BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENT

By ejenfatini

88.1K 7.1K 1.4K

๐Ÿ’Ž [ ๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ณ ] ๐Ÿ’Ž โ‡› แด›สœษชส€แด… ส™แดแดแด‹ โ‡š SINOPSIS: BoBoiBoy yang terkena tembakan sinaran daripada Adudu... More

โšซ PROLOG โšซ
๐Ÿ’Ž [1] Tembakan Sinaran Z
๐Ÿ’Ž [2] Hilang Ingatan
๐Ÿ’Ž [3] Gempa Kembali
๐Ÿ’Ž [5] Kuasa Seterusnya
๐Ÿ’Ž [6] Taufan Yang Manja
๐Ÿ’Ž [7] Terjumpa Dengan Solar
๐Ÿ’Ž [8] Kapten Kaizo vs Mr. X
๐Ÿ’Ž [9] Senjata
๐Ÿ’Ž [10] Hero
๐Ÿ’Ž [11] Operasi
๐Ÿ’Ž [12] Dibuli
๐Ÿ’Ž [13] Tangisan Thorn
๐Ÿ’Ž [14] Motif
๐Ÿ’Ž [15] Dikawal
๐Ÿ’Ž [16] Kristel-kristel
๐Ÿ’Ž [17] Tolong
๐Ÿ’Ž [18] Maaf
๐Ÿ’Ž [19] Kehidupan Boboiboy
๐Ÿ’Ž [20] Lelaki Tua, Sweedex
๐Ÿ’Ž [21] Pergi TAPOPS
๐Ÿ’Ž [22] Kembali
๐Ÿ’Ž [23] TAPOPS Diserang
๐Ÿ’Ž [24] Identiti Sebenar
๐Ÿ’Ž [25] Serangan Kedua
๐Ÿ’Ž [26] Kuasa Penuh
๐Ÿ’Ž [27] Kisah Silam
๐Ÿ’Ž [28] Perlawanan
๐Ÿ’Ž [29] Bangkit
๐Ÿ’Ž [30] Kemenangan
โšซ EPILOG โšซ

๐Ÿ’Ž [4] Thorn & Solar

2.9K 261 56
By ejenfatini

Ais sedang duduk di sebuah pokok yang rendang. Dia menghirup angin yang segar. Tiba-tiba sahaja, api yang marak muncul di hadapannya. Ais berdiri dan cuak. Ape patut aku buat ni? Habislah..

Ais memejam matanya rapat, seolah-olah menerima sahaja apa yang terjadi pada dirinya. Namun, apa yang dia dapat, seseorang menarik tangannya menjauhi tempat itu.

Ais mengerutkan dahinya lalu perlahan-lahan membuka matanya. Dia terkejut. Gerangan yang menarik tangannya sama seperti dirinya. Bezanya gerangan itu kelihatan bercahaya.

"Kau siapa?"

Gerangan itu tersenyum tenang.

"Aku ialah kau"

Berkerut dahi Ais.

"Macam mana pulak kau ialah aku?"

"Sebab aku ialah memori kau yang hilang"

"Hah? Kiranya, aku hilang ingatan?"

Gerangan itu mengangguk setuju. Akhirnya, dia berhenti berjalan, begitu juga dengan Ais. Gerangan itu menghadap ke arah Ais.

"Kau nak dapatkan memori kau?"

Ais tersenyum lebar lalu mengangguk.

"Kalau nak, kau kena usaha"

Terkebil-kebil Ais memandang gerangan itu.

"Macam mana?"

Gerangan itu tersenyum nipis.

"Yang tu, kau boleh fikir sendiri"

Lama-kelamaan, cahaya pada gerangan itu mula menghilang.

"Kejap! Kau belum jawab soalan aku!" Ais cuba mencapai tangan gerangan itu namun, gerangan itu sudah hilang dari pandangannya.

~~~

Ais tersedar dari mimpi yang dikatakan aneh olehnya. Dia memegang dahinya. Tak panas jadi dia tak demam tapi, kenapa dia boleh dapat mimpi sebegitu? Berjumpa dengan diri kita sendiri?

Pintu dibuka lalu Gempa melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia menutup pintu itu dan mendekati Ais. Ais hanya memandang. Gempa yang mengangkat dulang, meletakkannya di sebelah Ais. "Makanlah.. Aku tahu kau lapar.."

Ais memandang lama makanan yang disediakan oleh Gempa. "Siapa nama aku?"

Gempa memandang ke arah Ais. "Ais.. Boboiboy Ais.."

Ais mengangguk lalu mencapai mangkuk yang berisi bubur ayam. Dia kemudian menyuap sesudu bubur ke dalam mulutnya. Dia tersenyum. Macam pernah rasa je bubur ni. "Sedapnye.. Siapa masak?"

Gempa tersenyum. "Akulah siapa lagi.."

Ais yang mendengar hanya mengangguk lalu meneruskan menjamah makanannya. Sungguh, walaupun makanan yang dimakannya hanya bubur, namun, kelazatannya membuatkan selera Ais semakin bertambah.

10 minit menghabiskan bubur, dia memandang Gempa dengan mata yang dibulatkan. "Erm.. Aku nak tambah boleh?"

Gempa tergelak kecil. Dah lama rasanya dia tak nampak kembarnya buat mata macam tu kecuali Thorn sebab mata dia asli. "Boleh je.. Kejap, aku pergi dapur dulu.."

Gempa mengangkat mangkuk bubur itu lalu melangkah keluar dari bilik itu. Baru sahaja membuka pintu, suara Ais menghentikan langkahnya. "Gempa, terima kasih"

"Sama-sama, dah tugas aku sebagai abang kembar kau" balas Gempa tanpa memandang ke arah Ais lalu segera pergi ke tingkat bawah.

~~~

"Kau siapa?!" jerit mereka berdua. Mereka terkejut, sungguh terkejut. Thorn dan Solar yang berlanggar memandang antara satu sama lain.

"Apesal muka kau sebiji macam aku?! Kau buat pembedahan plastik ke?!" soal Solar tidak berpuas hati.

Terkebil-kebil mata Thorn mendengar pernyataan daripada lelaki berkaca mata itu. "Ape? Pembedahan plastik? Tak pernah dengar pun.."

Solar menepuk dahinya. "Kau ni 12 tahun ke 2 tahun? Pembedahan plastik pun tak tahu?!"

Berkerut dahi Thorn lalu beberapa saat, dia dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Solar. "Hey, aku bukan 2 tahun lah.. Muka aku ni asli.."

Solar tergelak manakala Thorn memandang pelik. "Ape yang kelakar?"

"Kau? Muka asli? Tipulah.. Aku rasa muka aku lebih asli dari kau yang lurus bendul ni.." ujar Solar yang masih dengan sisa ketawanya.

Thorn membuat muka tidak puas hati. "Biarlah aku ni lurus bendul pun.. Aku ada kacau kau ke?"

Solar akhirnya berhenti ketawa. Dia memandang Thorn atas bawah membuatkan Thorn takut. "Kacau aku? Memang! Memang kau kacau aku! Sebab kau ada muka yang sama macam aku!"

Solar menghalakan jari telunjuknya ke arah Thorn lalu terhasil sinaran cahaya. Thorn yang terkejut segera melindungi dirinya dengan membina pelindung namun, tidak sempat. Akhirnya, Thorn mengenai serangan itu dan terbaring di atas tanah.

Thorn terbatuk. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan kelihatan Solar menghampirinya. "Ughh.." Dia memposisikan badannya kepada duduk. "Ke.. Kenapa kau serang aku?"

Solar mengangkat kening lalu tersenyum sinis. "Sebab.. Kau tu musuh aku.. Musuh yang menyerupai aku.." ujarnya sambil menghampiri Thorn yang sedang duduk.

"Hah?!" Thorn tersentak. Air mata mula bergenang namun ditahannya daripada mengalir. Thorn memandang sekeliling lalu tanpa mempedulikan Solar, dia segera berlari ke arah sebuah pokok yang besar demi melindungi dirinya.

"Kau nak lari? Kesilapan besar.." Solar memandang ke arah Thorn yang sedang berlari. Tangannya didepakan lalu dihalakan ke arah Thorn yang masih berlari.

Thorn hanya menggetap bibir sambil memejamkan matanya, menunggu serangan itu mengenainya.

Boom!

Namun, apa yang dia dapat, dirinya dalam keadaan selamat. Thorn mengerutkan dahi lalu membuka matanya. Dia tersentak dan terkejut. Seorang yang serupanya sedang melindungi dirinya. Orang itu ialah Gempa.

Gempa tersenyum. "Kau okey?" Thorn hanya mengangguk memandangkan dia masih bingung dengan apa yang terjadi.

Solar berdecit. "Kau pula siapa? Kau pun buat pembedahan plastik macam si lurus bendul tu ke?"

Gempa memandang lama ke arah Solar. "Kau...tak ingat apa-apa? Kau nak dapatkan memori kau balik?"

Solar tersentak. Dia menggetap bibir. Itulah yang dimahukan olehnya sekarang. Namun, disebabkan ego, dia berbuat jahat dengan orang yang dijumpainya dan salah satu mangsanya ialah Thorn. "Boleh percaya ke? Dahlah muka kau sama macam aku.."

"Boleh.. Sebab kita ni sama.." ujar Gempa tenang. Dia perlu tenang untuk selesaikan masalah ini.

Sebenarnya tadi, selepas dia menambah bubur untuk Ais, dia segera ke taman apabila mendapat panggilan daripada Ochobot bahawa Thorn dan Solar sedang bergaduh. Ini membuatkan dia risau kerana mereka hilang ingatan walaupun mereka berdua dikatakan elemen yang mudah mesra bersama.

Thorn memandang Gempa bingung. "Kita ni sama? Betul ke kita ni sama?"

Gempa membalas pertanyaan Thorn dengan anggukan. Solar mendiamkan diri seketika sebelum bersuara. "Haha, buktikan pada aku" ujarnya dengan gelak kecil.

Gempa mengangkat kening. "Betul? Tak menyesal?"

Solar menggeleng tanda tidak menyesal. Gempa menghela nafas. Dia perlahan-lahan membuka topinya dan terserlah rambutnya yang berwarna hitam dan turut ada berwarna putih.

Solar terkaku. Dia tidak menafikan bahawa dia turut ada rambut seperti itu. Dia memandang lama Gempa yang tidak memakai topi itu.

Thorn juga turut terkaku dengan rambut yang dimiliki oleh Gempa kerana rambutnya sama seperti rambut miliknya.

Gempa tersenyum. Dia memakai semula topi itu. "Takpelah kalau korang tak percaya.. Aku tak paksa pun.."

Baru sahaja Gempa ingin melangkah, Thorn memegang tangan Gempa dari belakang. Gempa menoleh. "Err... Boleh aku ikut kau? Aku...aku takde kawan.. Aku nak tinggal dengan kau.."

Gempa yang mendengar, membalas dengan anggukan dan senyuman manis. Thorn membalas senyuman Gempa sambil berdiri. Dia memandang gerangan yang mencari pasal dengannya tadi. "Kau...tak nak ikut kitorang?"

Solar hanya mendiamkan diri. Dia masih susah nak percaya dengan apa yang baru dilihatnya sebentar tadi.

Gempa memandang ke arah Solar dengan senyuman. "Takpelah.. Tapi, kalau kau nak ikut, kau boleh jumpa kitorang kat Kokotiam Tok Aba.."

Seraya itu, Gempa beredar bersama Thorn, meninggalkan Solar yang termenung.










Continue Reading

You'll Also Like

2.5K 229 20
"Boboiboy, kau ditahan atas kesalahan membunuh dan mencuri sfera kuasa." "Huh?! Apa yang aku buat?! Aku superhero bumi, tak mungkin aku membunuh ata...
2.1K 231 34
Credit pic miiutamii_Instagram bad quality? yes I know ๏ฝกโ โ—•โ โ€ฟโ โ—•โ ๏ฝก Kaklong letak dari isu 20 - 27 ye, untuk adikยฒ ku yang belum baca dipersilakan baca...
19.5K 848 13
Mengisahkan seorang remaja berumur 15 tahun yang bernama Ali Ghazali.Ali sering dibuli dan dimaki sepanjang perkhidmatannya di agensi rahsia MATA.Hak...