Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [63]

46.1K 2.1K 265
By mecx-zack

Nur Husna duduk bersandar di sofa di ruang tamu rumah milik Carl Que Alexander, siaran yang disiarkan langsung tak menarik perhatiannya.

Fikirannya menerawang memikirkan suaminya.

Paling membuatkan Nur Husna gembira apabila suaminya kini berubah ke arah yang makin baik untuk diri sendiri dan juga untuknya.

Carl Que Alexander tak lagi membengis setiap masa, malah selalu tersenyum dan mesra.

Semuanya berkat dari doanya dan bantuan Zara Nafisa dan juga Carl Hans Mikael yang memberi cara untuk melembutkan hati lelaki itu.

Permulaannya memang susah untuk dilakukan tapi lama kelamaan ianya berhasil.

Teringat tentang adik iparnya, Carl Hans Mikael dan Damia Aisyah kini berada di New Zealand sempena bulan madu mereka berdua.

Memandangkan Carl Hans Mikael mempunyai urusan penting sebelum ini jadi bulan madu mereka agak lewat disambut.

Seketika, fikiran Nur Husna teringatkan ke arah Aressa. Satu-satunya gadis yang dia rindui dan juga dianggap sebagai kakak sendiri itu yang berada di Itali.

Jarak umurnya dan Aressa yang hanya berjarak dua tahun, sama seperti Carl Que Alexander.

Tak dia duga bahawa kini Aressa telah menukarkan agamanya setelah bersepakat dengan Black untuk membina ikatan suci dalam masa yang terdekat.

Black kini menetap di Itali bersama Aressa.

Sedang dia termenung jauh, tiba-tiba matanya ditutup seseorang daripada arah belakang.

Perlahan bibirnya mengukir senyuman saat dia tahu siapa gerangannya melalui wangian daripada tubuh gerangan tersebut.

"Hola, mi niña." (my girl)

Carl Que Alexander menjauhkan tapak tangannya yang menutup mata Nur Husna.

Lalu dia mengambil tempat disebelah isterinya di sofa ruang tamu itu. Tepi dahi Nur Husna dikucup pantas.

"Kenapa abang senyum semacam je? Ada yang Husna tak tahu ke?" soalnya lembut sambil merenung suaminya.

Carl Que Alexander tersengih kecil lalu sehelai kain lembut bewarna hitam dikeluarkan daripada poket seluarnya.

Wajah Nur Husna berkerut hairan melihat kain halus ditangan suaminya itu.

"Yes. Ada yang kau tak tahu. Kalau nak tahu, kau kena tutup mata dulu." balasnya ringkas sambil tersenyum.

Nur Husna tersenyum kecil seraya mengangguk, jelas terpancar riak teruja dimatanya. Ingin tahu apa yang suaminya rancangkan.

Dia sudah masak dengan perangai Carl Que Alexander yang suka membuat kejutan itu.

Kain halus tersebut segera ditekapkan pada mata Nur Husna lalu diikat agak kemas tapi tak menyakitkan mata isterinya.

Setelah itu dia bangun lalu menarik lembut tangan Nur Husna supaya turut bangun daripada sofa tersebut.

"Abang, kalau Husna jatuh macam mana?" Husna bersuara perlahan dengan nada risau.

Penglihatannya gelap tanpa sebarang cahaya, dia cuma risaukan bayi dalam kandungannya saja.

Seketika, terasa pinggangnya dipeluk Carl Que Alexander lalu Nur Husna terjerit halus saat tubuhnya kini berada dalam cempungan suaminya.

"Agak-agak berapa orang baby dalam perut kau? Berat semacam je badan kau. Ke kau dah gemuk?" soal suaminya tanpa rasa bersalah.

"Tak, Husna tak gemuk lah!"

Nur Husna memuncungkan bibirnya saat perkataan 'gemuk' keluar dari mulut suaminya. Carl Que Alexander tergelak kecil lalu dikucupnya pantas bibir isterinya.

Kaki diatur perlahan menuju ke bilik mereka.

Tak dia tahu kemana tubuhnya dibawa suaminya, seketika terasa pergerakan mereka terhenti dan perlahan tubuhnya diletak ke bawah dan dia cuba menstabilkan imbangan badannya.

"Here we go. Nanti aku buka, okay?"

Kepala diangguk perlahan. Carl Que Alexander menyelitkan rambut yang menutup sebelah wajah Nur Husna lalu disangkut pada belakang telinga sebelum dia melangkah keluar daripada bilik tersebut.

Nur Husna hanya mengikuti arahan yang diberi suaminya, dimana dia berada pun dia tak pasti tapi apa yang membuatnya selesa kerana wangian daripada ruang tersebut yang menyamankan. Sesaat terasa pinggangnya dipeluk seseorang.

"Ready, girl?" bisiknya perlahan ditepi telinga Nur Husna.

Setelah mendapat anggukan daripada isterinya, Carl Que Alexander perlahan-lahan merungkaikan ikatan kain yang menutup mata Nur Husna lalu dia tersenyum nipis.

"Wow.." sepatah perkataan yang terkeluar dari bibir isterinya.

Nur Husna terlopong sesaat dengan apa yang dilihatnya, wajahnya berubah teruja saat mata tetancap ke arah katil bilik mereka berdua.

Walaupun hiasannya agak simple tetapi tetap terlihat cantik di matanya.

Dengan hanya lampu bilik yang terpasang di kiri dan kanan katil, manakala di dinding bilik di kepala katil dan juga sekitar kiri dan kanan dinding bilik tersebut dihiasi dengan lampu halus yang berkelip-kelip.

Ditengah dinding bilik pula memaparkan perkataan 'LOVE' juga dari lampu halus tersebut.

Lama Nur Husna memerhati dengan perasaan teruja, matanya bersinar-sinar sebelum perlahan menghampiri katil tersebut.

"Cantiknya abang. Husna tak tahu pulak abang yang buat semua ni." ujarnya ceria sambil tersengih kecil.

Carl Que Alexander tergelak lalu dia bersandar di pintu bilik dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluarnya sambil memerhati wajah teruja dan gembira Nur Husna. Senyuman isterinya masih terlakar dibibir.

"Everything and anything for my precious wife."

Kepala ditoleh ke arah suaminya sekilas dengan wajah gembira sebelum kembali memandang dinding bilik tersebut dan sesaat matanya tertancap ke arah katil tersebut.

Mulutnya terlopong.

Sungguh dia terharu dengan kejutan dari Carl Que Alexander. Segera dia merangkak naik ke atas katil lalu duduk ditengah-tengah katil bersaiz king itu.

Patung beruang putih yang bersaiz besar yang terletak elok itu dipeluknya kemas.

"Comelnya awak." gumamnya perlahan disebalik patung yang dipeluknya itu.

Carl Que Alexander hanya tersenyum dengan tingkah isterinya.

Jika diperhati dari jauh, jelas tubuh isterinya itu seperti kanak-kanak memandangkan katil tersebut lebih besar dan Nur Husna pula kecil dan pendek.

Nur Husna meletak patung tersebut di atas ribanya lalu air liur ditelan kasar melihat kotak kecil Ferrero Rocher berbentuk hati itu dan disebelahnya pula terdapat bungkusan dengan beberapa belas kuntum bunga ros merah.

Nur Husna membuka mulutnya untuk bersuara, tapi dia tak pasti apa yang ingin dikatakan.


Bunga ros tersebut diambil lalu dengan pantas dia turun daripada katil dan meluru ke arah Carl Que Alexander yang memandangnya dengan wajah cuak akibat dia berlari anak menuju ke arah lelaki itu.

"Jangan berlari, tak sayang nyawa ke?" jelas nadanya risau.

Tak dihiraukan kata suaminya, malah dia melompat sedikit lalu tubuh suaminya dipeluk erat seakan tak mahu dilepasnya.

Carl Que Alexander ketawa kecil seraya melingkar tangan dipinggang Nur Husna.

"Terima kasih!" ujar Nur Husna sedikit menjerit, gembira dan teruja.

Carl Que Alexander menunduk sedikit kepalanya, kini kepala Nur Husna berlabuh di dadanya manakala kedua kaki Nur Husna memeluk belakang badan Carl Que Alexander dengan sebelah tangan memegang bunga ros manakala sebelah tangan lagi memeluk lehernya.

Dengan posisi sedemikian, kaki diatur ke arah katil lalu punggung dilabuhkan ke atas katil. Nur Husna pula didukkan di atas pehanya.

Isterinya itu hanya tersengih kecil sambil bermain dengan bunga ros ditangan.

"Kau suka?"

Nur Husna mendongak memandang wajah Carl Que Alexander yang sedang tersenyum itu sambil mengangguk perlahan lalu dia mencapai kotak coklat yang berada tak jauh darinya dan dibuka perlahan.

Memang coklat salah satu kegemarannya, tak kira jenis yang macam mana.

"Suka! Suka sangat. Abang nak?" coklat tersebut dihulurkan pada suaminya.

Carl Que Alexander menggeleng kecil, melihat isterinya gembira adalah perkara wajib baginya.

Coklat yang berada dalam tangan halus isterinya diambil lalu dibuka balutan pada coklat tersebut.

"Nah, buka mulut."

Pantas Nur Husna membuka mulutnya sedikit luas lalu Carl Que Alexander menyua coklat tersebut ke dalam mulut Nur Husna.

Isterinya itu hanya mengunyah perlahan dengan mata terpejam rapat.

Dia bersandar dikepala katil dengan sebelah tangan memeluk pinggang Nur Husna yang bersandar di tubuhnya itu manakala sebelah tangan lagi mengelus perlahan rambut isterinya penuh kasih.

Setelah agak lama berkeadaan begitu, Nur Husna pula sudah menghabiskan separuh daripada coklat tersebut manakala Carl Que Alexander tak jemu menyuap dan memerhati isterinya itu.

Seketika Nur Husna menutup bekas coklat tersebut lalu diletak ke atas meja kecil disebelah katil bersama dengan bunga ros tersebut. Sempat dikucupnya bunga ros itu.

"Dah nak tidur, hm?" soal Carl Que Alexander lembut.

Carl Que Alexander merenung wajah mengantuk isterinya sambil tergelak halus. Sejak isterinya mengandung, mudah saja Nur Husna terlena.

Soalan suaminya dibalas dengan mata yang memberat, sungguh dia mengantuk tika ini dan tanpa menunggu balasan suaminya dia bangun beralih daripada riba suaminya lalu patung besar tersebut didakapnya erat.

"Goodnight, abang." gumam Nur Husna sebelum terlena.

Nafas dihela perlahan lalu tubuh kecil Nur Husna diselimut hingga ke paras pinggang.

Dahi Nur Husna dan juga kedua pipi kiri dan kanan isterinya dikucup lembut sebelum berbaring disebelah Nur Husna.

"Kalau aku tahu kau lebih rela peluk patung tu dari aku, dah lama aku campak jauh-jauh."

Carl Que Alexander menggumam tak puas hati saat dia tak dapat memeluk tubuh isterinya dan terhalang oleh patung tersebut. Kepala Nur Husna diletakkan pada bawah lengan kanannya.

"Buenas noches, amor." (Goodnight, love)

Kelopak mata dipejam rapat. Berharap kebahagian yang dikecapi tika ini akan kekal hingga selamanya.


- Que untuk korang. Cuci mata sikit -







[#]DONE👏

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 45.7K 73
"Kau hanya milik aku. Tubuh kau hanya untuk aku. Jadi jangan biar lelaki lain sentuh tubuh kau" - Matheo. Segalanya berubah apabila Aeris tersalah ha...
310K 18.7K 53
♔︎𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐝𝐨𝐞𝐬𝐧'𝐭 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐞𝐧𝐝 𝐰𝐞𝐥𝐥, 𝐛𝐞𝐚𝐬𝐭𝐢𝐞♔︎ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...
1M 67.8K 46
Storm Series: 1 [STORM ITU MILIK INARA ZAHARA] Dingin? Kejam? Iblis? Itulah lelaki yang bernama Aziel Storm yang merupakan ketua keluarga mafia iait...
4.6M 177K 55
Tengku Harith | Tya Irena Satu malam bersama orang asing di sisi masing-masing buat segalanya berubah. Selepas satu malam itu, Harith akan pas...