BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENT

By ejenfatini

88.1K 7.1K 1.4K

๐Ÿ’Ž [ ๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ณ ] ๐Ÿ’Ž โ‡› แด›สœษชส€แด… ส™แดแดแด‹ โ‡š SINOPSIS: BoBoiBoy yang terkena tembakan sinaran daripada Adudu... More

โšซ PROLOG โšซ
๐Ÿ’Ž [1] Tembakan Sinaran Z
๐Ÿ’Ž [2] Hilang Ingatan
๐Ÿ’Ž [3] Gempa Kembali
๐Ÿ’Ž [4] Thorn & Solar
๐Ÿ’Ž [5] Kuasa Seterusnya
๐Ÿ’Ž [7] Terjumpa Dengan Solar
๐Ÿ’Ž [8] Kapten Kaizo vs Mr. X
๐Ÿ’Ž [9] Senjata
๐Ÿ’Ž [10] Hero
๐Ÿ’Ž [11] Operasi
๐Ÿ’Ž [12] Dibuli
๐Ÿ’Ž [13] Tangisan Thorn
๐Ÿ’Ž [14] Motif
๐Ÿ’Ž [15] Dikawal
๐Ÿ’Ž [16] Kristel-kristel
๐Ÿ’Ž [17] Tolong
๐Ÿ’Ž [18] Maaf
๐Ÿ’Ž [19] Kehidupan Boboiboy
๐Ÿ’Ž [20] Lelaki Tua, Sweedex
๐Ÿ’Ž [21] Pergi TAPOPS
๐Ÿ’Ž [22] Kembali
๐Ÿ’Ž [23] TAPOPS Diserang
๐Ÿ’Ž [24] Identiti Sebenar
๐Ÿ’Ž [25] Serangan Kedua
๐Ÿ’Ž [26] Kuasa Penuh
๐Ÿ’Ž [27] Kisah Silam
๐Ÿ’Ž [28] Perlawanan
๐Ÿ’Ž [29] Bangkit
๐Ÿ’Ž [30] Kemenangan
โšซ EPILOG โšซ

๐Ÿ’Ž [6] Taufan Yang Manja

2.9K 260 62
By ejenfatini

"Jangan lari!!" jerit Fang dan Yaya yang sedang terbang mengejar Boboiboy Taufan yang terbang dengan adanya pokok di belakangnya.

Dengan kudrat yang ada, Boboiboy Taufan segera melepaskan diri daripada ikatan itu dan serta merta, pokok yang diikat pada dirinya jatuh ke bawah.

"Alamak!" Yaya segera menangkap pokok itu sebelum menghempap seekor kucing di situ. Kucing itu hanya memandang pelik ke arah Yaya yang sedang tercungap-cungap. "Selamat.."

"Yaya! Mana Boboiboy tu?!" soal Ying sebaik sahaja berlari menuju ke arah Yaya.

"Dia ada kat depan sana! Jom kita kejar!" Yaya dan Ying segera mengejar Fang dan Boboiboy Taufan dari belakang.

~~~

"Korang siape hah nak tangkap aku?! Aku bukannya buat salah! Aku cuma nak bebas! Salah ke kalau aku nak bebas?!" jerit Taufan yang sedang diikat dan diawasi oleh Fang yang berada di belakangnya. Ya, Taufan berjaya ditangkap, sekali lagi.

"Sabar Taufan.. Kau kena tenang.." ujar Ochobot yang risau dengan keadaan Boboiboy itu. Entah kenapa Boboiboy ini ada sesuatu yang tidak kena.

Taufan menggetap bibirnya sambil memalingkan mukanya dari mereka semua. Mereka yang melihat hanya menunggu kedatangan Gempa.

"Korang!" Suara seseorang menyebabkan mereka semua menoleh ke arah gerangan yang memanggil, termasuk Taufan.

Taufan tersentak dan terkejut. Muka Gempa, Ais dan Thorn sama macam dia kecuali warna baju dan posisi topi mereka.

"Boboiboy! Kitorang berjaya tangkap Boboiboy Taufan!" ujar Gopal yang sememangnya tak membantu pun tadi. Fang, Yaya, Ying dan Ochobot menjeling ke arah Gopal. Gopal hanya tersengih.

"Eh Gempa.. Ni pun kembar kita ke?" soal Ais sambil memandang ke arah Taufan.

Gempa mengangguk lalu cuba mendekati Taufan. Langkahnya terhenti sebaik sahaja Taufan bersuara. "Kau siapa?! Kenapa muka kau sama macam aku?!"

Tersentak Ochobot, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Ais dan Thorn. Ini ke Taufan yang periang tu? Kenapa dia nampak marah? Taufan tidak pernah menengking walaupun ketika marah. Tapi pernah ke Taufan marahkan orang?

Gempa hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Taufan. Dari sudut pandangannya, dia tahu, Taufan bukan marah, tapi dalam perasaan takut. "Kau...tak ape-ape? Kau...trauma ke?"

Terkaku Taufan mendengar perkataan 'trauma'. Ya, dia memang trauma. Taufan hanya mendiamkan diri.

Gempa tersenyum lalu duduk di sebelah Taufan. Taufan hanya membiarkan Gempa duduk di sebelahnya. Dia tahu, dia bakal disakiti, sekali lagi. Tanpa di jangka, Gempa mengusap kepalanya seperti seorang abang kepadanya. Taufan memandang ke arah Gempa dengan air mata yang bertakung.

"Aku faham.. Kau trauma kan? Jangan risau.. Aku takkan buat apa-apa kat kau.. Cube kau cerita apa yang jadi kat kau selama kau keseorangan.." Gempa masih mengusap kepala Taufan.

Taufan menggetap bibirnya. Adakah dia patut percaya dengan gerangan di hadapannya ini? Tanpa mempedulikan sekelilingnya dan akibat tidak tahan, dia segera memeluk Gempa dengan tangisan yang kuat. "Huwaa!!"

Terkejut mereka melihat Taufan memeluk Gempa secara tiba-tiba. Tapi Gempa membalas pelukan Taufan sambil menggosok belakangnya untuk menenangkannya. Gempa masih melakarkan senyuman sambil menenangkan Taufan.

"Aku dikurung....diseksa.. Aku...aku keseorangan... Aku dipaksa kerja... Diseksa lagi...." ujar Taufan dalam tangisan.

Ais dan Thorn pula memandang antara satu sama lain. "Kesiannya dia.." ujar Thorn rasa simpati. Ais mengangguk tanda setuju.

Setelah 10 minit menghamburkan tangisan, tanpa disedari Taufan, dia sudah tertidur. Gempa tergelak kecil. Manja lah Taufan ni. "Korang, dia tertidur.. Kita kena bawa dia balik.. Ais, Thorn.. Tolong aku angkat dia.."

Tanpa membantah arahannya, Ais dan Thorn segera menolong Gempa memapah badan Taufan. Taufan takdelah berat sangat pun.

~~~

"Aku kat mane ni?" soal Taufan sendirian apabila dia mendapati dirinya berada di sebuah tempat yang putih.

"Eh, kau ni siapa?" Terkejut Taufan saat ada seseorang di sebelahnya dan gerangan itu serupa dengannya dengan mata yang bercahaya. Gerangan itu tersenyum.

"Kau tak kenal aku ke?"

Taufan menggeleng.

"Aku ialah kau"

"Hah? Maksudnya kau dan aku orang yang sama?"

Gerangan itu mengangguk.

"Kalau kau nak tahu, kau hilang ingatan.. Dan aku ialah memori kau yang hilang"

"Jadi, aku hilang ingatan? Dan kau ni memori aku?"

Gerangan itu mengangguk.

"Kalau kau nak dapatkan memori ni, kau kena usaha"

"Hmm, macam mana?"

"Aku bagi klu.. Kau cuma perlu berbaik dengan orang di sekelilingmu.. Jadilah seperti diri sendiri"

Tiba-tiba sahaja gerangan itu menjadi asap. "Eh, tunggu!" Baru sahaja Taufan ingin mencapai tangannya, gerangan itu menghilang.

~~~

"Huh huh.." Terungap-cungap Taufan apabila tersedar daripada mimpi yang boleh dikatakan agak pelik. Dia memandang sekeliling. Dia sekarang berada di sebuah bilik yang tidak dikenalinya langsung.

"Kau dah bangun?" soal Gempa sambil masuk ke dalam bilik itu memandangkan pintu bilik terbuka.

"Dia dah bangun?" soal Ais dan Thorn pula yang turut melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Taufan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana dia boleh ade kat sini? Seingat dia, dia menangis dan....tertidur. Eh?!

"Korang angkat aku pergi sini ke?!" soal Taufan panik.

"Sabar... sabar.. Haah.. Kitorang angkat kau pergi sini.. Jangan risau, tak menyusahkan pun.." Ais memberikan senyuman manis kepada Taufan.

Taufan menghela nafas lega. Dia tersengih sambil memandang ke arah Gempa, Ais dan Thorn. "Maaflah kalau aku tengking korang tadi.. Aku cuma...hm.."

Gempa menggosok bahu kanan Taufan. "Takpe.. Kitorang tak terasa pun.. Aku faham perasaan kau.. Jadi, jangan risau.. Kitorang takkan apa-apakan kau.."

Taufan melemparkan senyuman lebar kepada mereka bertiga. "Tapi, macam mana kau boleh tahu yang aku trauma?"

Gempa tersenyum. "Melalui pandangan mata kau, kau sebenarnya takut.. Dan juga naluri seorang abang"

Berkelip-kelip mata Taufan mendengar ayat yang dicakapkan oleh Gempa. "Naluri...seorang abang?"

"Betul tu! Gempa ni abang kita! Dan kita ni adik-beradik kembar!" ujar Thorn teruja dengan matanya yang bulat.

"Betul ke? Aku..aku teringin nak ada adik-beradik.. Sebelum ni, aku disakiti dan dipukul.." gumam Taufan namun masih boleh didengari oleh Gempa, Ais dan Thorn.

Thorn melabuhkan punggung di sebelah Taufan. "Takpe.. Yang penting kitorang ada untuk kau.. Jadi, kau tak perlu risau.." ujarnya sambil melemparkan senyuman manis.

Taufan yang geram, terus sahaja mencubit pipi Thorn. "Adeh! Adeh! Sakitlah!" Adu Thorn sambil menggosok pipinya yang dicubit oleh Taufan.

Taufan tergelak kecil. "Kau comel sangat"

Ais turut bergelak kecil melihat muka Thorn yang menahan sakit. "Haah, dahlah mata kau bulat"

Kali ni, pipi Taufan pula yang menjadi mangsa oleh Gempa. "Adeh! Sakitlah!"

Gempa tergelak kecil. "Kan dah kena.. Semua orang comel lah.." Gempa kemudian mencubit pipi Ais. "Adeh! Kenapa aku pun kena?" soal Ais tidak berpuas hati.

"Mana aci kalau kau pun tak kena.. Kan Taufan?" soal Thorn meminta pendapat Taufan.

"Hehe.. Eh, Taufan? Tu, nama aku ke?" soal Taufan. Baru dia perasan yang dia tak tahu nama sebenar dia.

"Haah.. Nama kau Boboiboy Taufan.. Panggil Taufan je.. Gempa cakaplah.. Kan Gempa?" ujar Ais lalu memandang ke arah Gempa. Gempa mengangguk sambil tersenyum kecil.

Taufan tersenyum. Dia bersyukur sangat dapat jumpa dengan mereka bertiga. Harapnya bolehlah dia pulihkan ingatan dia semula.












Haha, agak pelik dengan tajuk bab ni😂

Assalamualaikum! ^^

Continue Reading

You'll Also Like

4K 411 15
-sambungan dari Different World- New adventure start. Semangat twins tersebut untuk mendapatkan kuasa cahaya dan petir dari diambil oleh musuh yang c...
2.8K 129 11
Hai! Semoga kalian suka dengan cerita pertama ku! Ini dikisahkan seorang anak laki-laki bernama boboiboy yang selalu Akrab dengan gopal.. Tapi suat...
31.9K 3.7K 30
[#] Winners Of Wattys2020 Kau pernah dengar tentang Jenayah Juvana ? Atau pernah terbaca mana-mana artikel berkaitan Juvana ? Tak ? Tak apa. Aku akan...