Roses & Cigarettes | Dalam Pr...

By aainarose

74.3K 5.1K 325

Dua kisah dipertemukan dalam sebuah cerita walau datang dari dunia yang sama tetapi lahir dari jalan cerita y... More

Roses & Cigarettes
2 | Red Rose
3 | Him
4 | Attracted
5 | Bad
6 | Action
7 | Tears
8 | Side
9 | Feelings
10 | Touch
11 | Secrets
12 | Complicated
13 | Hurt
8 : 0 0 P. M.

1 | Adore

7.8K 496 33
By aainarose

Masih ku ingat lagi, suasana malam itu kelihatan begitu indah sekali. Dada langit nan kesuraman seakan mengerti apa yang berlaku padaku malam itu.

Sesekali desiran angin yang menyapa bagaikan mengalun alam dalam satu nada yang mengasyikkan. Terbuai diriku dengan keadaan tersebut.

Hatiku merintih dengan segala rasa pada malam itu. Malam yang menjelaskan kenapa aku perlu lari dari semua masalah ini. Malam yang membuatkan aku perlu pergi tanpa membawa apa-apa sedangkan aku tahu amat berbahaya risikonya.

Keluhan berat akhirnya terluah di bibirku.

'Kau kena kuat, Rose.' desis hatiku.

Sungguh, kenyataan demi kenyataan yang aku dengar rupanya terlalu pedih untuk ku terima. Papa, orang yang selama ini dari kecil aku dibesarkan olehnya, ternyata mahu aku bersatu dengan pilihannya malah hanya semata dibayangi harta kemewahan.

Air mata yang bergenang di tubir mataku cuba ditahan.

Kerana terluka mendengar setiap penjelasan, akhirnya aku nekad untuk melarikan diri, jauh dari orang yang cuba menyakiti hatiku.

Aku duduk merapatkan wajah di kedua-dua belah lututku di kawasan lorong jalan yang kelihatan sunyi. Kakiku letih untuk berjalan lagi. Sudahlah aku tidak menjamah apa-apa makanan lagi. Kedinginan rasa sejuk pada tengah malam terasa di tubuhku.

"Hey..."

Aku bagaikan terdengar seseorang menyapaku. Hatiku berdesis mengatakan itu hanya angin yang seakan-akan ingin berbisik kepadaku. Sekali lagi aku hanya biarkannya.

"Apa kau buat dekat sini?"

Bagaikan terkena renjatan elektrik, aku terus mendongak apabila kedengaran satu suara menyapa di telingaku.

Jelas sekali aku bagaikan kaku apabila melihat wajah menggoda itu menyapa mataku. Reaksi ku seolah-olah tidak dapat menjelaskan betapa menawan nya lelaki itu dan tatapan mataku memandang wajah itu seketika.

Lekuk wajahnya yang tampan dengan anak mata berwarna hazel serta hidungnya yang mancung dan bibirnya...merah cukup menggetarkan hatiku tatkala ini.

Setelah tersedar dari alam realiti, ada rasa takut menjalar hati tatkala anak mata lelaki itu terus memandang tingkahku sedari tadi. Setelah itu aku hanya mampu menundukkan kepalaku kerana tak sanggup untuk melawan panahan matanya yang sungguh menggoda.

Aku terdengar desahan nafasnya lembut dan kemudian barulah ku sedar lelaki itu sedang menghulurkan tangannya, gayanya seolah-olah mahu membantu ku.

Aku membalas jua akhirnya. Dalam keterpaksaan aku hanya merelakan saja.

Aku hanya berkutik diam.

Terasa ada satu perasaan halus yang bertandang di hati tatkala terlihat tanganku masih tak dilepaskan oleh lelaki misteri itu. Rasa bagai mimpi bila akan ada seorang lelaki menghulurkan tangan ketika dia sedang bersedih tatkala ini. Cuma berbeza, dia tak kenal lelaki ni. Lelaki di sebalik perwatakan misteri ini.

"Kau masih tak jawab soalan aku lagi," kata lelaki itu.

Aku masih diam seperti tadi. Aku tak kenal lelaki ni jadi tak sepatutnya aku ceritakan hal yang sebenar. Dalam hatiku mula rasa gerun memandangkan hanya kami berdua sahaja di lorong jalan yang kelihatan sunyi ini. Dan tiada sesiapa yang dia kenali di sini. Boleh bayangkan perasaannya bukan?

"Apa nama kau?" lelaki itu bertanya lagi. Kali ini suaranya ditekankan sedikit.

"Rose, Rose Aurora." akhirnya terluah juga suaraku meniti di bibir.

'Rose...' desis lelaki itu perlahan.

Wajah cantik itu ditenung lama untuk kesekian kali. Walau hanya diterangi dengan silauan cahaya malam tapi dia masih dapat lihat dengan jelas wajah yang berada di lorong kesunyian ini.

"Kau cuba lari dari masalah bukan?"

Soalan lelaki itu buatkan aku terus menatap matanya yang agak menggoda itu. Lelaki itu bagaikan dapat meneka apa yang melanda hatiku tatkala ini. Tingkahnya begitu tenang dan aku pula terkedu seketika. Soalan lelaki itu aku biarkan sepi tanpa dijawab.

"Hey, Rose" suara lelaki itu kedengaran lembut bila dia memanggil namaku.

Nampak gadis itu takut-takut dengannya dan mengambil keputusan untuk berdiam diri membuatkan dia mengalah.

Nafas kasar terhela di bibirnya.

"Dah tengah malam, kau patut balik sekarang. Nak aku hantarkan?"

Lelaki itu masih berusaha untuk memujuk gadis itu. Tanda tanya yang membelenggu fikirannya mengenai Rose di kawasannya ini hanya dibiarkan sahaja.

Dia nampak Rose menggelengkan laju kepalanya tanda tidak mahu.

Aku rasa tidak selamat kalau pulang kembali di villa milik keluargaku. Sudah pasti papa akan cari di mana keberadaanku sekarang. Aku lebih rela melarikan diri dari terpaksa disatukan dengan pilihan papa sendiri!

Saat itu aku memandang kembali pegangan erat yang masih tidak dilepaskan oleh lelaki itu. Dan perasaan ini sukar hendak digambarkan. Sekurang-kurangnya, aku perlukan masa untuk memikirkan pasal papa lagi-lagi lelaki yang bakal disatukan denganku! Gila bukan?

"Kau tak patut berada dekat sini."

"Look at me, Rose."

Entah kenapa aku bagai menurut kata-kata lelaki itu. Lelaki ni bagai ada magnet untuk dia terus menatap wajah tampan itu. Dalam kepekatan malam ni, dia cuba mengawal rasa hatinya dari terfikir macam-macam.

Aku terkelu seketika apabila terasa jari lelaki itu mengelap air mataku yang jatuh bercucuran tanpa sedar. Aku dapat rasakan lembut tangan itu menyentuh pipiku saat ini.

"Aku hantar kau balik." ujar suara serak-serak basahnya.

Tubuhku mula rasa sejuk tatkala itu. Desiran angin lembut dapat ku rasakan gerimis hujan bakal turun sebentar lagi. Hatiku mula dilanda resah.

"Saya tak nak balik." balasku sambil menikam anak matanya tajam.

Aku perasan wajahnya seakan tenang bila berhadapan denganku. Aku pula, rasa debar bila matanya masih tak lepas menatap wajahku.

"Okay fine kalau kau tak nak balik," lelaki itu bersuara lagi.

"Aku takkan halang sebab itu keputusan kau." Kata-kata lelaki itu terasa mendalam hingga menusuk ke tangkai hatiku.

Sanggup lelaki ini membiarkan aku di lorong sunyi ini? Aku tahu lelaki itu menawarkan dia untuk dihantar pulang tapi salahkah kalau aku menolak sedangkan aku sendiri tidak tahu aku berada di mana dan cuma lelaki itu sahaja yang muncul ketika ini.

Lelaki itu sudah melepaskan pegangan erat yang bertaut tadi dan kemudian berpaling untuk pergi meninggalkan aku sendirian.

Belakang badan lelaki itu ku perhati sejenak sebelum aku kembali berjalan untuk meninggalkan kawasan lorong sunyi itu. Aku perlu hangatkan tubuhku kerana suhu sejuk terlalu mencengkam tubuhku saat ini. Nasib juga aku tidak mudah diserang demam kalau berada di suhu sejuk sebegini.

Lelaki itu kembali memandang ke belakang dan melihat gadis itu ingin melangkah pergi dari situ. Dia mula teragak-agak untuk melepaskan gadis itu sendirian. Sungguh, ini pertama kali dia rasakan perasaan yang menjalar buat gadis naif itu.

"Rose!"

Sejurus itu, kakiku seakan terhenti mendengar suara itu memanggil namaku. Aku langsung tak berpaling melihat wajah lelaki itu.

"Kau patut ikut aku sekarang," suara lelaki itu menyapa di telinganya lagi.

"Pilih kau nak terus ikut jalan tu atau kau nak ikut aku, Rose."

Bibirku hanya dihiasi dengan senyuman tipis. Dengan nafas panjang, aku menoleh ke belakang melihat lelaki tinggi lampai itu yang tegak berdiri memerhatikan aku dengan sebuah jawapan.

Aku tak kenal lelaki ni apatah lagi mengenai tentang latar belakangnya. Akalku seakan berperang dengan hatiku sendiri. Menantikan sebuah jawapan terbit di bibirku.

'In the end, we only regret the chances we didn't take Rose.'

Hatiku terusik dengan kehadirannya.

Berharap ini bukan kali terakhir aku dapat berjumpa dengan lelaki itu lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 25.2K 15
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
81.5K 6.1K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
58.7K 7.3K 14
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...