Tok Awang Ngah - Berkelahi De...

De GenjiAfai

248K 3.8K 66

kisah penceritaan tentang keseraman melampaui batas.. dan dipetik dari novel seram nukilan tok awang ngah.. s... Mais

Ular dalam Kubur wanita
02.Pokok Petai Mencabar Bertarung
03.Hantu Botak Dalam Lombong
PAK KAMAT MENUNGGANG HARIMAU
05.Dia Berlari Di Atas Air
06.Mayat Bernyawa Kuat Makan
07.Tiba-tiba Mayat Menjadi Berat
08.Dendam Angut Lumpuh
09.Orang Besar Kene Sunat
10.Dikejar Orang Tua Berserban Kuning
11.Sumpah pelesit Turun Temurun
12.Hantu Pontianak Tersesat
13.Harimau Melompat Tengah Serambi
14.Rintihan Dari Kubur
15.Lelaki Gigi Rongak
16.Lembaga Ghaib Di Balik Langsir
17.Mayat Bangun Minta Air
18.Sudah Dikebumikan Keluar Dari Kubur
19.Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang
20.Orang Tua Keluar Dari Kepulan Asap
21.Lembaga Berkelahi Sesama Sendiri
22.Mayat Dimandi Bingkas Bangun
Dendam Khadam Minyak Senyonyong
Kubur Hilang Ditengah Hutan
.Mandi Air Tujuh Kuala
.Lelaki Tua Berkepala Buaya
Lembaga Berkepala Botak Keluar Dari Tompok² Hitam
Pukul Cucu Untuk Matikan Datuk
Duri Ikan Sembilang Ditusuk Ke Kepala
Tulang Kaki Bertaburan Di Bilik
31.Kereta Jenazah Bergerak Sendiri
32.Lelaki Tua Menuntut Janji
33.Muka Sebesar Tingkap Menjengah
34.Lipan Bara Di Bawah Mayat
35.Hantu Berjalan Dengan Tangan
36.Hantu Anjing Bukit Mengganas
37.Pak Hid Mahu Menikah Dengan Pontianak
38.Ditimpa Badi Rusa Jantan
39.Jembalang Tanah Di Busut Hitam
40.Harimau Jadi Penjaga Diri
41.Padah Polong Turun Temurun
42.Orang Berkepala Anjing
43.Mengapa Tubuhnya Jadi Reput
44.Godaan Hantu Rimba
45.Minyak Pengasih Dibuat Dari Air Dagu Mayat Anak Dara
46.Bangkai Babi Hutan Jadi Lelaki Tua Bongkok
47.Lembaga Tinggi Menghadang Jalan
48.Kepala Melayang Di Pokok Asam
49.Gadis Disalai Diatas Bara
50.Dua Lembaga Berentap Di Hutan
51.Lembaga Tidak Berkepala Di Bukit Merah
52.Perempuan Tua Di Pondok Usang
53.Buah Kundur Bergolek Tengah Malam
54.Perempuan Membasuh Di Malam Hari
55.Perempuan Tergantung Di Pokok Kelepung
56.Kubur Tok Malim Berlubang
57.Bertarung Dengan Mayat
58.Kubur Mati Terbunuh
59.Rahsia Kekuatan Pak Dalip
60.Ikan Haruan Mengajak Gadis Berkahwin
61.Tiga Lembaga Penuh Azimat
62.Perempuan Tetek Labuh Sampai Ke Paha
63.Hantu Wanita Balas Dendam
64.Lembu Putih Minta Korban
65.Kubur Berasap
66.Dendam Ular Menunggu Salleh Bagak
67.Kepala Di Pancung Bercantum Semula
68.Usungan Mayat Di Tengah Malam
69.Perempuan Janda Bersuami Tujuh
70.Bertunggang Di Bahu Hantu Tinggi
71.Puntung Hanyut Menjadi Ular
72.Mayat Bertukar Menjadi Khinzir
74.Jembalang Tanah Dicampak Ke Gaung
75.Ular Menjadi Perempuan
76.Di Sembelih Puaka
77.Lembaga Bertinggung Atas Batu
78.Dendam Ular Berkepala Dua (Sambungan Dari Siri 74)
79.Mayat Jadi Puntung Kayu
80.Misteri Babi Sumbi Emas
81.Jelmaan Babi Boleh Bercakap
82.Rusa Ditombak Jadi Manusia
83.Berengge Menghurung Tubuh
84.Langsuir Menyerbu Jaring
85.Dikelilingi Lembaga Hitam
86.Jubah Putih Dihutan Bakau
87.Saka Hantu Tinggi
88.Melawan Jin Lima Sahabat
89.Pokok Ketapang Berjalan
90.Rahsia Mayat Diatas Usungan
91.Ular Bisa MInta Nyawa
92.Kebumi Mayat Kerat Kepala
93.Dendam Mayat Dicampak Ke Lumpur
94.Saka Harimau Turun Temurun
95.Bertemu Penghulu Bunian
96.Di Lamar Bunian
97.Bercinta Dengan Bunian
98.Bertemu Puteri Bunian
akhir kata

73.Kerusang Emas Jadi Pekung

1.7K 21 0
De GenjiAfai

Lama juga terkejang sakit hingga berminggu-minggu tidak bangun ditempat tidur selepas ulung siah pulih daripada beratip berterusan.Dia masih tidak dapat mengigat dengan baik disebabkan semuanya luput dari fikiran.Memang ulung siah tidak kenal sesiapa pun apabila di tegur jiran-jiran.Sampaikan usin pakai anaknya sendiri pun ulung siah tidak cam apa-apa.
Bukan ulung siah sahaja hilang ingatan berminggu-minggu,malah usin pakau juga terkejang akibat kaki lumpuh tidak boleh jejak ke lantai.Setelah menjalar tidak boleh terlentangkan badan,dia sekadar mencodak kepala sahaja laksana ular mahu menerkam.Sekali-sekala usin pakau menjulurkan lidah mengikut tabiat ular yang menjalar di tengah belukar.
Tetapi sekali gus pula puntung kayu hanyut tidak dijumpai lagi oleh sesiapa pun tatkala turun ke sungai.Hanya hasan debeng sekali sekala tergamam apabila terserempak kayu lapuk hanyut ditolak arus sewaktu mengambil wudhuk di tepi tebing.Manalah tahu kayu reput ditolak arus juga boleh bertukar menjadi ular hitam berkepala merah.
Memang sejak ulung siah pulih dan tidak lagi beratip berlenggok-lenggok badan,orang kampung tidak diganggu puntung kayu menjelma menjadi ular.Semenjak itu pula pawang lamid mengambil keputusan tidak mahu lagi berjamu ancak.Biarlah moyang labang tercegat didepannya memarahi dia disebabkan tidak berjamu ancak,pawang labang sudah bertekad tidak akan mematuhi lagi.
Tatkala berjamu ancak sebelum cukup tempoh setahun,pawang lamid berasa bagaikan diperdaya apabila moyang labang tidak menjelma.Sejak turun temurun dia sudah diingatkan berjamu ancak sekadar ingatkan waktu moyang labang yang hilang pada batu bertimpuh.Manakala pawang lamid tahu mengenai pantang larang sekiranya berjamu ancak tidak mengikut jadual.
  Tiba-tiba sahaja ulung siah dirasuk perempuan tua rambut mengerbang beratip berterusan bagaikan moyang labang.Kalau jelmaan moyang labang merasuk dia tahu hanya dalam tempoh tiga hari sahaja.Selepas itu ulung siah akan pulih semuala seperti biasa tidak diganggu apa-apa.
Tahu sangat ucu sidin mengenai keputusan ayahnya tidak mahu berjamu ancak selepas kakaknya ulung siah hilang ingatan berminggu-minggu.Kecewa benar ayahnya dengan kejadian yang menimpa ulung siah.Lantas sahaja ayahnya mengambil keputusan tidak mahu lagi berpawang hingga terpaksa berjamu ancak setiap tahun.
Biarlah kejadian masa lampau nenek moyangnya tidak diungkit lagi setelah bertahun-tahun moyang labang hilang semasa bersandar pada batu bertimpuh.Pawang lamid sekadar diberitahu oleh arwah datunya pasal moyang labang bermusuhan dengan uda liyah disebabkan perempuan itu mengamalkan amalan susuk berinduk.
  Disebabkan lama sangat menjadi janda uda liyah terpaksa juga gunakan susuk berinduk setelah ditinggalkan suami.Manalah dia tahu sebaik sahaja amalkan susuk berkenaan mudah sangat lelaki mahu melamarnya.Hairan juga ayahnya aki bagun disebabkan mana-mana lelaki sanggup lakukan apa saja asalkan uda liyah menerima mereka menjadi suami.
Sebab itu aki bagun tidak benarkan uda liyah menetap dikampungnya setelah suaminya ditemui mati dengan leher di kelar.Sekalipun uda liyah mengakui dia sendiri tidak tahu menahu punca kematian suaminya,namun seisi kampung menuduh dia kelar leher suaminya tatkala suaminya nyenyak tidur.Darah suaminya disapukan keseluruh badan biar uda liyah kelihatan sentiasa jelita.
Tetapi apabila menetap di kampung moyang labang,sudah tentu dia tidak rela uda liyah menganggu.Sebab itu dia buangkan susuk berinduk didalam tubuh uda liyah dan dicampakkan ke bawah batu bertimpuh.Tidak siapa pun mampu tewaskan moyang labang disebabkan jelmaan lembaga tinggi itu sentiasa mendampingi dirinya.
Cubalah uda liyah berkeras mahu melawan nescaya lembaga tinggi di sisinya akan menjelma tidak bertangguh.Sekali gus leher uda liyah akan dikerenyuk tidak bersisa laksana daun kering diramas-ramas.
"Orang-orang dulu memang kuat kebatinan,bang aji"tutur pawang lamid lemah memandang tok aji.Hatinya masih terharu apabila kenangkan anaknya ulung siah dan cucunya usin pakau masih terkejang akibat berjamu ancak diteruskan.
"Kenapa bahananya pada anak cucu?"gerutu ucu sidin meluahkan rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa kakak dan anak saudaranya sendiri.
"Tak ada sesiapa yang boleh mudaratkan kita,kalau tidak dengan izin allah"segera tok aji ingatkan mereka supaya tidak menuduh disebabkan berjamu ancak itu ulung siah dan usin pakau menerima bencana.
"Kita memohon kepada allah,bukan dengan berjamu ancak"ujar malim tekih mencelah setelah menyedari bapa mentuanya semakin mengalah.
Pawang lamid tidak menyahut apa-apa.Perkara yang sukar diselami oleh akal manusia masakan boleh diberitahu sesiapa.Tidak siapa pun akan percaya kalau dia sebut mengenai moyang labang yang dilihatnya sekadar bayang jelmaan sahaja.Apabila tercegat didepannya moyang labang cecah kepala ke awan.
Bila-bila moyang labang tidak boleh ditewasakan oleh perempuan tua rambut mengerbang putih yang berlegar-legar diudara semasa ulung siah terkejang tidak sedarkan diri.Ketika ini memang pawang lamid melihat anaknya ulung siah yang berlegar-legar di udara dikelilingi beratus-ratus ekor ular hitam berkepala merah.
  Dia melihat juga cucunya usin pakau menjadi ular mencodak kepala mahu menerkam kearahnya.Tatkala ini bayang jelmaan moyang labang nampak jauh berbalam-balam laksana bukit -bukau dikejauhan.Asal sahaja dilambai datang bayang moyang labang akan hilang seperti kabus disilau matahari.
Lantas dia melaung kuat disebabkan moyang labang tidak mahu menghampiri dirinya.Segera moyang labang berbisik perkara berjamu ancak tidak sama ingatkan dia hilang di batu bertimpuh.Dia sekadar letakkan tanda semata-mata di batu bersimpuh berkenaan menjadi tempat puaka jembalang dikurung.Selepas dia hilang disitu moyang labang tidak lagi berupaya mengawal puaka jembalang yang dikurung sejak amalan pawang diamalkan.
  "Hanya allah yang maha berkuasa"turur bayang jelmaan moyang labang disebabkan pawang lamid mematuhi sangat kemahuan penduduk-penduduk kampung supaya berjamu ancak seperti diwariskan oleh nenek moyangnya.
Memang pawang lamid diberitahu datuknya mengenai moyang labang berpindah ke kampung yang diterokanya selepas anaknya mamat dituduh mencuri kerusang emas tok mankaya.Kehidupannya yang susah menyebabkan moyang labang bersama keluarga menumpang di tanah tok mankaya dengan mangambil upah menumbuk padi.
Kadangkala sampai jauh malam moyang labang bersama isterinya onyeh tisah menumbuk padi.Disebabkan letih benar tertidur juga onyeh tisah diatas pangkin dekat rumah lesung tok mankaya.Ketika itulah moyang labang terdengar rengek tangisan anak kecil di tengah belukar berhampiran rumah lesung itu.
Disebabkan hiba mendengarkan tangisan anak kecil seolah-olah laparkan susu,lantas sahaja moyang labang menuduh tentu bayi kecil berkenaan dibuang orang ke tengah belukar.Tidak tertangguh dia menjengah ke tengah belukar itu hingga ternampak cahaya berkerlip di perdu rumpun senduduk.
Apabila disuluhnya moyang labang ternampak kerusang emas melekap pada perdu pokok senduduk berkenaan.Setelah memikirkan kerusan emas itu bukan kepunyaannya,terus sahaja moyang labang tinggalkan.Tetapi dia terkejut apabila suara halus perempuan menyuruhnya ambil juga kerusang yang melekap pada rumpu perdu senduduk berkenaan.
"Kalau bukan aku punya,aku tak akan ambil"tegas moyang labang enggan mengambil kerusang emas yang merengek bagaikan anak kecil lapar susu.
"Aku nak ikut abang labang"desak kerusang yang melekap pada perdu senduduk itu seolah-olah merayu.
"Kamu ni siapa sampai nak ikut aku"memang moyang labang tidak terniat langsung mahu memiliki kerunsang emas yang bukan kepunyaanya.
"Tak sudikah abang labang ambik aku?"suara halus perempuan itu terus juga merayu penuh harapan.
"Bukan hak aku,macam mana aku nak ambil"ujarnya tetap berkeras tidak akan mengambil kerusang emas yang memancar sinar apabila disilau api suluh ditangannya.
  Mouyang labang tidak peduli apa-apa sekalipun rengekan seperti bayi menangis laparkan susu itu berterusan.Segera dikejutkan isterinya onyeh tisah mengajak balik saja kerumah dengan tidak habiskan menumbuk padi.Sebaik saja onyeh tisah terbangun bunyi rengekan bayu menangis itu hilang serta merta.
Hairan juga onyeh tisah apabila suaminya mengambil keputusan tergesa-gesa balik dengan tidak menghabiskan menumbuk padi.Sekalipun tok mankaya tidak merungut apa-apa sekiranya padi tidak ditumbuk halus,tetapi dia sendiri yang tidak mendapat upah menumbuk padi.
Tok mankaya sekadar mahu membantu kehidupan mereka yang menumpang di tanah itu.Kalau tidak menumbuk padi pun,tok mankaya boleh menyuruh tebas belukar kebunnya.Memang moyang labang bergantung hidup pada tok mankaya sejak menumpang tegakkan pondok diatas tanah berkenaan.
Lagi pun tok mankaya sudah menganggap mereka bagaikan keluarga sebabkan moyang labang tidak mempunyai keluarga.Kalau ada pun saudara jauh sudah tentu mereka tidak benarkan moyang labang menumpang mendirikan pondok ditanah mereka.Sebab itu moyang labang sedar disebabkan kemiskinannya siapa pun tidak ambil peduli sangat.
Kalau tidak disebabkan tok mankaya sudi menerimanya sudah tentu dia menjadi orang terbuang di dalam kubur mengharapkan belas kasihan orang.Memang moyang labang tidak berkira sangat apabila ambil upah bekerja dengan tok mankaya.Asal sahaja cukup untuk menyara keluarga nya dia tidak membantah apa-apa dengan upah yang diberikan.
Selepas kejadian dia menemui kerusung melekap pada rumpun senduduk,tiba-tiba isteri tok mankaya yang menuduh kerusang emasnya hilang.Saejah berkeras menuduh mamat anak moyang labang mencuri kerusang emas itu,disebabkan budak itu satu-satu nya yang naik ke rumah apabila disuruhnya memunggah kayu api naik ke dapur.
Tidak pernah mamat membantah apabila disuruh memunggah kayu api dari pasung dibawah rumah diletakkan di dapur.Disebabkan mamat saja satu-satunya yang turun naik dirumahnya.Lantas saejah menuduh budak berkenaan mencuri kerusang emas yang disimpan dalam gobok.Marah benar moyang labang sebaik sahaja mamat dituduh mencuri kerusang emas saejah.
  Dalam keadaan marah menyinga dia mencapai ranting senduduk membelasah anaknya sampai berbirat lebam.Kalau tidak dilerai oleh tok mankaya nescaya teruk mamat dibelasah akibat moyang labang tidak dapat mengawal perasaan.Tiga hari juga mamat demam setelah dibelasah teruk oleh ayahnya.
Disebabkan kerusang emas saejah tidak juga ditemui lantas moyang labang mengambil keputusan berpindah tinggalkan sahaja kampung tok mankaya.Tidak lama selepas moyang labang berpindah kerana berasa malu dengan kehilangan kerunsang emas saejah,tiba-tiba sahaja perempuan itu melihat kerusang emasnya terselit di celah dinding.Kepalang sukanya dia setelah menemui semula kerunsang emasnya yang hilang.
Tetapi dia tidak kesal apa-apa dengan keputusan moyang labang berpindah tidak mahu jejak kaki lagi dikampung tersebut.Sekali pun tok mankaya merungut dengan sikap isterinya,namun saejah merasakan tidak rugi apa-apa moyang labang sekeluarga berpindah.Tatkala membantu kerja-kerja menebas di kebun atau sawah padi,sesiapa saja sanggup lakukan sekiranya dibayar upah.
Beberapa hari sahaja selepas menemui keronsang emas itu dicelah dinding,saejah tiba-tiba saja mengalami gatal seluruh badan.Tergaru-garu dia sepanjang malam hingga meruam merah.Ketika bangun paginya saejah melihat tubuhnya dipenuhi kudis tokak sampai bibir juga pecah-pecah merekah.
"Penyakit kamu ni bukannya kudis tokak biasa"beritahu pak ganyut setelah melihat dalam geluk air sebaik sahaja dipanggil tok mankaya ubati isterinya mengidap kudis tokak seluruh badan.
Dalam masa beberapa hari sahaja kulit saejah menjadi reput dengan bengkak bernanah.Dia mengerang-ngerang sakit akibat kudis tokak semakin pasang.Sebab itu tok mankaya meminta pak ganyut dukun didalam kampung ubati penyakit isterinya.Memang seisi kampung tahu mengenai kemahiran pak ganyut berdukun sekali pun diganggu puaka jembalang di mana-mana.
"Diganggu puaka jembalang ke,pak ganyut?"ujar tok mankaya harian dengan penyakit yang dihadapi oleh isterinya.
  "Agaknya si labang balas dendam gunakan ilmu hitam"lantas sahaja saejah menuduh apabila kenangkan moyang labang tidak bertangguh mengambil keputusan berpindah dari kampung berkenaan.
"Labang tak tahu apa-apa"sahut pak ganyut perlahan lantas menghembuskan ke dalam geluk air.Kemudian dia menyeru : Hai ganang hitam,ganing hitam,aku raja segala hulu balang kamu,engkau pergi engkau datang ikut perintah aku,tunjukkan lah pada aku becanu pada si anu,berkat hu...
Lama pak ganyut merenung tajam ke dasar geluk,tiba-tiba dia mengerutkan dahi.Ketika ini pak ganyut melihat bayangan perempuan berkudis tokak seluruh badan menyelitkan kerunsang emas dicelah dinding rumah.Sebaik sahaja kerunsang emas diselitkan disitu sekali gus kudis tokak di seluruh badannya pulih serta merta.Perempuan itu bertukar menjadi jelita sambil mengerling ke arahnya.
"Kamu nak buang penyakit pada orang ke?"gerutu pak ganyut menyebabkan tok mankaya tersentak.
"Apa halnya pak ganyut"segera tok mankaya menepuk bahu lelaki itu meminta kepastian.
Tetapi pak ganyut tidak peduli apa-apa.Tiga kali dihembusknya bayang jelmaan perempuan didalam geluk air,dia seolah-olah tercegat di tengah hutan memerhati perempuan cantik berdiri di jendela pokok.
"Kenapa kamu buang penyakit pada saejah?"bentak pak ganyut mengertap bibir tidak berganjak dari tengah halaman.
  "Aku dah beri pada labang,tapi dia tidak mahu"tersengih-sengih perempuan cantik itu menjeling manja.
  "Jangan kamu nak goda aku"tegas pak ganyut mencebek bibir."Kenapa labang tak mahu ambil?"segera pak ganyut menghentak tumit tiga kali ke tanah menyebabkan pondok perempuan tersebut disambar api.
"Labang tak tamak macam saejah"Sahut perempuan cantik itu melompat keluar dari api menyala membakar pondoknya."Jangan awak nak tolong orang yang tamak macam saejah tu"dia mengejek pak ganyut yang berkeras tidak mahu berundur dari tengah laman.
Belum sempat pak ganyut bertindak,perempuan cantik itu melayang ke udara hilang bersama asap yang membakar pondok.Apabila dia tersentak,pak ganyut terus tanyakan mengenai kerunsang emas yang ditemui nya dicelah dinding.Memang terpinga-pinga tok mankaya disebabkan dia sendiri tidak tahu apa-apa pasal isterinya menemui kerusang emasnya yang hilang dicelah dinding.
Setelah diberitahu oleh saejah mengenai kerusang emasnya ditemui dicelah dinding,tidak bertangguh tok mankaya selongkar gobok tempat menyimpan barang-barang kemas.Terus diambil kerusang emas berkenaan ternyata bukan kepunyaan isterinya yang dikatakan hilang.Dia tunjukkan kerusang emas itu pada pak ganyut,terus dibelek-belek hingga tercium bau setanggi.
"Huh,kerusang ini bukan kamu punya,saejah"pak ganyut terus menjentik kerusang itu tiga kali."Kerusang kamu tu tak hilang"lantas dia menyuruh tok mankaya menyelongkar gobok kain bajunya.
Setelah diselongkar oleh tok mankaya,memang kerunsang emas berkenaan terletak dibawah lipatan kain.Sebab itu dia marah saejah apabila menuduh mamat mencuri kerusang emas mereka,hingga dia kelirukan kerusang emas jelmaan.Terpaksa pula saejah menanggung sakit kudis tokak seluruh badan akibat menyangka kerusang emas yang ditemui celah dinding itu kepunyaannya.
"Kalau saya tahu bukan kerusang emas yang hilang,memang saya tak ambil"beritahu saejah sengaja menyembunyikan rasa kesal kerana menuduh mamat mencurinya.
  Tetapi mamat sudah berpindah mengikut ayahnya moyang labang meneroka tanah hutan.Dia berpindah jauh meranduk hutan rimba mencari kampung lain yang jauh dari perkampungan yang telah melukakan perasaannya.Memang dia bertekad tidak akan menatap muka tok mankaya setelah merasa malu dan terhina sangat apabila anaknya dituduh mencuri.
Perkara dia menuduh mamat mencuri tidak penting sangat pada saejah,disebabkan dia tidak pernah terhutang budi apa-apa kepada keluarga moyang labang.Jauh dilipatan hatinya dia tetap angkuh disebabkan keluarga itu menumpang kekayaan keluarga suaminya.Kalau tidak tok mankaya benarkan keluarga moyang labang menumpang ditanahnya,sudah tentu keluarga itu terpaksa merimpat ke kampung lain.
Asal sahaja penyakit kudis tokak yang dihadapinya sembuh pulih,saejah sedia mematuhi apa sahaja kemahuan pak ganyut.Selepas menguis-nguis air di dalam gelok dengan kerisnya berluk tujuk,pak ganyut beritahu mengenai kerusang emas berkenaan terpaksa dibakar dengan menggunakan unggun kayu api.
Kerusang emas yang dibakar itu diberkas oleh pak ganyut dengan kain hitam bersama puntung kayu pembakarnya.Kemudian dicampak ke tengah sungai di samping ingatkan orang-orang kampung supaya tidak menyentuh puntung kayu yang dihanyutkan itu.Siapa sahaja tetap mematuhi perintah pak ganyut supaya tidak menyentuh puntung kayu hanyut ditengah arus sungai selepas dia buangkan kerusang emas yang dibakarnya itu.
Dalam masa saejah mengalami penyakit berkudis seluruh badan itu sembuh selepas kerusang emas dibakar oleh pak ganyut,ketika itu moyang labang sudah menebang tebas tanah hutan.Dia mahu buktikan kepada saejah dimana-mana sahaja rezeki terbuka luas asal sahaja sanggup berusaha keras.
Keputusannya menumpang di tanah tok mankaya semata-mata kenangkan ayahnya lama bekerja dengan keluarga tok mankaya.Disitulah rezeki keluarga sejak turun temurun mengharapkan upah bekerja dengan keluarga berkenaan.Beberapa kali juga dia mahu berpindah tinggalkan kampung berkenaan,tetapi tok mankaya berjaya memujuknya.
"Memang keturunan moyang labang menjadi hamba pada keluarga tok mankaya tu"sayu sahaja pawang lamid menjelaskan pada tok aji apabila mengenangkan cerita daripada arwah datuknya.
Setelah meneroka tanah hutan jauh dari kampung halamannya,moyang labang terus tekun mengerjakan kebunnya.Lama kelamaan penduduk lain pula ikut sama meneroka di kawasan tanah berkenaan setelah dibenarkan oleh tok ketua yang menentukan hutan mana yang boleh diteroka oleh sesiapa yang mahu mengusahakan.
  Asal sahaja berhenti makan dengan membawa bekal ke kebun,memang moyang labang berehat dibawah pokok medang ditubir air.Diatas batu kecil dibawah pokok medang itu onyah tisah duduk bertimpuh menyediakan bekal makan.Ketika mereka tiga beranak tengah berehat makan tatkala matahari tegak dikepala,tiba-tiba seorang tua uzur melintas.
Apabila dipelawa oleh moyang labang berhenti makan,orang tua itu tidak menolak.Dia ikut sama menjamah bekalan makan yang dibawa oleh onyeh tisah.Semenjak itu pula orang tua yang tidak diketahui asal usulnya itu menumpang dirumah moyang labang.
"Biarlah pak tua membantu kamu mengembala kambing"orang tua itu menawarkan diri untuk membantu,sekalipun moyang labang tidak benarkan dia bekerja.Tetapi orang tua yang menggelarkan dirinya pak tua tetap berkeras mahu membantu.Dia mengugut akan meninggalkan rumah moyang labang sekiranya tidak benarkan dia mengembala kambing.Mamat bersama pak tua tiap petang menggembala kambing-kambing ke kawasan padang rumput.
Asal sahaja menjelang pagi moyang labang akan melihat kambingnya bertambah seekor didalam kandang.Apabila ditanya pada pak tua,orang tua mengeleng kepala sahaja.Tetapi moyang labang tidak akan menerima kambing yang bukan miliknya itu masuk kandang.
  Semakin dia asingkan kambing yang bukan miliknya diluar kandang,bertambah banyak pula kambing-kambing berkenaan berkeliaran di luar kandang.Setelah kambing bertambah banyak,pak tua memberitahu moyang labang yang dia mahu berpindah.Puas dipujuk oleh moyang labang,namun dia terus menghilangkan diri pada suatu malam sepi.
tatkala bangun pagi,mamat menyedari pak tua tiada lagi terkejang tidur di hujung serambi.Tidak lama selepas pak tua menghilangkan diri,mamat menemui buntat hitam berhampiran batu tempat mereka sekeluarga sering berhenti rehat sewaktu berkebun.
"Memang moyang labang yang simpan buntat tu"jelas pawang lamid selanjutnya setelah keadaan ulung siah semakin beransur sembuh.Usin pakai juga dapat bersandar duduk apabila disudukan bubur oleh emak saudaranya saedah.

Continue lendo

Você também vai gostar

338K 32.4K 58
Leslie dan Sean sudah dinyatakan lulus dari Grandes High School. kini mereka tengah menuntut ilmu di sebuah universitas. Awalnya kehidupan mereka ber...
21.7K 1.7K 23
[ 2022 ] : SHEM S2 Kejadian mistik menimpa keluarga Tengku Afiq hingga memaksa Syahirah untuk merungkai segala rahsia dan masa silam untuk mendapatka...
61.8K 4.8K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...
70.2K 5.1K 64
HAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.