Episod4 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU)

3.3K 64 2
                                    

"Tak sangka kita berjumpa lagi ye Rayyan..."

Aku sebenarnya masih terkejut dengan sapaan wanita tu. Syasya Maisarah, pernah menjadi kawan baik aku, dan merupakan bekas teman wanita Danial Ariffin. Banyak perubahan yang aku nampak dalam diri wanita tu.

Aku : "Ya, banyak perubahan yang saya nampak dengan diri awak... awak nampak lebih happy sekarang, dan dah pandai bergaya..."
Syasya : "Thank you Rayyan, awak still baik and humble macam dulu..."

Dia tersengih, nampak wajahnya berseri... mungkin dia dah berkahwin...? Tapi tak mungkin, aku selalu update facebooknya. Dia masih single.

Aku : "Kenapa pandang saya macam tu?"
Syasya : "No, nothing... woww... lama sangat kita tak jumpa Rayyan, sejak awak tiba-tiba sahaja berhenti degree, saya cari awak jugak... tanya awak dari kawan-kawan awak... dari Danial...."

Aku tersentap. Dia tanya dari Danial...

Aku : "Apa yang Danial kata pasal saya?" sebenarnya aku sendiri takut kalau-kalau Danial bagitahu apa yang berlaku.

Syasya : "Nothing... dia tak cakap apa-apa pun..."

Aku membiarkan diriku kembali mengenang masa lalu. Masa yang aku sendiri harap ia akan kembali supaya aku mampu ubah ia menjadi baik.

Syasya : "Rayyan... boleh saya tanya sesuatu?"
Aku : "Tanya je Syasya..."
Syasya : "Saya harap awak tak kisah, tapi saya betul-betul tertanya-tanya... kenapa awak hilang macam tu je? Saya tahu yang awak ada perselisihan dengan Danial, tapi kenapa lepas tu awak terus hilang...? Bukan korang best buddies ever ke?"

Rayyan tergamam. Soalan yang dia sendiri tak tahu nak jawab macam mana.

Syasya : "It's ok kalau awak tak nak share apa yang berlaku, tapi where have you been Rayyan? Awak kawan baik saya ketika tu, awak tahu kan waktu tu saya lemah sangat... saya hilang sumber kekuatan saya waktu tu..."

Hampir menitis air mata lelaki aku, ya... sesungguhnya aku sendiri tertekan dengan diri aku, kalau aku berdiri untuk orang lain, siapa pula yang nak berdiri untuk aku?

Aku : "I am sorry Syasya, saya minta maaf... saya tahu awak dalam keadaan sedih waktu tu, dan kalau awak nak tahu saya juga ada masalah yang saya sendiri tak mampu untuk saya selesaikan, saya lemah juga ketika tu... saya takut... saya betul-betul perlu bersendiri untuk selesaikan masalah saya waktu tu..."

Syasya : "No, it is not your fault Rayyan... saya bukan lah salahkan awak, saya cuma cakap pada ketika tu sahaja, saya minta maaf, saya pentingkan diri sendiri, saya yakin sangat awak ada masalah ketika tu, kalau lah saya boleh tahu, dan mungkin saya boleh bantu awak..."

Aku : "U can't... Syasya... kita dah ada pada waktu sekarang kan... and sekarang awak nampak hebat, awak sangat ceria, awak bahagia... tapi saya perlukan jawapan untuk soalan saya ni..."

Syasya hanya tergelak, mungkin mendengar compliment yang pada nya ia sangat jujur untuk dirinya.

Syasya : "Apa dia tu Rayyan ?"
Aku : "Awak masih cintakan dia?"

Syasya masih tersenyum, tak nampak langsung mukanya kalut dengan soalan tu... mungkin dia dah tahu soalan tu akan ditanyakan juga.

Syasya : "Apa yang awak rasa?"
Aku : "Saya? Haha... saya tanya soalan tu sebab saya tak tahu la cik syasya oi..."
Syasya : "Awak... saya cintakan dia, atau saya tak cintakan dia tak penting pada saya, saya tahu saya ikhlas dulu, dan saya lepaskan dia juga dengan ikhlas dan redha... saya tak perlu untuk berdiri dengan bayang-bayang dia, sebab cinta tentang membiarkan orang yang kita cinta bahagia dengan pilihannya... doa sahaja yang mampu saya beri untuk dia..."

Aku hanya mendengar, jujur hati ni memang cukup tersentuh dengan apa yang Syasya bagitahu.

Syasya : "Rayyan... apa yang berlaku masa lepas, kita biarkan ia lepas, dan jangan sampai ia mengubah diri kita untuk masa hadapan, kita akan berubah, tapi biarlah berubah tu atas dasar diri kita dan ia di jalan yang betul... jangan kerana perkara lepas buat kita lupa diri kita, kita lari dari diri kita, mungkin ia baik, tapi kalau ia tak membantu untuk merubah diri kita, maknanya hati kita yang perlu berubah dulu..."

....................

'Jangan lupa ok malam ni, tak selalu pun aku minta kau pergi club, at least housemate aku ada untuk raikan birthday party aku kan, kawan aku semua ada sini... please...'

From : Azrul
Aku masih tenung phone aku. Kemudian, memandang diri aku kat cermin. Pikir sama ada betul ke perubahan yang aku lakukan ni sesuai untuk hari ni? Yelah, aku tak sangka pula hari ni hari jadi si Azrul tu. Aku terlupa. Hari ni aku habiskan masa dengan shopping, saloon, spa dan semuanya untuk kembali kepada bentuk asal aku. Sebenarnya inilah diri aku, aku tak tahu apa penerimaan Azrul dengan melihat diri aku yang lain, yang sebenarnya diri aku 3-4 tahun yang lepas.

Cuma satu je aku belum kembali kepada diri aku yang asal. Gym. Ya, kalau dulu aku rajin ke gym kerana memang diri aku minat nak ke gym bersama Danial, dah aku pun pemain rugby, mesti lah jaga badan....

9MM

Azrul Calling...

Azrul : "Kau kat mana..?"

Suara Azrul samar-samar, sebenarnya lebih kepada bunyi muzik yang bising.

Aku : "Aku dah kat luar ni, tadi cari parking, susah sangat..."
Azrul : "Ah... kau kemut sangat nak parking kat dalam la tu... ok, cepat, aku nak kau ada ambil gambar dengan aku time potong kek..."

Aku menggeleng. Kadang-kadang cara Azrul tu mendesak sangat. Jujur, aku dengan Azrul bukan lah berkawan baik, tapi aku yakin. Tak akan ada sesiapa yang suka mendengar kisah dia, cerita-cerita murahan dia, cerita tentang dirinya yang hot lah sangat di mata lelaki 'top'... kalau tak aku sendiri lah yang dengar, yelah... aku lebih kepada mendengar... orang macam tu suka lah bercerita tentang diri dia je.

"Hei.."

Satu sergahan. Hampir terkeluar perkataan 'pukimak' sebab sumpah terkejut yang amat.

Dia!

Aku : "Apa kau buat kat sini..."
Darwisy : "Celebrate birthday bestfriend U lah sayang..."

Entah kenapa aku benci perkataan sayang tu keluar dari mulutnya. Meluat.

Darwisy : "U look gorgeous tonight..."

Sindiran ke apa tu? Malas nak layan, aku segera melangkah ke dalam club tersebut, suasana yang amat bising. Bau yang meloyakan, asap sana sini, lampu yang macam nazak sangat... mana aku nak cari Azrul dalam gelap macam ni...?

Darwisy : "Sayang, tu..."

Tak perasan yang lelaki tu masih mengekori belakang aku, dan tiba-tiba berbisik di telinga ku sambil menuding jari ke arah satu sudut, yeahhh... Azrul dan kawan-kawannya.

Aku : "Hai, sorry lambat..."

Azrul tergamam melihat aku. Kenapa? Oh, mungkin dia terkejut tengok aku dengan Darwisy. Aku menoleh, eh? Mana jantan tu pergi? Hilang dari pandangan, tadi kata nak celebrate untuk Azrul sekali. Tak paham dengan lelaki tu.

"No way... ni ke housemate U, come on, he's hottt...."

Seorang daripada rakan Azrul menegur, tak lah lembut pun. Biasa je. Ada lah yang beberapa nampak lembutnya tu, tak semua... tapi mana Faiz? Mentang-mentang Azrul dah ada scandal baru, Faiz tu dibiarkan gitu je. Murahnya?

"And siapa pula ni? God, hottt sehhh... ooo, ni ke yang U tunjuk gambar dia tu, depan-depan lagi hottt ok, I Jimmy... U Mikhail Darwisy kan?"

Aku melihat Darwisy tersenyum melayan karenah kawan-kawan Azrul. Bangga lah tu orang puji-puji dia.

Azrul : "U datang jugak... I ingat U tak datang..."
Darwisy : "I tadi dah sampai tapi ada barang pula tertinggal... nah, for you..."

Darwisy menghulurkan sebungkus hadiah kecil, tak tahu lah apa dalamnya tu. Namun, yang lebih menggelikan, Azrul segera memeluk Darwisy di situ. Ok, ini sangat memalukan. Ke club ni dah jadi tempat freedom...? Dunia akhir zaman. Yang pening sekali, kawan-kawan Azrul bersorak sebab mereka berdua berpeluk. Apa jadah dia, ingat ni show cari menantu ke macam mana...

Aku membiarkan Azrul dan rakan-rakannya sibuk menari dengan tangan memegang air-air kencing setan. Kalau diikutkan nak je balik, dah lewat malam dah ni. Mata dah kuyu, walaupun esok tak kerja. Aku pun bukan suka dengan suasana macam ni, dari sihat-sihat je badan aku, terus macam nak demam dah ni. Mungkin sebab aku allergic dengan asap rokok. Tapi sebab nak tunggu countdown and potong kek si Azrul tu, aku terpaksa juga tunggu.

"Kenapa duduk sorang je kat sini? Tak join Azrul menari?"

Darwisy menyapa. Terus duduk bersebelahan dengan aku. Tangan lelaki tu cuba merangkul bahu aku, namun aku segera menolak kemudian bergalih ke hadapannya.

Darwisy : "Amboi, jual mahal..." lelaki tu mengenyitkan matanya.

Aku buat tak endah.

Darwisy : "So... malam ni balik ada ke mana-mana lagi ke?"

Aku tak menjawab. Kalau boleh tak nak lah berbual dengan lelaki tu. Tapi... ada soalan yang aku perlu tanya...

Aku : "Eh mana kau kenal aku haa?" agak kasar sikit suara, sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa aku benci sangat dengan dia. Tak tahulah.
Darwisy : "Tu tak penting sayang... dan lagipun malas nak cerita lah benda-benda tu... so, malam ni U tak balik rumah ke?"
Aku : "Kenapa? Kau nak balik rumah aku and tidur dengan Azrul ke? Eh apa salahnya tidur kat hotel... kat rumah aku jugak kau nak buat maksiat..."

Darwisy tergelak dengan kuat, kuat lah kalau tiada muzik tu.

Darwisy : "No babe, I nak bawa U balik rumah I..."

Darwisy tak memandang wajah aku, dia terus meneguk minuman berwarna kuning yang ada di tangannya tu. Tequila.

Aku : "Kesian Azrul dapat orang macam kau ni, menaruh harapan kat orang macam kau ni..."
Darwisy : "I tak bagi harapan pada dia baby, dia yang datang kat I..."
Aku : "Kau tak pikir untuk ada komitmen dengan dia?"
Darwisy : "What...? Wowww... Hahahaha, are U kidding me sayang... come on, I hanya buat sekali dengan someone, then I just tinggalkan dia... U kena tahu tentang tu..."

Aku hanya tersenyum. Ya, dasar PLU yang perasan diri dia bagus. Aku tahu dia memang 'HOT'... tapi fizikal tidak menangkap langsung mata aku, nak-nak dia dengan perangai tahi dia tu.

Aku : "Then kenapa kau pergi jugak birthday party dia ni?"
Darwisy : "Because of U dear, I tanya dia tadi before I bagi jawapan yang I pergi ke tak, sama ada U join tak party murahan ni... then he said yang U pergi, so I join lah... and jengah beberapa orang yang happy dengan layanan I... see that guy, wow, dia sangat hebat kat ranjang..."

Aku memandang ke arah tudingan jari lelaki tu. Bukan Azrul, tapi kawan dia. Lelaki tu ada rupa yang jambu... cute, ok... dah kena 'ngap' juga.

Darwisy : "Azrul pun not bad..." tambah lelaki jahanam tu.

Aku : "Hebat sangat lah tu..."

Darwisy : "U should try too... I janji yang U nak lagi, but for U baby, I akan cari U lagi... mungkin kita ada chemistry, kita tak tahu tu selagi kita tak terokai bersama... by the way, U look different tonight, maksud I, before ni gambar U tak sama macam apa yang I expect dengan diri U sekarang ni... sexy... "

Gambar mana?
Aku tergelak. Come on. Playboy mana ni nak usha aku hanya untuk bermalam bersama dia. Memandang kunci kereta yang dia keluarkan dari poketnya. Wow, Lamborghini. Patutlah orang senang tersungkur dengan lelaki ni. Orang kaya.

Aku : "Dan kau perlu tahu... rupa, dan apa yang kau ada, tak semestinya boleh memikat semua orang..."
Darwisy : "Are U sure about that sayang, I don't think so... PLU still PLU, even though U straight, fizikal adalah perkara utama.. tapi PLU tak lah pikir untuk bersama selamanya..."
Aku : "Tak tahu, tapi yang pasti kau cakap dengan orang yang salah..."
Darwisy : "Are U sure, I tahu U sayang... jangan pendam apa yang U rasa, somehow U kena lepaskan juga, tak rugi, kita bukan perempuan yang ada dara, dan boleh mengandung... kalau takut sakit, condom always there, sarung berapa banyak U nak, I hanya perlu sarung jelah sebab I sentiasa berada di atas... then BANG! Enjoy it, kita semua perlukannya sayang, U pun perlukannya, U sendiri pun dah buat benda tu... sex itu dah jadi keperluan dalam dunia sekarang baby..."

Aku mengetap gigi. Geram yang teramat. Rasa nak tumbuk-tumbuk muka dia. Dia perli aku ke macam mana.

Aku : "Kalau aku cakap aku tak pernah..."
Darwisy : "U tipu, tengok muka pun dah tahu... dah lah tu, jangan nak sembunyikan siapa diri U, jadi diri U... atau U nak I tolong U untuk cari siapa diri U. Tapi atas katil, U kena jadi bottom I lah, sebab I tak sentuh lelaki punya... hahahaha, I jamin, U akan rasa alive sayang... bagi peluang I buktikan... serious talk, orang lain pun tak dapat rasa, even Azrul pun tak rasa macam mana I akan buat untuk U sayang..."

Melampau. Tanpa berlengah aku segera mengambil botol arak yang masih penuh dan telah dibuka... tuang ke atas kepalanya, dan membiarkan air di dalam botol tu mencurah ke seluruh badannya. RASAKAN! Biar basah baju mahal dia tu.

Aku : "Sebelum kau pikir kau bagus, ingat malam ni... yang kau tewas dengan aku..."

Satu tumbukan padu betul tepat kena kat muka lelaki tu. Peduli pula aku kalau lelaki tu ada rupa model antarabangsa. Handsome tapi hati macam sial, apa guna?

ANTARA CINTA DAN NAFSUWhere stories live. Discover now