Dendam Cinta

By norsyima96

299K 7.8K 254

Usyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seor... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41 (End)

Part 31

5.8K 159 3
By norsyima96

Sampai saja dekat hospital, aku meluru masuk ke dalam tanpa hiraukan keadaan aku sekarang. Kakiku menapak laju ke arah wad kecemasan. Dan dari jauh aku nampak mama, Luthfi, abang dan Kak Dahlia di situ.

" Mama!"

Aku terus peluk mama saat sampai. Mama dah menitiskan air mata. Aku masih tahan. Tak nak mama terlalu sedih.

" Papa macam mana?"

Muncul Usyair lantas soal abang. Aku leraikan pelukan dan duduk di sisi mama. Bahu mama aku paut erat. Meminjam kekuatan.

" Masih dalam wad kecemasan. Doktor tengah rawat." Jawab abang.

Aku meraup wajahku perlahan. Aku pandang abang.

" Macam mana papa boleh diserang? Tell me." Suruhku.

Abang terdiam. Kak Dahlia dah mengusap belakang abang. Mama pula memaut erat tanganku. Luthfi pula setia diam.

" Abang tak tahu."

Aku pandang mama. Inginkan penjelasan. Mama tersenyum pahit.

" Ma? Tell us ma. What happen?"

" Mama tak ingat sangat apa yang jadi. Tapi papa kena serang dengan pekerja dia. Mulanya mama ingat dorang bincang hal kerja biasa je. so mama pergi la dapur. Tapi mama terkejut bila dengar papa menjerit. Bila mama sampai je dekat papa. Perut papa dah kena tikam."

Mama kembali menangis. Kami semua yang dengar dah terkedu seribu bahasa. Hati aku dah macam nak terkeluar selepas dengar cerita mama. Aku ketap bibir dengan hati yang penuh dengan amarah.

" Siapa pekerja papa tu ma?" Soalku dalam nada terkawal.

Mama mengesat air matanya lembut.

" Zia."

Semua orang terus diam. Aku apatah lagi. Aku rasa nak rebah tapi mujur Usyair sempat paut aku daripada aku rebah. Usyair melihat aku dengan gelengan. Aku memejamkan mata sesaat dan menoleh memandang mama.

" Apa dia nak? Buat apa malam-malam dia datang rumah?"

Mama hanya menangis. Aku pula dah tak boleh sabar. Aku bangun berdiri. Ingin berlalu dari situ. Nak cari ketenangan. Aku tak boleh lemah di hadapan mama. Jadi aku majukan langkah sehingga jauh daripada wad kecemasan.

Apa lagi kau nak Zia?! Kenapa kau serang papa aku! Aku kau tak dapat, papa pula mangsa kau?! Argh! Aku benci kau Zia! Benci!

Langkahku terhenti bila dah ada dekat taman hospital. Aku duduk dibangku kosong. Aku tertunduk dan serentak itu air mataku mengalir ke pipi. Papa. Kenapa papa jadi mangsa. Apa salah papa pada dia? Zia. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Aku benci kau Zia! Benci!

" Argh!"

Aku baru nak tumbuk dada aku tapi tangan aku ditahan seseorang. Saat aku mendongak, air mataku lagi laju mengalir ke pipi. Dia memandangku dengan wajah sayu. Sesaat kemudian dia menarik aku ke dalam pelukannya.

" Sabar sayang. Jangan macam ni."

" Apa yang dia nak? Tak puas lagi ke ugut Fia! Kacau Fia! Kenapa papa pun dia nak kacau!"

Aku hamburkan segala-galanya dalam dakapan Usyair. Sampai aku penat menangis. Barulah aku leraikan pelukan. Aku kesat air mataku lantas cuba mengukirkan senyuman. Dia dah duduk di sisi aku. Mengusap kedua-dua pipi aku dengan lembut.

" Kita pergi jumpa papa ye sayang?"

" Papa dah sedar ke?"

" Belum. Tapi papa baru lepas keluar daripada wad kecemasan. Alhamdulillah. Papa dah stabil. Jom sayang?"

Aku mengucap syukur dalam hati. Terus aku menganggukkan kepala dan berdiri. Aku dan dia berpimpinan tangan menuju ke wad papa.

" Fia."

Aku meluru ke arah mama dan mendakap mama erat. Kami sama-sama melihat papa yang tengah baring dan tak sedarkan diri itu. Di pinggang papa dah berbalut. Maybe kesan tikaman. Aku kerling abang dan Usyair.

" Dah buat laporan polis?" Soalku terus.

Mereka berdua nampak tersentak dengan soalan aku. Luthfi pula tersenyum hambar.

" Fia.." Abang menegur.

Aku tersenyum sinis.

" Kenapa? Tak nak buat? Nak tunggu Fia pula mati ke? Baru nak buat?"

" Fia!"

Semua terkejut selepas dengar aku kata demikian. Aku meraup wajahku lembut. Aku pandang papa dengan rasa sebak.

" Fia tak tahu apa yang dah terjadi antara korang. Tapi for sure Fia takkan berdiam diri. Fia nak buat laporan polis. Tak kisalah dia tu polis ke or tak ke, laporan polis tetap akan dibuat. Atau korang nak Fia kena bunuh baru nak tangkap dia?"

Tajam aku merenung abang dan Usyair silih berganti. Masing-masing terdiam seribu bahasa. Aku tersenyum hambar.

" Ma.."

Mama membuat anggukan perlahan.

" Mama ikutkan saja Fia. Mama tak nak papa dan anak mama menjadi mangsa Zia. Mama takut."

Aku usap belakang mama dengan keluhan kecil. Zia. Kali ni kau memang betul-betul dah melampau. Aku takkan berdiam diri Zia.

**

Surat laporan sudah berada pada tangan aku. Aku tersenyum sinis. Puas hati aku. Kali ni aku tak perlukan bantuan sesiapa. Abang ke suami sendiri ke. Tak. Aku yang beranikan diri datang seorang diri ke balai polis buat laporan keesokan harinya.

Terkejut juga orang yang ambil laporan aku saat aku sebut nama Zia. Aku cakap aku ada bukti dan dia terpaksa terima. Mesti lepas ni heboh kan? Dan mereka baru tahu bos dorang kena tikam dengan pekerja sendiri.

Aku melangkah ke arah kereta dan masuk ke dalam. Aku melepaskan lelah. Tapi jauh disudut hati aku tetap rasa takut dengan apa yang aku buat. Zia tu berbahaya. Dia bukan perempuan biasa. Dia akan buat apa saja asalkan keinginan dia tercapai.

Aku memandu keluar daripada balas polis dan menuju ke hospital. Nak lawat papa. Kesian mama jaga papa seorang. Abang dan Usyair pula pergi kerja dekat luar kawasan. So, tinggallah aku, mama dan kak Dahlia. Kak Dahlia pun sanggup ambil cuti untuk jaga mama dan papa.

Sampai saja dekat hospital, aku menuju ke bilik rawatan papa. Ternyata mama dan kak Dahlia masih ada. Aku tersenyum nipis melihat mereka.

" Mama. Kak."

Aku salam mereka berdua dan melihat papa. Aku usap kepala papa lembut.

" Dari mana Fia?" Soal kak Dahlia.

" Balai polis. Baru lepas buat laporan polis."

Mereka berdua nampak terkejut tapi tak banyak cakap. Mungkin redha dengan apa yang terjadi.

" Usyair dan Lokman tahu ke Fia?" Soal mama.

" Kan Fia dah cakap dekat dorang semalam. Percaya ke tak terpulang pada mereka."

Aku ambil buah yang dipotong mama dan aku masukkan ke dalam mulut. Lama tak makan buah. Rasa lapar pula.

" Mama dan akak pergi la balik berehat. Biar Fia pula yang jaga." Ujarku.

" Tak apa Fia. Biar akak je jaga. Kamu tu tengah hamil. Kamu yang patut fikirkan diri kamu."

Aku menggelengkan kepalaku perlahan.

" Fia tahu jaga diri sendiri. Tapi sekarang korang balik dulu nanti petang datang semula. Dari semalam jaga papa."

Mama dan akak Dahlia terdiam. Mahu tak mahu mereka terpaksa menurut. Bekas cikgu ni. kena dengar arahan. Haha.

" Yela. Apa-apa nanti call kami tau?"

" Baik bos. Akak jaga mama tau."

" InsyaAllah. Kami balik dulu. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Aku ambil tempat sebelah papa. Aku renung papa dengan senyuman hambar.

" Zia dah melampau. Papa. Kenapa dia sampai nak bunuh papa? Apa masalahnya? Ada sesuatu yang Fia tak tahu kan? Papa sedarlah. Lepas tu cerita dekat Fia apa dah jadi. Fia nak tahu kenapa dia sampai berdendam dengan papa."

Aku merenung ke luar tingkap. Terbayang-bayang wajah dia yang sedang tersenyum sinis sambil mengeluarkan kata-kata kasar padaku. Aku merengus geram. Kau memang tak boleh tengok hidup aku senang kan Zia?

" Fi...Fia..."

Tersentak aku jadinya bila terdengar suara papa. Aku menoleh ke arah papa. Papa dah sedar! Aku terus tersenyum lebar dan menggenggam tangan papa.

" Ya pa? Fia ni. Papa dah sedar?"

Aku menekan loceng untuk memanggil doktor dan nurse. Aku tengok papa yang tengah tersenyum lemah itu.

" Mana yang lain?"

" Fia suruh dorang balik rehat. Papa rehat okay. jangan banyak cakap. Papa still lemah lagi ni."

Selepas itu doktor dan nurse pun masuk.

" Papa saya dah sedar doktor."

" Alhamdulillah. Puan diminta keluar kejap. Biar kami periksa papa puan."

Aku Cuma akur dan keluar daripada bilik. Then, aku ternampak Luhtfi yang berpakaian doktor menuju ke arahku dengan cemas.

" Luhtfi dengar papa dah sedar. Yeke?"

Aku angguk dengan senyuman. Dia mengucap syukur dan memandangku semula.

" Luthfi. Betul kan tindakan aku nii?"

Dia terdiam.

" Aku sokong je apa yang kau nak buat kak. Yang penting kau selamat. Tu je aku pinta. Jangan susahkan hati kami lagi terutama suami kau."

Aku tersenyum hambar. insya-Allah.

" Jom masuk lawat papa."

Selepas doktor dan nurse keluar dan beritahu kamu keadaan papa dah okay. barulah kami masuk untuk tengok papa. Papa dah boleh tersenyum ke arah kami berdua. Kami berdua terus peluk papa.

" Alhamdulillah. Papa dah okay." ujar Luhtif lantas kami leraikan pelukan.

Masing-masing ambil tempat di sisi papa.

" Jangan risau. Papa okay la."

" Okay? Papa tak tahu cemasnya Fi tengok papa dalam keadaan lemah macam tu."

Aku terdiam. Papa tersenyum dan mengusap bahu Luthfi yang nampak tak puas hati itu.

" Tapi sekarang papa dah okay kan? Tenang Fi."

Luhtfi menarik nafas dalam dan terdiam.

" Fia."

" Ye pa?"

" Mana abang dan suami kamu?"

" Kerja pa."

Papa mengangguk dan memandang kami slih berganti.

" Papa. Apa dah jadi sebenarnya?" Soalku ingin tahu.

Papa tersenyum pahit dan merenung ke luar jendela.

" Papa tak tahu. Tapi papa tak sangka papa akan ditikam."

" Dia cakap apa? Kenapa sampai dia berdendam dengan papa?" Giliran Luthfi pula menyoal.

Papa mengeluh kecil. Wajah kami dipandang silih berganti.

" Dia tak salah. Papa yang salah sebab tak cakap benda sebenar dekat dia dan Usyair."

Aku dan Luthfi makin tak faham. Tapi kami setia diam untuk tahu kebenarangannya.

" Fia tahu kan tentang arwah kekasih Usyair?"

Aku Cuma angguk. Tapi aku tak tahu fasal keseluruhan cerita dan bagaimana dia boleh meninggal.

" Dan Fia tahu kan kenapa Zia cakap dia nak balas dendam dan dia suruh Usyair balas dendam. Kan?"

Aku angguk lagi. Luthfi pula nampak tak sabar nak tahu keseluruhan cerita.

" Semua sebab papa Fia. Papa rasa papa punca Su mati."

Aku dan Luthfi tersentak.

" Kenapa papa cakap macam tu?"

Papa tersenyum hambar dan merenung ke tingkap lagi.

" Sebenarnya malam sebelum Su kena tangkap, dia ada telefon papa. Dia pesan pada papa dan sekali gus suruh papa berjanji dengan dia. Dia kata kalau dia kena tangkap kejap lagi, dia tak nak papa pergi cari dan selamatkan dia. Dia kata dekat papa tak ada guna. Sebab kalau pasukan papa pergi selamatkan dia pun dia tetap takkan selamat atau Usyair akan jadi korban. Dia macam tahu dia akan kena culik sekali gus kena bunuh seminggu kemudian tu. Papa rasa kesal sebab tak pergi selamatkan dia lebih awal tapi pada masa yang sama papa rasa papa dah buat benda yang betul. At least papa dah tunaikan permintaan terakhir dia."

Aku nampak papa kesat air matanya di hujung mata. Aku tergamam. Tak sangka papa akan cerita pada kami berdua.

" Luthfi tak faham."

Tiba-tiba Luthfi menyampuk. Papa tersenyum pahit dan mengambil phonennya yang berada di sisi. Dia buka dan serahkan pada kami berdua. Suruh tengok isi yang terkandung.

Tuan. Saya mohon sangat. Tolong tunaikan permintaan terakhir saya ni. Saya tak tahu bila ajal saya akan tiba. Tapi yang pasti saya tak menyesal dengan apa yang jadi. Saya tahu dan saya dah bersedia. Walaupun saya tak dapat jadi isteri Usyair tapi saya bangga menjadi sebahagian dalam diri dia sebelum ini. Tolong ye tuan. Jangan datang walau apa pun yang terjadi. Tolong jangan beritahu Zia dan Usyair. Saya jamin kalau mereka tahu mereka akan datang. Sedangkan samseng ni semua cari saya je. tak ada kaitan dengan dorang. Tolong ye tuan. Terima kasih tuan. Jasa tuan akan saya kenang sampai bila-bila. Assalamualaikum. Su.

Aku terasa sebak. Luthfi pula dah terdiam. Phone diserahkan semula pada papa. Papa nampak sedih.

" Itulah message terakhir daripada Su. Selepas itu kami dapat call yang ketua samseng tu dah menculik Su. Pada mulanya memang Usyair dan Zia nak pergi cari dan selamatkan Su. Tapi papa tegah. Papa halang sebab kami tak tahu di mana lokasi sebenarnya. Lagipun takut nyawa Su dalam bahaya. Sedangkan papa buntu apa patut papa buat. Usyair sampai dah give up tak tahu nak buat apa. Zia pula asyik diam je time tu. Hampi seminggu juga kes tu berlarutan. Sampai papa dapat call dari seseorang kata mereka jumpa mayat seorang perempuan dekat rumah usang."

Aku dan Luthfi genggam kedua-dua tangan papa seraya memberikan kekuatan.

" Actually dari mula kami tak tahu pun itu Su. Kami just pergi sebab nak bersihkan kawasan itu dan bedah siasat. Sekali bila kami pergi tengok mayat perempuan tu, kami semua tersentak dan Usyair paling teruk bila mayat yang dia tengok tu merupakan Su."

Aku terasa ada air mata nak gugur. Aku faham perasaan Usyair. kalau aku ada dekat tempat Usyair mesti aku akan rasa yang sama.

" Tapi dia beriak selamba. Tetap menjalankan tugasnya. Cuma Zia nampak emosi dan tak puas hati bila Usyair macam tak beriak apa-apa. Dia pun tak puas hati bila papa tenang buat kerja macam biasa. Tapi papa tahu belakang papa Usyair dah menangis. Dia tunjuk kuat depan kami semua."

Aku dapat bayangkan wajah Usyair masa tu. Lagipun selepas seminggu aku jumpa dia. Wajah dia memang tak seri langsung. Masam dan dingin.

" Seminggu selepas tu, Usyair tak give up dan cari di mana samseng tu berada. Dia kata dia nak balas dendam demi Su. Dia tak nak Su mati teraniaya. Papa dan abang kamu puas halang dan suruh Usyair hentikan kerja bodoh dia tu. Tapi dia tetap buat. Dia kata dekat abang kamu dia takkan ikut kata papa lagi untuk kali ni atau ada lagi yang akan jadi mangsa."

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Ada satu malam papa dan abang nampak kelam kabut dan malam tu juga mereka keluar. Adakah sebab Usyair?

" Then, satu malam dia pergi seorang diri berhadapan dengan samseng-samseng tu. Papa dan abang kamu sampai hilang punca. Tak tahu apa nak buat. Tapi papa kerahkan pasukan papa cari Usyair. Dan alhamdulillah kami sempat sampai ke tempat kejadian sebelum Usyair menjadi mangsa bunuh mereka. Usyair hampir saja dibunuh."

Aku tersentak. Ya Allah. Aku pandang Luthfi. Luthfi nampak terdiam dengan cerita papa. Aku gigit bibir. Sampai macam tu sekali Usyair sanggup buat.

" Samseng tu pun dah berjaya ditangkap. Then lepas tu barulah papa dan abang nampak perubahan Usyair. Makin lama makin berubah. Tak terlalu dingin macam pertama kali dia nampak mayat arwah kekasih dia. apatah lagi selepas dia bertemu kamu sayang."

Aku terkedu. Papa tersenyum dan mengusap kepalaku lembut.

" Papa dah tahu semuanya. Fasal Zia, Usyair dan kamu. Fasal Usyair berniat nak balas dendam seperti yang Zia katakan. Semua papa tahu sayang."

Aku terkedu lagi. But how?

" Usyair orang kepercayaan papa. Usyair juga dah anggap papa macam papa kandung dia masa first dia masuk kerja situ lagi. Dia memang percayakan papa dan letakkan separuh kasih sayang dia pada papa sepenuhnya. Sampai papa dah anggap Usyair anak kandung papa sendiri."

Aku terasa sebak. Usyair.

" Dia cerita pada papa semuanya selepas kamu lari ke UK dulu."

Aku tengok Luthfi. Luhtfi tersenyum nipis.

" Luthfi cerita dekat papa sebelum Luthfi beritahu abang Usyair. Sebab Fi tak nak akak menderita seorang diri dekat Uk tu."

Aku meraup wajahku perlahan. Ya Allah. Kenapalah aku tak tahu selama ni?

" Fia. Apa yang Zia cakap tu semua fitnah sayang. Betul. Usyair pernah berniat nak balas dendam tapi tu dulu. Sebelum dia berjaya tangkap samseng tu lagi. Tapi selepas itu dia dah tak berniat macam tu. Apatah lagi selepas jumpa kamu. Dia langsung tak ada niat jahat tu lagi. Cuma Zia. Dia keras hati. Dia tak puas hati sebab usyair tak nak balas dendam. Dia letakkan kesalahan sepenuhnya pada papa dan Usyair."

Terbayang wajah Zia yang kesunyian dan penuh dendam itu. Aku tersenyum hambar. sebab itu ke kau jadi macam ni Zia?

" Malam papa kena tikam tu dia datang dan tanya semula fasal Su. Dia paksa papa supaya suruh Usyair ceraikan kamu. Papa marah dia sebab permintaan dia tak masuk akal tu. Dia marah papa balik sebab papa sebabkan kak sepupu dia mati. Sedangkan dia tak tahu kisah sebenar yang terjadi. Papa nak sangat cerita tapi papa dah janji dengan arwah Su. Dia suruh jangan cerita pada sesiapa pun. Biar ini jadi rahsia antara papa dengan dia. tapi papa tahu lambat laun perkara ini perlu sampai ke pengetahuan mereka berdua juga terutama Zia."

Aku tunduk tengok tangan papa. Tak sangka Zia sanggup tikam papa sebab tu. Sampai suruh Usyair ceraikan aku. Ya Allah.

" Papa cerita pada anak papa ni sebab papa dah tak sanggup nak simpan. Papa rasa dah sampai masanya untuk kamu semua tahu terutama kamu Fia. Sebab papa tak nak kamu salah faham lagi pada Usyair. Usyair bukan orang macam tu. Dia baik sangat Fia. Dan papa mohon sangat kamu jaga Usyair sebaik mungkin."

Papa membalas genggaman tanganku dengan senyuman manis. Aku tersenyum dalam rasa sebak. Aku angguk lantas peluk tubuh papa erat.

" Fia janji pa. Fia akan jaga Usyair dengan sebaik mungkin. Fia takkan sia-siakan dia lagi. Salah Fia juga sebelum ni sebab terlalu ikutkan emosi."

" Baguslah kalau kau sedar kak. Jangan ego lagi ye." Suara Luthfi.

Aku leraikan pelukan dan tumbuk bahu dia perlahan. Papa dah tertawa kecil melihat telatah kami berdua.

" Papa sayang kamu berdua. Abang kamu pun. Dia juga tahu semua ni kecuali fasal Su. Ingat. Jangan bocorkan pada sesiapa pun rahsia ni kecuali keadaan mendesak. Faham?"

Kami berdua mengangguk faham dan sekali lagi kami peluk papa. Terima kasih papa. Kami sayang sangat dekat papa. Dan Usyair. Saya minta maaf. Saya sayang awak sangat-sangat.

**

Tepat pukul 5 petang aku balik ke rumah. Tugas aku menjaga papa dah diserahkan pada Luthfi dan mama semula. Sebenarnya hati aku berkobar-kobar nak jumpa dengan Usyair. Aku rasa bersalah sangat dan pada masa yang sama aku rasa nak peluk dia sebab dia suami terbaik aku.

Aku tersenyum bila tengok kereta dia ada di perkarangan rumah. Aku pun masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Ruang tamu kosong. So dia tak ada dekat ruang tamu. Aku menapak naik ke dalam bilik.

Aku masuk dan pandang sekeliling. Tak ada. Tapi terdengar bunyi pancuran air dari bilik air. Tahulah aku kini dia sedang mandi. Aku tersenyum lagi. Aku cepat-cepat buka tudung dan tukar pakaian. Terdetik di hati nak pakai pakaian yang seksi. Ish! Kau merepek apa ni Fia. Dah. Jangan nak mengada. Haha.

Lastly, aku just pakai jubah tidur yang separa lutut. Rambut pula aku biar lepas. Aku usap perutku. Malam ni kita bagi kejutan dekat papa ye sayang. Aku terdengar pintu bilik air telah dibuka. Cepat-cepat aku berdiri di belakang almari yang membelakangi bilik air.

Keluar je dia dari bilik air dia menuju ke arah katil. Dengan hanya bertuala. Aku tersenyum. Tanpa berlengah lagi aku meluru ke arah dia dan memeluk dia dari belakang. Tersentak juga dia jadinya.

" ya Allah sayang. Terkejut abang!"

Aku tersengih dan dia berpusing menghadap aku. Dia tersenyum sambil menjongketkan keningnya.

" Why?"

Aku renung dia dalam dengan senyuman. Hati berbunga-bunga. Papa. Terima kasih kerana cerita segala-galanya pada Fia.

" Kesian abang."

" Kesian? Kenapa pula ni?"

Aku tersenyum lagi melihat reaksi dia yang pelik itu.

" Terima kasih sebab kuat sampai saat ini. terima kasih juga sebab sentiasa di sisi Fia. Fia rasa bersalah sangat buat dekat abang sebelum ni. Tapi InsyaAllah Fia takkan sia-siakan abang lagi selepas ni."

Lagilah berkerut wajah dia selepas dengar ucapan aku. Aku tergelak kecil dan memeluk dia semula.

" Isteri abang ni kenapa? Ish. Meremang pula bulu roma abang. Are you okay dear?"

Aku tergelak dalam hati. Tahu pun takut. Tapi aku betul-betul maksudkan.

" Sayang?"

Aku leraikan pelukan dan usap kedua-dua pipi Usyair. Ya Allah. Panjangkanlah jodoh kami. Jauhkanlah kami dari sebarang perkara yang boleh membuatkan kami terpisah. Lindungilah rumah tangga kami Ya Allah.

" Fia?"

Aku tersenyum dan terus memberikan kucupan pada pipinya. Kemudian aku sendiri pula yang blushing. Dia nampak terkejut sangat.

" Hadiah. Okay. Fia nak pergi mandi. Badan busuk."

Baru je aku nak melangkah, dia tarik aku semula. Siap rangkul pinggang aku erat. Aku pula yang terkejut. Dia dah menarik senyuman manis.

" Kenapa tiba-tiba ni sayang? Better cakap cepat sebelum abang...." Suara dia dah meleret.

Siap dengan kenyitan mata lagi. Aku sendiri pula yang ketawa melihat telatah dia.

" Sebelum apa bang?" Ujiku lagak mencabar.

" Sebelum abang buat tu."

Dia merenung bibirku kemudian dengan senyuman mencabar dia tengok aku. Tapi aku buat biasa dan tersenyum sinis.

" Tak payahlah sebab Fia tak nak cerita."

" Fia..."

" Tapi Fia yang akan buat dulu."

Tak sempat dia nak bersuara aku terlebih dahulu mengucup bibirnya. Then aku lepaskan dengan senyuman manis. Serius dia terkejut sangat. Rasa nak tergelak pula.

" Okay abang. Fia betul nak pergi mandi ni. Kejap lagi Fia nak masak."

Aku lepaskan diri daripada rangkulan dia bila dia masih nampak terkejut. Aku tersengih dan mendekati bilik air. Ya Allah. Teruk sangat ke aku perkena dia ni? Aduhai. Haha.

" No! Sayang takkan ke mana-mana sebelum abang buat benda yang sama juga."

Tak semena-mena dia peluk aku dari belakang dan mengucup bahuku berkali-kali sampai aku tergelak kegelian.

" Abang!"

" Haha. Siapa suruh buat abang terkejut."

" Hahaha. Padan muka abang."

" Fia!"

" Hahaha."

**

Bibirku menarik senyuman lebar saat mee goreng aku dah masak. Aku masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkannya di atas meja. Pagi ni kita sarapan mee goreng okay. Aku duduk di kerusi sambil menanti Usyair turun untuk ke tempat kerja.

Tapi aku sempat lagi mengelamun teringatkan perbualan dengan papa semalam. Aku tersenyum hambar. Kesian Zia. Dia Cuma terlalu ikutkan kata hati yang penuh dendam tu. Cuba kalau dia terima kenyataan. Tak la dia bertindak sejauh ini. Zia. Aku harap kau berubah satu hari nanti. Tolong jangan buat kerja macam ni lagi. Aku kesian tengok kau Zia.

" Sayang."

Tersentak aku daripada lamunan selepas pipiku dikucup seseorang. Siapa lagi kalau bukan suami kesayangan. Aku tersenyum melihat dia sudah ready untuk sarapan. Aku Cuma tengok dia makan.

" Kenapa tengok abang? Kenapa tak makan?"

Aku menggelengkan kepalaku lantas tolak cawan air tea pada dia.

"Tak lapar."

Aku pandang dia lagi. Sampai saat ini aku tak pernah terfikir kalau aku terpaksa kehilangan dia. Tapi mohon dijauhkan perkara sebegitu. Aku tak sanggup nak kehilangan dia. Masih banyak benda aku nak lakukan dengan dia.

" Sayang ni buat abang tak nak pergi kerja la."

Aku tersengih bila dia tengok aku tajam. Macam risau pun ada.

" I'm okay. Dah pergi kerja."

Dia habiskan suapan terakhir dan minum sampai habis. Kemudian dia tengok aku. Kedua-dua tangan aku ditariknya lembut dan diusap.

" Why dear? Ada problem ke? Cuba cerita dekat abang."

" Tak ada la. Betul."

Dia nampak sangsi. Aku tersengih.

" Betul. Satu je Fia nak cakap dekat abang."

" What?"

" Fia cintakan abang."

Barulah bibir itu merekah dengan senyuman.

" Abang pun cintakan sayang. Sangat-sangat. Sayanglah permata hati abang."

Abang. Kalau abang tahu perkara sebenar tentang Su. Mesti abang rasa sedih dan bersalah kan? Tapi belum tiba waktunya untuk abang tahu lagi. Satu hari nanti Fia tetap akan beritahu abang juga. Fia harap abang kuat. Amin.

#So guys? How? Faham tak? Kalau tak faham tanya okay? ;)

Continue Reading

You'll Also Like

32.6K 2K 36
( ๐•๐• ๐••๐• ๐•™ ๐•ค๐•–๐•ฃ๐•š๐•–๐•ค ๐•Š๐Ÿ™ ) KNOWN AS JODOH KITA Kehilangan orang tersayang milik Adam dan Nisa digantikan dengan kehadiran orang sekelilingnya b...
498K 18.5K 80
ใ€Ž แด‹แด€ส€สแด€ แด˜แด‡ส€แด›แด€แดแด€ ส™ส า“สŸแดแดกแด‡ส€แดขแด‡แดœs ใ€ sแด›แด€แด›แดœs : complete แด„แดแด แด‡ส€ ส™ส ; @Aizack_Mesle โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ” Pertemuan yang terjadi telah meruntuhkan dinding kekuatan...
76.1K 6.4K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
664K 24.5K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...