ANTARA CINTA DAN NAFSU

By CerpenKisahKita

67K 1.4K 222

mengisahkn Rayyan, Anda Baca Anda Puas Hati More

SINOPSIS
Episod 1 (ANTARA CINTA DAN NAFSU)
Episod2 (Antara Cinta Dan Nafsu)
Episod3 (ANTARA CINTA DAN NAFSU)
Episod4 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU)
Episod5 (ANTARA CINTA DAN NAFSU)
Episod6 (ANTARA CINTA DAN NAFSU)
Episod8 (ANTARA CINTA DAN NAFSU)
Episod9 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU )
Episod10 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU )
Episod 11 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU )
Episod12 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU)
Episod13 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU )
Episod14 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU )
Maaf Guys
maaf.

Episod7 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU )

2.6K 59 8
By CerpenKisahKita

(Di sudut lain, kisah Didie Irsyad)

Didie masih lagi memikirkan lelaki tadi. Rayyan Dasuki. Hatinya rasa nak maki, herdik, caci, hina... segala kebencian yang dia nak hembuskan kat muka lelaki tu. Kenapa boleh bertembung pulak dengan lelaki tu. Dan kenapa Darwisy berbual dengan dia? Apa kaitan mereka berdua?

Darwisy : "U kenapa termenung?"
Didie : "U tak cakap pun kan yang U dah kenal Rayyan tu?"
Darwisy : "Laaa... masih pikir lagi ke pasal budak tu..."
Didie : "Eh, U ingat I tak pikir ke pasal dia? Kalau dibuatnya Danial jumpa balik dengan Rayyan tu macam mana?"
Darwisy : "Then I kan ada..." Darwisy tersengih sambil membuat muka handsomenya.
Didie : "I serious ni... haishhh, entah kenapa pulak bos I tu suruh I handle butik dia kat sini..."
Darwisy : "Yang U pergi terima kenapa? Elok-elok U dengan Danial kat sana, now sekarang U ke sini dia pun ke sini jugak lah..."
Didie : "I nak cepat naik lah U, U tahu kan, kerja dengan bos I ni lagi senang untuk I ke depan, masa I banyak boleh habiskan untuk shooting..."
Darwisy : "Kenapa tak nak buat full time je modelling tu... ok apa, income bulanan bukannya terganggu sangat pun kalau tak kerja kat butik tu..."
Didie : "Ni cara I buat nama, first, I naikkan sekali nama butik I, bos I tu dah janji akan bagi satu butik tu untuk I terus kalau I still kekal jaga butik dia sambil buat modelling... U tak paham lah, cakap dengan U suka sangat nak bidas balik, sama je lah macam Danial... kerjanya nak menang... bila entah kita ni nak betulnya..."
Darwisy : "Rileks lah, apa yang U takut sangat dengan Rayyan tu? Danial tak lari lah dari U, U sendiri tahu U dengan dia U lagi hot..."
Didie : "Memang tu I tahu, tapi U tahu kan kisahnya..."
Darwisy : "So?"
Didie : "Cakap dengan U ni menyakitkan hati pulak..."
Darwisy : " Jangan lah risau pasal tu... ni lah susah bila berkomitmen, serba takut kalau kena caras dengan orang lain, tengok macam I... simple, no commitment, tak ada sakit hati, lebih puas sebab dapat bersama dengan orang lain, yang paling penting, tiada gangguan dalam hidup untuk pikir benda-benda macam tu..."
Didie : "Itu kata U... senang lah sebab U tu tak pernah ada hati... ada juga eh orang macam U ni..."
Darwisy : "Memang ada... kalau tak ada, U pun tak merasa I dulu..."
Didie : "Heiii! Jangan berani ungkit kisah lama tu. Mati I kalau Danial tahu..."
Darwisy : "I pun tak nak lah Danial tahu pasal kita... just rilex! Everything will be fine... cepat makan, lepas ni kata nak singgah JPO... I nak cari something untuk Emma..."
Didie : "U kata U tak nak berkomitmen, Emma tu macam mana pula...?"
Darwisy : "I tak lah kejam sangat kalau dengan perempuan, dah pandai buat, so slow-slow lah tinggalkan dia, tapi before tinggalkan dia tu, kita bagi dia happy dulu and selesa dengan orang yang macam I ni..."
Didie : "Oh, kira kisah Nadia tu U ulang semula, and buat pada Emma pulak..."
Darwisy : "U cakap macam I ni teruk sangat kan, I tak lah sekejam apa yang U pikir..."
Didie : "Tak kejam ke buat macam tu? Tebuk anak orang, tinggal biar macam tu..."
Darwisy : "Hahahaha, wow, acah alim je ni... I tebuk yang dah tertebuk ok, I tak tebuk yang belum lagi ditebuk, U pikir PLU ni je yang kegersangan sentiasa, perempuan pun, dia kalau dah buat sekali, sure nak lagi... and I yakin, diorang tak berapa nak bagi komitmen dengan I pun, sebab diorang tahu I 'playboy'... tapi PLU ni lain Didie, diorang pikir sex boleh seiring dengan komitmen... tu silap besar!"
Didie : "Silap lah ye kalau menaruh hati dengan playboy macam U, ish macam mana lah I ter 'crush' kat U dulu..."
Darwisy : "Sebab I bagi sedap kot..." Darwisy sengaja senyum menggoda.
Didie : "Dah, dah... Danial tetap my last..."
Darwisy : "Yeah, yeah Danial... he is always the best man..."
Didie : "Always..."
Darwisy : "How about Rayyan?"

Kali ni Didie tersentak. Rayyan! Yeah... lelaki itu...

Didie : "Fuck, U ingat kan I lagi pasal dia..."
Darwisy : "Come on sweetheart, U lagi HOT dari dia... jangan risau..." sengaja untuk sedapkan hati Didie, dia terlepas cakap pula.

Didie hanya mengangguk. Dalam hatinya sumpah tak tenteram. Rayyan Dasuki perlu disingkirkan. Dia masih lagi rasa tergugat.

Didie : "Kenapa U beli jubah tadi tu? Untuk siapa? Nak kata untuk U, U suruh I yang test tadi.. badan U dengan I beza kot..."
Darwisy : "Badan I macam Chris Evan kan... hahahaha"

Didie mencebik. Kalau bab puji diri sendiri, Mikhail Darwisy memang juara.

Darwisy : "Tak ada lah, I nak bagi someone..."
Didie : "Nampak macam special je..."
Darwisy : "Hahahaha,..." Darwisy hanya gelak. Tak tahu untuk kata apa selanjutnya. Yang pasti, dia sendiri tak tahu kenapa dia buat benda ni. Adakah dia terjatuh hati? Mana mungkin. Dia tidak akan sesekali jatuh hati, tapi lebih kepada mencuba nasib untuk menjerat mangsa.

....................

Azrul : "Siapa pulak tinggal bungkusan ni depan pintu..."

Azrul melihat bungkusan tersebut. Ada nama Rayyan Dasuki.

Azrul : "Wehh, ni untuk kau haa..."

Aku yang tengah buka pintu pagar menganga. Bungkusan untuk aku? Bom ke?

Aku : "Apa ni?"
Azrul : "Tanya aku pulak, cepat lah buka, aku nak tengok juga... ohh, kau dah laku ye sekarang, ada orang siap hantar bungkusan depan rumah lagi..."
Aku : "Apa lah kau ni laku-laku, dah macam pelacur ayat tu..."

Azrul buat muka.

Aku membuka bungkusan tu.

Jubah?

Azrul : "Jubah? Tak ada benda lain ke nak bagi... tengok berapa harganya..."

Azrul tergamam. Dengan aku sekali tergamam. RM499.90.

Azrul : "Mak aihhh, ini baru class..."

Azrul segera membelek jubahnya. Ada sekeping kad terjatuh. Azrul mengambilnya. Tak sempat nak capai, dia dah ambil dulu. Dengan gelojoh aku ambil, takut orang yang aku agak-agak bagi ni tulis namanya. Tapi tak sempat, si Azrul dah baca dulu.

Azrul : "Harap muat lah dengan badan U, tak sure U minat tak yang ni, tapi dari yang tadi U tengok, baik yang ni... from, U know who... hamboi, hamboi, hamboi... sweetnya, kau dah ada orang baru, tak nak cerita... kalau harganya dah macam ni, mesti class punya kan kau punya..."

Aku tersengih. Sengih yang di buat-buat. Nasib lah Darwisy tak tulis nama dia sekali. Pheww... Risau pulak aku kalau Azrul tahu tu dari Darwisy. Mengundang pergaduhan tarik-tarik rambut lah kalau Azrul tahu.

Malam tu aku sengaja try pakai jubahnya tu, memang cantik. Tapi kenapa Darwisy tetap baik walaupun aku dah malukan dia dengan teruk sekali. Jujurnya, aku bukan lah nak bertindak kejam sangat, tapi, dia perlu di ajar macam mana nak menghormati orang lain, orang macam aku tak boleh dibeli dengan cara macam tu. Atau, ni salah satu cara dia juga?

Aku menggeleng, yang pasti, aku akan pulangkan baju ni kepadanya. Satu, ia mahal sangat, dua, aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia. Aku tak nak Azrul pikir lain. Simple.

....................

Ada deringan phone. Aku segera ke bilik, sebenarnya aku tengah tengok movie kat ruang tamu, bertemankan nugget yang di goreng dan sejug air ice lemon tea yang aku buat. Azrul tak ada kat rumah, minggu ni cuti dia ke KL dengan Faiz... akhirnya kembali bersama balik diorang tu. Aku pikir cuti hujung minggu ni nak duduk sahaja kat rumah. Better.

Mencapai handphone. Tak sempat nak dijawab.

1 Missed Call

Danial Ariffin

Kenapa lelaki tu call aku? Dah berapa hari juga Danial tak contact, baik whatsapp, mahupun call.

Handphone aku kembali berdering. Orang yang sama call.

Danial : "Hello..."
Aku : "Ehem, assalamualaikum..."
Danial : "Wa'alaikumussalam... kau kat mana tu?"
Aku : "Kat rumah je... kenapa?"
Danial : "Kau buat apa je, esok kan cuti... malam ni tak keluar?"
Aku : "Tak ada buat apa pun, aku tak keluar lah kot... duduk rumah je, kenapa kau call beb?" aku sebenarnya nak kalis kalut aku tu... tiba-tiba dia call...
Danial : "Tak ada lah, aku bosan lah... eh, malam ni futsal nak? Kawan aku ajak main futsal dengan geng-geng dia... jom... please..."
Aku : "Aku tak sure lah... entah, aku tak ada kasut, dah lama beb aku tak turun main futsal bersenam semua tu... rasa kekok pulak nak turun padang semula ni..."
Danial : "Kalau macam tu, kau guna je kasut aku. Aku ingat lagi size kau kan sama je dengan aku dulu kau pun selalu pinjam kan kasut kau... jom lah please... ala, rilex laa... kau boleh tukar-tukar jadi keeper dengan sorang kawan aku tu...."
Aku : "Ok, boleh lah kalau macam tu... tapi kita nak main kat mana?"
Danial : "Haaa.... kau siap-siap lah dulu, dalam 30 minit lebih macam tu aku ambil kau, ok?"

Meletak semula phone. Aku menghembuskan nafas lega, aku yakin Danial dah pikir yang terbaik dan aku yakin juga dia ikhlas untuk kembali menjadi sahabat seperti dulu. Mungkin aku masih kekok, aku tak tahu kenapa... tapi cukup lah sejarah hitam yang ada, aku pernah lakukan kesilapan yang besar kerana dia, bukan sahaja satu kesilapan... tetapi dua... aku tak nak ia terulang kembali.

Di dalam kereta Danial Ariffin...

Danial : "Kau dah makan kan?"
Aku : "Dah, kenapa... kau belum makan?"
Danial : "Aku makan dah petang tadi... aku tanya je, sebab kita nak ke Pasir Gudang ni, jauh jugak perjalanan, sampai-sampai nanti kita terus start game, takut kau lapar pulak..."
Aku : "Sebab aku pikir kita nak terus main lah aku makan dulu... hahaha, aku tak tahu lah aku boleh main lagi ke tak ni, badan ni dah tak macam dulu... kawan-kawan kau ok ke ada orang lain join?"
Danial : "Come on, kau champion rugby kot... futsal tu maybe bukan lah pakar kita, tapi stamina kita tetap awesome bro... pasal kawan-kawan aku tu rilex je, sama je macam kawan-kawan kita dulu, tapi diorang ni kawan yang aku kenal time kerja lah, ada yang engineer dari syarikat gabungan dengan syarikat ayah aku tu... selalu jumpa kat tempat kerja, diorang ajak aku futsal, kadang-kadang ada jugak join diorang tengok game JDT... tapi aku tetap sokong Selangor lah kan... hahahahaha"
Aku : "Yelah tu... hahaha, aku dah lama dah tak bersukan kalau kau nak tahu, gym pun aku dah tak pergi, tu yang rasa kekok semacam ni..."

Sampai je di kompleks sukan tu, Danial terus berjumpa dengan kawan-kawannya... nampak jugak lah yang Danial mungkin dah kenal mereka lama... tapi nampak gaya macam rakan kerja, sebab mereka adakalanya tercerita pasal tender-tender semua. Aku bukan lah tak selesa bergaul dengan kawan-kawan Danial, tapi korang tahu kan, kadang-kadang kita ada sikit kekok lah nak berkawan dengan lelaki straight, ye... memang aku boleh, tapi somehow, mereka ni lain caranya. Aku pun tahu, mereka bukan lah macam kawan-kawan Azrul.

Aku baru sedar, sebenarnya aku bukan lah seorang yang pandai bergaul dengan mana-mana orang. Jadi, betul lah aku ni memang skema bak kata Azrul tu. Tapi, kali ni aku nampak Danial dari sudut 'straight'nya... yes, dia memang tak nampak diri dia ada sifat 'suka lelaki'... aku tak tahu nak klasifikasi kan Danial macam mana, tapi aku tahu ada je wujud orang yang macam Danial, kita langsung tak nampak dia macam 'PLU' atau 'bisexual'... tapi dalam hati, hanya dia tahu apa yang dia rasa dan apa yang dia nak.

Setelah warm-up, aku, Danial dan kawan-kawannya mulakan permainan. Memang aku cakap, aku semput, nak kata badan aku berat, aku tak lah gemok, dan tak lah kurus sangat, tapi daripada dulu, aku kurus lah sedikit. Nampak lah yang Danial masih lagi cergas macam dulu, mungkin dia rajin bersukan dengan rakan-rakannya.

45 minit berada di court....

Danial : "Kejap bro..."

Danial memaut lengan kawannya...

"Wehhh, asal kau, semput ke?"

Danial : "Kaki aku ni terseliuh... bapak shit sakit sial..."

Aku segera mendapatkan Danial.

Aku : "Asal beb?"
Danial : "Kaki aku ni haaa terseliuh..."
Aku : "Kalau macam tu kita stop lah..."

Aku segera memapah Danial ke bangku yang disediakan. Dia membuka kasutnya dengan perlahan, nampak benar dia dalam kesakitan. Kawannya yang bernama Hamdan segera melihat kakinya...

Hamdan : "Teruk jugak ni, nampak bengkak... kau nak ke klinik ke?"
Danial : "Eh tak payah... ok lah ni, tapi aku tak boleh drive..."
Aku : "Kalau macam tu, tak apa lah aku drive je balik, kan aku tumpang kau..."
Danial : "Habis tu, aku nak balik rumah macam mana?"

Aku terdiam. Macam mana dia nak balik eh? Nak memandu tak boleh, tak kan aku nak hantar dia ke rumah, habis aku nak balik macam mana kalau hantar dia?

Danial : "Tumpang rumah kau je lah semalam boleh, kau urut kaki aku lah macam biasa..."

Macam biasa?

Danial : "Alaaa, kau lupa dulu time terseliuh macam ni kau je urutkan..."
Hamdan : "Kau pandai mengurut orang ke bro?" Soalan yang diajukan kepada aku.

Aku tersengih. Apa kejadah aku pandai mengurut? Takat urut bagi rilex kan kaki lepas bersukan tu yelah kot.

...............

Aku : "Ni bilik aku... kau tidur sini, aku boleh tidur kat ruang tamu... kau nak mandi, tuala semua ada, aku sediakan nanti... kau basuh kaki dulu, aku ambil air batu... tuam kat kaki kau ni..."

Danial hanya mengangguk. Perlahan-lahan dia berjalan ke bilik air.

Danial : "Aku mandi terus kot, lepas mandi baru urut kaki aku ni ok..."

Aku hanya mengangguk.

Selesai bersiap, aku mengurut kaki Danial. Walaupun aku tak lah pandai sangat sebenarnya nak urut-urut ni, tapi waktu aku aktif dengan rugby dulu memang aku selalu jadi tukang urut kaki, katanya aku ada tangan ajaib yang boleh mengurut. Nasib tak minta aku tolong urut badan. Dah lain cerita dah tu.

Danial : "Lama dah tak rasa tangan kau mengurut. Sumpah sedap weh..."
Aku : "Haaa yelah, ni kalau tak ok kena jumpa doktor jugak"
Danial : "Alaa, biasalah ni... esok aku ingat nak cuti je lah... kau hantar je aku kat rumah guna kereta kau esok... biar je kereta aku nanti, aku suruh driver ayah aku ambil kan..."
Aku : "Yelah... aku nak rehat lah beb, kau rehat lah dulu..."

Aku bangun mengambil bantal satu untuk aku tidur di ruang tamu.

Aku : "Kau rehat lah ok... aku dah tak larat badan aku ni..."
Danial : "Eh kau nak ke mana?"
Aku : "Luar, aku tidur luar... kau tidur sini..."

Tiba-tiba...

Danial segera memegang tangan aku. Terkesima.

Danial : "Kau tak nak teman aku ke?"

Dia berdiri menghampiri aku. Perlahan. Matanya tepat memerhati bibir aku.

Danial : "Rayyan..."

Aku tak pasti kenapa aku hanya berdiri membiarkan dia mendekati aku, terlalu dekat.

Danial : "Kau tahu aku rindu kau... teman aku malam ni..."

Kali ni wajahnya dekat dengan wajah aku, matanya masih lagi meniti bibir aku. Aku tak tahu apa yang menarik di situ.

Ia makin dekat, dia cuba menggapai bibir aku, tapi aku mengalih segera.

Aku : "Danial... aku kena terus terang dengan kau Danial... kita tak boleh terus macam ni, kau tak boleh pikir aku yang dulu... aku nak kita berkawan semula... tapi kita kena lupakan apa yang berlaku, tu semua silap. Aku tahu susah untuk kau lupakan, tapi aku merayu pada kau... aku nak kita lupakan, aku minta maaf sangat-sangat dengan apa yang dah aku lakukan... tapi aku tak macam tu Danial... aku cuma terlanjur mencintai kau, terlalu mencintai kau waktu tu... aku lupa diri aku, aku tahu aku silap... bagi aku peluang untuk tebus semula kesilapan aku..."

Danial masih memerhati wajah aku. Tenungannya tajam. Hembusan nafasnya juga aku rasa, seperti ia menghembus perlahan kat wajah aku.

Danial : "Ada cara untuk tebus kesilapan kau Rayyan... kau mampu ke buat?"
Aku : "Untuk tebus kesilapan aku, aku cuba buat yang terbaik... apa je yang kau nak aku buat.."
Danial : "Apa aje?"
Aku : "Yesss. Apa aje..."
Danial : "Kalau macam tu... teman aku malam ni..."

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 2.4K 80
sekadar berkongsi
1.8M 62.3K 81
[ The winner of Besties2017 awards ] "Kenapa awak selalu dera saya,apa salah saya!"-Azharina amelin "Herh, kau fikir la apa salah kau.disebabkan ka...
5M 199K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
939K 31K 35
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...