Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [47]

40.7K 2K 150
By mecx-zack

'He can't fight for shit. I don't bluff. I don't joke and I don't give a second chances.'

Carl Que Alexander berdiri sambil menunduk memandang lantai tanpa sebarang suara.

Carl Ayden dan rakannya yang lain yang duduk di sofa di ruang tamu hanya berdiam diri begitu juga anak buahnya yang lain.

Isterinya sudah berada dalam genggaman Chris. Fikirannya kosong tika ini bila dia terlambat untuk menyelamatkan isterinya.

Malah, Aressa dan adik isterinya juga turut serta menjadi tahanan Chris.

Carl Que Alexander mendongak kepalanya perlahan dengan wajah membengis.

Dahi dan lehernya juga timbul urat-urat kecil yang dapat membuatkan sesiapa gerun bila melihatnya.

Diperhati kesemua yang sedang berkumpul diruang tamu itu.

Hatinya tak merasa tenang selagi Nur Husna tak berada disisinya. Dia terlambat untuk menyelamatkan perempuan itu.

Dia tak cukup peka dengan langkah Joe dan Chris.

Malah, rakan baiknya Aressa turut menjadi mangsa. Gadis itu yang cekap berlawan juga tak mampu kalahkan Chris kerana dia tahu, lelaki itu tak ubah sepertinya.

"Cari dia sampai dapat, jangan tunjuk muka korang depan aku selagi kau tak jumpa dia!"

Anak buahnya yang lain hanya mengangguk faham dan segera beredar daripada ruang tamu tersebut.

Carl Hans Mikael pula diam tak berkutik dengan wajah tak beriak. Licik, Joe dan Chris memang licik. Tapi, bila dia dapatkan Damia selepas ini -

Dia, boleh jadi manusia paling kejam.

Carl Hans Mikael bangun dari duduknya secara mengejut dan itu membuatkan mereka yang lain menoleh kearahnya dengan wajah hairan kecuali Carl Ayden yang hanya tersenyum sinis.

"Hans tak akan biarkan dia sentuh Damia. He can't fight for shit. I don't bluff, I don't joke and I don't give a second chances!" ujarnya keras dan perlahan.

Tangan diletakkan pada atas meja lalu wajah tegang dan bengis kembar berdua itu dipandang dalam dengan wajah dinginnya.

Dia hanya serahkan pada Carl Hans Mikael dan Carl Que Alexandee untuk lakukan tindakan seterusnya.

Diego dan Samuel telah diarahkan untuk ke Itali membawa Andrew memandangkan lelaki itu turut terlibat. Jadi, dia akan berada di belakang anak-anaknya bila tepat pada waktunya.

"Don't ever let anyone see you weak. They will use it against you. Show no emotion nor fear, that will be your strenght- "

Carl Ayden bangun lalu menghampiri kembar berdua itu dan dia berhenti berhadapan mereka berdua lalu kedua belah tangannya memegang bahu Carl Hans Mikael dan juga Carl Que Alexander.

Nungkin ini masanya untuk dia lihat sejauh mana kekuatan yang dimiliki anaknya.

"When you're numb, no one will ever be able to tell your next move or course of action. If you know what I mean."

Bahu kedua kembar itu ditepuk perlahan sebelum tangannya dimasukkan kedalam poket seluar sambil tersenyum sinis.

Manakala, yang lain mengangguk setuju dengan kata-kata Carl Ayden.

Carl Hans Mikael menggenggam tangannya erat sebelum merenung wajah papanya lalu kepala diangguk sekali.

Carl Que Alexander tersenyum sinis dan pantas dia melangkah pergi dari ruang tamu tersebut diikuti Carl Hans Mikael.

Setelah kembar berdua itu hilang dari pandangannya, dia menutup kelopak mata beberapa saat lalu dibuka perlahan.

Kepala ditoleh ke arah rakannya yang lain lalu dia menunduk sedikit.

"Now, just follow my lead."

Mereka yang lain tersenyum sinis lalu bangkit dari duduk dan bersedia untuk bergerak ke langkah yang seterusnya.

*

*

*

Black pantas berdiri sebaik melihat susuk tubuh Carl Que Alexander melangkah ke arahnya, jelas wajah lelaki itu yang menunjukkan dalam keadaan berang. Dia tahu apa yang berlaku.

Semuanya mungkin agak terlambat untuk dia membantu tapi mereka juga sukar untuk menjejak langkah Joe dan Chris.

Black juga tahu bahawa tiga perempuan yang tidak bersalah itu kini diculik oleh dua lelaki tersebut setelah berita itu sampai ke pengetahuannya.

"Mana dia?" soal Carl Que Alexander dengan gigi yang terketap rapat.

Dia memandang tajam ke arah Black yang juga mempamerkan riak serius itu, tak dihiraukan anak buah Black yang merenungnya hairan dan juga takut-takut itu.

Yang dia mahu, lelaki itu. Sam.

Carl Que Alexander tahu bagaimana Black mengumpan Sam yang selalu dahagakan wang dan dadahnya. Lelaki itu sanggup menjadi musuh Joe hanya dalam sekelip mata.

"Panggil dia!" arah Black pada Bob tanpa menoleh ke arah lelaki itu.

Seketika, Bob muncul bersama seorang lelaki yang berwajah beku itu.

Lalu, Sam menghampiri Carl Que Alexander sambil mengangkat sebelah keningnya pada lelaki tersebut. Badan disandarkan pada dinding bilik dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Carl Que Alexander merenung tajam ke arah Sam tanpa sebarang riak diwajahnya.

Dapat dia lihat gerak-geri Sam yang turut gerun dengannya tapi cuba disembunyikan lelaki itu.

"Aku nak kau cari dekat mana bangsat tu!" arahnya dengan suara dicelah gigi.

Sam tergelak sinis, lalu sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket manakala sebelah tangan lagi dibawa ke hidungnya.

Dimana terdapat serbuk putih yang berada di belakang tapak tangannya lalu disedut serbuk putih tersebut sambil memejam mata rapat.

"Aku boleh je cari dia, asalkan upah aku ada. Kau tahu kan?" ujar Sam sambil tergelak kecil.

Carl Que Alexander menghampiri Sam yang sedang khayal dengan syabu yang dihidunya itu lalu pistol dibelakang pinggangnya diambil dan diacukan tepat pada dahi lelaki itu.

"Aku nak kau cari tempat Chris dalam masa setengah jam. Kalau kau tak jumpa, malam ni juga kepala kau hancur!" bisiknya keras tepat pada wajah Sam.

Sam menolak perlahan pistol yang berada di dahinya itu lalu wajah diraup sekali. Matanya yang kuyu itu merenung wajah bengis Carl Que Alexander tajam.

"Kau rasa cukup ke masa yang kau bagi tu nak cari Chris? Kau lupa ke Que? Otak Chris dengan kau tak ada beza! Aku nak cari macam mana?!"

Senyuman sinis terukir dibibirnya mendengar balasan daripada Sam, tangan yang berada disisinya dikepal membentuk penumbuk, rahangnya bergerak-gerak saat amarahnya tak dapat dibendung lagi.

"Kau. Akan. Cari. Dia. Aku tak peduli cukup ke tak masa yang aku bagi! Kau tak jumpa dia kau mampus! Sumpah!"

Serentak itu penumbuknya dilayangkan tepat ke arah hidung Sam hingga membuatkan belakang lelaki itu terhentak pada dinding bilik tersebut.

Darah mengalir keluar dari hidung lelaki itu. Hilang rasa khayalnya sesaat.

"Fine! Aku jumpa kau dalam masa setengah jam! Upah aku jangan lupa."

BUK!

Perut Sam dihentak dengan lutut kirinya kuat. Sam mengerang sakit sambil menekan perutnya dengan wajah berkerut.

Dia tahu lelaki itu sedang berada dalam keadaan berang, itu sebabnya dia menjadi mangsa lelaki itu seketika.

Dia tak kisah lagi pula syabu yang dihidu membuat dia tak begitu merasa kesan daripada tumbukan Carl Que Alexander.

"Memang kau akan cari dia!"

Serentak itu dia melangkah keluar daripada bilik tersebut meninggalkan Sam yang cuba bangun berdiri sambil menyumpah seranah Carl Que Alexander.

Black memberi isyarat mata pada anak buahnya yang lain sebelum dia turut mengikuti langkah kaki Carl Que Alexander daripada belakang.

Manakala, anak buahnya yang lain bersedia dengan senjata masing-masing.

"Jangan buat kerja gila Que! Kau tahu kan dorang boleh bunuh isteri kau bila-bila masa je!"

Bahu Carl Que Alexander cuba disentuhnya menahan lelaki itu daripada melakukan perkara diluar jangkaannya.

Dia kenal dan dia sudah lali dengan tindakam Carl Que Alexander bila marahnya sudah tak terkawal.

Carl Que Alexander menepis kuat tangan Black yang menyentuh bahunya sebelum melajukan langkah kakinya ke arah kereta.

Pintu kereta dibuka kasar lalu dia masuk ke dalam. Sempat dia menoleh ke arah Black seketika.

"Those fucking bitch ass motherfuckers! They can suck my fucking dick after I'm done with them!"

Tengking Carl Que Alexander kuat pada Black dengan nafas kasar dan juga dada yang naik turun. Wajahnya juga tegang merenung Black dengan pandangan mautnya.

Fikirannya kini berserabut memikirkan keselamatan isteri dan mereka yang lain termasuk adiknya Carl Hans Mikael. Semua yang berlaku begitu memenatkan.

Sudah banyak peluang yang dia berikan pada dua lelaki tersebut untuk tidak mengganggu dia dan ahli keluarganya tapi tidak, mereka makin melampau batas.

Carl Que Alexander mengetap rahang, dia akan pastikan ini kali terakhir Joe dan Chris menghuru-harakan hidupnya.

Dia akan pastikan mereka berdua tak akan terlepas dari genggamannya.

"Aku ikut kau!" ujar Black pantas.

Serentak itu dia berlalu ke arah pintu disebelah penumpang lalu masuk ke dalam kereta milik Carl Que Alexander.

Dan dia yakin, kali ini keadaan akan menjadi makin teruk dan dia pasti sekali Chris dan Joe dapat dijejaki -

Tiada jalan untuk mereka berdua melepaskan diri. Tak akan ada.

[#]DONE

Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 7.9K 2
M1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10...
434K 40.8K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...
4.6M 177K 55
Tengku Harith | Tya Irena Satu malam bersama orang asing di sisi masing-masing buat segalanya berubah. Selepas satu malam itu, Harith akan pas...
1M 67.8K 46
Storm Series: 1 [STORM ITU MILIK INARA ZAHARA] Dingin? Kejam? Iblis? Itulah lelaki yang bernama Aziel Storm yang merupakan ketua keluarga mafia iait...