Mr Killer's Girl |✔|

mecx-zack द्वारा

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... अधिक

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [51]

43.3K 2.2K 176
mecx-zack द्वारा


BUK!

Carl Hans Mikael tersenyum sinis saat penumbuknya melekat tepat pada mata kiri Joe, lelaki itu yang tak sempat mengelak terdorong ke belakang dan hanya seketika sebelum kembali meluru ke arahnya.

Dapat dilihat wajah membengis Joe yang seakan mahu membunuhnya tika itu. Tapi Carl Hans Mikael akan pastikan kali ini Joe bakal tumpas ditangannya.

BUK!

Kepala ditunduk ke bawah saat wajahnya menjadi sasaran Joe dan dia kembali mendongak lalu kaki kirinya menendang rusuk Joe.

Tak mengalah, Joe dengan pantas menendang tepat pada perut Carl Hans Mikael.

"Sial!"

Perut yang terasa senak diabaikan lalu dia menahan tangan kanan Joe yang melayang ke arah wajahnya sebelum dipulas kuat hingga membuatkan lelaki itu berkerut sakit.

Manakala, tangan kiri Joe yang bersedia untuk melepaskan tumbukan padanya disepak kuat.

Lantas tangan Joe yang dipulasnya dikuatkan lagi lalu kaki diangkat tinggi dan menendang kuat perut Joe hingga lelaki itu terbongkok sedikit ke bawah dan dengan pantas siku kanannya menghentak kuat atas kepala Joe.

Carl Hans Mikael tergelak kecil lalu tubuh Joe ditolaknya kasar hingga terduduk di atas lantai.

Mata dipejam sesaat dan dibuka, serentak itu juga kaki kirinya menendang tepi kepala Joe.

Joe mengerang sakit dengan darah yang mengalir keluar dari tepi kepalanya.

Dia pantas berdiri lalu darah dikesat kasar dengan belakang tapak tangan sambil merenung Carl Hans Mikael tajam.

"Kau dari dulu lagi lembik, tak sangka sekarang dah pandai nak lawan aku." sinis saja suaranya.

Pisau yang sedia disimpan pada belakang pinggangnya perlahan dikeluarkan tanpa pengetahuan Carl Hans Mikael.

Joe cepat mengelak apabila kaki kanan Carl Hans Mikael dilayangkan pada wajahnya.

"Aku tak lembik macam kau. Nak hadap aku tapi umpan aku dengan culik perempuan. Kau tak rasa yang kau tu bodoh! Lembik! Pengecut! Lebih pada aku!"

Gigi diketap rapat, wajahnya berubah tegang mendengar sindiran sinis daripada Carl Hans Mikael.

Kata-kata lelaki itu ada betulnya tapi dia tak akan biarkan Carl Hans Mikael merendahkannya.

"Kita tengok siapa yang lembik!"

Serentak itu dia meluru ke arah Carl Hans Mikael dengan pisau ditangannya dan bersedia untuk menikam dada lelaki itu tetapi tak mengena bila Carl Hans Mikael mengelak.

Joe merengus geram.

Carl Hans Mikael mengepal penumbuknya erat, mata memerhati gerak-geri Joe yang ingin menyerangnya.

Sebaik Joe menghala muncung pisau pada wajahnya, dia melayangkan penumbuknya.

BUK!

Buku limanya mengena tepat pada hidung Joe dan serta-merta darah mengalir keluar daripada hidung lelaki itu.

Amarahnya sudah memuncak dan tak dapat dikawal dan juga pergerakannya turut tak terkawal.

Joe berdecit perlahan, darah dihidungnya dikesat kasar.

Dan, tanpa diduga pisau ditangannya dilempar laju sebelum meluncur mengena pada bahu kanan Carl Hans Mikael. Joe tersenyum sinis.

"Kau tetap lembik! Kalau kau tak lembik, guna tangan bukan barang. Kau rasa?" ujar Carl Hans Mikael lalu tergelak mengejek.

Pisau yang melekat pada bahunya dipegang kemas, gigi diketap kuat sebelum dia menarik keluar pisau tersebut. Pedih dan perit dirasakan tapi dia tak akan mengalah kali ini dengan Joe.

Joe mengetap bibirnya perlahan lalu kaki diangkat tinggi dan bawah dagu Carl Hans Mikael ditendang kuat.

Darah merecik keluar dari mulut lelaki itu dan jatuh terduduk di atas lantai.

"Aku tak pernah kalah, tapi kau!" jerkahnya lantang pada lelaki itu.

Carl Hans Mikael memejam rapat matanya mencari nafas, bahunya yang masih lagi terasa perit dan sakit manakala mulutnya pula kebas dan pedih.

Sempat dia mengerling ke arah Damia yang terlentok tak sedarkan diri dihujung sudut bilik itu.

Joe tersengih sinis melihat keadaan Carl Hans Mikael yang termengah-mengah dan juga wajah yang berkerut.

Lalu, sekali lagi kaki kanannya diangkat dan dilayangkan pada Carl Hans Mikael.

"Aghh!"

Joe mengerang sakit, perlahan saja suaranya apabila tindakan pantas Carl Hans Mikael yang menahan kakinya menggunakan lutut kanan lelaki itu menyebabkan betisnya teramat sakit dan juga mungkin terseliuh.

Carl Hans Mikael bangun dari duduknya dengan badan yang sedikit lemah dirasakan sebelum dia menghampiri Joe yang sedang terbaring di atas lantai itu lalu kaki kanan Joe yang tersedia sakit itu dipijaknya kuat.

"ARGHH!"

Lantas, dia menarik kuat kaki Joe lalu ditarik sebelum kaki lelaki tersebut ditegangkan dan dihentak pada lututnya dan turut menghasilkan bunyi dimana lutut kaki kanan Joe telah dipatahkan olehnya. Joe meraung sakit.

"Sekarang, kau yang lembik."

Joe hanya mengerang kesakitan sambil sebelah tangan memegang kakinya kanannya yang dipatahkan oleh lelaki itu manakala Carl Hans Mikael pula melangkah ke arah Damia.

Seketika, beberapa orang lelaki yang merupakan anak buahnya dan Black muncul dihadapan pintu bilik tersebut.

Carl Hans Mikael membuka ikatan di tangan Damia lalu tubuh kecil itu dicempungnya.

Isyarat mata diberikan kepada beberapa orang lelaki itu untuk menguruskan Joe dan semestinya lelaki itu akan dihumban ke dalam bilik penyeksaan mereka.

"I'm sorry." bisiknya perlahan pada Damia.

*

*

*

Black merempuh kasar pintu bilik kayu tersebut hingga terbuka luas dan pantas dia melangkah masuk.

Seketika, susuk tubuh seorang gadis yang dalam keadaan separuh bogel itu dihampirinya. Rahangnya diketap rapat.

"Shit!" sumpahnya perlahan.

Setelah berada di tepi katil dimana gadis itu terbaring, pistol miliknya yang diselit pada belakang poket seluarnya dikeluarkan.

Diabaikan tubuh gadis itu yang terdedah, perkara biasa yang dilihatnya.

BANG! BANG!

Dua das tembakan dilepaskan pada gari besi yang terlekap kemas pada kedua belah tangan kiri dan kanan gadis tersebut hingga terbuka dan sasarannya tepat tanpa terkena pada gadis itu.

Aressa yang terperanjat membuka matanya lalu wajah tak berperasaan Black dipandangnya sebelum dia mula menjerit dan meronta-ronta berusaha untuk menjauhkan daripada lelaki itu.

"No! Please... Don't hurt me.. Please.. Please.. Don't.."

Black terpana seketika, sebelum memegang kedua belah bahu Aressa lalu ditekan rapat pada katil.

Tangan Aressa yang menolak tubuhnya tak dihiraukan. Hairan dia melihat gadis itu yang ketakutan sedangkan dia hanya ingin menolong saja.

"Hoi! Tak payah takut, okay? Aku nak tolong kau bukan nak sakitkan kau! Duduk diam-diam! Kalau tak aku biarkan je kau dekat sini! Faham?!"

Aressa serta-merta terdiam dan rontaannya juga terhenti sebaik mendengar suara tegas lelaki itu. Hanya esakan halus saja yang keluar dari bibirnya.

Mata dipejam serapat mungkin membiarkan airmata yang mengalir keluar dari hujung matanya.

Masih terbayang diruang mata bagaimana dia dirogol oleh rakan baiknya sendiri. Tambah lagi bila dia melihat lelaki tersebut yang tak dikenalinya.

"Just... D—don't hurt me.. Please.."

Black menggeleng kepalanya perlahan, dia tak tahu apa yang gadis itu takutkan. Lantas tali yang terikat kemas pada kaki Aressa dirungkaikan.

Black melangkah ke arah salah sebuah kerusi lalu sehelai selimut yang tersangkut pada kerusi itu diambilnya.

Tubuh Aressa yang terdedah ditutup dengan selimut tersebut. Esakan gadis itu masih lagi kedengaran.

Black menggenggam pistol ditangannya lalu tubuh Aressa yang tak bermaya itu dicempungnya

Seketika, baru setapak dia melangkah keluar daripada bilik tersebut, tiga orang lelaki yang merupakan orang suruhan Chris menghalakan muncung pistol padanya. Black berdecit perlahan.

"Baik kau berambus sebelum kau mampus!" arahnya keras.

Lelaki bertiga itu hanya merenung Black tajam, masing-masing mula meletakkan jari pada picu pistol.

Bersedia untuk melepaskan tembakan. Black menarik nafas dalam, dia hanya memberi arahan untuk sekali saja.

"Fine!"

Serentak itu, sebelah tangan memeluk kuat tepi tubuh Aressa lalu sebelah tangan lagi dengan secepat kilat melepaskan tembakan pada ketiga-tiga lelaki tersebut.

BANG!

Peluru menembusi dada lelaki yang berada ditengah antara dua lagi lelaki itu. Lelaki tersebut erjelupuk ke atas lantai.

BANG!

Kini, lelaki yang berada di sebelah kanan turut terlentang di atas lantai setelah peluru menembusi dahinya. Darah laju mengalir keluar pada dahi lelaki tersebut.

BANG!

Peluru terakhir tepat mengena pada kepala lelaki yang berada di sebelah kiri sebelum perlahan-lahan lelaki tersebut turut terjelupuk ke atas lantai.

Black menghembus nafas perlahan sebelum melangkah keluar daripada bilik tersebut, tubuh lelaki yang terbaring di atas lantai dan dipenuhi dengan darah itu disepaknya kuat.

*

*

*

Carl Que Alexander menggeleng kecil kepalanya.

Dia tak akan bunuh lelaki itu disini, dia akan pastikan Chris diseksa sehabis-habisan dan merayu untuk dibunuh dengan secepat mungkin. Dia hanya mahu membawa isterinya pulang saja.

"Don't test me, you son of a bitch."

Chris tersenyum sinis. Jari dipetik sekali dan serentak itu sekumpulan lelaki mengelilingi Carl Que Alexander. Masing-masing memegang pistol dan pisau ditangan.

Kaki diatur menuju ke arah katil dimana Nur Husna yang terbaring tak sedarkan diri itu.

Chris merangkak naik ke atas katil lalu berbaring mengiring menghadap Nur Husna. Mata merenung kosong wajah menyinga Carl Que Alexander.

"Ella es hermosa como mierda. ¿Puedo follarla?"

Carl Que Alexander menggenggam erat penumbuknya, belum pun dia ingin meluru ke arah Chris tubuhnya dihalang oleh sekumpulan lelaki yang mengelilinginya itu.

Dia tak akan biarkan Chris menyentuh isterinya.

Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, tajam matanya merenung satu-persatu anak buah Chris yang masih lagi menghalakan senjata padanya lalu mata dipejam sesaat.

Chris memegang tepi wajah Nur Husna yang tak sedarkan diri itu dengan sebelah tangannya dan dipalingkan menghadap wajahnya.

Mata setia melekat pada wajah Carl Que Alexander. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Let's show me what you are going to do with them. And— I can taste your wife a little bit."

Chris merapatkan wajahnya pada Nur Husna lalu hujung hidungnya digeselkan pada pipi Nur Husna.

Perlahan menurun ke rahang perempuan itu dan berhenti di leher Nur Husna. Dia tersengih sinis pada lelaki itu.

Berang dengan Chris yang menyentuh Nur Husna, pistol ditangan kirinya diangkat tinggi dan picu pistol ditekan tapi pistol miliknya terjatuh ke atas lantai apabila ditepis oleh salah seorang anak buah Chris.

Carl Que Alexander merenung lelaki itu penuh tajam.

"Wrong move."

Serentak itu penumbuknya dilayangkan tepat pada wajah lelaki yang menepis pistol ditangannya sebentar tadi sekuat hati menyebabkan lelaki tersebut terduduk di atas lantai dengan darah yang bersembur keluar dari mulutnya.

Carl Que Alexander mengetap rahangnya kuat dengan nafas turun naik.

Padahnya bila menaikkan api kemarahannya. Buktinya, dengan sekali tumbukan padu lelaki tersebut terus jatuh terduduk.

BANG!

Dia menunduk pantas apabila salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan padanya.

Lalu, kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Tubuhnya hanya lurus ke depan.

Serentak itu, kedua belah tangannya dikeluarkan dimana dia menggenggam dua rantai besi nipis yang panjang yang disediakan dalam poket seluarnya.

Rantai besi yang dililit pada tangannya dilibas selari ke arah sekumpulan lelaki itu.

Bunyi dentingan besi dan raungan kesakitan memenuhi ruang bilik tersebut.

Carl Que Alexander melibas rantai besi ditangannya mengena tepat pada kepala dan juga tubuh kesemua lelaki itu.

"You make me sick!"

Kini, empat orang lelaki rebah ke atas lantai dengan kepala yang dipenuhi dengan darah manakala tiga lagi lelaki mengerang sakit saat tubuh mereka terkena libasan kuat daripada rantai besi tersebut.

Carl Que Alexander tersenyum sinis, hanya ada lagi seorang lelaki yang masih cuba untuk melawannya.

Tak membuang masa, rantai besi tersebut dilibaskan pula pada leher dan sekaligus melilit leher lelaki itu.

Mata lelaki tersebut terbuntang luas saat tiada udara masuk ke dalam rongga hidungnya.

"Don't messing around with me." bisiknya penuh dalam nadanya.

Serentak itu, rantai besi tersebut ditarik kuat membuatkan lelaki itu yang meronta-ronta itu terdorong ke arahnya.

Lalu, dengan sekali tendangan di perut terus membuatkan lelaki tersebut terhentak ke dinding bilik.

"This is what you got when you're playing around with me, motherfucker."

Sesaat, lelaki tersebut melurut jatuh dan rebah ke atas lantai. Tubuhnya mengeras serta-merta setelah kehilangan nafas dan juga nyawanya.

Mati.

Chris mula mengambil pistol dan diacukan pada Carl Que Alexander, lelaki itu hanya merenungnya dengan pandang penuh api kemarahan. Picu pistol ditekan perlahan dengan jarinya.

BANG!

Sasaran yang dilakukan tersasar. Peluru tersebut melekat pada pintu bilik itu. Dan dengan pantas Carl Que Alexander mencampak rantai besi yang terlilit ditangannya ke arah Chris.

"Arghh!"

Chris tersandar pada tiang katil saat wajahnya dilibas dengan besi oleh Carl Que Alexander.

Separuh wajahnya kini berlumuran dengan darah yang mengalir dihujung mata dan tepi kepalanya. Begitu juga bibirnya yang turut pecah.

Carl Que Alexander tertawa halus—tawa yang penuh dengan kejahatan.

Tak diberi peluang pada Chris, terus dilibas rantai besi tersebut untuk kali kedua pada leher lelaki itu dan pantas dipusing berkali-kali melilit leher Chris.

Dipandang kosong Chris yang sedang berusaha merungkaikan rantai besi yang melilit lehernya itu.

Lalu besi tersebut digenggam erat, telefon bimbit diambil dari dalam poket seluarnya.

Nombor orang kanannya didail, dan beberapa saat panggilan bersambung. Terus pemanggil disebelah talian bersuara. Carl Que Alexander hanya tersenyum sinis.

"Come in."

Panggilan dimatikan dan telefon miliknya disimpan kembali. Seketika, Aris melangkah masuk ke dalam bilik tersebut sambil mengheret seekor singa yang dibela Carl Que Alexander.

Lantas, rantai besi ditangannya dicantumkan pada rantai yang berada dileher singa tersebut.

Kepala singa itu diusapnya perlahan dengan senyuman sinis dibibir. Ngauman singa tersebut bergema dalam bilik itu.

"Be a good lion."

Kepala diangguk sekali pada Aris sebelum dia melangkah ke arah Chris. Kolar baju Chris dicengkamnya kuat lalu dihentak kuat dan rapat pada dinding bilik tersebut.

BUK! BUK! BUK!

Wajah pucat Chris yang dipenuhi dengan darah itu ditumbuknya bertubi-tubi hingga wajah lelaki itu berlumuran dengan darah.

Tak puas dengan itu, ditendangnya pula perut dan tubuh Chris sepuas hatinya.

"Go!" arahnya pada Aris.

Serentak itu, Chris yang tersandar pada dinding bilik tersembam ke atas lantai lalu terseret hingga keluar daripada bilik tersebut setelah singa milik Carl Que Alexander turut mengikut jejak Aris dari belakang.

Carl Que Alexander memandang kelibat Chris hingga hilang lalu beralih pada isterinya.

Melihat tubuh kecil yang terbaring lemah di atas katil dengan baju yang dpenuhi darah dan juga wajah lebam dan pucat cukup membuatnya juga turut terasa sakit.

Wajah diraup kasar dan tanpa dia sedar, setitik airmata lelakinya mengalir dihujung mata.

Antara sakit melihat keadaan isterinya dan juga perasaan bersalahnya pada Nur Husna.

Lalu tubuh kecil Nur Husna dicempungnya penuh berhati-hati. Dahi isterinya dikucup lama sebelum tergesa-gesa melangkah keluar daripada bilik tersebut.

"Aku mintak maaf, Husna."


[#]DONE

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

643K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
714K 4.3K 11
"Kau okey? Bangun dulu. Aku tolong kau." Awal pertemuan yang mengejutkan, Marsya Khalili tidak menyangka akan ada wujud malaikat yang membantu diriny...
4.6M 177K 55
Tengku Harith | Tya Irena Satu malam bersama orang asing di sisi masing-masing buat segalanya berubah. Selepas satu malam itu, Harith akan pas...
2.9M 60.5K 28
Syed Farris | Bella Irdina Kerana aturan keluarga, mereka bersatu. Bella mula memasang niat untuk membuat sang suami jatuh cinta padanya. Cuma ada...