LOLIPOP

By umi_nami

1.9K 303 829

[D A L A M S E S I M E N G E D I T] [ Watty's Longlist 2018] Kerajaan Manisan merupakan kerajaan tertingg... More

Watak-Watak
Prolog [ edited ]
Bab 1 [ edited ]
Bab 2 [ edited ]
Bab 3 [ edited ]
Bab 4 [ edited ]
Bab 6 [ edited ]
Bab 7 [ edited ]
Bab 8 [ edited ]
Bab 9 [ edited ]
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16 ( Part 1 )
Bab 17

Bab 5 [ edited ]

113 21 76
By umi_nami

Pagi yang indah disinari dengan matahari yang indah memancar. Di halaman rumah Azminah dan Afzam, Alwa dan Ummi kelihatan baru sahaja habis berlawan pedang. Mereka duduk di pondok berbentuk cotton candy untuk melepaskan lelah.

"Fuh! Ummi, nak air!" Alwa mengipas kipas mukanya yang memerahh gunakan tangan kosong. Ummi yang juga sedang mengipas diri sendiri, menjelingnya.

"Minta tolong elok elok boleh tak? Aku campak pengsan kau nanti."

Alwa tersengih sebelum memberi tunduk hormat banyak kali." Ampun Tuanku Puteri Ummi, ampuni patik!"

Ummi reda marahnya dan ketawa sebelum mencampak air mineral berperisa cotton candy pada Alwa. Hah rare kan? Kat sini je boleh jumpa air mineral berperisa macam ni tau!

Alwa menyambut pantas. Dia meneguk lega air itu. Sampai meleleh dipipi. Ummi menggeleng kepala. Tak senonoh betul.

"Posto! Posto!" datang seekor merpati berbulu gebu seperti gula kapas berwarna pink di atas kepala mereka. Disini tugas posmen dilakukan oleh haiwan kecil comel ini. Dahlah comel, nampak sedap pula tu. Aum😚

Merpati itu menjatuhkan beberapa sampul surat di atas peha Alwa lalu terbang pergi begitu saja.

"WUHU DAPAT SURAT!" Alwa terlebih excited pula dapat surat, macam dapat surat cinta je😑.

Ummi sekali lagi geleng kepala. "Sejak bila kau jadi macam Syaf ni? Bukan dia je ke yang selalu excited dapat surat?"

"Entahlah, tapi hati aku tiba tiba rasa ada sesuatu yang baik kat surat surat ni!"

"Bagi sini aku tengok surat apa ada."

"Alaaa.. kau ni bagilah aku tengok kot kot ada surat untuk aku." mengada ngada pula Alwa ni.

"Haihhh...yelah cepat sikit." Ummi mengalah. Nasiblah dapat adik kembar perangai entah apa apa macam Alwa ni aiyo.

Alwa membelek belek satu persatu surat itu tetapi malangnya tiada satu pun surat untuknya.

"Tak ada surat aku." kata Alwa sambil mencampakkan semua surat itu kepada Ummi.

"Hey, agak agak lah." marah Ummi kepada Alwa yang kadangkala mencabar kesabarannya ini.

Alwa hanya tersengih kambing melihat Ummi dan menabik sebagai permohonan maaf lalu terus membaringkan dirinya bagi melepaskan lelah.

Ummi membelek surat surat tersebut dan menjumpai risalah tentang pesta yang diadakan pada malam ini.

"Wehh Alwa kau tengok apa aku jumpa ni." Ummi menepuk tepuk teruja peha Alwa.

"Ishh malas la. Aku mengantuk ni." Alwa menepis tangan Ummi dari pehanya. Kacau je!

Ummi menjeling Alwa lalu berkata,"Tengok lah risalah ni ia tentang pesta selama 2 malam kat pekan ni. "

Apabila mendengar kata kata Ummi, Alwa terus bangun dan merampas risalah tersebut. Matanya bergerak seiring membaca isi risalah itu. Ummi hanya redho dengan sikap adik kembarnya itu.

"Wehh nak pergi, mesti ada macam macam benda seronok!"jerit teruja Alwa pada Ummi sebelum masuk memanggil adik adik mereka yang lain.

Reen, Syaf dan Miwa melangkah keluar kemudian duduk di sebelah Ummi dan Alwa.

"Whats up?" tanya Reen mewakili yang lain sambil mengunyah ayam panggang masakan ibu mereka.(Allahu, bila dia ni nak insaf?)

"Tengok ada pesta lah malam nanti! Kita pergi tau!" kata Alwa dengan penuh teruja. Mata dia tu macam nak muncul love dah tu.

Dengar sahaja kata putus Alwa, Syaf dan Miwa terus melompat suka seperti orang tidak waras sehingga terlanggar lengan Reen menyebabkan ayamnya jatuh tergolek.

Krik krik krik..

Terus mereka semua terkaku sepi. Reen terkebil-kebil melihat ayamnya yang jatuh ke tanah. Dia memandang Syaf dan Miwa dengan mata sedikit berair dan mulut mencebik seperti ingin menangis. "Kau..."

Miwa yang ketakutan terus menyorok di belakang Syaf. Syaf pula yang serba salah hanya tersengih seperti kerang busuk. "Hehe sorry?"  Ummi bertindak pantas dengan memujuk dan menggembirakan hati Reen sebelum sempat Reen nak melalak. Reen kembali normal dan waras selepas itu. (macam dia sakit mental je gaya ayat ni HAHA)

Mereka semua kemudian berbincang cara untuk memujuk Ibu dan ayah angkat mereka. Mereka tahu ibu dan ayah angkat mereka tidak akan membenarkan mereka pergi ke pesta itu selepas apa yang terjadi pada mereka kelmarin. Beberapa detik berlalu, mereka semua bersepakat untuk memujuk cara halus kepada ibu dan ayah.

Petang itu Ummi, Alwa bersama adik adiknya tiba tiba datang dengan muka acah comel ke arah ibu dan ayah angkat mereka yang sedang minum petang bersama di taman.

SPOTLIGHT ON IBU MIN DAN AYAH ZAM

"Apa kena dengan mereka ni bang?" tanya Azminah sambil berbisik kepada suaminya, Afzam. Hairan dia dibuat mereka, apabila melihat masing masing muncul membuat muka kasihan dan meminta simpati.

"Abang pun tak tahu lah. Tapi abang rasa mesti mereka nak minta apa apa tu."

Bingo!

"Ibu.. Ayah.." Miwa memulakan bicara dengan lenggok manja.

"Haa ada apa ni kamu semua datang dengan muka macam tu?" tanya ibu Min dengan nada curiga.

Semua pakat menolak masing masing ke depan.

"Kau lah cakap"

"Apa aku pulak, kau la."

"Kau tua, kau cakaplah."

"Ishh kau lah!"

"Dah kenapa budak budak ni?" naik pening pula Ayah Zam melihat telatah mereka adik beradik ni.

"Kau kan kakak."

"Ehh tak nak lah aku."

"Dah dah dah! Biar aku cakap." untuk kali ke berapa ratus, sekali lagi Ummi menjadi penyelamat keadaan.

Mereka semua tersenyum senyum suka dan lega kerana Ummi tolong bercakap bagi pihak mereka semua. Fuh selamat!

"Ibu ayah, kami sebenarnya nak meminta kebenaran untuk pergi ke pesta malam ni di tengah bandar." kata Ummi dengan nada mendatar. Straight to the point ajelah.

Dengar sahaja permintaan Ummi, ibu Min dan ayah Zam terus bangun mengejut.

"Tak boleh. Kamu tidak boleh ke sana malam malam. Bahaya!" ibu Min memberi amaran.

"Alaa.. ibu ayah boleh lah." Miwa meng blik blink kan matanya yang besar dan membuat riak simpati yang amat.

"Betul kata ibu kamu tu, kamu tidak boleh ke sana. Sangat bahaya." tegas ayah Zam pula. Dia menggeleng kepala berulang kali seiring dengan kata akhirnya.

"Tapi....." belum sempat Reen berbicara ibu Min terus memotong."Ibu kata tak boleh, bermaksud tidak boleh. Sudah, titik nokhtah. Muktamad!"

Ibu Min dan Ayah Zam terus berlalu pergi masuk kedalam rumah semula meninggalkan mereka 5 beradik terpinga pinga.

SPOTLIGHT ON LOLIPOP'S PRINCESS

"Kenapa dengan ibu dan ayah? Serius aje tak beri kita pergi." Syaf memuncung bibir, kecewa tidak dapat pergi pesta keramaian malam nanti.

"Entahlah, aku pun tak tahu." Alwa menjongket bahu sambol mengembungkan pipi. Eh fikir comel ke?

Reen pula kelihatan sedih sampai berhenti memakan ayam yang telah diambilnya sebentar tadi di dapur.

Ummi hanya mengeluh. Kesian melihat riak kekecewaan para adiknya. Miwa yang melihat kakak kakaknya sedih dan kecewa mula terfikir suatu idea.

"Aha! Apa kata kalau kita keluar senyap senyap?" cadang Miwa dengan nada bisik. Takut didengari oleh orang tua mereka.

Semua memandang Miwa dengan pandangan 'Kau gila ke?!'

"Alaaa... boleh lah. Kali ni saja. Seumur hidup aku tak pernah pergi tempat tempat macam tu." pujuk Miwa.

Yang lain senyap tak dapat memberi kata putus. Mereka semua memandang Ummi selaku kakak sulung untuk membuat keputusan.

Akhirnya semua bersetuju dan mereka berkumpul di dalam bilik merancang plan mereka pada malam ini.

Malam itu, tepat jam 11 malam mereka memulakan rancangan mereka. Waktu itu sememangnya waktu ibu Min dan ayah Zam tidur.

Mereka menyelinap keluar melalui tingkap lalu seorang demi seorang. Disebabkan mereka sudah biasa dengan aktiviti lasak mereka dapat melakukannya dengan senang dan mudah.

Setelah berjaya mereka berjalan keluar dari perkarangan rumah ibu dan ayah angkat mereka, dalam perjalanan mereka bergelak ketawa kerana berjaya keluar dari kongkongan orang tua mereka yang amat ketat.

Sesampainya di sana, keadaan pesta itu sangat meriah dengan orang ramai. Banyak pertunjukkan menarik diadakan. Rumah ais krim, DaimTruck, Cadbury Pool dan lain lain semuanya ada disana!

Sewaktu mereka sedang berjalan dengan gembiranya, Reen tiba tiba secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki yang juga berjalan secara berkumpulan.

"Aduhh!"

"Ayakk!!"

Mereka semua terkedu melihat mereka bertembung dan jatuh ke tanah termasuklah kawan kawan lelaki itu.

tbc✨

Karya ini ialah hasil kerjasama kami berlima :

CikAlwaHibiscus
qeylalala
nazreenalias
fathieraz

Edited by : qeylalala

Continue Reading

You'll Also Like

33.9K 133 4
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
4K 24 6
kisah dendam darwish ke ustazahnya kerana darwish kkna gantung sekolah akibat rokok
14.7K 83 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
6.6K 33 2
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...