Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [41]

42.3K 2K 128
By mecx-zack

Rumah agam milik Carl Ayden kecoh seketika mengenai Damia dan juga Carl Que Alexander yang masing-masing tak sedarkan diri.

Black pula sudah mengamuk pada Joe dan Chris diruang tamu rumah Carl Ayden.

Zara Nafisa, dan menantunya yang lain hanya diam tak berkutik. Kesemua mereka memberikan reaksi risau dan cemas.

Carl Ayden dan rakannya yang lain masih lagi berada di rumah keduanya.

Carl Hans Mikael terduduk lemah diatas kerusi dengan kepala yang tunduk memandang lantai.

Kedua belah tangannya disatukan lalu dirapatkan pada mulutnya dengan wajah tak bermaya.

Baru sebentar tadi dia melihat kelibat Damia yang dibawa oleh dua orang anak buah Black ke rumah milik Carl Ayden.

Gadis itu masih lagi tak sedarkan diri dengan tepi kepala yang terdapat kesan darah merah.

Dia benar-benar kesal dengan apa yang berlaku, semuanya hanya disebabkan dia. Jika dia tak terlambat, mungkin Puan Laila masih hidup. Jika dia pantas dan peka, pasti Damia tak akan diancam nyawanya. Dan -

Kalau bukan kerana abangnya, Carl Que Alexander tak mungkin akan terbaring tak sedarkan diri dengan wajah pucat dan kebiru-biruan itu.

Tak sanggup dia melihat keadaan abangnya yang sebegitu rupa.

Nur Husna pula setia berada di sisi suaminya yang terbaring di atas katil itu, tak dihiraukan kekecohan yang berlaku diruang tamu tingkat paling bawah rumah agam milik Carl Ayden.

"Abang.. Abang jangan tidur."

Wajah disembamkan pada dada Carl Que Alexander, airmata deras mengalir membasahi dada bidang lelaki itu.

Tanpa suara, Nur Husna tersedu-sedan menangis memikirkan keadaan suaminya.

Doktor peribadi Carl Ayden yang memeriksa keadaan suaminya mengatakan bahawa Carl Que Alexander hanya pitam dan tak sedarkan diri untuk beberapa jam akibat hentakan ditubuh dan kepalanya yang begitu kuat.

"Abang, Husna ada dekat sini.. Abang jangan tidur lama sangat." ujarnya lirih sambil menatap wajah tenang dan pucat suaminya.

Kain tuala kecil yang dibasahkan dengan air suam itu dilapkan ke seluruh wajah suaminya yang jelas pucat itu.

Dari dahi, perlahan turun ke arah tepi wajah suaminya dan beralih ke arah batang hidung mancung lelaki itu.

Nur Husna tersenyum sedikit sebaik mengingati kebiasaan suaminya yang satu itu yang selalu saja menggeselkan hidung mancung itu pada belakang tapak tangannya.

Wajah ditundukkan sedikit lalu dahi Carl Que Alexander dikucupnya lama. Tuala kecil yang berada dalam tangan diletakkan kembali ke tempatnya.

"Dah berapa jam, abang tak sedar lagi.."

Kepala dilentokkan pada bahu kanan suaminya lalu tangan kekar suaminya dicapai dan digenggam lembut sebelum dibawa ke bibirnya.

Dibiarkan melekap disitu persis seperti yang suaminya lakukan padanya.

PAGINYA,

Usai mengebumikan jenazah Puan Laila, mereka sekeluarga termasuk Black dan anak buahnya melangkah pergi daripada tanah perkuburan tersebut dengan perasaan terkilan.

Carl Hans Mikael membantu Damia yang seakan ingin rebah itu dengan teresak-esak menangis meratapi pemergian Uminya.

Tubuh kecil Damia dipeluk dengan sebelah tangannya sambil cuba memujuk gadis itu.

"Mia nak Umi.. Mia s-sayang Umi.. Umi dah j-janji tak nak t-tinggalkan Mia.." tersekat-sekat Damia bersuara dengan esakannya.

Carl Hans Mikael mengemam rapat bibirnya dengan mata yang mula berair, dia tahu apa yang dirasakan gadis itu saat insan yang disayangi pergi selama-lamanya. Begitu juga dia ketika waktu Carl Que Alexander dihalau dulu.

"Umi dah tak ada, Mia. Tak baik kalau menangis macam ni. Mia sayang Umi kan? Kalau sayang Umi jangan menangis macam ni, tak kesian ke dekat Umi? Sedih dia tengok Mia macam ni.."

Wajah sembab Damia dengan dahi yang berbalut itu dipandang redup, berharap Damia dapat menerima apa yang berlaku. Dia juga turut sedih atas pemergian Puan Laila tapi-

"Mia dah takde sesiapa lagi. Mia dah takde Umi. Mia rindu Umi..."

Damia mencengkam hujung lengan baju melayu yang dipakai Carl Hans Mikael sambil tersedu-sedan menangis. Wajahnya dipenuhi dengan airmata yang masih belum berhenti.

"Aku tahu kau rindu Umi. Kau ada aku, aku akan jaga kau macam mana Umi jaga kau. Okay?" lembut nadanya memujuk.

Carl Hans Mikael menarik nafas panjang, lalu airmata gadis kecil itu dikesat dengan jari telunjuknya hingga kering.

Tangan Damia ditariknya lembut hingga ke kereta lalu pintu kereta dibuka untuk gadis itu.

Nur Husna menanggalkan tudung dikepalanya lalu dia menghampiri Carl Que Alexander yang masih lagi belum ada tanda-tanda akan sedar dari 'tidurnya'.

Wajah ditunduk kebawah dengan mata yang kabur dengan airmata.

Dia naik ke atas katil perlahan-lahan lalu duduk bersimpuh disebelah kiri suaminya.

Airmata yang ingin jatuh dikesat kasar, rambut Carl Que Alexander diusapnya lembut.

"Husna dah balik. Abang tak nak bangun lagi ke? Hm."

Kedua belah pipi Carl Que Alexander dikucupya sekilas dan serentak itu airmatanya mengalir jatuh di leher suaminya. Badan dibaringkan bersebelahan dengan Carl Que Alexander.

Dia akan menunggu suaminya hingga sedar, selagi Carl Que Alexander belum sedarkan diri, selagi itu hatinya tak akan tenteram.

Kepala dilentokkan pada lengan suaminya lalu mata dipejam rapat.

*

*

*


Black bersandar di kerusi kulit itu sambil menghembus asap rokoknya dengan kaki yang disilangkan, sebelah tangan pula memeluk bahu seorang gadis seksi disebelahnya.

Seketika, beberapa orang anak buahnya melangkah menghampirinya dengan wajah yang kekal serius tanpa sebarang senyuman dibibir.

Salah seorang daripada lelaki itu membisikkan sesuatu pada Black.

"50K. "

Lelaki itu mengangguk dan berlalu pergi, manakala seorang lagi lelaki bergerak sedikit ketepi memberi laluan pada seseorang yang Black inginkan hingga sanggup menghabiskan bepuluh ribu kepada lelaki itu.

Lelaki tersebut mendekati Black dengan senyuman sinis dibibirnya.

Tanpa sebarang kata, dia melabuhkan punggung berhadapan dengan Black lalu dia memandang Black dengan pandangan dinginnya.

"Aku tak sangka kau datang jugak. Tak apa kalau kau nak aku naikkan upah kau. Jadi 50 ribu dulu untuk sekarang." kata Black perlahan.

Sam tersenyum sinis sambil mengangkat sebelah keningnya pada Black.

Serentak itu, anak buah Black sebentar tadi kembali dengan sebuah beg ditangannya lalu beg tersebut diletak ke atas meja dihadapan mereka.

"Aku tak rasa duit kau luak setakat 50 ribu tu." sinis Sam berkata.

Anak buah Black menarik zip beg tersebut setelah Black memberi isyarat mata untuk membuka beg tersebut. Jelas dipandangan mata Sam duit yang tersusun rapi dalam beg itu.

Sam merapatkan kedua belah tapak tangannya lalu digosok perlahan dengan senyuman lebar dibibir, lalu zip beg tersebut ditutup rapat.

Berpuas hati dengan upah yang ditawarkan Black.

"Kau nak aku buat apa dengan Joe?" kening diangkat sebelah pada Black.

Dipandang wajah dingin Sam sekilas sebelum dia menuang minuman keras di dalam gelas kecil lalu ditolak perlahan ke arah Sam. Senyuman nipis diberikan pada lelaki itu.

Sam tergelak kecil. Arak yang diberikan Black dipandang sejenak sebelum diambil lalu diteguk dengan sekali nafas hingga habis. Tekak yang terasa perit itu diusap perlahan.

"Aku tahu kau orang yang Joe paling percaya kan? Kau pun mesti dah tahu apa yang Joe buat. Dan, aku paling pantang bila boss kau sentuh 'dia'."

Black merenung tajam, anak matanya penuh dengan muslihat. Senyuman sinis tersungging dibibirnya sambil menunggu balasan lelaki itu.

"Que?" soal Sam sepatah sedikit berbisik.

Sam terdiam sejenak. Siapa saja tak mengenali Carl Que Alexander.

Pembunuh yang selalu saja tak dapat dikesan jejaknya bila dan tanda dia berada disekeliling mangsanya.

Dia juga tahu apa yang Joe lakukan, cuma dia tak terlibat sama dengan rancangan Joe kali ini.

Prinsipnya cuma satu; dia akan lakukan bila dia rasa dia ingin lakukan.

"Aku nak Joe. Hidup-hidup. Sebelum aku lupa, adik dia Hans dah rembat. Pasal Chris kau jangan risau, Tuan Muda Carl Ayden yang akan uruskan."

Terus berubah air muka Sam sebaik mendengar nama terakhir yang disebutkan Black.

Manakala, Black pula tersenyum jahat.

*

*

*

Carl Hans Mikael menggenggam erat telefon bimbit ditangannya. Lalu dia melangkah keluar daripada biliknya dan menuju ke arah bilik yang menempatkan Damia.

Keadaan gadis itu makin baik dari hari ke hari.

Pintu bilik Damia dikuak perlahan, terlihat gadis itu sedang terbaring sambil termenung di atas katil. Mata Damia terkebil-kebil merenung kosong siling bilik itu.

"Damia."

Damia tersentak, hilang segala lamunannya.

Kepala ditoleh ke arah pintu bilik melihat susuk tubuh lelaki itu sebelum dia kelam-kabut mencapai tudung dan dililitkan secepat mungkin dikepalanya.

"Y-ya saya. Kenapa?"

Carl Hans Mikael hanya tersenyum sedikit, gadis itu makin jelas kebudak-budakannya bila menggelabah seperti itu.

Kepala ditunduk ke bawah seketika sebelum kembali memandang Damia yang sedang merenungnya.

"Aku nak keluar, kalau kau nak apa-apa cakap dengan maid je. Jangan keluar kalau tak larat, faham?" terus berubah tegas dan serius suaranya.

Damia mengangguk sambil tersenyum kecil. Hatinya turut hairan melihat riak dingin lelaki itu walaupun seketika tadi dia tersenyum.

Hilang segala riak tenang diwajah lelaki tersebut.

Pintu bilik ditarik perlahan lalu ditutup rapat. Nafas ditarik dalam lalu dia masuk ke dalam lif untuk ke tingkat paling bawah dengan satu tujuan difikirannya.

Gadis yang merupakan adik kepada Joe sudah berada ditangan orang bawahannya.

Untuk kali ini dia akan tunjukkan pada Joe bahawa dia juga boleh menjadi kejam seperti lelaki itu.

Keluar daripada lif, dia berjalan seperti biasa sambil menunduk ke bawah.

Orang suruhan Carl Ayden yang berkawal di ruang tamu dan juga di pintu utama yang menyapanya dibalas dengan anggukan kecil.

Tekadnya hanya satu, dia akan berhadapan dengan Joe sendirian dan tak mahu lagi untuk menyusahkan Carl Que Alexander.

Dia tak risau jika nyawanya berada dihujung tanduk sekalipun.

"Aku boleh jadi jahat, aku boleh jadi iblis kalau itu yang kau nak."

Senyuman jahat terukir dibibirnya. Pintu kereta dibuka kasar lalu dia masuk ke dalam. Enjin dihidupkan dan terus keretanya dipecut laju membelah jalan.



[#]DONE

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
310K 18.7K 53
♔︎𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐝𝐨𝐞𝐬𝐧'𝐭 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐞𝐧𝐝 𝐰𝐞𝐥𝐥, 𝐛𝐞𝐚𝐬𝐭𝐢𝐞♔︎ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...
1M 67.8K 46
Storm Series: 1 [STORM ITU MILIK INARA ZAHARA] Dingin? Kejam? Iblis? Itulah lelaki yang bernama Aziel Storm yang merupakan ketua keluarga mafia iait...
434K 40.8K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...