BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENT

By ejenfatini

88.3K 7.1K 1.4K

๐Ÿ’Ž [ ๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ณ ] ๐Ÿ’Ž โ‡› แด›สœษชส€แด… ส™แดแดแด‹ โ‡š SINOPSIS: BoBoiBoy yang terkena tembakan sinaran daripada Adudu... More

โšซ PROLOG โšซ
๐Ÿ’Ž [1] Tembakan Sinaran Z
๐Ÿ’Ž [2] Hilang Ingatan
๐Ÿ’Ž [3] Gempa Kembali
๐Ÿ’Ž [4] Thorn & Solar
๐Ÿ’Ž [5] Kuasa Seterusnya
๐Ÿ’Ž [6] Taufan Yang Manja
๐Ÿ’Ž [7] Terjumpa Dengan Solar
๐Ÿ’Ž [8] Kapten Kaizo vs Mr. X
๐Ÿ’Ž [10] Hero
๐Ÿ’Ž [11] Operasi
๐Ÿ’Ž [12] Dibuli
๐Ÿ’Ž [13] Tangisan Thorn
๐Ÿ’Ž [14] Motif
๐Ÿ’Ž [15] Dikawal
๐Ÿ’Ž [16] Kristel-kristel
๐Ÿ’Ž [17] Tolong
๐Ÿ’Ž [18] Maaf
๐Ÿ’Ž [19] Kehidupan Boboiboy
๐Ÿ’Ž [20] Lelaki Tua, Sweedex
๐Ÿ’Ž [21] Pergi TAPOPS
๐Ÿ’Ž [22] Kembali
๐Ÿ’Ž [23] TAPOPS Diserang
๐Ÿ’Ž [24] Identiti Sebenar
๐Ÿ’Ž [25] Serangan Kedua
๐Ÿ’Ž [26] Kuasa Penuh
๐Ÿ’Ž [27] Kisah Silam
๐Ÿ’Ž [28] Perlawanan
๐Ÿ’Ž [29] Bangkit
๐Ÿ’Ž [30] Kemenangan
โšซ EPILOG โšซ

๐Ÿ’Ž [9] Senjata

2.7K 264 30
By ejenfatini

"Tunggu!!! Huh huh!" Solar tersedar daripada mimpi maya. Peluh yang keluar dilap dengan kasar menggunakan telapak tangan kanannya.

"Kau okey?" soal Ais yang sedang berpeluk tubuh pada dinding bilik itu. Dia sebenarnya dah terjaga dari tadi. Jadi, dialah saksi kepada Solar yang meracau tiba-tiba memandangkan dia disuruh oleh Gempa untuk menjaganya.

Solar yang mendengar terkejut. Lantas dia menoleh ke arah kanannya. "Kau?! Aku....kat mane ni?"

"Kat rumah kitalah.." ujar Ais malas. Dia nak sambung tidur tapi, disuruh pula jaga budak poyo ni. Apelah nasib. 😂

Solar mengerutkan dahinya. "Bila masa pulak aku satu rumah dengan kau?"

Ais sabar. Kalau dia tak ada sifat sabar, kang nanti bilik ni jadi beku pulak. "Sejak kita ada kuasa.." jawabnya selamba.

"Kiranya, kau pun ada kuasalah ni? Aku ingatkan aku sorang je yang ada kuasa.." ujar Solar yang Ais rasa ada sedikit perasaan berlagak di situ.

"Tak payahlah poyo sangat.. Dah, aku nak panggil Gempa.." Baru sahaja Ais ingin keluar, Solar tiba-tiba melompat di atas katil seperti kanak-kanak 6 tahun.

"Yeay!" Terlompat-lompat dia di atas katil itu.

Ais yang melihat sudah ternganga. Ni ke adik dia? "Woi! Sudahlah! Nanti patah katil tu siape nak tanggung?!"

Solar berhenti seketika lalu menjeling ke arah Ais. "Biarlah.. Kau kata ni rumah kita, kiranya ni pun katil kita.." Dia kemudian sambung melompat.

Ais sudah menepuk dahinya. "Gempa!! Kau tengok adik kau ni!!"

"Hah?! Kenapa kenapa?!" Tak sampai 10 saat, Gempa sudah terpacak di pintu.

"Allahu Akbar!" Kus semangat! Nak terkeluar jantungnya bila Gempa tiba-tiba muncul. "Haih, kot ye pun bagilah salam.. Terkejut aku.." ujarnya yang sedang mengusap dadanya.

Gempa tersengih. "Dah kau panggil macam ada perompak, aku cepatlah datang.." Gempa memandang ke arah solar. "Eh, dia dah bangun ke?"

"Hmm" balas Ais ringkas. Merajuk ke Ais? 😂

"Solar" Pergerakan Solar terhenti ketika Gempa menyebut perkataan itu. "Macam mana aku ada dekat sini?" suaranya berubah dingin tapi tidak sedingin Halilintar.

"Aku yang bawa.. Lagipun, kecederaan kat tangan kau teruk.." ujar Gempa perlahan.

Solar memandang ke arah tangan kanannya. Baru dia perasan tangan dia berbalut. "Terima kasih sebab rawatkan.. Dahlah, aku nak balik.."

Ais tersenyum sinis. "Balik? Kau ade rumah ke?"

Soalan Ais membuatkan Solar terkejut besar. Macam mana Ais tahu yang dia takde rumah? Solar berdehem. "Ape kau cakap ni? Aku mestilah ada rumah.." ujarnya cuba berlagak tiada apa-apa berlaku.

Ais mengangkat kening. "Kau pasti? Bukan kau tinggal kat tepi jalan ke? Kat perhentian bas? Kat depan kedai? Hm?"

Gempa memandang pelik ke arah Ais. Sejak bile Ais banyak cakap? Walaupun Ais merungut, tapi sekejap je lepastu, dia tak buat pun kerja yang disuruh. Gempa hanya jadi pemerhati. Harap tiada berlaku peperangan.

Solar tersentak. Dia tertunduk. Betul, selama ni dia tinggal di tempat yang Ais sebut. Tapi, dia dah takde keluarga, nak buat macam mana?

"Kalau ye pun kenapa? Ada kaitan dengan kau ke?" soalnya berlagak sambil berpeluk tubuh dan memandang sinis ke arah Ais.

Ais pula tersenyum tenang. Solar dah rasa pelik. Dah kenapa dia tersenyum?

Ais perlahan-lahan mendekati Solar lalu menepuk bahunya. "Mestilah ada kaitan.. Kau kan adik aku.. Aku tak naklah penderitaan kau tu berulang semula.."

Solar memandang ke arah Ais dengan muka yang tidak percaya. "Kau biar betul? Tadi bukan main lagi soal aku macam aku ni pesalah.." Solar mencebik.

Ais ketawa. "Hahaha! Buruknya muka kau!" Dengan itu, dia segera melarikan diri apabila Solar berura-ura hendak mengejarnya.

"Tunggu kau!" Solar mengejar Ais yang keluar dari bilik itu.

Gempa pula hanya menggelengkan kepalanya. Seketika, dia rasa dia dipulaukan pula tadi. Dahlah, malas nak fikir, dia terus ke dapur. Eh, rasanya dia macam terlupa sesuatu.

"Gempa!! Makanan mane?!" Hah, kan dah cakap dia terlupa. Taufan dan Thorn dah tunggu lama untuk makan. Tak sangka pula Gempa lupa.

Gempa yang baru tiba tersengih. Comel pulak bila tengok muka cemberut mereka berdua. "Sorry.. Aku lupa nak masak.. Okey, aku masak sekarang juga!"

Taufan dan Thorn hanya mengeluh. "Eh, mane Ais dan Solar?" soal Taufan.

"Oh, diorang main kejar-kejar tadi.." ujar Gempa sambil memanaskan minyak.

"Oohh.." balas mereka berdua serentak. "Kejap, diorang main kejar-kejar?! Kenape tak ajak?!"

Apalagi, mereka berdua pun pergi ke arah ruang tamu di mana Ais sedang menyorok di bawah sofa dan Solar dalam pencarian mencari Ais.

Gempa pula sudah menggelengkan kepalanya. Takpelah, nanti kalau dah siap, dia panggil adik-adik dia untuk makan bersama.

~~~

"Bos, ada orang nak jumpa.." ujar pembantu bernama Felixa pada nametag nya. Dia tersenyum nipis.

Mr. X langsung tidak mempamerkan senyuman. "Siapa?"

"Encik Bagogo.." Felixa mengerling ke arah belakangnya. Takut juga dia kalau-kalau Bagogo tu masuk secara haram. Dah berkali-kali jugaklah dia cuba halang Bagogo tu daripada masuk.

"Bagi dia masuk.." ujar Mr. X.

Felixa hanya mengangguk kepala lalu beredar untuk menyuruh Bagogo masuk ke dalam bilik Mr. X.

"Apa khabar Mr. X?! Sayalah Bagogo, penjual senjata haram.." sapa Bagogo ceria, namun, sapaannya dibalas dengan muka dan pandangan yang dingin. Dia menelan air liur.

"Erm, hah! Apa hajat Mr. X panggil saya? Nak beli senjata?" Bagogo sedaya upaya menutup perasaan takutnya.

"Hm, kau ada senjata apa-apa je kan?" soal Mr. X sudah sekian lama mendiamkan diri. Memang dia yang panggil Bagogo untuk datang ke sini.

"Eh, mestilah! Semua senjata apa pun saya ada! Hah, siap ada diskaun!" Bagogo membalas ceria walaupun perasaan takut bertandang dalam hati.

"Hmm, aku nak kau carikan aku satu senjata ni.." Mr. X mula berdiri sambil membelakangkan dirinya daripada Bagogo.

"Apa senjata itu Mr. X? Saya akan cari secepat mungkin!" ujar Bagogo yakin.

Mr. X tersenyum sinis.

~~~

"Gempa, aku dan Thorn nak jalan-jalan kat taman sekejap.." ujar Taufan. Thorn yang berada di sebelah Taufan sudah teruja nak jalan-jalan.

"Hah? Yelah.. Balik sebelum pukul 6 petang.." pesan Gempa yang sedang mengemas rumah. Ais dan Solar pula berada di bilik. Rasanya pertengkaran kecil mereka belum selesai.

"Baik!"

Taufan dan Thorn berjalan seiringan menuju ke taman. Bangku dituju lalu diduduk oleh mereka.

"Taufan, sebenarnya kita semua ni ada berapa adik-beradik?" soal Thorn. Dia sebenarnya dah ada niat nak tanya, tapi, dia asyik terlupa. Jadi, dia ambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Taufan.

"Hmm, Gempa cakap tujuh.. Kiranya, ada dua orang yang belum kita jumpa.. " ujar Taufan sambil memegang dagunya lagak berfikir.

"Hm, agak-agak dua orang tu garang tak? Sebab sekarang ni, belum ada adik-beradik kita yang garang.." ujar Thorn sambil berfikir.

Taufan turut berfikir. Hm, Ais seorang penyabar. Dia pula periang. Thorn lurus bendul. Gempa pula bertanggungjawab dan Solar kuat berlagak. Kata-kata Thorn betul. Belum ada lagi adik-beradik mereka yang garang.

"Agak-agak kalau ada adik-beradik kita yang garang, apa akan jadi?" soal Thorn yang cuba memikirkan idea kepada soalannya itu. Taufan turut berfikir.

Setelah 15 minit berfikir, Taufan dan Thorn berputus asa. Mata Thorn yang memandang sekeliling, tertancap pada sebuah kereta aiskrim. Matanya bersinar. "Taufan! Ada orang jual aiskrim! Jom beli!"

Taufan menoleh ke arah kereta yang dikatakan oleh Thorn. Mata dia turut bersinar. "Jom!"












Bestnya diorang beli aiskrim😂 Jangan lupa vote dan komen! ^^

Continue Reading

You'll Also Like

45.2K 1.6K 20
Dalam buku ni,cerita pasal Hali kena seksa dengan Gempa untuk keseronokkan. Hali semakin lemah dan tidak terdaya untuk melawan Gempa. Dia dikurung di...
6.6K 804 31
Status: [Completed] ------? 'kau dah tak sayang aku ea?' 'aku sayang kau Cuma...' 'kau benci aku kan? Oky' 'gomenne..' ------! 'hiks..Hiks..Jangan ti...
25K 896 23
Boboiboy mempunyai seorang abang bernama Akira(OC). Dia mempunyai kuasa elemental termasuk la elemental kegelapan. Akibat kuasa elemental kegelapam t...
25.7K 556 32
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :