Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [55]

42K 2K 274
By mecx-zack


Carl Que Alexander mengucup dahi Nur Husna sekilas. Wajah pucat isterinya yang masih belum sedarkan diri itu direnung sejenak.

Mata beralih ke arah perut Nur Husna, senyuman kecil terukir dibibirnya.

"Aku tak kira berapa lama pun, aku tunggu kau bangun. Aku tahu aku suami paling jahanam untuk kau, tapi jangan buat aku macam ni, Husna."

Pipi kanan Nur Husna diusapnya perlahan lalu tapak tangannya beralih ke arah perut isterinya dan turut diusap lembut sebelum wajahnya dirapatkan pada perut Nur Husna.

Terasa tak sabar untuk dia maklumkan pada isterinya tentang berita gembira tersebut.

Mujur saja bayinya tak apa-apa, mahu dia bunuh semua mereka dengan segera.

"Jaga mama tau. Suruh mama bangun cepat-cepat, cakap dekat mama— papa rindu. Baby pun rindu mama, kan? Papa ada hal sikit, nanti papa teman mama dengan baby."

Perut Nur Husna dikucupnya lama, dipandang wajah isterinya sepintas lalu sebelum melangkah keluar daripada bilik tersebut.

Kedua orang bawahannya yang berpakaian serba hitam yang berada di luar pintu bilik menunduk sedikit kepala padanya.

"Keep your eyes open!" pesannya tegas pada dua orang anak buahnya itu.

Seketika, keluar saja daripada bangunan hospital tersebut Carl Que Alexander tergelak sinis melihat lelaki berpakaian serba hitam yang berbaris berdekatan dengan keretanya.

Dua orang lelaki yang juga turut berpakaian serba hitam bersandar di tepi keretanya.

Carl Que Alexander melangkah perlahan menghampiri mereka berdua dengan wajah tak berperasaannya.

"La più crudele mafia, come stai?" (The most cruel mafia, how are you) tegur lelaki yang menindik subang kecil di bibir bawah sebelah kanan itu sambil tersengih kecil.

Carl Que Alexander berjabat tangan dengan mereka berdua.

Lelaki berdua yang merupakan rakannya di Itali dulu. Dan kedua mereka juga merupakan ahli kumpulan Mafia di Itali.

Dia tak kisah malah tak juga dia libatkan diri dalam kumpulan mereka, hanya sekadar rakan untuk dibawa berbual yang banyak membantunya di negara luar.

"Non sono una mafia Giovvani. Sto bene, just my wife's still unconscious." (I'm not a mafia Giovvani. I'm fine)

Nafas dihela kasar, lelaki yang mempunyai tatu disekitar lehernya menepuk lembut bahu Carl Que Alexander.

Cuba memberi semangat pada lelaki itu. Mereka tahu apa yang berlaku.

Mereka berdua turut terkejut mendengar apa yang telah berlaku pada ahli keluarga Carl Que Alexander.

Jadi mereka mengambil keputusan untuk terbang ke Malaysia melawat lelaki yang satu itu.

"Ada hal besar ke sampai Malaysia?" soalnya pada lelaki yang bertatu dileher itu.

"Nothing. How about your prisoners?"

Carl Que Alexander tersenyum sinis. Diperhati kesemua anak buah rakannya berdua itu yang berbaris.

Jika dilihat secara rambang mereka terdiri daripada dua ratus orang kesemuanya.

Itulah rakannya, kemana saja pergi pasti seakan mahu berperang saja. Tapi dia sudah terbiasa sewaktu berada di Itali dulu.

"Come, my house. We will talk about this, Giov, Roman." ujarnya sambil memandang dua lelaki tersebut.

Mereka berdua mengangguk sekali sebelum menuju ke arah kereta masing-masing diikuti anak buah mereka yang lain.

Carl Que Alexander masuk ke dalam perut kereta, enjin dihidupkan sebelum memecut laju membelah jalan diikuti empat puluh buah kereta mewah mengekori Carl Que Alexander daripada belakang.

*

*

*

Carl Que Alexander melangkah ke arah bilik yang menempatkan Joe diikuti Giovvani dan Roman serta dua orang anak buah mereka. Manakala yang lain hanya berdiri di ruang tamu.

"Sir!" anak buahnya yang bekawal di pintu bilik itu menunduk sedikit padanya tanda hormat.

Sebaik pintu bilik dibuka, Carl Que Alexander mengatur kaki masuk ke dalam bilik tersebut.

Carl Hans Mikael dan juga Black dari awal lagi sudah berada dalam bilik itu menyediakan peralatan yang akan digunakan mereka.

Di tengah-tengah bilik, susuk tubuh Joe yang terbaring di atas meja kayu dengak kedua belah tangan dan kaki yang digari itu dipandang tajam.

Segala perbuatan lelaki itu serta-merta terlayar diruang matanya.

"Semua dah ada." Black yang duduk di atas kerusi merenung mereka yang baru masuk ke dalam bilik.

Giovvani dan Roman mengambil tempat di kerusi yang tersedia dalam bilik tersebut.

Carl Hans Mikael pula bersandar di dinding seraya tersenyum sinis memerhati Joe yang tak sedarkan diri setelah dikerjakan oleh Black seketika tadi.

"Hans." isyarat mata diberikan pada adiknya.

Carl Hans Mikael menuju ke arah sebuah bilik kecil yang terletak di sudut bilik tersebut lalu satu butang kecil ditekan dan serentak itu besi yang menggari kedua belah tangan Joe perlahan terangkat ke atas.

Tubuh Joe dihampiri lalu air yang berada dalam bekas kecil ditangannya disimbah tepat ke arah wajah dan juga seluruh tubuh Joe membuatkan lelaki itu serta-merta terjaga.

Berubah air muka Joe melihat wajah Carl Que Alexander yang tak beriak itu.

"Terkejut nampak muka pembunuh depan kau? Aku tak nak bunuh kau lagi, biar aku seksa kau dulu. Sampai kau merayu suruh aku bunuh kau terus."

Joe cuba menggerakkan badannya tetapi tak berjaya sebaliknya dia mengerang sakit saat terasa urat sarafnya seakan mahu terputus setelah dikerjakan oleh Black dan Carl Hans Mikael sebentar tadi.

Diperhati pula tangannya yang bergari dan terangkat ke atas itu. Cuba digerakkan tapi tetap tak bergerak.

"Lepaslah bodoh!"

Carl Que Alexander tergelak sinis, dia menghampiri meja kecil dan panjang yang terletak di sebelah meja kayu dimana Joe berbaring itu. Diperhati segala peralatan tersebut dengan penuh minat.

Seketika, plier yang berukuran 6 inci diambilnya lalu dia menoleh ke arah Joe yang memandangnya dengan wajah cuak.

Carl Hans Mikael pula mengambil sebilah pisau tajam dan juga pencangkuk mata kail yang halus dan berkilat lalu dia berdiri di hujung kaki Joe.

"Korang nak buat apa sial?!" jerkah Joe yang mula ketakutan.

"Seksa kau, macam mana kau buat dekat girl aku. Lupa?" sinis balasan Carl Hans Mikael .

Cangkuk mata kail dipacakkan pada sisi meja berjarak satu inci saja dari terkena pada sisi tubuh Joe. Dipasang satu persatu di kiri dan kanan tubuh Joe.

Di setiap sisi tubuh lelaki itu terdapat lima cangkuk mata kail yang terpacak.

Carl Que Alexander memasang knuckle bewarna hitam ditangan kanannya yang berbentuk bulat dan juga muncungnya yang tajam lalu plier yang berada di tangan kirinya dilihat sekilas bersama senyuman sinis terukir dibibir.

"Aku tak rasa kau nak tengok apa aku nak buat dengan kau. Baik kau tutup mata."

BUK! BUK!

Serentak itu mata kiri dan kanan Joe ditumbuknya menggunakan buku jari yang terpasang ditangan kanannya. Joe meraung sakit.

Kesan lebam dan juga sedikit berdarah mengalir disekitar mata kiri dan kanannya.

Lalu, dia menggenggam plier ditangannya dan muncung plier tersebut dibuka sedikit.

Rahang diketap rapat saat wajah isterinya terbayang diruangan mata sebelum plier tersebut dibawa ke arah ibu jari Joe dan dikepit lalu ditarik perlahan hingga terkena pada kuku lelaki itu.

Serentak itu, plier yang mengepit kuku ibu jari Joe ditariknya kuat hingga kuku lelaki itu tercabut dari jarinya. Darah mula mengalir keluar pada isi ibu jari Joe.

"ARGHHH!"

Erangan kesakitan Joe bergema di segenap ruang bilik tersebut.

Joe meronta sakit tetapi makin kuat raungannya apabila tubuhnya meronta— cangkuk mata kail yang terpacak di sisi tubuhnya turut mengena kulit badannya.

Cangkuk mata kail tersebut mencangkuk isi tubuhnya dan terbenam dalam isinya.

Walaupun hanya seinci muncung cangkuk mata kail itu menusuk masuk dalam kulitnya, pedih teramat yang dirasakan. Darah pula setitik demi setitik mengalir keluar.

"ARGHHHH!"

Kini, kuku jari telunjuk Joe pula tercabut setelah dikepit dan ditarik kuat oleh Carl Que Alexander.

Tanpa memberi peluang untuk lelaki itu menyedut udara menahan kesakitan, kuku jari tengah pula dicabutnya seakan mencabut paku yang terlekat pada dinding.

Kesemua kuku di jari-jemari kanan Joe tercabut. Darah yang keluar dari jarinya menitik-nitik jatuh di atas tubuh lelaki itu.

Manakala, sisi tubuh kiri dan kanannya terasa tegang saat cangkuk mata kail menusuk masuk ke dalam kulitnya lalu sekaligus menarik kulit tubuhnya apabila dia bergerak.

Carl Que Alexander tergelak sinis saat melihat setiap sisi tubuh Joe kini ditusuk dengan cangkuk mata kali.

Jemari tangan kanan pula dipenuhi darah setelah kukunya tercabut. Wajah Joe juga berpeluh dan berkerut kesakitan.

"Sakit?" sinis Carl Que Alexander bertanya.

Kini, plier tersebut dikepit pada ibu jari kiri Joe lalu ditarik kuat hingga kuku jari tersebut tercabut dari isinya.

Dilakukan pula pada setiap jari jemari lelaki itu satu persatu. Raungan kesakitan Joe tak langsung dihiraukan.

ZAP!

Betis kanan Joe ditikam sedikit dalam oleh Carl Hans Mikael setiap kali lelaki itu meraung dan menjerit sakit.

Betis kaki kanan Joe berlubang setelah ditikam oleh Carl Hans Mikael.

"ARGHHH!!

ZAP!

Kuku jari tengah Joe pula tercabut dan betis kanannya dipenuhi dengan kesan tikaman saat dia menjerit dan meraung.

Cangkuk mata kail yang menusuk ke dalam isi tubuhnya pula makin dalam dan juga kulit badannya sedikit terkoyak.

Meja kayu itu kini dipenuhi darah yang keluar dari tubuh, betis dan juga jari jemari Joe. Black hanya tergelak kecil setiap kali mendengar raungan Joe.

"Chill Que, nanti sambung lagi. Aku tengok dah sesak nafas budak tu."

Giovvani dan Roman turut tergelak melihat tubuh Joe yang terbaring dan dipenuhi dengan darah itu.

Sudah terbiasa dengan apa yang dilihatnya. Carl Hans Mikael mengetap rapat bibirnya.

ZAP!

Betis kiri Joe yang terdapat kesan tikamannya ditikam pada tempat yang sama sekuat hati. Hatinya masih belum puas.

"Jangan sentuh hak aku!"

Carl Hans Mikael tersenyum sinis sebelum melangkah keluar daripada bilik tersebut, manakala Carl Que Alexander melabuh punggung di kerusi.

Dia akan seksa Joe dan Chris hingga memuaskan hatinya. Hingga mereka merasa menyesal untuk hidup.

[#]DONE

Continue Reading

You'll Also Like

868K 48.8K 61
-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit...
3.3M 7.9K 2
M1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10...
930K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
434K 40.8K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...