Miss Assassin✔

By RaziaFarhani

352K 14.5K 72

[Novaestar Award 2018 - Winner of AnugerahThe Fighter ] Dia seorang wanita. Mempunyai prinsip hidup. Wanita y... More

CAST
PREVIEW
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
EPILOG
SPECIAL CHAPTER
Cover

Bab 31

7.4K 324 0
By RaziaFarhani

Kedatangan Dalia hanya disambut dengan salaman. Tiada makan-makan malam ini. Sudah tidak mahu lagi membuang masa. Masa sudah suntuk. Semua perlu disiapkan untuk misi yang makin hampir. Spy yang sorang lagi tu juga sudah dapat dikesan. Namun, dia dan Malik cuba 'menyimpan' untuk digunakan sepenuhnya.

Uncle, Malik dan Dalia hanya berbincang di meja makan. Memandangkan, auntie Maya dan Sarah tidak ada, mereka membuka meja perbincangan di tempat terbuka.

"Korang dah tahu sapa partner si Hariz tu?" Soalan daripada uncle dibalas dengan senyuman senget dari Malik dan anggukan dari Dalia.

"Bagus! So, siapa gerangannya. Tak sabar ni uncle nak tahu." Tangan disilang ke badan.

"Guess?" Dalia mula berkias. Saja nak lambatkan masa.

"Tak boleh nak guess la. Cepat cakap!" Gelisah jadinya uncle bila soalan dibalas dengan kiasan. Rasa nak telan si Dalia ni hidup-hidup. Selalu macam tu. Kalau orang serius, dia main-main pulak.

Malik dari tadi memerhati gelagat dua orang manusia di hadapannya. Yang seorang tidak sabar, yang seorang lagi suka main-main. Elok la bapak dengan anak angkat!

"Rosmaria binti Hisham." Dalia membuang pandangan pada Malik dan lelaki itu mengangguk.

"Marie? Anak Hisham? Betul ke semua ni? Malik?" Uncle memandang Malik solah-olah mahukan kepastian.

"Yes pa. Susah kan nak percaya? Anak dengan bapak sama ja. Pengkhianat!" Apabila Malik bersuara. Memang pedas ayat yang keluar.

"Kesian budak-budak AAWF pa. Tambah-tambah yang dari SF. Nasib baik Dally tak diterima dulu kan. Kalau tak? Dally pun kena naya macam diorang tu." Malik bercakap sambil mata masih memandang Dalia. Rasa kasihan pula pada budak perempuan yang dia kenal sejak umurnya 12 tahun itu.

"Jadi, kita kena fikir cara nak selamatkan budak-budak AAWF daripada terus terikat dengan kerja haram Hisham. Papa nak, Dally dengan Malik aturkan serangan yang boleh kita buat sebelum misi besar. Dally, uncle dapat maklumat, lusa diorang akan escort kereta VIP. Akan ada pesta arak dekat pub yang diorang dah sewa. Korang ambik peranan ok."

"Ok." Serentak Dalia dan Malik menjawab.

***

"Ali kau ikut dari jauh. Jangan sampai diorang perasan kita dekat depan." Arahan diberi melalui alat yang dipasang di telinga.

Dalia dan Malik dalam satu kereta. Ada beberapa lagi kereta di hadapan mereka. Dalia yang bertanggungjawab mengetuai misi ini. Uncle juga turut serta. Tapi, dia tidak la mempunyai senjata. Dia hanya memandu.

Setela kereta yang di'escort' memasuki pub, Zayn dan Fuad yang ditugaskan dalam satu kereta terkejut. Apa yang Tuan Hisham arahkan? Takkan Tuan Hisham sanggup nak escort VIP ke pub. Tambahan pula, mereka semua orang melayu. Semakin pelik AAWF. AAWF yang sekarang tidak seperti yang mereka sangkakan.

Fuad memandang wajah Zayn. Cara pandangan macam meminta kepastian. Zayn mengangguk. Mereka perlu mengikut dulu corak permainan Tuan Hisham sebelum mereka membongkarkan segalanya.

Malik memberhentikan kereta agak jauh. Mereka masih memerhatikan keadaan. Bila semuanya dalam keadaan yang baik, baru lah Dalia keluar. Dia juga mengarahkan beberapa ahli Falcon untuk mengikutinya dari belakang. Kali ini, PAA menggunakan khidmat Falcon sepenuhnya memandangkan sudah tiada perisik bernama Hariz.

Zayn dan Fuad ditugaskan untuk mengawasi pintu masuk. Mereka berbisik-bisik sesama sendiri. Sebenarnya, mereka tidak rela melakukannya. Mereka rasa misi kali ini bukan melambangkan AAWF. Sebaliknya, adalah pengkhianatan kepada ahli-ahli AAWF.

Dalia dan beberapa Falcon berhati-hati. Mereka akan mengepung bangunan pub ini. Dia ke arah pintu belakang. Perlahan pintu dikopak. Empat orang yang berada di belakang masih mengekori.

Satu tembakan kuat kedengaran. Semua orang lari ketakutan. Ahli AAWF semuanya sudah masuk ke dalam mencari punca. Zayn juga berlari ke dalam. Terjadilah adegan tembak menembak. Beberapa VIP yang terkena serpihan tembakan sudah terjelopok jatuh ke lantai pub. Yang lari berjaya melarikan diri. Zayn juga masuk. Dia tidak mahu mengeluarkan peluru sama sekali malam ini. Dia bimbang, akan silap tertembak memandangkan tidak tahu siapa yang betul. AAWF atau PAA.

Sedang Dalia melepaskan tembakan, satu peluru tersesat. Entah dari mana datang dan menembusi bahunya. Dengan kesakita yang bersisa, dia cuba mencapai pistol yang jatuh namun tidak berjaya. Dia hanya duduk untuk bertenang bagi menghilangkan rasa sakit yang makin menjadi-jadi. Ini kali kedua peluru menembusi badannya.

TBC...

Continue Reading

You'll Also Like

26.6K 1.2K 31
(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere si...
458K 20.2K 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
958K 27.7K 39
Seorang gadis yang telah dijual oleh pakciknya disebabkan tidak dapat melangsaikan hutangnya. Gadis yang lemah akhirnya dijual pada manusia yang keja...
107K 6.1K 59
Genre : Romance | Thriller | Action Hanya kerana satu insiden berlaku dalam hidupnya membuatkan dirinya seratus peratus berubah. Berubah menjadi sese...