yang sudah tersurat, masing2 dengan haluannya.

Malam itu juga kami mula menggunakan mesin basuh, dia yang banyak mengajar aku yang tak biasa dengan kerja2 tu. Dan kami menyidai basuhan itu bersama2. Jika malam itu aku mencuri2 mencium seluar dalamnya, hari ini didepannya.

"Apa la abang ni, dok cium panties saya pulak."

"Pasal abang sayang dekat Juita la, semua yang Juita punya abang sayang." Aku dah berani menakal.

"Dah la." Dia menampar bahuku.

"You selalu tidor pakai macam ni ka?" Aku bertanya lepas puas berkucup.

"Selalu pakai seluar trek dengan t-shirt saja. Tapi dah tak kering lagi."

Malam ini dia berkain batik lagi.

"Abang tak kisah. Tapi kalau you nak, pakai abang punya pun takpa, baju ka, seluar ka. Yang elok2 tu buat pakai jalan sudah la."

"Ok."

"Ni satu lagi abang nak tanya. Tadi you kata sayang abang, macam nama you kata sayang?" Dia menarik tengkok dan mencium bibir aku.

"Dak, dak. Maksud abang, kita baru jumpak, baru kenal, tapi dalam sari dua saja you dah sanggup tidor dengan abang."

"Pasal Juita tau abang orang baik, boleh percaya, sanggup tolong masa saya susah."

"Jadi, you rasa hutang budi, you bayar dengan body."

"Abang jangan cakap macam tu. Memang saya sangat2 sayang dekat abang." Dia pun sudah mengiring menongkat kepala dengan tangannya, seperti aku juga. "Abang, Juita... Juita cinta abang."

"Juita...."

"Abang.... " Dia mengusap2 pipiku, "Masa abang belum cakap petang tadi pun Juita dah fikir macam2, macammana Juita boleh ikut abang, sampai boleh tidor sekali, sanggup serah diri ni kat abang. Kalau nak cerita satu2 pun, payah nak cari perkataan, yang Juita boleh cakap, memang Juita cinta abang, sanggup ikut abang pi mana pun. Mak Juita tetap mak Juita, dan Juita tau abang pun sanggup terima dia macam mak abang."

"Dia pulak.... Sanggup ka dia terima abang jadi anak dia?"

"Yang tu Juita tak berani kata apa. Kena dengar dari mulut dia sendiri. Tapi apa pun, setuju ka tidak, Juita dah jadi milik abang, dan dia tetap jadi mak Juita."

Dia mengucup lembut bibirku, memeluk lembut ditengkok. Kami rebah perlahan2.

"Abang pun cinta kat Juita...." Kami berkucup lagi. Puas2. "Tapi abang nak mintak satu dengan Juita. Kita hanya akan bersatu lepas kita menikah nanti. Tolong ya, kita sama2 jaga, sama2 peringat, jangan sampai terlajak."

"Juita janji abang, Juita janji." Dan kami berkucup lagi, berpelok erat. Aku cukup2 lega, bertuah mendapat Juita Dewi setelah sekian lama keseorangan.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

15.9K 1.4K 20
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
249K 9.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
8.2M 553K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
504K 20.4K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...