LOLIPOP

By umi_nami

1.9K 303 829

[D A L A M S E S I M E N G E D I T] [ Watty's Longlist 2018] Kerajaan Manisan merupakan kerajaan tertingg... More

Watak-Watak
Prolog [ edited ]
Bab 1 [ edited ]
Bab 2 [ edited ]
Bab 3 [ edited ]
Bab 4 [ edited ]
Bab 5 [ edited ]
Bab 6 [ edited ]
Bab 8 [ edited ]
Bab 9 [ edited ]
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16 ( Part 1 )
Bab 17

Bab 7 [ edited ]

79 14 20
By umi_nami

Edited by : qeylalala

Ummi menarik nafas dalam. "Semua salah. Dah habis cerita" kata Ummi lagi dan memandang yang lain.

"Apasal kami pun kena sekali?" kata seorang lelaki iaitu Idraki Dayyan. Kata katanya itu mengundang jelingan dari semua orang.

Kawan kawannya dan para budak perempuan membuat muka seperti berkata, 'Apa masalah kau ni, nak cari pasal ke?!'

"Kau kata apa?" soal Ummi dengan muka tenang yang menakutkan. Matanya yang berwarna ungu juga bercahaya garang.

Semua menelan air liur setelah melihat Ummi yang kelihatan sangat menakutkan. Auranya juga berlainan dari kebiasaan. Kali ini Idraki turut cuak melihat perubahan aura Ummi.

Miwa yang cemas cuba mengambil hati Ummi agar dia tidak berterusan naik angin. "Kak, dah lah tu, Miwa lapar ni. Jom pergi makan! Akak tak kesian ke dekat adik akak ni. " Miwa berkata dengan nada sedih sambil membuat muka acah comel.

"Betul tu, Reen pon lapar kak! Jom kita pergi makan."

"Boleh ehh weh? Jom jom jom!" ajak Alwa sambil mengelip-ngelipkan matanya.

Hatinya yang panas sebentar tadi, mula surut suhunya. Ummi akhirnya mengalah.

"Fine, dahlah jom blah."

Mereka tersenyum lega apabila berjaya menyurutkan angin taufan dalam diri Ummi sebelum terkedek kedek mengikuti Ummi lalu berjalan meninggalkan lelaki lelaki tersebut.

"Eh, dia terus elok?" kata Thaqif yang sedari tadi mendiamkan diri, kehairanan.

"Haah, tulah aku pun pelik jugak." Khashaf menangkat kedua bahu dan masih memerhatikan kelibat mereka yang makin menjauh.

Mirzan mengenggam penumbuk sambil merenggus kasar. "Tapi boleh pulak dia orang tinggalkan kita macam tu je? Sakit hati aku!"

Kim sekadar mengelengkan kepala dengan sifat baran yang ada pada diri sahabatnya itu.

"Entahlah. Biarkan lah dia orang tu." kata putus Idraki sebelum mengorak langkah menuju ke tandas. Alamak sakit perutlah pulak!

🍭🍭🍭

"Kita nak makan kat mana ni. Aku dah lapar sangat dah ni."

"Haah, aku pun dah lapar gila dah ni!"

"Kau memang, kerja makan je tau. Buat kerja taknak. Pemalas! " perli Syaf yang bermulut bisa. Antara mereka berlima Syaf lah yang paling mulut puaka sekali. Memang tak reti nak kawal kepedasan dia tu ish ish ish.

"Betul tu betul tu! Dah lah makin gemuk." Alwa mengusik sambil mengembungkan pipinya.

"Ishhhh! Mana ada Reen gemuk. Kak, tengok dorang semua perli Reen!" Reen berlari mendapatkan kakaknya yang tercinta untuk mengadu. Ececeh mengada-ngada lah dah besar panjang dah tu.

"Haish, korang ni tau gaduh je. Tak puas ke tadi dah ada sesi bergaduh? Sudah-sudah lah tu. Dah jom pergi makan kat restoran sana." Sebelum dia naik pening, baik Ummi hentikan gaduh gaduh manja ni dan pergi mengenyangkan perut.

Yang lain mula berhenti mengusik sesama sendiri dan akur dengan arahan Ummi. Mereka menuju ke sebuah meja kosong berbentuk Choco Ball yang ditaburi choco rice. Dan paling wownya, kerusinya diperbuat dari kek sponge yang gebu dan empuk! Memang selesa tahap tak hingatlah jawabnya. Tapi haip, meja dan kerusi ni tak boleh dimakan ya!

"Adik semua nak makan apa?" waitress itu mengambil pesanan dengan penuh sopan.

"Bagi saya Nasi Goreng Warna Warni dan Air Blue Candy." Ummi membuat pesanan pertama.

"Saya pulak nak Burger Red Hot dan Air Vanilla Candy. " kata Alwa pula selepas membaca menu itu dengan hanya sekilas.

"Reen pun nak air yang sama dengan Kak Alwa. Pastu Ayam Goreng Extra Cheese ya."

"Saya pula nak Cotton Chocolate Cupcake dengan Air Chocolate Candy." pesan Miwa pula. Miwa menyiku rusuk kanan Syaf nak sedarkan dia untuk buat pesanan.

"Saya nak Air Strawberry Candy sahaja ya." ujar Syaf setelah beberapa saat menenung buku menu itu.

"Baiklah. Tunggu sebentar ya."

"Ehh Syaf air je? " kata Ummi kehairanan. Diet ke apa budak ni?

"Mesti lah dia dah kenyang. Dia kan dok amik makanan kita waktu sesi bergaduh tadi."Miwa mengambil peluang keemasan untuk memerli Syaf.

"Alah sorrylah, Tak sengaja tadi hehehe." Syaf melentokkan kepalanya pada bahu Miwa dengan lagak manja dan mengada. Miwa membuat muka geli bagaikan nak termuntah.

Semua mengetawakan tingkah laku dua beradik itu. Setelah beberapa minit menunggu akhirnya pesanan mereka sampai.

Nasi Goreng Warna Warni

Burger Red Hot

Ayam Goreng Extra Cheese

Cotton Chocolate Cupcake

Air Blue Candy dan Air Chocolate Candy

Air Strawberry Candy

Air Vanilla Candy

Setelah perut memasing kenyang, mata pun dah mula layu, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Agak agak selamat tak rahsia menyelinap keluar mereka ni?

🍭🍭🍭

Mereka berlima terjengket jengket ketika memasuki rumah kerana tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi. Mereka takut jika ibu Min dan ayah Zam terjaga dari lena yang nyenyak.

Tetapi,

apabila kaki Alwa mula menjejaki anak tangga pertama nak menuju ke tingkat atas, secara tiba tiba lampu terbuka.

Mereka semua terkejut beruk lagi lagi si Reen yang sememangnya kuat melata. "Oh pocot mak hang kuning!"

"Mak sapa yang kuning tu?" tegur seseorang dari belakang. Mereka masing masing menelan air liur sebelum dengan terketar ketarnya menoleh ke belakang.

"Nak pergi mana tu? Dari mana lewat malam ni?" Ibu Min menyoal dengan wajah mendung.

"Kamu sedar tak apa salah kamu semua? " tanya ayah Zam pula disamping Ibu Min.

Matilah nakkkk..

"Mari berkumpul di sini sekarang! "

Puteri puteri itu berjalan ke arah orang tua angkat mereka sambil menundukkan muka kerana takut dan rasa bersalah.

"Ayah tanya lagi sekali, kamu sedar tak kesalahan kamu semua?"

Puteri puteri itu masih mendiamkan diri. Tiada siapa yang berani nak mengangkat muka termasuklah kakak sulung mereka iaitu Ummi Kairisya.

"Kamu tahu tak bahaya kat luar sana tu?? Lagi lagi di pesta yang ramai orang tu! Kenapa kamu masih degil tak mendengar kata?" ayah Zam kelihatan marah pada masa yang sama kecewa dengan kedegilan mereka.

"Kamu dah tak sayang kami berdua ke? Kenapa kamu semua tak nak dengar cakap kami hm?" nada suara ibu Min jelas menunjukkan yang dia amat berjauh hati.

Apabila mendengar saja kata kata ibu Min, semua puteri itu terkejut dan mula mengangkat muka.

"Tak ibu, kami bukan macam tu. Kami betul-betul sayang ibu dan ayah." pujuk Alwa.

"Betul ibu, kami sebenarnya cuma ingin keluar bergembira sama seperti remaja lain. Selama ini kami tidak pernah terdedah dengan dunia luar. Berilah kami peluang ibu, ayah. " Syaf menjelaskan dengan penuh panjang lebar dan sarat dengan emosi.

" Lagipun pesta itu jarang diadakan. " Miwa memandang sedih kedua ibu bapa angkatnya itu.

"Jadi kamu ingin katakan yang kami mengongkong kamu, begitu?" duga ibu Min secara tiba tiba.

"Tak ibu, bukan begitu.. " kata kata Reen terlebih dahulu dipotong oleh ayah Zam. "Jadi kamu memang tidak suka cara kami membesarkan kamu?"

"Ibu ayah. Kami sedar yang ayah dan ibu cuma ingin menjaga kami dan risau jika sesuatu jadi kepada kami. Tapi kami janji ayah ibu perkara ini tidak akan berlaku. Insyaallah. Lagipun, kami dah besar dan remaja ayah, ibu. Perkara ini tiada kaitan dengan kami tidak menyayangi ibu dan ayah ataupun kami rasa ibu dan ayah mengongkong kami. Kami cuma ingin merasai pengalaman ini menjadi manusia biasa." Ummi memaut jari jemarinya bersama jari Ibu Min untuk menenangkan hatinya yang galau.

Ayah Zam dan Ibu Min saling berpandangan sebelum mengeluh. "Haihhh, baiklah kami maafkan tetapi kamu semua akan dihukum kerana ingkar arahan dan balik lewat malam. "

Puteri lolipop tersenyum mendengar kata putus itu dan menerimanya dengan hati terbuka.

"Baiklah ibu ayah kami akan akur." kata Reen sambil memaut mesra bahu ibu angkatnya itu.

"Esok kamu semua harus bangun awal untuk menjalankan hukuman itu. Ayah nak tepat jam 7 kamu sudah berkumpul di taman belakang rumah." kata ayah Zam tegas.

"Baik ibu ayah. Tapi.. apa hukuman kami?" tanya Miwa dengan penuh rasa ingin tahu.

"Adalah, kamu tunggu je esok." kata ibu Min dan ayah Zam sambil berpandangan dengan penuh makna.

Mereka menelan air liur kerana dapat merasakan yang akan ada sesuatu yang mereka tidak akan suka terjadi.

"Sudah kamu masuk tidur sekarang. Esok kamu harus bangun awal."

"Baiklahhh." para puteri itu serentak menjawab lalu menyalam tangan kedua orang tua mereka sebelum naik ke bilik.

🍭🍭🍭

"Korang rasa apa jadi esok?"tanya Alwa sambil menyarungkan pakaian tidur. Dia kemudian menghempaskan dirinya kedalam pangkuan katil tersayang. Ewah ayat tak boleh poyo lagi ke?

"Entahlah weh. Ibu dengan ayah nampak pelik sangat tadi. Cuak pulak aku." balas Syaf yang sedang duduk dibirai jendela, ingin melihat keindahan ratusan bintang sebelum masuk tidur.

"Dah lah tidur wahai puteri sekalian. Esok kita kena bangun awal." Ummi dah siap pakai face mask buatan sendiri lagi. Dah bersediaa nak berjumpa dengan Suga di alam mimpi.

"Baik boss!" kata yang lain serentak sebelum ketawa. Ummi menjeling sipi sipi di sebalik face masknya sebelum turut ketawa.

Disebalik pintu, Ibu Min dan ayah Zam turut tersenyum mendengar telatah mereka.

Readers rasa apa jadi esok?

To be continue✨

Karya ini ialah hasil kerjasama kami berlima :

CikAlwaHibiscus
qeylalala
nazreenalias
fathieraz

editor notes : Harap bab bab yang telah diedit, membuatkan pembacaan anda lebih senang dan tersusun.❤

Edited by : qeylalala

Continue Reading

You'll Also Like

408K 4.8K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
6.7K 33 2
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...
135K 890 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
229K 1.3K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...