LOLIPOP

By umi_nami

1.9K 303 829

[D A L A M S E S I M E N G E D I T] [ Watty's Longlist 2018] Kerajaan Manisan merupakan kerajaan tertingg... More

Watak-Watak
Prolog [ edited ]
Bab 1 [ edited ]
Bab 2 [ edited ]
Bab 3 [ edited ]
Bab 4 [ edited ]
Bab 5 [ edited ]
Bab 6 [ edited ]
Bab 7 [ edited ]
Bab 8 [ edited ]
Bab 9 [ edited ]
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16 ( Part 1 )
Bab 17

Bab 15

69 8 26
By umi_nami

"Mari sini anak anak ibu. Mari sini kamu semua juga. Ibu ada satu rahsia ingin diberitahu pada semua... "

Ummi, Reen, Syaf dan Miwa duduk menghadap ibu tersayang. Telinga sentiasa peka nak mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Ibu Min.

Idraki, Kim, Thaqif, Kashaf dan Mirzan setia disamping Pak Zam turut memasang telinga.

Ibu Min dan Ayah Zam menarik nafas panjang. Cuba untuk menenangkan hati yang resah. Sudah sampai masanya untuk anak Tuanku diberitahu perkara sebenar.. desis hati mereka berdua.

Rahsia yang bertahun disimpan rapi akan dibongkarkan kerana inilah masanya..

Semasa Raja Aizat dan Ratu Razia menimang anak kembar pertama mereka, Ummi dan Alwa.

Flashback 20 tahun yang lalu

Setelah hampir setahun berkahwin, akhirnya Permaisuri Razia disahkan hamil dan kini waktunya telah tiba dimana puteri kepada Raja Aizat dan Permaisuri Razia bakal dilahirkan.

Keadaan di istana menjadi kacau bilau apabila masing masing kalut kerana bakal puteri puteri sulung kerajaan  mereka akan dilahirkan.

POV RAJA AIZAT DAN RATU RAZIA.

"Kanda, dinda rasa sakit kanda..." Ratu Razia mengenggam erat tangan suaminya, Raja Aizat.

"Sabar dinda, bidannya dalam perjalanan. Sabar ya... Kanda ada di sini bersama dinda." pujuk Raja Aizat.

"Bidannya sudah sampai tuanku." ujar Dayang Aminah semasa memasuki kamar diraja itu.

"Panggilkan dia masuk. Segera!"

"Baik tuanku." Dayang Aminah menjunjung perintah lalu beredar segera.

Beberapa minit kemudian, kamar diraja sekali lagi dimasuki oleh dayang dayang dan seorang bidan. Dayang dayang mula mengemas barang apa yang patut sementara bidan itu menghampiri Raja Aizat.

"Tuanku saya harap tuanku boleh tunggu di luar." kata bidan itu.

Raja Aizat kelihatan serba salah. Dia memandang isterinya. Ratu Razia memberikan senyuman manis dan menganggukkan kepala. Dia mengeluh.

"Baiklah...kamu tolong selamatkan isteri dan anak beta ya. " kata Raja Aizat lalu segera keluar dari kamar itu.

Dari luar, kedengaran suara Ratu Razia sedang mengerang kesakitan membuatkan Raja Aizat semakin resah. Baginda mundar mandir di hadapan kamar itu sehingga lah baginda terdengar suara tangisan bayi-bayi.

"Uwekk...uwekk!"

Pintu kamar dibuka dan kelihatan bidan itu sedang mendukung dua orang bayi perempuan yang sangat comel.

"Tahniah tuanku...tuanku mendapat puteri kembar." kata bidan itu dengan senyuman lalu menghulurkan kedua bayi itu kepada rajanya yang juga sedang tersenyum bahagua.

"Syukurlah. Isteri beta bagaimana pula?"

"Tuanku permaisuri baik baik sahaja cuma baginda perlukan rehat yang secukupnya selepas melahirkan anak kembar. balas bidan itu.

"Baiklah terima kasih." Raja Aizat mula melaungkan azan dan iqamat di kedua belah telinga anak kembar tersayangnya.

Sungguh inilah perasaan paling bahagia apabila mendapat tau anak anak dan isterinya selamat sejahtera.

"Oh ya tuanku, yang tuanku pegang di sebelah kanan ialah puteri pertama tuanku manakala yang di sebelah kiri pulak puteri kedua tuanku." jelas bidan itu sebelum mendapatkan barangnya semula apabila dihulurkan oleh dayang sekalian.

"Oh begitu. Baiklah terima kasih sangat sangat. Beta izinkan kamu beredar."

"Baik tuanku. Patik menjunjung perintah."

Setelah bidan itu pergi Raja Aizat masuk ke dalam kamarnya dan menghampiri isterinya yang masih lelah.

"Mesti dinda penatkan. Rehatlah." kata Raja Aizat sambil mengucup dahi isterinya itu dengan lembut.

"Dinda baik baik saja kanda. Kanda...dinda ingin tengok anak anak kita."

Raja Aizat tersenyum lalu menghulurkan puteri puteri mereka.

"Comelnya puteri puteri kita kanda."

"Betul tu, muka mereka iras dinda."

Sedang mereka berbual perlahan tiba tiba sesuatu merempuh pintu kamar itu. Kelihatan seorang lelaki berjubah hitam dengan muka yang bengis memandang ke arah mereka berdua.

"Danial.... " ternyata Raja Aizat sungguh terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Kau.... Kau bohong aku Aizat!" jerkah Putera Mahkota Danial iaitu bakal raja kerajaan Savuri.

"Tak, Bukan aku tak bohong kau cuma... "

"Cuma apa. Aku percayakan kau, tapi kau khianati aku sedangkan kau kawan baik aku sendiri. Kau tahu yang aku suka Razia tapi kenapa kau rampas dia dari aku! "balas Putera Danial dengan mata yang mencerlung.

"Tidak bukan... Aku betul betul tak maksudkannya tapi aku juga dah lama jatuh cinta pada Razia sama seperti kau. Aku cuba buang perasaan ni tapi aku tak boleh. Aku terlalu cintakan dia." Raja Aizat cuba menjelaskan hal namun Putera Danial seolah tak ambil peduli. Rasa marah lebih menguasai dirinya.

"Tapi kenapa kau rahsiakan benda ni dari aku. Kau tahu tak setiap hari aku teringat dan rindukan dia. Aku fikir dia juga rindukan aku tapi rupanya dia dah kahwin dengan kau. Selama ini aku ditipu hidup hidup oleh semua orang!" jerit marah Putera Makhota Danial dengan kuat sehingga menyebabkan puteri berdua itu terjaga lalu menangis kuat.

"Shuhh.. Sayang bonda ada." Ratu Razia yang ketakutan sebentar tadi, kelam kabut menenangkan kedua puterinya.

"Danial, dengar sini. Aku tetap menganggap kau sebagai teman baik aku. Hanya kerana Razia, aku tak dapat menjadi kawan yang baik. Tolong maafkan aku." Raja Aizat menghulurkan tangan untuk bersalam.

Putera Mahkota Danial mula berang. Adakah dengan begitu mudah sekali Aizat sangka dia akan memaafkan? Perasaan ditipu seluruh kerajaan Lolipop dan kedua ibu bapanya sendiri, perasaan itu sangat perit! Walhal siang dan malam dia memikirkan kesejahteraan Razia yang disangka belajar jauh dari sini.

Tak guna kau Aizat! desis hati Danial. Dia yang mengatakan terlebih dahulu bahawa dia menyukai Razia namun Aizat mengkhianatinya!

Putera Mahkota Danial menumbuk muka Raja Aizat. Dia seperti orang kerasukan menghentam Raja Aizat sepuas hati. Ratu Razia yang ketakutan menjerit memanggil pengawal.

Raja Aizat mengelap bibirnya yang berdarah. Dia rela dibelasah asalkan Danial kembali memaafkannya. Tetapi jika ia memang semudah itu...

Putera Mahkota Danial meronta ronta apabila dirinya ditangkap dan dipegang oleh 5 orang pengawal diraja.

Dia memandang sayu pada Ratu Razia. " Razia..."

Ratu Razia hanya mampu pandang simpati dan menangis. Ya dulu lelaki itulah yang dia cintai, namun semua rasa telah dia buang jauh setelah dia menjadi isteri Raja Aizat secara rasminya. Maafkan Razia, Danial...

Pengawal membawa keluar Danial yang kini tidak meronta. Hanya mampu pandang Raja Aizat dengan penuh kebencian dan dendam yang membara.

END POV RAJA AIZAT DAN RATU RAZIA

Mulai dari saat itu, Putera Mahkota Danial tidak lagi berhubung dengan Raja Aizat mahupun Permaisuri Razia malah kerajaan Savuri juga mula melancarkan perang dingin dan bermusuhan dengan kerajaan Manisan.

Tidak lama selepas itu, Putera Mahkota Danial menaiki takhta diraja dan menjadi Raja Savuri lalu berkahwin dengan seorang gadis bernama Raina.

Ternyata gadis yang dikahwini Danial itu merupakan sepupu kepada Ratu Razia. Mereka sering berhubung walaupun kerajaan Savuri pada ketika itu semakin dibenci oleh kerajaan lain disebabkan sifat mereka yang suka menindas dan kejam.

Ratu Razia dan Ratu Raina sering bertemu senyap senyap di laluan rahsia yang mereka jumpai sewaktu kecil dahulu. Ternyata laluan itu merupakan satu satunya laluan yang menghubungkan di antara kerajaan Manisan dan kerajaan Savuri.

Dan sampai sekarang tiada siapa yang mengetahui di mana terletaknya laluan rahsian itu kecuali Ratu Razia, Ratu Raina dan Raja Aizat sendiri.

Flashback End

Semua yang mendengar berasa sangat sangat terkejut dengan rahsia yang selama ini tersimpan rapi di dalam hati dua orang tua ini.

Apatah lagi para jejaka apabila diberitahu bahawa rupanya gadis gadis yang Kim cuba ngurat, Mirzan duk bergaduh, Idraki cuba rapat, Kashaf yang buat lawak hambar dan Thaqif yang bergurau senda, rupanya ialah puteri puteri Lolipop yang dah lama dikhabarkan telah tiada!

Ummi kelihatan cuba menahan rasa di hati. Dia jelas keliru dengan perasaannya. Jadi, apa yang terjadi ni ada kaitan dengan kesilapan ayahanda di masa lampau?

Patutkah dia berasa marah terhadap ayahandanya? Yang telah menjaga mereka dari kecil lagi?

"Jadi semua yang telah huru hara, bangsa Lolipop musnah, kerana kesilapan ayahanda?" apa yang bergema di hati Ummi, diluahkan pula oleh Miwa. Tetapi bezanya, Miwa kelihatan marah terhadap perbuatan kedua orang tua mereka.

Reen kelihatan terpengaruh dengan emosi yang dibawa Miwa. Dia mengenggam tangan erat. Air matanya mula mengalir lagi.

"Sampainya hati ayahanda... Perkara ni tak akan berlaku kalau ayahanda tak.."

Belum sempat Reen menghabiskan luahan geramnya, Syaf berdiri dan membalas. "Tidak! Semua manusia melakukan kesilapan. Walaupun negara musnah sekali pun, ayahanda tetap ayah kita! Lagipun kalau bukan kerana tindakan ayahanda menyerahkan kita pada ayah Zam, kita pasti dah berada di kubur sekarang ni!"

Reen dan Miwa tersentak. Ummi menarik Syaf untuk bertenang dan duduk semula. Kehilangan Alwa membuatkan emosi semua tidak stabil. Haih..

Para jejaka yang sedari tadi terkaku itu cuma mampu mendiamkan diri.

Sehingga sekarang mereka masih tidak dapat menerima kenyataan yang tidak masuk akal itu. Entah apa yang mereka perlu lakukan mereka sama sekali tidak tahu.

Jujur jauh di sudut hati mereka sedikit sebanyak timbul perasaan mahu menghentikan ketegangan ini namun mereka sedar emosi para puteri lolipop sangat kacau pada waktu ini.

Sungguh mereka tidak sanggup melihat wanita-wanita yang mereka sayangi lemah dalam keadaan begini. Ya mereka mula sedar bahawa mereka mencintai gadis gadis yang mereka teman dan jaga sepanjang ekspedisi memburu mereka itu dijalankan.

Bodohlah mereka jika hanya membiarkan wanita-wanita kecintaan mereka hilang arah tanpa sebarang peneman.

Dan sudah tentu mereka bukan begitu. Sudah mereka berjanji dalam diri mereka untuk selalu ada bersama kesemua puteri-puteri lolipop.

Idarki yang sememangnya lebih matang itu mula menghampiri Ummi. Syaf yang masih panas itu pula dihampiri oleh Mirzan manakala Reen dan Miwa  didatangi Kasyaf dan Thaqid. Ayah Zam dan Ibu Min cuma diam tidak bergerak.

" Ummi mesti stress kan? Tengok adik-adik kau emosi macam ni. Aku tahu kau seorang yang tabah. Kita sama-sama selesaikan masalah ni ye." Idraki memujuk lembut.

"Kau kan kakak diaorang? Kau tak boleh lemah. Kau yang sepatutnya paling kuat untuk lindungi adik-adik kau. Dan aku janji aku turut sama akan ada di sisi kau. Akuu..aku selalu ada untuk kau" syahdu sahaja kata-kata dari Idarki bersama senyuman tawar.

Ummi yang menunduk itu mengangkat wajahnya. Sungguh tersentuh hati kecilnya dengan kata-kata Idarki. Saat ini dia amat memerlukan orang yang memahaminya dan Idarki lelaki itu sangat mengerti semua isi hatinya.

Terbentuk senyum kecil di mulut Ummi bagi menunjukkan rasa terima kasihnya.

"Miwa jangan macam ni. Jangan marah-marah. Betul kata Syaf semua manusia buat salah. Selalu kalau aku buat apa-apa mesti kau relax je. Miwa macam tu yang aku nak. Dahh tak mau sedih-sedih alooooo tak comellah ,kata Thaqid lalu mencuit hidung miwa yang kemerah-merahan akibat menangis itu.

Tergelak Miwa mendengar usikan manja Thaqid. Hidungnya yang disentuh itu terasa panas dan wajahnya mula berbahang malu. Dia cuma menunduk sambil tersenyum.

Mirzan yang menghampiri Syaf, agak teragak nak memujuk. Sungguh dia tidak pandai memujuk kaum wanita. Tapi sejak mengenali Syaf, hatinya bagai terbuka untuk puteri seorang ini. Dia menarik nafas dan mengusap lembut bahu Syaf. "Syaf, kawal lah emosi. Kau kene paham adik-adik kau ni tak boleh terima lagi kenyataan. Patut kita sama-sama sokong dia orang.Dah jangan marah-marah okey. Setiap masalah tu ada penyelesaiannya. Mana perginya Syaf yang brutal dan hati keras aku ni?"

"Aku tak suka tengok kau macam ni. Even selama ni memang kita asyik gaduh tapi aku tak nak kau macam ni. Akuu.. aku.."kata kata Mirzan terhenti apabila terasa tepukan di bahunya. Kelihatan Syaf mula tersenyum.

"Thanks. Tapi tak apalah. Jangan paksa diri kau untuk pujuk aku. Everything is okay."

Tak, tak ada yang okay! Mirzan agak kecewa apabila rahsia hatinya tak dapat diluah kerana Syaf yang tiba tiba memotong kata katanya. Aku sedar aku mula sayang kau Syaf. Can you hear me? Namun kata kata keramat itu hanya bergema kuat di dalam hatinya, tidak dibibir.

"Weyy Reen. Stoplah nangis doh. Aku tengok muka kau macam badut dah weyh. Hingus meleleh-leleh euwww. Dah lah dah tak comel tambah pulak makin tak comel. Nah ambil ni. Bukan senang aku nak belanja kau Reen. Dah-dah Reen yang aku kenal kuat sangat. Lagi-lagi bab makan. So jangan nangis-nangis ya. Jangan macam ni" pujuk Kasyaf pula bersama ayam goreng yang memang dibawa khas dari rumahnya sebelum ke sini.

Tujuannya mahu berkelah bersama kesemua puteri lolipop tetapi tidak disangka berlaku hal tak diingini.

Jujur selera Reen mati. Namun apabila makanan itu diberi oleh Kasyaf entah bagaimana seleranya mula naik. Dengan pantas dia merampas bekas yahg berisi ayam itu dan dipeluknya erat.

Kecur air liurnya saat ternampakkan isi di dalam bekas itu. Air mata dilap dan dia mengucapkan terima kasih dan sengaja merosakkan rambut pacak Kasyaf sebagai tanda menghargai.

Jauh di satu sudut Kim cuma memerhati. Apa yang mampu dia buat? Alwa sampai sekarang tiada sebarang khabar berita. Gugur juga air mata jantannya kerana sangat terkesan.

Alwa, aku akan selamatkan kah, aku akan jaga kau sebaik mungkin lepas kau ditemui. Itu janji aku!

Di dalam sebuah kamar di kerajaan Savuri

Alwa yang sedang lena, bangun mengejut apabila seakan ada suara memanggil sayu namanya.

Kim...

Terdetik dimindanya nama jejaka yang telah mencuri hatinya itu. Air matanya gugur lagi. Alwa hanya mampu berdoa. Ya Allah, permudahkan mereka untuk mencari diriku..

To Be Continue ✨

CikAlwaHibiscus
qeylalala
nazreenalias
fathieraz

Continue Reading

You'll Also Like

140K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
543K 36.9K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
229K 1.3K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
158K 13.6K 66
Kisah tidak sempurna antara mereka. Allah yang melengkapkan segala ketidaksempurnaan itu. Sinopsis di dalam. Hero mature, heroin ego keras kepala. 👑...