Miss Assassin✔

By RaziaFarhani

350K 14.4K 72

[Novaestar Award 2018 - Winner of AnugerahThe Fighter ] Dia seorang wanita. Mempunyai prinsip hidup. Wanita y... More

CAST
PREVIEW
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
EPILOG
SPECIAL CHAPTER
Cover

Bab 10

8.6K 416 0
By RaziaFarhani

Tok!

Tok!

Tok!

"Masuk"

Dalia menapak ke dalam bilik pejabat yang dikhaskan untuk pengurus setelah mendapat arahan dari dalam. Pada pintu tersebut tertera nama Malik Haider. Nafas ditarik sebelum dia bersedia untuk berjumpa empat mata dengan lelaki itu.

Dia tahu, kalau masuk sahaja ke dalam, pasti akan berlaku perang mulut. Lelaki itu tidak langsung menyukai kehadiran dia di akademi ini.

Malik mengangkatkan kepala. Dia membuat muka serius setelah melihat Dalia yang sedang berjalan ke arahnya. Komputer riba yang terpasang, dilipat dan ditolak ke tepi bagi memudahkan mereka berurusan.

"Ada hal apa awak datang sini Miss Dalia?" Soal Malik mendatar.

Dalia mula membuka bicara setelah dia disoal terlebih dahulu.

"Bravo..." Satu patah kata sudah cukup membuatkan dia dicemuh oleh Malik. Bagaikan ada sesuatu yang disembunyikan Malik. Jika dengar sahaja Bravo, pasti angin Malik akan berubah.

"Duduk!"

Dalia menarik kerusi beroda empat yang berada di hadapannya mengikut arahan yang diberikan oleh Malik.

Wajah bengis Malik sudah terpancar. Namun, tidak langsung membuatkan Dalia gerun. Dia lagi bersemangat untuk membincangkan soal Bravo.

"Saya nak sekat outing Bravo untuk beberapa bulan." Pernyataan daripada Dalia disambut senyuman mengejek. Malik mengetuk-ngetuk jari ke meja mengikut nada. Rambut yang sedikit berterbangan di dahi diraut ke belakang.

"Miss Dalia, kenapa awak ni kejam sangat? Awak ingat Bravo tu robot yang dilatih menjadi pembunuh!? Diorang semua tu manusia! Awak tak payah la pandai-pandai nak buat keputusan sendiri. Dah bertahun-tahun saya kat sini, saya tahu la macam mana nak uruskan diorang semua. Awak tak payah sibuk. Buat ja kerja awak." Malik bangun dari kerusi dan berjalan beberapa langkah sebelum kata-kata Dalia menyentakkannya.

"Kalau dah bertahun Encik Malik kat sini, uruskan Bravo, tak kan Encik Malik tak perasan ada pengintip kat PAA ni?" Dalia masih tenang di kerusi. Dia masih memandang depan.

Malik terhenti mendengar kata-kata Dalia. Dia berpaling ke arah Dalia yang duduk membelakanginya. Tajam pandangan mata. Dia agak tertarik dengan apa yang diperkatakan.

Malik berjalan ke arah Dalia. Tempat sandar pada kerusi ditarik dan dipusing dengan kasar supaya dia dan Dalia berpandangan. Dia membongkokkan sedikit badan supaya wajah mereka berada dekat.

"Pengintip? Maksud awak?"

Batukan kecil Dalia memaksa Malik kembali berdiri. Malu dengan perbuatannya tadi, Malik menyandarkan badan di kabinet yang menyimpan fail-fail berkaitan pengurusan PAA.

"Yes. Selama ni Encik Malik ingat saya ni suka-suka hati je ke nak ubah pengurusan Bravo?. Saya datang sini sebenarnya untuk selesaikan masalah ni." Dalia menikam tepat ke wajah Malik menyebabkan lelaki itu agak gugup untuk bersuara.

"Er... Patutlah lately ni mission Bravo agak terganggu. Jadi, awak dah tahu siapa spy dan siapa yang hantar dia?"

"AAWF..." Dalia bangun dari kerusi. Dia sudah berkira-kira hendak keluar sebelum Malik menarik pergelangan tangannya.

"Sor...sorry. Saya sangka buruk dekat awak selama ni." Malik memandang Dalia dengan pandangan yang kesal dan gelisah. Dia sudah malu dengan wanita ini. Banyak sangat sangkaan buruk yang dia lemparkan kepada Dalia selama ini tanpa mengetahui tujuan sebenar wanita itu ke sini.

"It's ok. Saya dah biasa." Dalia senyum senget.

"Friend?" Malik menghulurkan tangan.

Soalan daripada Malik membuatkan Dalia terkejut. Benarkah lelaki yang panas baran boleh berubah serta merta begini? Atau, ada sebab lain yang boleh mendatangkan faedah padanya?

Namun, segala rasa was-was pada Malik dibuang jauh-jauh. Kalau tidak ada pertolongan Malik nanti, rancangan dia juga susah untuk dijalankan.

Akhirnya dia menyambut huluran Malik dan melemparkan senyuman yang seikhlas mungkin pada lelaki itu.

"Friend."

Kaki dilangkah keluar.

Setelah pintu ditutup, Dalia tersenyum penuh makna. Hati berkata-kata sendiri.

"Rusa dah masuk jerat."

Dalia jalan sepanjang lorong yang agak gelap itu sambil meninjau latihan yang dibuat oleh ahli-ahli Bravo.

TBC...

Continue Reading

You'll Also Like

223K 7.9K 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang...
95.9K 4.4K 51
(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihal...
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
44.9K 4.3K 18
Sukar perjalanan hidup Hannah Lea apabila bapanya seorang banduan akhir telah kembali ke rahmatullah. Agak perit untuk menelan semua kutukan yang rat...