Episod 11 ( ANTARA CINTA DAN NAFSU )

2.4K 80 9
                                    

Selesai sahaja mandi, aku cuba untuk mengintai Darwisy dari dalam bilik air.

Terkesima.

Dia memandang tingkap kaca yang terang-terang akan nampak susuk tubuhnya dari luar, tak kisah pasal tu, yang kisahnya sekarang kenapa dia perlu hanya memakai brief ketat tu, dah tu warna putih pulak tu briefnya. Kenapa?

Aku : "Beb..."

Darwisy menoleh ke arah aku, ada senyuman ikhlas di bibirnya, nampak berbeza dengan senyuman dia yang sebelum ni.

Darwisy : "Kenapa U macam orang mengintai je tu, tak nak keluar bilik air ke?"

Aku menggeleng.

Aku : "Kau ada baju lebih tak, kalau boleh baju lengan panjang, aircond kau sejuk sangat... aku ni baru lepas mandi..."

Darwisy hanya menudingkan jari ke arah meja bersebelahan pintu bilik air berdekatan dengan aku. Aku hanya tersenyum memandang baju yang dah disediakan untuk aku.

Kembali masuk ke dalam bilik air. Segera memakai baju yang dibekalkan untuk aku.

Besar!

Menyarung boxer miliknya, besar juga! Nasib lah bahagian pinggang muat, tak lah nampak sangat aku pakai boxer, nampak macam aku pakai seluar pendek. Sangat memuaskan hati.

Memandang lengan dan pergelangan tangan aku. Memang betul panjang baju yang dia bagi aku ni, agaknya sebab badan dia over besar sangat kot dari aku ni. Bagus juga. Terkatup aurat gua malam ni. Seram ni berdua-duaan dengan orang macam tu. Aku memang tak ada feeling lah nak ter ter kan (kalian tahu apa yang saya maksudkan), tapi adakah dia mampu kawal nafsu dan godaan syaitan?

Aku tersengih dengan fikiran merepek aku.

Aku yakin dengan diri aku, aku mampu untuk kawal. Dalam hati, hanya berdoa yang terbaik.

Keluar semula dari bilik air tu.

Darwisy : "Besar juga badan I ya... tapi ok lah tu, at least baju besar nampak U lagi cute..."

Dia menghampiri aku. Dan terus menarik pergelangan tangan aku untuk melipat baju bahagian situ, nampak ketara lah yang saiz asian aku berbeza dengan saiz european dia tu.

Menggeletar bak hang! Kau mampu ke tahan dari pandangan someone yang HOT melampau, di tambah dengan hanya memakai sejemput kain yang alahai, senang cerita spender lah... mampu?

Mata bertentangan mata.

Aku hanya memandangnya, bukan lah aku nak tunjuk berani, tapi aku harap dari mata aku ni, dia paham keadaan yang aku tak nak sesuatu berlaku malam ni.

Darwisy : "Bibir U..."

Dia meniliti bibir aku.

Darwisy : "I suka tengok bibir U..."

Aku hanya menunduk, takut dipandang sebegitu.

Darwisy : "U know what Rayyan, U different... somehow I betul-betul nak tahu siapa U..."
Aku : "Errrr, Darwisy..."
Darwisy : "Yes..." perkataan tu perlahan, namun jelas didengari, mungkin sebab wajahnya hampir dengan aku.

Aku : "Errr, boleh tak kalau kau pakai seluar ke, apa ke... kau tak sejuk ke? Kau buka aircond, kat luar hujan lebat... kau nak juga tunjuk badan kau tu..."

Dia menggarukan kepalanya. Kemudian tersenyum.

Darwisy : "U tergoda ke?"

Aku buat muka annoying.

Aku : "Aku tidur luar ya, tak larat dah ni... kepala aku dah mula pening..."
Darwisy : "No, no... U kena tidur dengan I... tak kan I nak biar U seorang tidur luar... at least teman I malam ni..."

Aku tergelak. Cuba untuk memerli dalam gelak aku tu.

Aku : "Darwisy, kau tahu... it's not gonna work kau goda aku, i'm not buying it.."
Darwisy : "Adakah sebab Danial?"
Aku : "Danial..." aku berhenti seketika... cuba memikirkan ayat yang sesuai... "kau mungkin tak pernah rasa kasih pada seseorang, kalau kau rasa, kau mungkin tahu..."
Darwisy : "Cinta tak pernah betul Rayyan, it will kill you..."

Aku bergalih, duduk di birai katil... menunduk ke bawah sambil memerhati 'carpet' sutera yang menjadi selimut lantai rumah mewah ni...

Aku : "Aku tak salahkan cinta, aku salahkan nafsu... malam tu, sepatutnya aku dapat kawal nafsu aku, tapi aku beri sebab aku fikir, dia perlukan benda tu... aku tak salahkan cinta... sebab waktu tu, hati aku tak nak, cuma nafsu ketika tu, memang tak mampu aku kawal..."
Darwisy : "Rayyan, nafsu dan cinta saling memerlukan. Kalau cinta tu ada, tak mungkin dia tak berserta dengan nafsu... nafsu adalah cinta..."
Aku : "Yelah, mungkin... kau bi-sexual, apa yang kau rasa?"
Darwisy : "Aku? Apa yang aku tahu, aku mampu terangsang dengan kedua-duanya... cinta pada aku pemusnah, jadi... dalam hidup aku, tiada perkataan cinta..."

Kali ni Darwisy pula yang merenung ke lantai...

Aku termangu melihat dia. Adakah terlalu ego sangat dirinya sampai tak mampu ada rasa sayang?

Aku : "Kau rehat lah... aku tidur di luar ya, selamat malam..."

Aku melangkah ke pintu. Membiarkan dia diam. Mungkin dia perlukan ketenangan dengan apa yang dah dia kata tadi... 

Darwisy : "Rayyan..."

Berhenti seketika. Menoleh ke arahnya.

Aku : "Ya Darwisy..."
Darwisy : "Can U do me a favor?"

Aku mengangguk...

Aku : "As long bukan berkaitan sex, kiss, atau berkaitan dengannya..." aku tergelak dengan sendiri dengan jawapan aku.

Dia tersenyum.

Darwisy : "Boleh tak kalau U baring sebelah I, kita berbual sepanjang malam... I janji I tak akan sentuh U..."

Aku memandangnya... kemudian, mengangguk lagi sekali...
Aku : "So, kita nak berbual apa je?" aku tak memandang dia, sibuk selimutkan kaki aku. Sebenarnya aku memang agak kalah dengan sejuk. Maklum lah, duduk kat asia, beza dengan kulit orang putih.
Darwisy : "Boleh tak... kalau U, tanya apa-apa sahaja tentang I... apa yang U rasa U nak tahu.."

Aku diam. Memejamkan mata, cuba memikirkan apa yang patut aku tanya. Banyak sebenarnya nak ditanya.

Aku : "Kenapa kau nak sangat tahu pasal aku, nak keluar dengan aku lah... macam-macam lah kau buat, bagi hadiah semua..."
Darwisy : "Boleh tak soalan lain... soalan tu pasal U, bukan pasal I... tadi I dah puas tanya pasal U, tapi U seboleh-boleh nak elak kan..."

Aku buat muka muncung. Bukan nak tunjuk manja, tapi malu! Hahahaha.

Darwisy : "Sorry kalau U terasa, ok... I cuma nak dekatkan diri dengan U, I tak rasa perkara tu I perlu kata sekarang, memandangkan fungsi I malam ni hanyalah peneman U bila U sedih kan. I tak nak tambah kesedihan U, I rasa U selesa keadaan kita macam ni kan?"

Aku mengangguk...

Aku : "Ok, aku sebenarnya nak tanya kau... mana family kau yang lain?"
Darwisy : "Family I yang lain? Maksud U?"
Aku : "Rumah besar macam ni, mesti lah kau duduk dengan keluarga..."
Darwisy : "Ni rumah I, memang lah bukan hasil daripada I sendiri, lepas my mom meninggal, dia wariskan harta dia pada I, dia baru dua tahun meninggal, kemalangan jalan raya di Indonesia, dalam kereta tu dia bersama ayah tiri I... ayah tiri I tiada zuriat lain, dia hanya ada mama I dan juga I... jadi semua apa yang U nampak depan mata U, kereta, rumah... semuanya milik mama I dan ayah tiri I... dia hanya wariskan pada I... I tak mampu nak memiliki harta sebanyak ni... yes, ni rumah keluarga I, tapi sebelum ni I tak pernah stay sini... I ada apartment di JB, bandar JB, Aloha Tower tu, tapi sekarang I sewakan, sebab arwah mama I pesan dalam wasiatnya, yang I kena stay sini..."
Aku : "Sorry pasal tu... aku tak tahu pun, no wonder lah kau tak ada frame langsung dalam rumah ni..."
Darwisy : "I tak berminat nak kenang semua cerita dalam hidup I Rayyan... tak ada apa yang I rasa boleh buat I happy, nothing dalam hidup I... maybe U boleh kata I have everything in my life, tapi Tuhan tak pernah adil dengan I, Tuhan tu bagi I rasa sunyi sentiasa, sampai I rasa I manusia tiada hati sebenarnya..."

Aku hanya mengucap panjang mendengarnya. Jujur, kalau lah aku diberi peluang untuk bertanya hal yang lebih lanjut, aku rasa aku nak tahu siapa sebenarnya Darwisy. Mikhail Darwisy, insan yang aku benci, namun rasa kasihan tu wujud. Entah kenapa.

Aku : "Darwisy, Allah Maha Adil... kau kena tahu, Allah akan uji hamba-Nya yang DIA sayang, yang DIA tahu hamba-Nya tu mampu lawan ujian yang diberikan, berat mana ujian kau, kau tak boleh lupa, DIA tetap ada untuk hamba-Nya... cuma kita je yang lupa..."

Darwisy hanya diam memandang syiling. Lampu chandelier yang tergantung di syiling biliknya memang boleh membuat manusia yang melihatnya khayal.

Namun, tak tersangka. Wujud air mata di kelopak matanya.

Darwisy : "I have tried... bukan I tak cuba, tapi sentiasa gagal. I ada ayah yang tak pernah mengaku yang I ni anak dia. Dia benci I, dia benci mama I kerana tinggalkan dia. Mama I silap mungkin, tapi kenapa semua perlu disalahkan pada I. I tak tahu apa-apa, buat I tertanya, kenapa I perlu wujud dalam dunia sedangkan semua orang tak pernah terima siapa I..."

Dia menutup kedua belah matanya dengan tapak tangan. Aku yakin, dia cuba menyembunyikan tangisannya. Berat sungguh ke dugaan yang dilaluinya?

Darwisy : "I tak perlukan harta pun, I cuma nak I dihargai... dikasihi... macam anak-anak yang lain..."
Aku : "Sabar Darwisy, sabar... bawa beristighfar... luahkan segalanya, segala apa yang kau rasa, malam ni aku akan teman kau..."
Darwisy : "U baik sangat Rayyan, minta maaf selama ni kalau I berniat jahat dengan U... I memang berniat jahat dengan U Rayyan, if U want to hate me, U can just hate me... semua orang memang benci I..."
Aku : "Kau tetap manusia, bukan aku layak hukum kau... apa pun yang berlaku, aku maafkan kau, lagipun, tiada apa yang berlaku pada aku kan?"

Darwisy memandang aku...

Darwisy : "Kalau lah I boleh peluk U malam ni..."

Aku tergamam.

Darwisy : "No, no... I dah janji tak akan sentuh U... jangan risau ok... can U help me Rayyan?"

Aku mengangguk sambil tersenyum.

Darwisy : "Cerita lah pasal kerja U, I nak dengar juga, apa pendapat U pasal kewangan, dan apa yang U akan buat kalau U jadi I..."

Aku hanya menuruti apa yang Darwisy mahukan, bukan lah perkara yang susah, memandangkan kepakaran aku adalah bercerita tentang duit dan segala pengurusan kewangan, aku cerita satu persatu ideologi yang aku rasa ia benar, tapi hanya pendapat aku. Dan terus bercerita jikalau lah aku kaya seperti dia, apa yang aku nak lakukan.. dan sampai lah, aku sendiri tak sedar, Darwisy lena... aku kemudiannya tersenyum memandang wajah lelaki tu. Wajah tu cukup sempurna, tak tahu apa yang aku mampu katakan. Dia mempunyai bentuk wajah yang memang memukau.

Cuba menyentuh pipinya, tiada reaksi. Benar lah dia tidur dengan lena.

Aku berganjak dari katilnya, dan kemudian baring di sofa yang ada dalam biliknya. Fikir untuk rehat sahaja di sofa tu, tak berniat untuk melelapkan mata, memandangkan aku tak selesa tidur di rumah orang. Tapi, entah macam mana aku tertidur juga. Lena dibuai mimpi.

.................

Terjaga dari tidur. Aku segera memandang fon yang ada di sebelah aku. Pukul 6.30 pagi. Melihat badan aku diselimuti selimut. Kejap, kenapa aku ada di atas katil??? Bukan ke aku tidur kat sofa???

Melihat sebelah. Darwisy tiada. Memandang ke sofa, dia di situ rupanya. Melepaskan keluhan lega.

Aku merangkak perlahan bangun dari katil. Perlahan membuka pintu, kemudian memandang sekeliling.

Macam mana aku nak solat subuh?

Kemudian terdengar bunyi perbualan di bawah. Mungkin pembantu rumah Darwisy.

Patut ke aku turun ke bawah?

Alang-alang tu tanya lah kiblat kat mana dan mungkin ada kain pelikat lebih untuk aku solat.

Aku perlahan menuruni tangga. Memandang kelibat seorang makcik, aku agak dia melayu mungkin.

Aku : "Assalamualaikum makcik..."

Makcik tu memandang aku dalam keadaan terkejut.

"Wa'alaikumussalam..." perlahan sahutannya.

Aku : "Maaf makcik, tumpang tanya, kiblat arah mana ya?"

"Arah sana..." teragak-agak jawapannya.

Aku : "Makcik ada kain pelikat lebih tak?"

Makcik tu mengangguk perlahan, kemudian dia bergegas ke satu bilik. Dalam beberapa saat, dia keluar membawa kain pelikat dan tuala.

"Kamu dah berhadas ke?"

Aku menggaru kepala.

Aku : "Apa maksud makcik?"

"Mana tahu kalau kamu belum berhadas, makcik sediakan tuala untuk kamu..."

Aku : "Makcik tahu ke hal peribadi Darwisy..." kepala aku berlegar-legar soalan pelik-pelik. Ingin tahu.

Dia mengangguk perlahan. Tiba-tiba muncul seorang anak kecil memegang tangan makcik tu.

Aku memandang anak kecil tu sambil tersenyum. Mungkin dalam lingkungan umur 3 atau 4 tahun. Tak mungkin anak makcik tu, memandangkan aku jangka umur makcik tu tak lah sesuai untuk ada anak sekecil ni.

Aku : "Hai..." mencuit pipi anak kecil tu.

Aku : "Ni cucu makcik ke?" memang aku ni jenis banyak tanya kan...
Makcik : "Bukan lah, anak Darwisy, Danny salam uncle..."... makcik tu mengarah anak kecil tu bersalaman dengan aku.

Aku tergamam. Anak Darwisy?? Dia dah berkahwin lah kiranya. Tapi kenapa wajah anak kecil tu tak sama seperti ayahnya? Nampak muka melayu budak tu. Tak seperti ayahnya, lebih kepada Pan-Asian. Bukanlah kerana kulitnya, cuma mata lelaki tu jelas menunjukkan yang dia bukan seperti orang melayu. Tapi agaknya, kalau mata biru tu bertukar warna hitam, hilang lah Pan-Asian nya tu.

Makcik : "Minta maaf kalau makcik tadi menyampuk dalam urusan kamu dan juga Darwisy, harap tak lah kamu bercerita dengannya..."
Aku : "Mungkin makcik tahu hal Darwisy, saya pun bukan lah kenal dia sangat, tapi, apa yang makcik fikirkan tu, sama sekali bukan lah saya... saya cuma kawan dia..."

Makcik tu mengangguk tanda memahami apa yang aku cuba sampaikan.

Aku : "Makcik ada nombor teksi tak? Saya tak ada simpan pula mana-mana nombor teksi... lepas solat ingat nak terus pulang..."
Makcik : "Makcik tak ada pula nombor teksi, tapi kamu boleh tumpang Pakcik Jais, suami makcik, dia pun tolong-tolong makcik di sini, dulu dia driver untuk keluarga Darwisy... tapi sekarang Darwisy memang tak perlukan driver, tapi dia tak pula berhentikan kami, kami masih berkhidmat lagi di sini, biasanya Pakcik Jais sampai dalam pukul 6.45, nanti makcik cakapkan ya hantarkan kamu pulang..."

Aku mengangguk. Rezeki jangan ditolak. Tak nak aku nak susahkan Darwisy, memandangkan lelaki tu nampak keletihan.

..................

(Di sudut lain, Mikhail Darwisy)

Darwisy membuka kelopak matanya, terasa berat kerana masih mengantuk. Di tambah pula badannya kurang rasa selesa akibat tidur di sofa. Kemudian dia menjeling ke arah katil, tiba-tiba dia teringat Rayyan. Nak juga dia melihat Rayyan dalam keadaan tidur. Mesti comel. Namun, dia melihat katilnya tersusun rapi, seperti sudah di kemas. Dia segera membuka pintu bilik air, mungkin Rayyan ada di bilik air. Tiada.

Kembali semula ke katil. Memandang sepucuk nota.

'Terima kasih'

Darwisy menggaru kepalanya.

"Terima kasih je? Tak mungkin dia tinggalkan aku..."

Darwisy meraup wajahnya.

Rayyan. Rayyan Dasuki. Lelaki tu tinggalkannya.

Selama ni, dia akan pastikan dia akan bangun dahulu, kemudian dia akan cuba mengelakkan diri dengan mana-mana teman yang dia bawa balik ke rumah, atau ke hotel. Alasannya, kerja... atau ada hal yang segera perlu diuruskan. Tu jikalau dia rasa ingin bagitahu. Ada juga dia hanya tinggalkan temannya tu tanpa apa-apa kata sekalipun. Kekasih hanya untuk semalaman.

Tapi kali ni. Dia ditinggalkan?

Darwisy tersenyum. Benarlah Rayyan Dasuki bukan seperti orang lain yang mudah jatuh dek kerana nafsu, ataupun apa yang dirinya miliki. Benarlah apa yang dia tahu selama ni tentang Rayyan tu hanya cerita yang silap. Dia kenal Rayyan, bukan sebab dia dah kenal lama. Tapi pelbagai cara dah pun dia lakukan, tetap lelaki tu tak goyah dengan godaannya.

Hatinya terasa sesuatu. Sesuatu yang selama ni dia cuba nafikan wujud dalam dirinya.

Adakah ini cinta? Tak pernah dia rasa sebegini, memikirkan seseorang terlalu lama.

"Aku perlu cari jawapan untuk ini..."

Darwisy bergegas turun ke tingkat bawah rumahnya. Segera ke garaj keretanya.

Pakcik Jais : "Kamu nak ke mana tu Darwisy?"
Darwisy : "Pakcik, ada nampak tak lelaki keluar dari rumah saya pagi tadi?"
Pakcik Jais : "Pakcik ni baru sahaja pulang dari hantar Rayyan rakan kamu tu... kenapa Darwisy?"
Darwisy : "Oh pakcik hantar dia ke? Baguslah macam tu..."

Darwisy segera menghidupkan enjin kereta Mini Coopernya dan segera keluar dari perkarangan rumahnya.

Maksom keluar dari rumah, setelah terdengar perbualan suaminya dengan Darwisy. Kemudian segera mendapatkan suaminya.

Maksom : "Tu nak kemana tu bang si Darwisy tu?"
Pakcik Jais : "Tak tahu lah saya Som... saya risau juga tadi, yalah, mana dia kasi kita campur hal peribadi dia selama ni... takut dia marah saya, tapi nampak dia ok je tadi..."
Maksom : "Budak bertuah ni, keluar dengan seluar pendek dengan singlet macam tu je? Saya dah buat sarapan untuk dia..."
Pakcik Jais : "Biarlah dia Som... budak Rayyan tadi nampak sopan, baik budaknya..."
Maksom : "Yalah, budak tu memang baik, Som fikir tu hanya kawan dia je kot..."
Pakcik Jais : "Tak apa lah Som, kita sama-sama doa untuk Darwisy tu ya... budak Darwisy tu bukan lah jahat pun, dia baik dengan kita... tak macam ayah tirinya..."

Maksom hanya mengangguk. Sungguhpun dia tahu Darwisy memang liar, dengan kehidupan sosialnya, namun, dalam hatinya, dia kasihan melihat Darwisy... dia tahu apa yang Darwisy pikul dalam kehidupannya.

....................

Aku membancuh milo panas. Mata sebenarnya dah kuyu. Tapi melihat baju, seluar, spender yang berterabur di ruang tamu rumah membuat hati aku cukup panas! Menggelegak kepala aku!

Azrul, azrul! Bila entah perangai nak berubah. Dah lah aku panas dengan perangai dia semalam. Aku yakin dia dengan Didie berkomplot untuk kenakan aku semalam. Ni tambah lagi dengan perangai murahannya...

Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari bilik Azrul.

Muka dia agak terkejut melihat aku.

"Sorry, siapa kau?"

Aku : "Aku patutnya tanya siapa kau..."

Azrul muncul dari belakang lelaki tu...

Azrul : "Bie, jangan layan dia... bie kata nak balik... nanti sayang datang rumah bie ok..."

Lelaki tu hanya bertuala, kemudian mengambil baju dan seluar dalam yang terlentang depan mata aku. Kemudian, lelaki tu hanya memakai depan mata aku... berani sungguh. Pada aku sungguh biadab kot. Matanya adakalanya melihat aku sambil memakai bajunya.

Setelah siap, lelaki tu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku. Aku tak menyambutnya. Sudah tentu lah aku fikir tangan tu mesti ada bekas-bekas air nikmat mereka berdua. Tak ingin aku nak menyentuhnya. Jijik.

Lelaki tu hanya tersenyum. Mungkin memerli akibat melihat kesombongan aku. Kemudian, dia berlalu pergi.

Azrul hanya menutup balik pintu rumah.

Aku : "Dah berapa kali aku kata, jangan bawa balik lelaki dalam rumah ni..."
Azrul : "Alaa... bising lah pagi-pagi nak memekak!"
Aku : "Eh aku cakap betul, kau buat perangai ni, baik kau berambus dari rumah ni... aku tak fikir panjang dah... kau fikir lah, kau nak teruskan atau tak duduk rumah ni..."
Azrul : "Ok, aku keluar dari rumah ni... ingat aku hadap sangat duduk dengan orang yang tak sedar diri macam kau. Kalau aku jadi kau, aku malu lah tergedik-gedik dekat orang yang tak nak dengan aku, dah tu goda dia sampai tidur dengan kau. Kau fikir kau bagus sangat nak nasihatkan aku, padahal kau sama je, malah lebih teruk dari aku..."
Aku : "Kau cakap je lah apa yang kau nak cakap Azrul... aku tak heran lah, bukan aku malu pun, apa kau tahu pasal aku? Tak tahu kan... kalau aku tak buat semua tu, kau pun bukan percaya... kau dengan PLU-PLU murahan macam kau, boleh jahanam dengan hidup kau..."
Azrul : "Kau tak reti cermin diri kau eh Rayyan... geli lah aku tengok, cermin diri kau sebelum kau fikir kau bagus sangat. Konon lah nak goda orang kaya, handsome... tapi kau tak tengok diri kau macam mana..."

Aku hanya menggelengkan kepala. Ikut hati, nak bergaduh macam ni tak guna. Nak je aku tangan kan si Azrul tu.

Tiba-tiba ada ketukan pintu.

Azrul membuka pintu.

Baik aku, baik Azrul, dua-dua terkesima melihat lelaki yang ada di depan pintu rumah aku.

Mikhail Darwisy.

Azrul : "U, apa yang U buat kat sini pagi-pagi..?"
Darwisy : "Rayyan ada?"

Azrul merengus kasar.

Aku hanya melihat Darwisy. Tertanya, kenapa dia datang sini?

Darwisy : "I nak cakap dengan U Rayyan..."
Azrul : "Buat apa U cari dia?"
Darwisy : "Kenapa? Tak boleh ke?"

Azrul hanya mengangkat bahu, kemudian dia mencebik kan mulutnya ke arah aku dan bergegas ke biliknya sambil menghempas pintu.

Aku memandang Darwisy masuk ke rumah aku, dengan selamba dia duduk di kerusi yang ada di ruang tamu rumah aku.

Darwisy : "Kenapa dengan Azrul tu?"
Aku : "Entah, pagi-pagi dia dah cari pasal dengan aku..."
Darwisy : "Tak nak cerita?"
Aku : "Scandal kau tu, ada ke aku balik-balik nampak baju, spender, seluar bersepah kat ruang tamu aku ni, yang tu bukan lah ceritanya, aku tak suka dia bawa balik lelaki kat rumah aku ni..."
Darwisy : "Dia pernah bawa balik I..."
Aku : "Ya, termasuk kau lah..."
Darwisy : "Tapi tak ada apa yang berlaku. Give him blowjob je..."
Aku : "Aku tak tahu 'blowjob' tu tak ada apa-apa yang berlaku ya... senang cerita, nak buat apa-apa jangan kat rumah aku. Hotel banyak..."
Darwisy : "Hahaha, jangan marah... now I cukup marah bila ada orang tu tinggalkan I tanpa ucap selamat tinggal pun..."

Aku memandang wajah Darwisy. Dia bercerita pasal aku ke?

Darwisy : "It is not polite, bila kita perlukan someone, katanya sebagai peneman bila dalam keadaan sedih, tapi esoknya, kita tinggalkan dia macam tu je..."
Aku : "Aku rasa kau dah biasa tinggalkan orang macam tu je... then kenapa perlu kali ni kau marah pula ya?" sengaja mengajukan soalan memerli.
Darwisy : "U tinggalkan I, dalam keadaan I perlukan sesuatu dari U.."

Darwisy mengambil cawan dari tangan aku. Kemudian, dia terus menghirup air yang baru aku buat tadi.... diminumnya habis...

Darwisy : "Sedap air yang U buat, tak nak buat breakfast ke untuk I?"

Aku menggelengkan kepala. Masih lagi tertanya dengan apa yang dah dikatakan oleh Darwisy tadi.

Aku : "Kau perlukan sesuatu dari aku?"
Darwisy : "I tahu U fikir sesuatu... I need U as a friend... seseorang yang I boleh percaya... at least, I tahu, I ada someone yang I boleh berbual bersama..."

Aku kemudian tersenyum.

Aku : "Apa jaminan yang kau tak tipu aku dengan niat kau tu?"
Darwisy : "Kita buat buat agreement, kalau I tipu U, U boleh ambil mana-mana je kereta I sebagai cagaran untuk agreement ni..." dia tersenyum. Matanya tak lepas dari memandang aku.
Aku : "Banyak syarat nak berkawan dengan aku..."
Darwisy : "Ok, I cuba penuhi syarat tu..."
Aku : "First of all... jangan guna perkataan I U tu, kita bukan dalam situasi romantik pun... kau aku... more simple..."
Darwisy : "U rasa I romantik ke?"
Aku : "Ahaaa... dah langgar syarat pertama..."
Darwisy : "Ok... ok, kau rasa aku romantik ke?"
Aku : "Sangat... tapi memandangkan tu memang diri kau, aku susah nak kata apa... lagipun ia tak menjejaskan aku sangat..." aku tak memandangnya, hanya bergerak untuk ke dapur.

Darwisy mengekori aku dari belakang....

Aku : "Kau nak makan apa? Sandwich tuna atau telur ok? Nanti tengahari aku masak lah..."
Darwisy : "Yeayyy, ada orang nak masak breakfast and lunch sekali... so, aku stay sini lah hari ni"
Aku : "Tapi kau tak boleh lah nak stay up sini, esok kau kerja kan... aku pun kerja..."
Darwisy : "So, apa kaitan dengan aku kerja, kau kerja tu?"
Aku : "Jangan banyak bunyi lah... kau nak minum apa ni?"
Darwisy : "Nak susu..." sengaja memuncungkan bibirnya sambil berkata dengan pelat.

Aku tegelak dengan perangai Darwisy. Mungkin dia sebenarnya lelaki yang manja, kalau betul dia kekurangan kasih sayang, apa salahnya aku beri sebagai kawan... tapi, mampu ke aku dan dia kekalkan benda ni sebagai persahabatan. Kita tak tahu apa yang berlaku masa hadapan... aku hanya menikmati masa ni untuk membuang rasa luka semalam... mungkin... mungkin... tapi apa pula niat Darwisy? Kita semua tidak tahu kan....

ANTARA CINTA DAN NAFSUWhere stories live. Discover now