LOLIPOP

Por umi_nami

1.9K 303 829

[D A L A M S E S I M E N G E D I T] [ Watty's Longlist 2018] Kerajaan Manisan merupakan kerajaan tertingg... Más

Watak-Watak
Prolog [ edited ]
Bab 1 [ edited ]
Bab 2 [ edited ]
Bab 3 [ edited ]
Bab 4 [ edited ]
Bab 5 [ edited ]
Bab 6 [ edited ]
Bab 7 [ edited ]
Bab 8 [ edited ]
Bab 9 [ edited ]
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16 ( Part 1 )
Bab 17

Bab 11

66 11 14
Por umi_nami

"Reen! Miwa!" Syaf menjerit memanggil mereka apabila terserempak di tepi tasik maple syrup.

Reen dan Miwa yang juga baru berjumpa, mengorak langkah menuju ke tempat Syaf dan Mirzan berteduh.

"Woi, jangan menjerit boleh? Pecah gegendang telinga aku." kata Mirzan sambil menjeling Syaf di tepi.

Syaf mengambil ranting kayu lalu mengetuk kuat lengan sasa Mirzan. Mirzan mengaduh kecil.

"Alahai, kami nak datang ni pun korang sibuk bersweet. Sweet couple." usik Miwa sambil tersengih sengih dan menyiku lengan Reen.

Reen mengangkat kening sambil tersenyum sinis, pakat nak mengusik Syaf dan Mirzan.

Mirzan mencebik. "Cuba ulang balik ayat kau tu kalau nak kena free gift botol ni kat kepala kau tu."

Thaqif yang baru sampai menjentik dahi Mirzan. "Berani kau nak apa apa kan dia? Hadap aku dulu!"

Miwa menjelir lidah. "Bluek! Thaqif backup aku!" kata kata Miwa membuatkan Mirzan bengang lalu mencampak botol air yang masih berisi separuh itu kearah Miwa. Miwa mengelak pantas.

Tanpa disangka, botol air itu terkena Ummi yang baru saja sampai. Yang lain terkejut, lagi lagi Mirzan.

Mirzan meneguk air liur apabila tiba tiba terasa aura membunuh disekelilingnya.

"Apa...kau cuba buat ni?" tanya Ummi dengan nada keras.

Mata ungu nya tidak lagi berkilauan indah tapi diganti dengan ungu gelap... pandangan yang membunuh diberikan kepada Mirzan!

"Er aku.. terbaling?" kata Mirzan dengan teragak agak.

"KAU CUBA BALING PADA MIWA KAN?" jerit Ummi sambil mengeluarkan pedangnya.

Pandangan tajam diarahkan tepat pada anak mata Mirzan yang menawan kalbu itu. (bagi Syaf la kot🙄)

"Ya ya! Ampun!" Mirzan cepat cepat melarikan diri. Ummi pantas mengejar jejak langkah Mirzan yang laju melarikan diri.

"Ke sini kau!"

"Ampun weh ampun...tak sengaja!!"

Mereka yang melihat ketawa berdekah dekah melihat situasi itu.

Khashaf, Kim dan Alwa sampai meleleh air mata sebab rasa lawak yang teramat.

"Itulah padahnya nak cari pasal dengan adik adik kami." kata Alwa dengan bangganya. Syaf bersep sep tangan dengan Reen dan Miwa.

"Dah dah lah tu Ummi. Meh sini duduk, tenangkan hati tu. Kita nak start bincang dah ni" panggil Idraki pada Ummi yang nun ditepi tasik, memerhatikan Mirzan yang dah jauh berlari sekeliling tasik maple syrup.

Ummi yang melihat senyuman Idraki terus sejuk sedikit hatinya.Dia melangkah kembali ke tempat asal mereka.

Beberapa minit selepas itu, Mirzan juga turut sertai mereka.

Ummi menjeling tajam Mirzan yang baru duduk di antara Khashaf dan Syaf. Mirzan tersengih sebelum meminta maaf.

"Sorry. Sakit ke aku baling kat lengan kau tu?"

"Sakit lagi hati aku ni." fuh menusuk jiwa Mirzan mendengar.

"Sorry tau." sekali lagi Mirzan menuturkan maaf. Ummi menjelingnya tanpa bicara.

"Kak Yong, biarkan jelah dia. Maafkan jelah ek?" pinta Syaf sambil membuat muka comel yang membuatkan hati Ummi cair.

Mirzan pun tak terkecuali. Tercair sikit melihat kecomelan Syaf. Lagi lagi Syaf seakan mem backup dirinya. Sikit je tak lebih!

"Yelah yelah." Ummi mengalah selepas melihat muka suci Syaf yang memujuk.

Idraki melemparkan senyuman manis tahap dewa pada Ummi.

"Hah kan bagus macam ni."

Muka Ummi memerah. Blushing!

"Akak, muka akak merah kenapa? Penat kejar Mirzan ke tadi?" tanya Miwa, acah naif. Padahal dia tau je Ummi tengah blushing tu.

Ummi mengangguk.

"Haah. Ish dah dah. Jom bincang. Korang dah jumpakan haiwan buruan masing masing?"

"Sudah!" jawab puteri lolipop serentak.

"Mana?" tanya Ummi sambil melihat wajah adik adiknya satu persatu.

Syaf tersenyum sebelum bersiul riang. 3 saat kemudian, datang unicorn buruan Syaf yang badannya berwarna seakan merah jambu yang lembut seperti salju dilimpahi cotton candy yang gebu, rambutnya bercampur warna biru, kuning, pink, hijau lembut dan ada satu bahagian ini bewarna kuning keemasan seperti mata Syaf yang berkilauan indah,  matanya pula merah jambu bak kristal dan  tapak kakinya yang gebu berwarna kuning keemasan persis mata Syaf juga. Tidak dikecualikan juga kedua-dua sayapnya yang elok terletak di antara badannya itu menambahkan lagi kecomelannya pada badan kecil sang unicorn itu.

"Comelnya!" serentak Reen dan Miwa memuji sambil mendekati unicorn Syaf.

"Nama dia Gummy Bunny Sunny!" ujar Syaf dengan teruja. Para jejaka memandang dia dengan riak tak percaya manakala para puteri lolipop yang dah faham sangat perangai Syaf hanya tersengih aje melihat reaksi para lelaki.

Tetapi si Mirzan lain pulak.Bila tengok Syaf yang kelihatan sangat gembira membuatkan dia merasa sangat senang dan dengan tidak sengaja berkata "Dia nampak sangat comel" tetapi dalam nada yang perlahan. Apabila tersedar dia terus menoleh kiri dan kanan ternyata tiada siapa menyedari kata katanya itu. 'Fuh..nasib'

"Pst! Adik kau tu ok ke tak?" tanya Idraki pada Ummi sambil menunjuk kepalanya tanda 'otak Syaf betul ke tak?'.

"Senyap." balas Ummi dengan garangnya. Dia memang tak suka apabila adiknya diperlekeh sebegitu.

Kashaf melayangkan tangan dia ke udara seperti kanak kanak. Reen memandangnya sekilas lalu tersenyum. Comel pula mamat ni. Kashaf bertanyakan soalan K-Bat. "Err dahtu kau nak panggil dia mana satu?"

"Ikut mood aku." terang Syaf sambil senyum nampakkan giginya yang putih macam iklan Colgate.

"Ini unicorn jenis Pegasus yang masih belum cukup matang. Apabila cukup umurnya, akan tiba masa dia menjadi unicorn Pegasus yang sejati." terang Mirzan dengan nada bosan. Syaf tak ambil peduli. Dia leka mengusap rambut binatang buruannya yang cantik itu.

"Ish kau ni aku tengah terang kau boleh buat tak tahu" kata Mirzan sambil mencebik.

Semua terkejut dengan kata kata Mirzan ditambah dengan cebikan di mulutnya kerana itu adalah sesuatu yang tidak pernah di buatnya.

Mirzan yang baru perasan dengan riak semua orang terus memerah mukanya lalu berkata "Apa...tak payah la tengok aku. macam tu"

Disebabkan keadaan yang semakin janggal Syaf terus menukar topik. "Okay apa kata kita tengok Alwa punya haiwan buruan pulak.Hehehehe..."

"Ha betul tu.Alwa kau sambung lak" balas Mirzan sambil memandang ke arah lain.

Alwa menepuk tangannya sebanyak 3 kali dan keluarlah haiwan buruannya, Beruang yang badannnya berwarna biru keputihan dan mata nya coklat bersinar terang menyuluhi jiwa raga ini. Bulu nya yang lebat dan gebu itu menyerlahkan kecomelan yang ada pada dirinya cuma wajah nya yang garang menjadikan orang sekeliling gentar dengan kehadirannya.

"Ok!Berakhirlah sudah sesi korang berdua.Sekarang tiba masa aku perkenalkan kesayangan aku pulak" kata Reen dengan penuh teruja bersama senyuman selebar-lebarnya.

Terbentuk senyuman kecil di wajah Kasyaf apabila melihat Reen yang sangat gembira itu.Senyuman itu semakin melebar apabila telinganya menangkap alunan suara reen.

"Fiqie sayang.Meh sini meh.Munculkan diri.Meh kat Reen" kata Reen dengan suara yang mampu memukau Kasyaf sehingga hampir terleleh air liurnya. (allahu..parah dia ni😂)

Berkali-kali dia memanggil namun tidak juga kelibat Fiqie kelihatan.
Semakin lama semakin terbit rasa gusar dalam diri Reen.

Air mata mula bertakung di kelopak mata Reen sambil ia mencari-cari Fiqie di kawasan semak yang berhampiran.

Kesemua puteri-puteri lolipop mula khuatir terhadap perubahan Reen.Almaklumlah Reen yang sebelum ini jarang menangis dan sangat susah untuk mengeluarkan air mata.Namun tidak pada waktu ini.

"Sabar Reen. Bawak bertenang" Ummi yang sangat memahami Reen itu menasihatinya.

"Fiqie mana Fiqie? Tadi dia ada je dengan Reen ngan Kasyaf.Kan Kasyaf ?" tersedu-sedu suara Reen berkata sambil bertanyakan kepada Kasyaf dengan seribu pengharapan.

Kasyaf yang sedari tadi risau itu semakin bertambah risau.Hatinya sakit apabila melihat Reen dalam keadaan begitu.Sepantas kilat dia menghampiri Reen.

"Jangan macam ni Reen.Aku yakin Fiqie ada dekat-dekat sini.Aku akan pastikan dia dijumpai" kata Kasyaf memujuk.Sedikit sebanyak hati gundah Reen mula tenang.

Kasyaf berfikir sejenak bagi menyelesaikan masalah ini sebelum satu idea mula terbit di mindanya.💡

Dengan sepantas kilat dia menuju ke arah tanah yang berdekatan tepi sungai itu sebelum dia menunduk dan menggalinya.Dia kembali dengan membawa sebatang lobak pink di tangannya. (macam mana dia tau benda tu ada situ😶)

"Kau nak buat apa dengan lobak tu Kasyaf" tanya Mirzan dan turut mendapat anggukan dari mereka yang lain.

Namun begitu tidak bagi Reen.Dia dapat menangkap apa yang Kasyaf cuba lakukan.Kasyaf cuma diam tidak menjawab persoalan Mirzan malah menghadiahkan senyuman ikhlas kepada Reen.Dia sangat bersyukur apabila tidak lagi air mata kelihatan di wajah lembut Reen itu.

Kasyaf menunduk sambil membawa lobak pink tersebut ke kawasan permukaan tanah sambil memanggil nama Fiqie.Hinggalah satu waktu itu lobak yang elok berwarna pink itu mula hilang dan terdapat kesan gigitan di hujungnya apabila Kasyaf tiba di kawasan pohon-pohon berdekatan mereka.

Tersenyum lagi si Kasyaf sebelum perlahan-lahan dia mengusap bahagian permukaan tanah tadi dan sekelip mata sahaja haiwan berbulu putih itu muncul sambil mulutnya bergerak-gerak mengunyah lobak yang dibawa oleh Kasyaf tadi.

Pantas Reen melepaskan pelukan Miwa dan menuju ke arah mereka berdua.Reen menunduk dan mengusap Fiqie seterusnya mendukung Fiqie ke arah mereka semua.

"Fiqie pergi mana? Puas Reen cari Fiqie tau" dengan lembut Reen bertanya.Fiqie hanya membisu dan menggeselkan bulunya itu pada tubuh Reen.

"Ok this is my lovely Fiqie.Kenalkan seekor arnab yang berbulu putih suci dan mata yang mengancam huaaa" teruja Reen menceritakannya.

"Tapi sesuci dan semengancam Fiqie pon tak mampu untuk lawan Kasyaf" spontan Reen melontarkan kata-katanya itu dan  memberikan senyuman ikhlas tanda terima kasih kepada Kasyaf.

Kasyaf hanya menunduk malu manakala mereka yang lain berpandangan antara satu sama lain sebelum senyuman menghiasi di wajah-wajah mereka.

Kini tiba giliran Miwa pula.

"Jadi Miwa, mana pet kau?" soal Syaf. Matanya meliar sekeliling bagi mencari kelibat haiwan haiwan yang berada sekitar mereka.

"Aku tak jumpa lah. Tapi aku jumpa burung ni, sian dia. Sayap dia luka" balas Miwa sambil melihat burung putih itu. Sayapnya terdapat kesan merah.

"Oh kalau begitu, kita tolong dia lah. Kau ada bawa kotak first aid tak?" tanya Thaqif. Tetapi hampa...hanya gelengan yang diterima, tetapi tidak bagi Miwa.

Miwa mengeluarkan sesuatu dari beg kecilnya. Dan ianya bekas yang mengisi pelbagai alatan untuk digunakan ketika kecemasan. Miwa ni jenis yang sentiasa prepare, kalau kalau ada perkara buruk yang berlaku.

"Aku ada bawa. Nah, maybe ada lah dalam bekas tu" Miwa menghulurkan bekas itu kepada Thaqif. Thaqif menyambut huluran itu dan duduk melutut menghadap burung itu.

"Tuan tuan dan puan puan sekalian, sila beri laluan. Abang handsome kita nak rawat burung comel ni" selamba badak je Miwa panggil Thaqif 'abang handsome'. Thaqif pula dah malu malu kucing kat situ. Tabahlah Thaqif oi!😂

Tangan Thaqif lincah merawat sayap burung putih itu. Selang beberapa minit, rawatan selesai. "Dah settle. Jaga burung ni baik baik. Takut sayap tu luka balik" kata Thaqif sambil mengemas alatan yang digunakannya. Bekas itu diserahkan kembali kepada Miwa yang setia disisinya. Acewah, ayat aku.

Miwa memasukkan semula bekas itu ke dalam beg kecilnya lalu mengangkat burung itu dengan berhati hati. "Sayang white kita ni" dicium cium muka burung yang dinamakan white itu. Macam baby.

"Ha...Ummi kau punya pulak mana" tanya Alwa

Ummi hanya tersenyum sebelum memetikkan jarinya lalu muncul seekor itik cotton berwarna ungu disebalik semak.Ia datang ke arah Ummi lalu menggeselkan kepalanya di kaki Ummi.

"Wow!" serentak semua disana ternganga melihat itik itu dihadapan mata mereka.

"Kau biar betul itik" kata Idraki sambil menahan ketawa.

Seperti mengerti akan kata kata Idraki itik itu terus memberikan jelingan maut lalu berjalan ke arah Idraki lalu memberikan sepakan padu.Idraki yang merasakan kesakitan yang terlampau terus meraung kesakitan."Aduh...sakit sia"

Semua di situ terkedu melihat jelingan itik itu kerana ia seolah olah sama dengan jelingan maut daripada Ummi ditambah lagi dengan tendangan itu mereka merasakan itik itu sangat menakutkan.

Ummi yang melihat keadaan itu hanya ketawa lalu berkata. "Tulah kau..mulut tak reti jaga.Kan dah kena"

Idraki hanya mencebik lalu berkata. "Yelah...sorry"

Ummi yang malas melayan Idraki terus memperkenalkan binatang buruannya itu. "Ni haiwan aku..nama dia Hyun" kata Ummi sambil menjulang itik itu seperti piala.

Mereka semua tidak memberi sebarang reaksi kerana masih takut dengan Hyun.

"La..korang ni kenapa.Rileks ahh kalau korang tak buat salah dia tak marah pon"kata Ummi.

"Ouhh okay" balas mereka serentak.

"Tapi kan korang semua tangkap sendiri ker ?" tanya Kim.

"Yupp..of course la.Kitorang ni bukannya lemah sangat sampai tak boleh nak tangkap sendiri" kata Syaf.Disebabkan kata kata Syaf itu Mirzan menjelingnya lalu ingin membalas tetapi dipotong oleh Kasyaf.

"Haihh yelah...memang korang tangkap sendiri itu yang kami terkejut padahal ni baru pertama kali korang buat"

"Well tengok lah sa..."

Prakk!

Prakk!

Kata kata Reen terhenti apabila terdengar bunyi seperti ranting patah.Mereka semua terdiam.

"Bukan Pak Zam dah balik ke tadi,tak kan dia datang balik" bisik Thaqif kepada mereka.

"Aku rasa kali ni bukan Ayah Zam sebab gaya macam ramai orang" balas Ummi pula.

"Aku tak sedap hati la korang" kata Miwa sedikit ketakutan.

To be continue✨

Apa korang rasa. Sapa yang datang tu. Katanya macam ramai. Apa yang akan jadi kat Loli Girls dan VS Boys. Ha....sapa boleh teka? Kalau tak dapat tunggu sambangan nyer nanti.

CikAlwaHibiscus
qeylalala
nazreenalias
fathieraz

Seguir leyendo

También te gustarán

135K 893 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
378K 1.1K 16
cite aku treka dan tulis time 1st mco dulu
374K 3.6K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
1.7M 35.7K 40
| 2020 | 18+ PREVIU 35 BAB NOVEL | PDF CRIME ACTION ROMANCE