(OG) Suami Lurus Bendul | Jun...

By urxavues

186K 5.8K 1.1K

Kahwin dengan lelaki lurus bendul? Hanya Tuhan saja tahu apa yang aku rasa.. More

01📏
02📏
03📏
04📏
05📏
06📏
07📏
08📏
09📏
10📏
11📏
12📏
13📏
14📏
15📏
16📏
18📏

17📏

3.8K 243 103
By urxavues

Beberapa hari kemudian, Jungkook dan Yoonjae sudah pun berpindah ke rumah baru mereka. Barang-barang juga sudah dipindahkan ke situ. Mereka berdua pula kembali bekerja seperti biasa.

"Aduhh..." Jungkook merintih sakit sambil memicit kepalanya yang terasa pusing dan berdenyut itu. Matanya dipejam rapat.

Masa kerja ni lah dia nak sakit.

"Encik okey? Encik sakit ke?" Sujin masuk ke bilik office Jungkook dan melihat Jungkook yang duduk di kerusinya.

Sujin mendekati Jungkook dan melihat muka Jungkook yang sedang menahan sakit itu.

"Kepala saya sakit." kata Jungkook.

"Sakit sangat ke? Encik nak pergi klinik? Saya boleh hantarkan." kata Sujin dengan riak muka sedikit risau.

"Tak apa, tak perlu. Awak ada ubat tak? Panadol ke apa ke..?" Jungkook buka matanya dan melihat Sujin yang sedang berdiri di hadapannya.

"Ada. Sekejap ya?"

Jungkook mengangguk dan Sujin terus berjalan keluar dari office Jungkook untuk dia mengambil ubat kepada Jungkook.

Beberapa minit kemudian, Sujin kembali bersama segelas air kosong di tangannya berserta ubat untuk diberikan kepada Jungkook.

"Nah, encik." Sujin terus berikan kepada Jungkook.

"Thanks." ucap Jungkook sebelum dia menelan dua biji ubat dan minum air kosong tadi hingga habis.

"Encik nak saya bagitahu Tuan Jeon yang encik tak sihat? Encik boleh balik rehat dekat rumah lepas ni."

Jungkook sekadar mengangguk dan kembali picit kepalanya yang masih lagi terasa sakit dan pusing.

Sujin hanya senyum tipis dan keluar dari office Jungkook semula untuk dia berjumpa dengan Tuan Jeon.

—————

"Papa minta maaf sebab tak boleh hantar Kook pergi klinik. Papa ada kerja tadi kena siapkan cepat jadi papa suruh Sujin je memandangkan dia tak ada kerja." kata papa melalui panggilan telefon.

"It's okay, pa. Kook faham." balas Jungkook.

"Nanti Kook dah sampai rumah rehat cukup-cukup tau?"

"Okey, pa."

"Baik. Pesan kat Sujin hati-hati drive."

"Ya." kata Jungkook kemudian dia tamatkan panggilan. Dia bersandar dan terus pejamkan matanya.

"Encik tidurlah dulu. Nanti dah sampai rumah encik saya kejutkan." kata Sujin sambil fokus memandu.

"Maaf dah susahkan awak." kata Jungkook.

"Eh tak adalah. Encik tak susahkan saya pun. Ni pun dah jadi tanggungjawab saya sebagai assistant encik kan?"

"Ya tapi saya rasa saya dah susahkan awak. Maaf lagi sekali."

"Encik tak payahlah cakap macam tu. Dah memang kerja saya macam ni." kata Sujin kemudian dia senyum.

Jungkook hanya diam dan mengeluh kecil.

"Nanti dah sampai rumah encik rest cukup-cukup. Kalau encik perlukan apa-apa encik boleh bagitahu saya."

"Baik. Terima kasih."

Sujin hanya tersenyum. Hatinya berasa gembira kerana dapat membantu Jungkook.

—————

"Jungkook tak balik lagi ke?" aku bertanya sendirian sambil masuk ke dalam rumah.

Takkan laki aku tak balik lagi? Biasanya pukul 7 macam ni dia mesti dah ada dekat rumah. Tapi sekarang kereta dia pun tak ada.

Hmm kejap lagi dia baliklah tu. Yang penting sekarang aku nak mandi lepas tu nak rehat sebelum masak untuk makan malam.

Aku naik ke bilik dengan langkah yang perlahan. Pintu bilik aku buka.

"Aarghh!" aku terus menjerit apabila melihat tubuh seseorang yang sedang baring atas katil.

Jap...

Itu laki aku!

"Kook?" aku cepat-cepat berjalan mendekati katil dah melihat Jungkook yang sedang tidur bersama koolfever di dahinya.

Dia demam ke?

"Jungkook.." aku bangunkan dia secara lemah lembut dan sopan. Takut nanti kalau kejut secara kasar haa meninggal pulak budak ni sebab terkejut.

"Eh? Yoon..?" Jungkook tersedar dan dia terus bangun dari baringnya. "Bila awak balik?" soalnya dengan muka yang kelihatan tak bermaya.

"Baru je balik. Awak demam ke ni?"

Jungkook hanya mengangguk.

"Kenapa tak call saya? Kalau tak saya boleh balik awal tadi."

"Tak apa. Saya tak nak susahkan awak."

"Susahkan apanya kalau suami sakit? Saya ni isteri saya kenalah jaga suami saya sakit. Ni awak dah pergi klinik ke?"

"Dah siang tadi. Saya minta tolong assistant saya hantarkan." Jungkook pandang aku. Kesian dia muka pucat.

"Haihh lain kali call lah saya. Ini tak, mesej apa pun tidak. Tahu-tahu je dah ada dekat rumah. Lepas tu kereta awak dekat office ke?"

"Mhm." Jungkook hanya mengangguk perlahan.

Aku mengeluh perlahan dan terus usap kepala dia. Mukanya aku perhati dengan lama.

"Kesian suami saya. Awak dah makan?" aku bertanya dengan nada lemah lembut.

Kita ni hidup kena berlembut dengan suami kalau tak haa tak cium bau syurga.

"Belum."

"Nak makan apa-apa tak? Saya boleh masakkan."

"Tak naklah. Saya tak ada selera nak makan."

"Saya suapkan."

"Boleh juga. Awak masakkan jelah bubur nasi hehe.." Jungkook terus tersengih.

Ooo kau dengar aku cakap nak suapkan terus cakap nak makan eh? Dasar budak biskut.

"Mengada eh? Awak rehatlah dulu. Saya nak mandi kejap lepas tu saya buatkan awak bubur."

"Okey."

—————

Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa suami aku macam dah lain. Lain tu bukannya dia berubah sangat ke apa tapi dia tak nampak lurus bendul macam sebelum ni pun.

Kalau sebelum ni dia punya bodoh tu aku rasa macam nak campak dia keluar dari tingkap tapi sekarang macam dah tak nampak bodoh dia.

Takkan sebab dia dah mula bekerja dengan papa, bodoh dia menghilang? Tapi boleh jadi jugak kan?

"Eh Kook? Kenapa turun? Awak tak sihat kan?" aku pandang Jungkook yang tiba-tiba muncul.

"Saja nak tengok awak masak." kata Jungkook kemudian dia berjalan mendekati aku. Terus dia berdiri di sebelah.

"Kook." aku panggil dia dan terus pusingkan tubuh menghadapnya. Wajahnya aku renung sedalam-dalamnya.

"Ya?"

"Saya ada benda nak bagitahu awak tapi awak janji dengan saya yang awak jangan bagitahu sesiapa." kataku.

Muka Jungkook dah naik hairan.

"Awak nak bagitahu apa?"

"Sebenarnya saya ni ada darah yang berketurunan pahlawan." kataku sambil mengawal riak wajah untuk bagi dia percaya.

"H-ha? Maksud awak apa? Saya tak faham." Jungkook menggeleng.

"Saya sebenarnya superhero."

"Superhero?? Betul ke?" Jungkook tiba-tiba jadi teruja.

"Ya." aku mengangguk untuk meyakinkan dia.

Padahal aku tipu je. Saja nak tengok dia percaya ke tak.

"Jadi awak ada kuasa apa? Mesti best kan jadi superhero? Kenapa awak tak bagitahu saya selama ni?" Jungkook memegang kedua belah bahu aku.

"Saya bukan tak nak bagitahu awak tapi saya belum ready lagi. Saya takut awak tak terima ada isteri superhero macam saya ni."

"Apa pulak tak terima? Mestilah saya terima. Bagitahulah saya awak ada kuasa apa?"

"Kuasa penipu." jawabku.

Riak wajah Jungkook terus berubah. "Penipu?" soalnya.

"Ya saya tipu je. Saya bukan superhero lah. Saja je nak tengok reaksi bendul awak." aku tergelak kecil.

Tapi Jungkook hanya pandang aku dengan tak ada perasaan.

"Okey." katanya kemudian mengangguk. Lantas dia membuka langkah untuk pergi.

Eh,

Merajuk pulak ke?

"Nak ke mana, Kook?" soalku sambil pandang dia yang tengah berjalan pergi.

"Bilik." jawabnya sepatah kemudian dia terus menghilang.

Wait, dia terasa dengan aku ke?

Continue Reading

You'll Also Like

190K 12.9K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...
162K 8.3K 98
Cerita ini mengisahkan tentang Ali yang dikhianati Ketua Teras dan rakan baiknya Alicia. Sejak hari tu, Ali berazam untuk membalas dendam kepada agen...
51K 3.6K 164
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
116K 560 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...