Mr Killer's Girl |✔|

Von mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... Mehr

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [38]

45.7K 2.2K 60
Von mecx-zack

Nur Husna mengerling jam di dinding biliknya, sudah mencecah angka 10 malam tetapi suaminya masih belum pulang.

Aressa pula tak kelihatan sejak dari semalam lagi, hairan juga dia kemana perginya gadis itu.

Pakaian Carl Que Alexander yang sudah diseterika disangkut ke dalam almari satu-persatu. Suaminya melarang untuk membuat kerja rumah dan diserahkan pada pembantu rumah.

Tapi dia membantah, tak perlu rasanya jika berkaitan dengan pakaian suaminya diuruskan pembantu rumah dan dia lebih selesa melakukan sendiri tugasan itu lagipun itu tugasnya sebagai isteri.

Pakaian terakhir yang dipegangnya dipandang sebelum dia teringat akan hari dimana Carl Que Alexander sengaja mengenakannya.

Dia tersenyum nipis.

Nur Husna memegang hujung baju suaminya yang tersangkut di dalam almari itu sambil memandang suaminya dengan perasaan hairan

"Bukan! Yang hujung tu.."

Berkerut wajah Nur Husnaz lantas dia mengambil t-shirt bewarna hitam lalu ditunjukkan pada Carl Que Alexander tetapi lelaki itu menggeleng kepala.

"Abang cakap yang hujung. Yang ni lah." ujarnya perlahan.

Carl Que Alexander menyilangkan tangan didadanya Dia merenung tajam wajah terkebil-kebil isterinya.

"Tak! Kat hujung belah kiri, yang kau ambil tu belah kanan."

Nur Husna mengetap bibirnya perlahan dapat dirasakan suaminya seperti sengaja mahu mengenakannya.

Sudah lima belas minit dia mencari baju yang dikatakan Carl Que Alexander.

Sehelai baju bewarna hijau turquoise diambil lalu dia memberikan pada suaminya tetapi Carl Que Alexander menggeleng lagi.

"Habis yang mana? Semua yang abang cakap Husna dah ambil tapi bukan jugak." katanya dengan wajah berkerut geram.

Carl Que Alexander tersenyum sinis. Dia menghampiri Nur Husna lalu baju yang dipegang isterinya diambil dan disangkut kembali.

"Macam mana nak jumpa? Aku cakap belah kanan kau pilih belah kiri."

Tercengang Nur Husna dengan kata-kata suaminya. Sedangkan dia mengikut apa yang suaminya katakan, sekarang dia pula yang disalahkan.

Bibir bawahnya digigit kuat, geram dengan suaminya. Carl Que Alexander mengambil T-shirt bewarna hitam yang ditunjuk Nur Husna sebentar tadi.

Sengaja dia menyakat isterinya, suka melihat wajah berkerut geram Nur Husna sambil terkumat-kamit membebel. Baju ditangannya ditayangkan pada Nur Husna.

"Ni apa? Kan aku dah cakap kau yang tak dengar cakap aku. Memang lah tak jumpa, kena aku jugak ambil sendiri."

Ternganga kecil Nur Husna dibuatnya, padahal baju itu sudah ditunjukkan pada Carl Que Alexander, dipandang wajah selamba suaminya.

"Tadi Husna dah tunjuk dekat abang, tapi abang cakap tak. Sekarang abang salahkan Husna pulak." jelas nada geram Nur Husna.

Carl Que Alexander tergelak sinis. Baju disarungkan pada tubuhnya lalu dia memandang ke arah wajah tak puas hati Nur Husna.

"Tadi tu memang lah aku tak nak, sekarang aku rasa nak pakai. Ada masalah ke?"

Nur Husna menekup wajahnya seketika. Gigi diketap rapat lalu lengan suaminya dicubit kuat. Dia terkena dengan suaminya.

Seketika dia melangkah keluar daripada bilik untuk ke tingkat bawah menunggu Carl Que Alexander.

Badan disandarkan pada sofa sambil menekan remote mencari siaran yang disukainya.

Sedang dia ralit menonton rancangan yang dipaparkan, bunyi bising di dalam biliknya menarik perhatiannya lalu dia bangun dan melangkah kaki menuju ke tingkat atas.

*

*

*

Carl Que Alexander berjalan menghampiri keretanya setelah bertemu dengan anak buahnya lalu pintu kereta dibuka.

Belum sempat dia ingin masuk, sehelai kertas terselit dicermin hadapan keretanya.

Kertas tersebut diambil dengan perasaan hairan lalu dia masuk ke dalam perut kereta, pintu ditutup rapat sambil membaca tulisan di kertas tersebut.

'Your wife is so seductive, I'm craving to taste her sweet lips and her fuckin' hot body. How's that sound?'

Seakan terhenti pernafasannya sesaat. Kertas tersebut diremuk lalu dicampak keluar. Stereng kereta dihentak kuat.

Wajahnya mula tegang dengan mata yang mula memerah menahan amarahnya dan enjin kereta dihidupkan.

Nur Husna membuka pintu bilik perlahan dengan mata yang terkebil-kebil melihat biliknya yang gelap tanpa sebarang cahaya, setahunya tadi dia membiarkan lampu biliknya terpasang.

Jarinya meraba-raba suis lampu sebaik biliknya terang-benderang dia menoleh ke arah katil lalu wajahnya terus berubah pucat.

Hatinya berdegup kencang, melihat susuk tubuh seorang lelaki sedang berdiri merenungnya.

Wajah lelaki tersebut tak kelihatan kecuali sepasang mata bewarna biru tua itu saja yang dilihatnya. Nur Husna bersedia untuk berlalu pergi mengambil pistol dibilik latihannya.

Tapi-

Kakinya yang baru mencecah anak tangga kedua terus terhenti apabila pinggangnya dipeluk dari arah belakang, mulut yang ingin menjerit juga ditekup oleh tangan besar lelaki itu lalu tubuhnya diheret kembali ke arah bilik.

Nur Husna meronta kuat sambil menendang lelaki tersebut tetapi rontaannya terhenti sebaik lelaki itu meletakkan sebilah pisau dilehernya. Matanya mula bergenang dengan airmata.

"Such a good girl."

Tubuh kecil Nur Husna ditolak kasar ke atas katil hingga terbaring lalu dengan pantas Chris menindih tubuh kecil itu dengan sebelah tangan menampung badannya manakala sebelah tangan lagi menekapkan pisau dileher Nur Husna.

Nur Husna yang mengetap bibir dengan airmata yang mengalir dihujung matanya dipandang seraya tersenyum nipis.

Mata biru lelaki itu tepat memanah ke dalam anak mata Nur Husna. Pisau ditekankan ke leher perempuan itu sedikit kuat.

"J-jangan!"

Tergelak kecil Chris melihat wajah tersebik Nur Husna lalu anak mata dihalakan pada leher Nur Husna yang sedikit berdarah itu. Wajah dirapatkan dengan wajah Nur Husna.

"You know what? I want to killed him so bad but- " bisiknya perlahan.

Bibir bawah Nur Husna dielusnya lembut sebelum mencengkam kuat rahang Nur Husna membuatkan Nur Husna terdongak ke atas. Matanya terpejam rapat menahan perit pada rahangnya.

"I can't. And I'm going to kill him as soon as possible. Can you tell me how's? Hmm, little doll?"

Nur Husna dapat mengagak siapa yang disebut lelaki itu, pasti ianya Carl Que Alexander. Tajam matanya merenung mata biru lelaki itu dengan nafas turun naik.

"Sampai m-mati pun kau t-tak boleh bunuh dia!" katanya tegas dan dalam dengan suara yang terketar-ketar l.

Chris tergelak jahat. Rahang Nur Husna yang dicengkamnya dilepas kasar dan serentak itu juga Nur Husna cuba menendang 'aset' lelaki tersebut tapi Chris pantas menahan.

Pisau ditangan lelaki itu ditepis dengan menggunakan sikunya. Pisau tersebut terjatuh ke atas lantai.

Tangannya ingin menumbuk lelaki tersebut tapi tersasar. Chris seakan dapat menghidu tindakannya.

"Arhh!" Nur Husna menjerit sakit.

Rambut Nur Husna direntapnya kasar lalu wajah dirapatkan dengan wajah kesakitan Nur Husna.

Dia tersenyum sinis sebelum menyembamkan wajahnya pada leher Nur Husna lalu cecair merah darah itu dijilatnya.

Nur Husna memejam rapat kelopak matanya sambil menjerit, jijik dengan perbuatan lelaki itu. Tangannya menolak kuat tubuh lelaki itu tetapi tak bergerak.

"Abanggg!!!!"

Chris merengus kasar lalu garis halus kesan pisau yang ditekankan pada leher Nur Husna disentuh kuat memaksa darah mengalir keluar untuk kedua kalinya lalu dia menjilat kembali darah tersebut.

"Your taste- sweet." ujarnya sinis.

PANG!

Menggigil halus tangan kecil Nur Husna setelah menampar pipi kanan lelaki itu dengan wajah penuh benci, sakit hati dengan apa yang dilakukan lelaki itu terhadapnya.

"Jangan s-sentuh aku! Jijik!"

Pipi yang ditampar Nur Husna disentuh dengan senyuman sinis dibibirnya lalu dengan wajah yang berubah bengis dan jelas terpancar diruangan mata birunya itu, leher Nur Husna dicekik kuat.

"You little bitch!"

Peluh mula membasahi dahi Nur Husna, mencari udara yang tersekat dicekik lelaki itu.

Wajahnya mula merah padam. Lelaki tersebut yang merenungnya tajam dan jelasberang itu tak dihiraukan.

Tangan cuba merungkai jemari lelaki itu daripada lehernya, nafas yang dihela makin sesak seakan mahu pitam dibuatnya.

Tapi sempat Nur Husna memberi senyuman sinis pada lelaki tersebut. Mengejek!

Chris yang mengangkat tangannya tinggi untuk menampar Nur Husna terbantut bila terdengar kekecohan yang berlaku ditingkat bawah, dia merengus kasar sebelum melepaskan cengkaman di leher Nur Husna.

"K-kau s-setan!" ujar Nur Husna tersekat-sekat.

Chris tersengih sinis, tepi wajah Nur Husna dicengkam dengan sebelah tangannya. Wajah didekatkan pada telinga Nur Husna.

"This is my first warning to him." bisiknya ditelinga Nur Husna keras.

"Abang!!!"

Jerit Nur Husna saat Chris menghidu lehernya lalu pipi kanannya dijilat lelaki itu.

Rontaan demi rontaan langsung tak berjaya untuk menghalang lelaki itu daripada melakukan perkara jijik tersebut.

Tangan yang mencengkam tepi wajah Nur Husna dilepaskan seraya mengelus dagu Nur Husna seketika sebelum dia bangun daripada menindih tubuh kecil itu.

Pisau yang berada di atas lantai dicapai lalu dia memandang ke arah Nur Husna yang tercungap-cungap mencari nafas itu bersilih ganti dengan pintu bilik mendengar bunyi tapak kasut seseorang.

"We'll meet again soon." dia tersenyum sinis.

Pantas tubuhnya dipalingkan lalu dia melompat keluar dari arah balkoni bilik itu dan hilang disebalik pekat malam manakala Nur Husna bersandar dikepala katil sambil mengusap lehernya.

Nur Husna menunduk menekup wajahnya dengan bahu yang terhinjut-hinjut menangis.

Sungguh dia risaukan suaminya, dari cara lelaki itu bercakap dia tahu sesuatu yang buruk bakal terjadi. Bergema tangisannya dalam bilik itu.

*

*

*

Carl Que Alexander bergegas melompat keluar daripada kereta tanpa mematikan enjin dan menutup pintu keretanya.

Dia berlari laju menuju ke pintu utama rumah. Seketika, rahangnya diketap kuat.

Berpuluh orang anak buahnya yang diupah untuk berkawal dihadapan halaman rumah terbaring kaku.

Hanya ada berapa orang saja yang mengerang sakit manakala yang lain pula sudah terbunuh.

Tangan dikepal membentuk penumbuk dengan badan yang bergetar marah lalu dia berlari masuk ke dalam rumah menuju ke tingkat atas lalu pintu bilik dirempuh kasar.

"Husna!"

Terkaku seketika badannya melihat tubuh kecil isterinya yang teresak-esak menangis dengan rambut yang berserabai dan sebaik Nur Husma berpaling jelas kesan kemerah-merahan di leher isterinya.

Kaki diatur menghampiri Nur Husna lalu tubuh kecil itu dipeluknya erat.

Isterinya yang tersedu-sedan menangis benar-benar menaikkan kemarahannya. Belakang badan Nur Husna diusap lembut.

"D-dia nak- "

"No! Please.." potongnya perlahan dan keras dengan suara yang bergetar.

Nur Husna memeluk erat tubuh besar suaminya dengan badan yang menggigil kecil, sungguh dia takut dengan lelaki bermata biru itu. Tindakannya yang tak dijangka menakutkan Nur Husna.

Carl Que Alexander mengangkat dagu Nur Husna mendongak memandangnya, wajah pucat Nur Husna beserta airmata yang tak henti-henti mengalir meremukkan hatinya. Gigi diketap kuat hingga menghasilkan bunyi halus.

"Dia buat apa dekat kau? Bagitahu aku Husna. Dia sentuh kau dekat mana?! Cakap Husna!"

Airmata yang masih mengalir deras membasahi pipi isterinya dikesat dengan tangan yang menggigil kecil, seluruh tubuhnya terasa membahang dengan amarah yang bakal meletus.

"H-Husna t-takut." rintihnya perlahan sambil teresak-esak.

Kedua belah bahu isterinya dipegang lembut dengan tangannya lalu anak mata Nur Husna yang jelas bergetar ketakutan itu ditatap dalam.

Mata dipejam sesaat. Leher yang kemerahan-merahan Nur Husna dan juga kesan dihiris itu ditenung lama.

"Dia buat apa Husna? Cakap dengan aku!" suara dicelah gigi.

Nur Husna membuka mulutnya untuk bersuara, jari Carl Que Alexander yang mengusap disekitar lehernya dibiarkan. Dia takut dan dalam masa yang sama dia risaukan suaminya.

"Dia t-tekan dengan p-pisau. Dia h-hisap darah H-Husna.. Pipi H-Husna."

Carl Que Alexander terus memeluk tubuh kecil isterinya. Tangisan Nur Husna makin kuat lalu ubun-ubun isterinya dikucup bertalu-talu. Tangan yang dikepal kuat mula menimbulkan urat kecil.

Dia tak akan berdiam diri, tak perlu diberitahu dia sudah tahu siapa yang menyentuh isterinya. Dia akan pastikan lelaki itu mati ditangannya.

Chris. Ya, lelaki itu makin melampau!

"I'm sorry dear. Aku akan bunuh dia, dia sentuh kau dan aku tak akan biarkan." bisiknya penuh tekad.

Manakala Chris yang bersembunyi tak jauh dari balkoni itu tersenyum sinis.

Kini, mangsa seterusnya yang akan dilakukan oleh Joe adalah perempuan milik adik kepada lelaki itu.

Damia Aisyah.

[#]DONE

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

651K 72.4K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020
164K 12.8K 45
#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Perte...
868K 48.8K 61
-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit...
434K 40.8K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...