MY IDEAL ITALIAN GUY

By raenees

558K 33.7K 2.8K

โฆ ๐“๐ก๐ž ๐›๐จ๐ฌ๐ฌ ๐š๐ง๐ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐ญ โฆ [ COMPLETE ] NENY ROBIN, pekerja di sebuah sya... More

Bab 1 - Stare
Bab 2 - Benard
Bab 3 - Tumpang
Bab 4 - Joke's
Bab 5 - New Boss
Bab 6 - His Friend
Bab 7 - Jealousy
Bab 8 - Tangga
Bab 9 - Headache
Bab 10 - Terhantuk
Bab 11 - Space
Bab 12 - Offer
Bab 13 - Kopi
Bab 14 - Umi
Bab 15 - Reporter
Bab 16 - The Discussion
Bab 17 - Dinner
Bab 18 - Airport
Bab 19 - Airplane
Bab 20 - London
Bab 21 - Going Out
Bab 22 - Beautiful
Bab 23 - Dazzling
Bab 24 - Partner
Bab 25 - Company
Bab 26 - Flirt
Bab 27 - Messed up
Bab 28 - Remedy
Bab 29 - Lovely Talk
Bab 30 - Stuart's Phone
Bab 31 - My Nurse
Bab 32 - Caught Red-Handed
Bab 33 - Comeback
Bab 34 - Sweet Truck
Bab 35 - Fun Time
Bab 36 - The Broken Promise
Bab 37 - Last Moment
Bab 38 - Thoughts
Bab 39 - Lot Surprises
Bab 40 - Little Savage One
Bab 41 - Rent Boyfriend
Bab 42 - Price Tag
Bab 43 - The Deal
Bab 44 - He's back
Bab 45 - Stuart
Bab 46 - River
Bab 47 - Stuart's Birthday
Bab 48 - Avoid Him
Bab 49 - His Intention
Bab 50 - Cold Shoulder
Epilog I - The Right Time
Epilog II - Hide And Seek
New baes ๐Ÿ’ป
Buy HERE! (Special)

Prolog - Knowledge

44.5K 1.3K 81
By raenees

First time reader?

***Saya cuma nak bagitahu permulaan cerita ini agak mengarut, cliche dan cringe sebab saya start buat cerita ni mase budak ii kentang dulu. I'm sorry for that. Maaf segala tatabahasa and grammar mistake. I could say belakang ii bab penulisannya okay sikit. If you can't stand my story line, there's the 'back' button. Now, you may go. Terima kasih kepada sudi baca.***

Prolog


Tut...

"Robin hantarkan fail yang Azika beri kepada kamu ke pejabat saya. Sekarang." Suara majikannya, Dato Ahmad Said Bin Sajid terdengar melalui auto voicemail. Auto voicemail ini mudah digunakan agar dapat berkomunikasi atau berhubung dengan cepat.

"Baik, dato." jawabku.

Fail berwarna ungu kehitaman yang berada di hujung meja dicapai lalu dibawa peluk erat ke dada. Tudung yang terasa agak senget, dibetulkan agar memenuhi etika pakaian yang kemas dihadapan majikanku.

Kerja yang bertimbun di atas meja tak hairanlah kalau sudah berkerja di sini melebihi dua tahun kerana dia diajar untuk membuat kerja yang agak sukar dan memerlukan otak yang geliga dalam hal ini. Dirinya sudah lali dengan fail-fail kerja yang diberi setiap minggu atau hari.

Rasanya kerja macam ini tak akan pernah habis melainkan sesuatu yang menghalangnya.

Langkahku segera diaturkan menuju ke pejabat Dato Ahmad yang berdekatan dengan mejaku dan beberapa pekerja yang lain. Hanya beberapa pekerja sahaja yang terpilih di aras tingkat ini.

Pembantu peribadi tidak boleh duduk berjauhan dengan Chief Executive Officer kerana akan menyukarkan keadaan.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk pejabat milik majikanku, aku mengetuk beberapa kali untuk memaklumkan bahawa seseorang mahu berjumpa dengannya berserta dengan adab. Tombol pintu dipulas tatkala telinganya menangkap suara Dato membenarkannya masuk.

Kakinya mendekati meja besar yang cantik itu.

"Ini, dato. Fail yang dato minta." Fail-fail yang dipegang erat ke dada, dijauhkan lalu tangan menghulur tiga buah fail tentang plan holding ke arah dato.

Senyuman profesionalku, dipamerkan.

"Awak dah siapkan semua maklumat dan data-data bagi ketiga-tiga fail ini?" Fail-fail tersebut bertukar tangan. Fail yang pertama diselak dengan teliti untuk memeriksa sama ada benar atau salah.

Ketika Dato bercakap, dia tak akan memandang muka pekerjanya termasuk aku melainkan orang penting dan keluarganya. Itulah benda paling rare sekali yang pernah aku perasan tentang tabiat buruk Dato.

"Sudah, Dato. Saya dah asingkan, siapkan, kelaskan dan macam-macam lagi tentang semua maklumat pasal projek ni supaya senang dibaca." Balasku dengan tenang.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usahaku fail-fail ini disiapkan dengan tempoh masa yang cepat. Kadangkala terasa nak meletup juga otak dalam kepala ini.

"Bagus." Jawapannya membuatku tersenyum sampai ke telinga. Terasa bangga dengan diri sendiri sekejap kerana telah menghabiskan kerja yang penting. Aku berasa puas, lega dan gusar. Gusar kerana jikalau ada kesilapan di dalam maklumat fail-fail itu.

"Awak dah check schedule saya? Saya ada apa-apa hal ke petang ini?" Soalnya dengan serius.

Aku membuka Ipad note yang khas untuk bekerja lalu dibuka sebuah aplikasi berkaitan dengan jadual Dato Ahmad Said. Wajahnya aku pandang sekilas.

"Dah. Pada petang ini, pukul dua dato ada meeting dengan CEO syarikat El Qiansilouki dari Itali." Jawabku sambil menyemak semula jadual harian bekerja Dato Ahmad. Sekali-sekala aku memeriksa movie yang keluar di wayang nanti.

Secara tiba-tiba hatiku terdetik untuk bersuara buat pertama kali tentang hal orang atasan. Chief Executive Officer dari Italy? Rasa-rasanyalah kacak tak wajahnya? Adakah dia muda daripadaku atau tua daripadaku?

Berangan sebentar.

"Robin!" Jerit seseorang.

Terhenti lamunanku. Terus wajahku menunduk sedikit, melihat ke arah gerangan suara tersebut. Dato Ahmad Said yang panggil. Terkebil-kebil aku melihat wajahnya.

"Ye dato." Aku menjawab panggilan Dato walaupun aku tidak mengingati sepatah perkataan yang dinyatakan.

Kepala yang tidak gatal, itu aku garu sedikit tapikan kalau lelaki itu dari Italy, aku kena tilik dulu. Sebab lelaki idamanku, jejaka Italy. Robin, kau kena ingat kau sekarang dekat mana? Jangan berangan sangat. Perhatianku kembali tertumpu pada Dato Ahmad Said.

"Kamu ni pun, saya dah panggil banyak kali." Aku tersengih sumbing. Dato menggeleng kepala melihat gelagatku yang tidak berapa matang.

"Saya nak beritahu yang awak dah boleh keluar kalau lama-lama di bilik dalam ini, tak pasal-pasal saya dituduh mempunyai scandal dengan Personal Assistant sendiri. Taknak. Tak semena bini saya datang bawak parang." Dato menggeleng-gelengkan kepalanya berkali berserta bunyi takut. Dato pasti berimaginasi bagaimana rupa isterinya yang garang di rumah sana.

Melihat respon majikanku, aku tergelak kecil. "Baiklah dato. Saya minta diri dulu." Aku berkata bersama sisa-sisa tawa yang masih terbuku di dalam hati.

Aku menunduk sekali sebagai tanda hormat. Dato mengangguk-nganggukkan sahaja. Bosku boleh dikatakan sporting orangnya. Aku keluar daripada pejabatnya lalu pergi ke arah mejaku semula untuk menyambung kerja-kerja yang tertangguh.

Sedang aku mahu memulakan kerja, telinga ini menangkap satu suara bising dari arah lif. Makin lama-makin jelas gerangan suara itu. Aku tersenyum.

Mukaku dongak untuk melihat kawan baikku sedang berjalan laju menuju ke arahku bersama senyuman gembira dan excited. Aku mengangkat kening dan bersandar kepada kerusi yang aku duduk ini. Kedua-dua tanganku dilipat ke dada. Lagak seperti seorang bos menunggu berita tentang masalah yang datang.

"Nila! Kau tahu tak, petang ini ada lelaki dari Italy datang ke syarikat kita! Aku rasa gembira gila dan rasa macam nak jerit sebab akhirnya aku dapat jumpa lelaki Italy secara berdepan. Lepastukan, ada rumours kata yang lelaki ini mukanya handsome! Aku tak boleh lah macam ni. Aduh. Macam mana ni?!" Sebaik sahaja, dia sampai dimejaku. Ya Allah, budak ini. Bukan main bergerak sana-sini bila dia bercerita. Aku layanan sahaja.

Ini sahabatku dari kecil. Namanya Nur Haziqah Binti Luqman. Orangnya berkulit gelap sedikit dan mulutnya boleh dikatakan berapi tetapi bagiku dia cantik. Dia cantik dari segi rupa wajah dan hati. Kami berdua selalu satu sekolah. Setiap hari, mesti datang sama-sama, balik pun sama.

Lepas itu, kami juga kerap buat benda perkara yang sama seperti memilih makanan yang sama, memakai baju yang sama sehinggakan orang sekeliling ingat kami ini adik beradik kerana selalu bersama dan terlalu sama.

Dia juga gemar memanggil diriku ini, Nila sebab masa kecil dulu aku suka meletakkan nila ke baju sekolah sehinggakan baju tu tak nampak baju sekolah tetapi nampak seperti baju kurung berwarna ungu gelap. Masa sekolah dulu pun cikgu tegur, pekatnya baju. Aku hanya membuat tidak kisah kerana aku suka. Nila best apa? Daripada situlah terbentuknya nama keduaku iaitu Nila Binti As'ad.

"Kau dengar tak?" Terkejutku dibuatnya tatkala suara kuat menyapa gelengan telingaku.

Aku membuat muka lalu menggosok telingaku laju. Sakit. Bingit. Boleh pula dia jerit dekat telinga yang serba molek ini.

"Apa kau cakap tadi aku tak dengar lah." Aku buat muka simpati apabila melihat wajah murung Azek ataupun nama sebenarnya Haziqah.

Dia menjuling mata ke atas. Dia mengangkat tangannya lalu dibawa ke tubuhku untuk cubit kerana tangannya seperti bentuk ketam yang sedang menunggu mangsanya. Aku elak, dia pun pasrah.

"Ish kau ni, buat membazir air liur aku aje cerita dekat kau panjang lebar tapi kau tak dengar. Kau tengok atas meja kau tu, banyak air liur aku terkeluar sebab excited tau." Mukanya cemberut lalu dia mengelap mejaku tanpa serba salah walaupun telah mengotori mejaku dengan air liurnya.

Tak apa dah terbiasa.

"Sorrylah aku punya kapla tengah pening sedikit," Bohongku.

Kepalaku yang tidak pening ini bersama wajah pura-pura pening dilakonkan. Bagi menambahkan realistik sedikit lakonan, aku memicit dahi lemah lemah gitu. Azek berdecit. Alasan. Dia jelingku sedas.

"Aku cakap yang Chief Executive Officer dari Italy, masih muda lagi. Dengar cerita tahun ini baru masuk 29 tahun. Handsome yang terkata dengan irisnya berwarna biru gelap. Ya Allah, tergoda aku dekat sini." Azek memegang jantungnya seperti mahu meletop atau berterabur dilantai. Aku terasa teruja tanpa sebab logik.

Handsome?

Muda?

Italy?

Lucky me! Aku tersenyum sampai ke telinga. Aku dan Azek saling berpandangan lalu tersenyum gila.

"Chop! Aku pun ada iris biru tapi biru langit lah, bukan gelap," Ujarku bangga sekejap.

Sekejap sahaja. Mataku ini aku waris belah ayah, sebab keluarga ayah ni, semuanya cantik-cantik dan kacak-kacak belaka. Aku pun kadang-kadang cemburu juga tengok wajah yang cantik tanpa mengira warna kulit dan mempunyai hati yang baik.

"Erk... Aku tahulah fakta yang itu tapi muka tu tak payahlah nak bangga sangat. Muka seghopa ponde." Balasnya sambil menyindir gurau terhadapku. Aku menayang gigi putih sebarisku memahami apa yang dikata pada ayat terakhir.

Muka serupa pondan.

"Kau ni pun. Takde kerja ke? Asyik gosip aje, sampai bilalah nak jadi anak yang baik. Haih... Pi lah buat kijo hang tu," Omelku dalam loghat kedah pada ayat terakhir sambil menolak-nolak lengan Azek. Azek tergelak besar. Sejak bila kawan dia cakap kedah ni.

"Cek pi dulu noh. Nanti cek habaq mai kat hang lagi kalau nok ngata." Kata-kata Azek mengundang gelak besar aku dengan riang. Sempat lagi tu nak tambah ayat nak bergosip lagi. Aku menggeleng perlahan apabila menyedari ayat Azek menggunakan loghat Terengganu campur Kedah.

Azek mula meninggalkan mejaku sambil melambai ke arahku untuk menyambung kerjanya yang tertangguh.

Alahai dia ni, goreng kang.

Jika Azek menyambung semula kerjanya di aras bawah, sudah semestinya aku turut menyambung semula kerjanya yang terbantut di atas meja ini. Entah kenapa rasa bersemangat pula. Mungkin kerana bergelak sakan dengan sahabatku.

Tangan yang sedang menulis data penting di atas nota kecil, sekali lagi kerjanya terbantut.

Kedengaran riuh rendah diluar sana, bangunan ini. Pada kali pertama, aku membiarkan sahaja. Pada kali kedua, aku rasa macam nak juga kena tahu jadi aku ambil keputusan untuk mengskodeng. Aku bangun daripada kerusi lalu menjenguk keluar tingkap kaca yang luas itu.

Aku memerhati apa yang berlaku.

Terlihat ramai wartawan sedang berpusu-pusu menangkap gambar seorang lelaki berkulit cerah seperti American yang berpakaian coat hitam sedang keluar dari kereta mercedes hitam. Tampak mewah dimatanya. Dia yang hidup sederhana memang tidak mampu beli.

Sudah pasti orang yang berada sahaja mampu beli.

Perkerja wanita disini menjerit histeria apabila melihat jejaka yang handsome dihadapan mata mereka. Lelaki handsome siapa sahaja yang tak pandang. Aku memerhati lelaki putih yang bercoat hitam itu. Terbuntang mataku apabila jelas wajahnya. Tidak dinafikan memang handsome.

Tertanya-tanya, siapakah lelaki itu?

Disebabkan terlalu musykil untuk mengetahui sangat, aku berjalan mendekati wanita yang berdiri berkelompok di cermin tingkat atas ini. Aku menepuk perlahan dua kali di atas bahu salah seorang perempuan di hadapanku.

"Tumpang tanya?" Sesetengah perempuan memandangku kerana aku bertanya dengan nada yang agak kuat.

"Siapa ya lelaki tu?" Aku bertanya hairan.

"Lah Robin tak tahu ke?" Aku menggeleng, memang tak tahu dan nak tahu sangat.

"Lelaki yang kami skodeng ni, dia CEO dari Italy," Terang Kak Husna. Jelas terpapar wajah cerianya. Aku dah tahu semua nama pekerja disini. Sebab itu lah aku tidak berasa malu kalau nak bertanya.

Aku mengangguk. CEO dari Italy rupanya. Lama aku berfikir. Eh kejap Chief Executive Officer dari Italy? Awalnya datang bergerak ke syarikat Dato ni. Aku menilik jam. Mataku membulat.

Ya Allah!

Sudah pukul satu empat puluh minit petang! Macam mana boleh tak sedar ni. Aku mati-mati ingat baru pukul satu petang.

Aku bergegas semula ke mejaku tanpa menghiraukan keadaan yang masih riuh rendah di bahagian sana. Aku menyediakan semua benda yang penting untuk dibawa semasa mesyuarat dijalakan. Ipad besar itu dibawa juga. Kelam kabut aku mencari fail yang perlu dibawa. Setelah selesai membawa benda penting bersamaku, langkahku diaturkan menuju ke bilik Dato.

Pintu kayu itu diketuk.

"Masuk!" arahnya dari dalam. Aku menolak pintu bilik tersebut. Mejanya yang bersepah itu, aku tahu Dato tengah serabut tetapi sekarang bukan masanya untuk berfikir hal itu. Aku berdiri di hadapan pintu sahaja.

"Dato Ceo dari Italy dah sampai." Tegurku sedikit cemas. Tangannya yang sedang melukis sesuatu itu, terhenti. Dipandang wajahku dengan riak terkejut.

"Ya ke? Saya tak sedar langsung. Beri saya masa beberapa minit untuk mengemas kertas ini." Balasnya dengan tergesa-gesa tanpa memandang ke arahku. Dato mengemas barang yang dibuatnya tadi dengan pantas. Lagipun dah nak masuk pukul dua petang ni.

Selesai kemas, aku memberi laluan kepada Dato terlebih dahulu lalu aku membuntutinya ke bilik mesyuarat. Pintu bilik mesyuarat yang besar itu aku bukakan untuk Dato. Dato mengucapkan terima kasih dan berlalu masuk. Aku turut melakukan perkara yang sama. CEO dari Italy sudah pun berada di dalam bilik mesyuarat.

Apabila menyedari kami masuk ke dalam bilik ini, CEO itu memerhati kami lalu dia berdiri. Dato mendekati meja tengah di hadapan lalu memandang semua yang terlibat dalam projek ini. CEO dan semua yang lain di situ berdiri dan berjabat tangan bersama Dato sambil mengukir senyuman dibibirnya.

"Kim Rossin Stuart," Tuturnya dengan senyuman nipis. Wajahnya kosong, serius. Aku hanya memandang mereka semua.

"Dato Ahmad Said," Ucap Dato pula. Mereka semua memperkenal diri.

Bila tiba giliranku untuk berkenalan dengan diri dia, dia terlebih dahulu hendak berjabat denganku. Aku memandang tangannya lalu ke mukanya pula. Aku senyum lalu menundukkan sedikit kepalaku.

Tanda hormat.

"Neny Robin." Aku memperkenalkan diri.

Dia senyum kekok. Aku bukan nak malukan dia tetapi sudah terang lagi bersuluh dia seorang lelaki dan aku seorang perempuan. Bukan mahram untuk sentuh-sentuh ni. Aku pula melarikan mata memandang tempat lain, malu untuk bertentang mata dengan lama.

"Unique," Ujarnya perlahan tetapi cukup untuk buat telingaku ini dengar.

Aku terpinga-pinga.

Apa yang unik?

Pelik dia ni.

Dato berdehem.

Aku dan CEO itu serentak memandang Dato Ahmad Said.

"Can we start now?" Soal Dato bersama senyuman misteri.

CEO dari Italy yang bernama Kim Rossin Stuart itu menganggukkan kepalanya. Dari situ, bermulalah pebincangan yang serius antara mereka semua. Aku pula tersemak dekat sini walaupun tak.

Tabahlah hati ini.

Bersambung.

3 FEBRUARI 2020

Note

Buku ini terdapat grammar mistake dan kesalahan tatabahasa. Maaf atas kekurangan tersebut. Buku ini juga merapu sebab semuanya berdasarkan imaginasi saya. Jangan rasa pelik kalau awak terasa pelik bila baca nanti.

Harap awak suka dengan karya saya yang tak seberapa. Dilarang sama sekali plagiat karya saya.

Continue Reading

You'll Also Like

174K 11.7K 15
Qaib Naufal, bukanlah seorang lelaki yang tahu untuk mencairkan hati wanita kecuali mummynya. Dia yang bakal menjadi seorang doktor pakar bedah adala...
288K 10.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
89.5K 8.6K 45
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
827K 84.5K 72
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...