Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [64]

43.1K 2.1K 202
By mecx-zack

Hilton Auckland Hotel, New Zealand

Carl Hans Mikael dan Damia Aisyah menghabiskan masa sempena bulan madu mereka disekitar tempat-tempat yang menarik di negara awan putih itu.

Dan kini, mereka akan meneruskan melawat tempat seterusnya memandangkan hari terakhir berada di New Zealand.

Damia ralit melilit tudung di kepalanya dihadapan cermin bilik hotel yang ditempah mereka. Manakala Carl Hans Mikael masih berada di dalam bilik air membersihkan diri.

Senyuman nipis terlakar dibibir saat berpuas hati dengan penampilannya lalu dia pakaian untuk Carl Hans Mikael yang dipilihnya diletakkan ke atas katil.

Beberapa ketika suaminya melangkah keluar daripada bilik air.

Dipandangnya sekilas tubuh suaminga yang terdedah itu sebelum cepat-cepat menoleh ke arah lain lalu pakaian suaminya diambil dan dihulurkan pada Carl Hans Mikael tanpa memandang wajah lelaki itu. Malu!

Carl Hans Mikael tersengih sinis melihat tingkah isterinya yang masih lagi malu dengannya itu.

Pakaian yang dihulurkan Damia diambil dan sempat diciumnya pipi kanan isterinya. Dapat dilihat pipi Damia mula memerah.

"Cancel, aku tak nak keluar hari ni. Esok boleh, kan?" soalnya tiba-tiba dengan nada serius.

Pantas Damia mendongak memandang wajah selamba suaminya, wajahnya berkerut antara marah, sedih dan sakit hati dengan keputusan tiba-tiba suaminya.

Bibir diketap rapat.

"Semalam abang cakap lain, sekarang Mia dah siap pakai tudung apa abang cakap tak jadi pulak? Abang saja je kan?" ujarnya perlahan dengan nada geram.

Tangan kecilnya menolak bahu Carl Hans Mikael berkali-kali dengan wajah merah padam menahan rasa terkilannya dengan mata yang mula bergenang dengan airmata.

Mana tak sakit hati bila semalam Carl Hans Mikael juga yang merancang untuk keluar hari ini.

Kalau tak jadi sekalipun, sekurangnya cakap awal-awal sebelum dia bersiap. Rasa macam diberi harapan palsu saja.

"Hey, relaxs lah. Kau nak marah sangat kenapa? Macam lah esok tak boleh pergi, nak cakap dah ada baby, baru berapa hari lepas kita buat eksperimen. Impossible."

Terhenti-serta merta tangan Damia dari terus memukul bahu suaminya sebaik mendengar ayat memalukan Carl Hans Mikael.

Lantas lengan lelaki itu dicubitnya kuat dengan wajah yang tadinya kegeraman berubah malu.

"Abang main-main kan? Bukan masalah ada baby ke apa, ni masalah abang sengaja suruh Mia siap-siap lepastu abang cakap tak jadi pulak! Malas layan abang!"

Dijelingnya tajam wajah tak bersalah suaminya sebelum berura-ura untuk keluar daripada bilik hotel tersebut.

Dia tak kisah pergi seorang diri pun. Suaminya selalu saja menyakitkan hatinya.

Carl Hans Mikael tergelak melihat isterinya yang merajuk itu lalu pantas ditariknya lembut tangan kecil Damia. Menghalang isterinya itu pergi.

Wajah cemberut Damia ditatapnya sambil tergelak kecil.

Alahai, kuat betul merajuk.

"Kau sikit-sikit nak merajuk, tak boleh ke kalau kau relaxs kejap? Aku gurau sikit je, tu pun dah mengamuk. Buruk tahu tak kalau kau merajuk."

Damia merenung tajam suaminya, lalu perut Carl Hans Mikael dicubitnya pula melepaskan rasa geramnya saat dia terkena dengan suaminya.

Carl Hans Mikael pula mengelak daripada dicubit isterinya sambil ketawa geli hati.

"Suka sakitkan saya! Rasakan!"

Carl Hans Mikael cuba mengelak tapi Damia lebih pantas membuatkan lelaki itu mengaduh sakit dan menghasilkan tawa daripada Damia yang melihat wajah berkerut suaminya, lucu.

"Kejap! Kau nak cubit aku sampai bila? Kang tak jadi keluar betul-betul nanti tahu nak menangis pulak." sindirnya masih lagi mengusik.

Damia tersengih kecil sebelum berhenti mencubit perut suaminya.

Dia melabuhkan punggung dibirai katil manakala Carl Hans Mikael mula menyarungkan pakaiannya.

Usai mereka berdua bersiap, Carl Hans Mikael melingkar tangan dipinggang ramping Damia sambil berjalan beriringan keluar daripada bilik hotel tersebut.

Setengah jam kemudian,

Setelah makan malam di restoran yang berdekatan itu kerana mengikuti kehendak isterinya yang tak mahu menjamu makanan yang disediakan pihak hotel.

Mereka berdua mula menuju ke destinasi seterusnya, tersenyum Carl Hans Mikael menatap wajah Damia jelas memancarkan riak gembira bercampur teruja itu.

Carl Hans Mikael memandu kereta yang disewanya ke Waikato yang masih lagi berada di negara New Zealand.

Perjalanan dari Auckland untuk ke daerah Waikato akhirnya sampai setelah mengambil masa selama dua jam untuk mereka tiba.

Glowing Worm Cave, Waikato.

Kini mereka tiba di Glowing Worm Cave atau Waitomo di daerah Waikato itu.

Keluar daripada perut kereta, Carl Hans Mikael membukakan pintu kereta untuk isterinya lalu tangan kecil Damia digenggamnya erat.

Dari jarak beberapa meter, Damia tak lekang mengukir senyuman dibibir.

Tak sabar rasanya mahu meneroka ke dalam gua tersebut, tambah lagi bila dari jauh dia dapat lihat cahaya yang menerangi gua tersebut.



Mengikut apa yang diberitahu Carl Hans Mikael, gua itu unik kerana terdapat sejenis ulat yang bercahaya tetapi ianya bukan terhasil daripada ulat tersebut.

Dia sebenarnya sedikit berdebar memikirkan 'ulat' yang dikatakan suaminya tapi cuba diusir perasaan tersebut.

Percaya atau tidak, ianya sejenis ulat daripada spesis arachnocampa luminosa yang sudah terbentuk sejak tiga puluh juta tahun dahulu lagi.

Untuk masuk ke dalam gua tersebut harus menaiki bot yang telah disediakan.

Carl Hans Mikael memilih bot khas untuknya dan Damia saja berlainan pula dengan para pelancong yang lain yang berkongsi bot beramai-ramai.

"Thank you." ujar Carl Hans Mikael pada salah seorang lelaki yang bertugas tersebut.

Mereka kemudian diberi sedikit taklimat oleh pemandu pelancong mengenai pantang larang semasa berada dalam gua tersebut.

Antaranya dilarang merokok dan mengambil apa-apa gambar ataupun video. Damia yang mendengar hanya menurut saja.

Kini setelah berada di dalam bot diiringi pihak yang bertugas, bot yang dinaiki perlahan-lahan bergerak menyelusuri jalan sungai dalam gua tersebut.

Sebaik masuk saja ke dalam gua itu, mulut Damia terbuka luas.

Sungguh cantik pemandangan yang dilihatnya, tak terkata untuk dia menjelaskan perasaannya tika ini dan terasa seperti dia berada di alam lain pula.

"Wah! Cantiknya abang!" ujar Damia teruja dengan mata bersinar-sinar.

Carl Hans Mikael mengangguk seraya tersenyum melihat wajah teruja isterinya.

Pinggang Damia dipeluknya dari belakang lalu dagu dilabuhkan pada bahu kanan isterinya sambil menikmati pemandangan yang indah baginya.

"Cantik kau lagi. Sepatutnya cahaya tu kena jealous dengan kau sebab kau cantik dari dia, betul tak?"

Damia tergelak kecil dengan wajah yang mula membahang malu, tangannya diletakkan ke atas tangan besar suaminya yang melingkar dipinggangnya. Seketika wajah Damia berkerut hairan.

"Abang, cahaya tu dari ulat yang abang cakap tu ke? Kenapa badan dia boleh ada cahaya eh?" soal Damia seraya menunjuk ke arah cahaya yang dilihatnya itu.

Carl Hans Mikael tertawa, diperhati seketika gua yang diterangi dengan cahaya tersebut sebelum dia teringat sewaktu kali terakhir dia melawat gua tersebut bersama rakannya dahulu.

"Mia, ulat tu memang dah lekat dekat situ and dia tak ada cahaya. Kau nampak cahaya tu kan? Tu cahaya dari larva dia bukan dekat badan ulat tu. Faham?"

Jelas Carl Hans Mikael seringkas yang mungkin dan mudah untuk isterinya itu faham.

Damia mengangguk perlahan lalu kepala ditoleh sedikit melihat wajah tersenyum suaminya yang menongkat dagu pada bahunya.

"Abang pandai." pujinya dengan senyuman lebar.

Terus mati senyuman Damia saat pujian yang diberikan untuk suaminya dibalas dengan ciuman pantas dibibirnya.

Lantas mata bulatnya dijegilkan pada Carl Hans Mikael, wajahnya sudah merah seperti tomato saat ini.

"Ei, tak malu ke orang tengok?" bisik Damia dengan nada geram.

Sengihan kekok diberikan pada lelaki yang memandu bot mereka yang sedang tersenyum-senyum itu.

Bibir diketap rapat sebelum menoleh kembali memandang cahaya dalam gua tersebut.

Tak dihiraukan kata-kata Damia, malah dia tersenyum puas. Melihat isterinya gembira sudah cukup baginya.

Pelukan dipinggang Damia dikemaskan lagi sebelum menutup kelopak matanya.

Suara ceria, teruja dan gembira Damia didengarinya sebagai suatu rentak lagu yang mendamaikan. Seketika, mata dibuka kembali perlahan-lahan.

"I love you, Damia."

[#]DONE

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 60.5K 28
Syed Farris | Bella Irdina Kerana aturan keluarga, mereka bersatu. Bella mula memasang niat untuk membuat sang suami jatuh cinta padanya. Cuma ada...
1.7M 89.3K 47
Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang...
442K 28.2K 61
Under 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 1 JEBAT MIKAEL | HAWA DAVINA Hanya kerana satu malam, hidup seorang Hawa Davina yang dulunya penuh ceria bertukar menjad...
663K 27.5K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...